Saturday, December 26, 2009

Its The SOLUTION, Not The Problem

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'kami telah beriman' , sedangkan mereka tidak diuji lagi? "
( Al-Ankabuut: 2)


Hidup ini penuh dengan ujian. Dari sekecil2 cabaran, hinggalah sebesar2 dugaan. Manusia mengeluh dengan ujian yang menimpa dalam kehidupan seharian.

Malahan kita membandingkan ujian yang kita hadapi dengan dugaan manusia2 yang lainnya. Masing2 ingin melihat dugaan siapakah yang paling hebat dan paling besar.

Mungkin sebagai cara untuk menyedapkan hati bahawa ujian yang kita hadapi itu tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan orang lain.

Mungkin juga sebagai perbandingan betapa hebatnya orang2 yang mengalami dugaan yang lebih besar dan mencabar.

Namun, apapun kesimpulannya, Allah hanya menguji hamba-hambanya dengan ujian yang mampu ditanggung oleh individu itu sendiri. Kerana itulah ujian kita berbeza, kerana tahap kesabaran dan ketabahan manusia itu berbeda.

"...Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya...." (Al-Baqarah : 233)

Apapun masalah yang dibentangkan di hadapan kita, bagaimanakah masyarakat melihat masalah itu sendiri?

Pada pendapat saya.... tidaklah diukur seseorang dengan betapa besarnya masalah yang dihadapi, tetapi betapa bijaknya seseorang individu itu mengatasi dan menyelesaikan masalah mereka.

Kita selalu menganggap masalah yang kecil itu mudah diselesaikan berbanding masalah besar. Tetapi betapa ramainya manusia yang kecundang dengan masalah remeh temeh berbanding apabila mereka menghadapi masalah yang besar.

Kita melihat ramai sekali manusia yang hidupnya bagaikan berakhir hanya kerana putus cinta di zaman university atau persekolahan. Pelajaran di abaikan, makan minum dilupakan... seolah2 itulah pengakhiran hidup mereka.

Tetapi apabila kita melihat anak2 yang kematian ibu bapanya, isteri yang kehilangan suami, suami yang kehilangan isteri.... hidup mereka tetap di teruskan malahan mereka mampu mencapai kejayaan di tahun2 berikutnya.

Kematangan seseorang menghadapi ujian dari Allah bukanlah dilihat dari betapa besarnya ujian itu, tetapi betapa bijaknya dia mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Biarpun masalah itu kecil, tetapi selesaikanlah dengan bijak.

Usahlah diungkit2 kembali kesilapan yang berlaku kerana mustahil masa itu akan berpatah balik. Hentikanlah menyebut2 kesilapan dan masalah yang berlaku, tetapi fokuskan kepada jalan penyelesaian. Masalah tidak akan selesai jika hanya mengungkitkan apa yang berlaku, tetapi kita perlu berfikir cara mengatasinya.

Saya bukanlah pakar motivasi, cuma ingin mengajar diri untuk berfikir secara positif kerana "life has to move on"

Hidup ini tidak mudah, tetapi kita harus tabah.

"Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung" ( Ali Imran: 200)


Hanisah Azhari
Kota Damansara
9.33 am




Thursday, December 24, 2009

Kerana Lidahnya


"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela" ( Al-Humazah : 1)

Kerana lidahnya... dari tajuk yang diberikan, seperti dapat digambarkan kisah di sebalik cerita cerekarama yang ditayangkan oleh TV3 beberapa hari yang lepas.

Benarlah seperti yang disangkakan, ia adalah cerita mengenai sikap manusia yang suka membawa cerita dan memfitnah orang lain. Mungkin kita menganggap sikap mengumpat dan membawa cerita ini adalah perkara biasa yang tidakla begitu mudarat kesannya. Namun bagi yang pernah mengalami kesannya sedar akan bahayanya golongan2 manusia ini.

Ada pasangan yang sampai bercerai berai kerana fitnah yang di lemparkan.

Ramai juga rakan2 karib yang memutuskan silaturrahim hanya kerana cerita2 yang di bawa oleh mulut rakan2.

Dan saya juga tidak terlepas dari terkena tempias sikap2 manusia ini.

Kisah ini berlaku beberapa bulan yang lepas di kala hidup terasa aman damai menghabiskan bulan2 terakhir di bumi Aotearoa.

Saya tidak menyedari bahawa ada manusia2 yang membawa cerita buruk tentang saya malahan memfitnah saya dengan mengatakan saya telah menghasut pelajar2 di Dunedin mengenai sesuatu perkara ini.

Saya benar2 tidak sedar cerita itu telah bergerak dari mulut ke mulut hinggalah pada suatu hari saya membaca email yang di tujukan khas buat saya.

Email itu jelas menyerang peribadi saya dengan tuduhan2 yang tiada buktinya. Malahan penulis itu memberitahu dengan yakin bahawa cerita yang disebarkan itu adalah benar tanpa terlebih dahulu bertanyakan hal yang sebenar kepada saya.

Dalam keadaan marah dan sedih, saya menghubungi orang2 yang berkaitan dan meminta penjelasan untuk membersihkan nama ini. Setelah bukti di kumpul dan di kemukakan kepada pihak yang menuduh.... namun tiada sebarang respons yang diterima hinggalah ke hari ini.

Sedih kerana pihak yang di tuduh terpaksa mencari bukti untuk menolak tuduhan. Sepatutnya kalu ikut hukum mahkamah.... yang menuduh perlu kemukakan bukti... bukannya main tuduh je. Sudahla selepas kebenaran itu jelas... tiada sebarang kata maaf dihulurkan. Mendiamkan diri begitu sahaja... mungkin kerana malu atau mungkin juga tiada rasa insaf di hati... Wallahualam.

Apapun kisah di sebaliknya, biarlah semuanya itu menjadi hitungan Allah. Syukurlah diri ini bergelar seorang muslim yang mempercayai hari akhirat dengan sepenuh hati. Dunia ini tidak adil, orang yang benar selalu di hukum. Namun akhirat itu ada, dan menanti setiap manusia untuk diberi pembalasan yang sewajarnya.

Biarlah mereka menang di dunia... kerana tiada siapa yang dapat lari diakhirat kelak.

Moga kisah ini menjadi teladan untuk mendidik hati supaya lebih berhati2 dalam menuturkan perkataan. Ya Allah, lindungi hati dan lidahku ini dari perkara2 yang mungkar.

Seperti pepatah arab " Fa man yaskut.. yusallim" Siapa yang diam... dia akan selamat.

Selamatkan diriku Ya Allah....

Ampunkan diriku wahai sahabat2 jika diri ini pernah melakukan perkara yang sama...

"(Ingatlah) pada hari (ketika) setiap orang datang untuk membela dirinya sendiri dan bagi setiap orang diberi (balasan) penuh sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan) " ( An-Nahl : 111)


Hanisah Azhari
Kota Damansara
December 2009

Sunday, December 20, 2009

Di sini ku bermula





Berakhirnya suatu perjalanan yg mengajar diri menjadi manusia yang lebih matang. 5 tahun di perantauan membawa seribu pahit manis dalam kehidupan. Wajarlah saya ucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya kerana tanpa wang mereka, mungkin saya tidak mampu sampai di bumi Aotearoa ini.

Saya bersyukur kerana di antara jutaan rakyat malaysia yang menyimpan impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya dipilih oleh Allah untuk sampai di sini.



Sebelum meninggalkan bumi Aotearoa (Christchurch Airport)

Sepanjang 5 tahun di Dunedin, terlalu banyak yg perlu di lalui. Orang kata kami ini bertuah, kerana berpeluang ke luar negara. Ada yang menyangka hidup kami di luar negara ini mewah dan semuanya indah belaka berbanding pelajar2 di malaysia. Namun hanya yang pernah melaluinya faham erti kata sebenar apabila tinggal di negara orang.

Mudah untuk melihat kegembiraan dan kebahagian kami di luar negara. Namun kesusahan dan cabaran di sebaliknya jarang2 sekali di ceritakan.

Kami tiada ibu bapa untuk mengadu atau meminta tolong....

Kami terpaksa bergantung kepada diri sendiri untuk hidup dan bertahan....

Kami terpaksa melalui pelbagai kesan ‘racism’ penduduk di negara asing....

Bila ketiadaan wang, tiada ibu bapa untuk menghulurkan bantuan... kerana nilai wang di sini yang sangat tinggi. Hanya rakan2 tempat untuk meminta pertolongan....

Kami tidak mampu untuk pulang melawat ibubapa di kampung seperti orang lain....

Kami dianggap sangat bertuah jika dapat beraya bersama keluarga....

Dan bermacam2 lagi yang tak mampu di ungkapkan

Bukan mahu menceritakan kesusahan dan keperitan tinggal di luar negara. Cuma ingin berkongsi bahawa bukanlah semuanya indah2 belaka di sini.

Namun saya tetap bersyukur atas peluang yang diberikan. Terlalu banyak pengalaman yang berjaya di kaut di negara orang. Pengalaman yang terlalu berharga walaupun terpaksa di bayar dengan pengorbanan dan kesabaran.

5 tahun ini bukanlah tahun2 yang mudah. Ada tangisan dan ketawa di sebaliknya. Memori dan pengalaman ini akan ku bawa pulang... sebagai bekalan untuk mengharungi masa2 hadapan.

Ini bukanlah penghujung bagi satu perjalanan... malahan ia hanyalah suatu permulaan bagi satu perjalanan yang masih terlalu panjang. Hati ini merindui dan meronta2 untuk pulang... dan pada yang sama menangisi pemergian dari sebuah negara yang terlalu banyak memori di sebaliknya.

Namun hidup masih perlu di teruskan. Setiap sen yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk perjalananku ini perlu di bayar. Ada hak2 yang perlu kutunaikan. Ada hutang yang wajib ku langsaikan.

Ya Allah.. permudahkan perjalanku yang bakal bermula ini. Tenangkan hatiku dan lapangkan dadaku. Moga kepulangan ini adalah yang terbaik untukku, keluargaku, umat Islam seluruhnya, untuk agamaku... hidupku dan matiku... ameen...

Terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu ini....

Terima kasih rakyat Malaysia atas peluang ini....

Malaysia... here I come !!



( Di tulis ketika dalam Singapore Airlines, dalam perjalanan pulang ke Malaysia )

Hanisah Azhari
4.00 pm ( Waktu New Zealand)
16 Dec 2009
Singapore Airlines

Saturday, November 28, 2009

Salam Eidul Adha




Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Eid Adha buat muslimin muslimat semua. Bagi yang membuat qurban.... alhamdulillah dan moga Allah memurahkan rezeki kita semua. Bagi yang belum mampu.... mampu2 kan lah diri anda.... a dollar/ringgit a day... setahun kumpul pun lebih dari cukup untuk kita buat ibadah qurban. Nilaikan kembali harta yang Allah beri dan moga Allah melimpahkan rezeki buat kita semua dan memudahkan hati-hati ini untuk melakukan "qurban" harta...

Kullu a'am... wa antum bi khair...

Hanisah
10 Dzulhijjah
Dunedin

Monday, November 23, 2009

Buat Pelajar2 Medic


Dulu-dulu, lepas dapat result SPM ramai yang bertanya.... kenapa tak nak buat medic? Jawapan saya adalah " Saya malas nak study kuat2, saya tak suka pegang mayat, saya tak suka kena pegang2 badan orang, saya takut nanti orang tak nak kawin dengan saya kalau saya jadi doctor..." dan banyak lagi alasan2 kukuh yang ada dalam fikiran ni. Pelik jugak, di kala hampir semua pelajar sains nak jadi doctor, saya tak pernah terlintas untuk memilih profession doctor.

Saya nak jadi Pharmacist atas banyak sebab, yang paling utama adalah saya sangat suka ubat-ubatan dan saya tak mahu kerja yang sibuk macam doctor. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pilihan ini, dan tidak pernah menyesalinya.

Masa tahun ketiga di Otago Univ., saya selalu jealous tengok betapa relaksnya pelajar2 perubatan ni. Selalu je ponteng kelas, tak ada kerja yang banyak dan hidup mereka sangatla santai. Masa tu rasa pelik sebab kelihatannya pelajar2 perubatan yang paling relaks berbanding pelajar jurusan lain.

Hakikatnya.... keadaan itu hanya sementara. Selepas mereka2 ini melepasi tahun kedua perubatan, mereka lah pelajar2 yang hidupnya paling mencabar. Saya kagum dan pada masa yang sama simpati melihat pelajar2 perubatan di sini.

Betapa mudahnya mereka gagal (fail) dalam peperiksaan....

Betapa ramainya terjerumus ke lembah kemurungan (depression) kerana tidak dapat 'cope'bebanan dan tekanan dalam study.

Betapa ramainya yang terpaksa mengulangi tahun pengajian.... hanya kerana mereka gagal dalam ujian yang kelihatannya kecil ataupun hanya kerana 'communication skill' mereka dikatakan tidak begitu memuaskan.

Betapa ramainya terpaksa mengulangi OSCE hanya kerana consultant yang anti-muslim

Betapa mereka di diskriminasi oleh lecturers, midwives, consultant malahan medical school sendiri hanya kerana bergelar seorang muslim.

Siapa sangka pelajar cemerlang ketika SPM dulu terpaksa mengulangi tahun pengajian...

Siapa sangka pelajar2 yang dulunya sentiasa score A terpaksa mengulagi peperiksaan...

Namun apabila mendengar sendiri kisah-kisah sebenar di sebalik kegagalan mereka, pelajar2 ini tidak sepatutnya di salahkan... malah patut diberikan sokongan.

Memang jalan untuk menjadi seorang doctor itu tidak mudah. Di tambah lagi dengan pekerjaan sebagai doctor itu tidak pernah tenang. Terlalu banyak dugaan di tengah jalan, apatah lagi dengan keadaan yang jauh dari keluarga tercinta yang cukup memberikan tekanan.

Kuatkan semangat wahai sahabat-sahabatku. Jika engkau jatuh di tengah jalan.... bangunlah kembali dan teruskan perjuanganmu.

Ingatlah bahawa kemanisan itu hadir selepas seribu satu kesusahan. Orang yang bangun kembali dan berjaya selepas melalui kesusahan... adalah lebih bermakna hidupnya berbanding orang yang terus menerus berjaya tanpa melalui sebarang kegagalan.

Sabarlah wahai sahabat2 ku. Ingatlah bahawa engkau adalah orang2 yang terpilih oleh Allah untuk melalui ujian yang sukar ini, kerana tugas seorang doctor itu jauh lebih sukar dari yang kau jangka. Seperti kata seorang "gynecologist"... "Tempoh degree untuk buat medic itu hanyalah masa honeymoon kerana tugas sebagai doctor itu jauh lebih mencabar".

Kuatkan perjuanganmu, teruskan langkahmu, ikhlaskan hatimu. Letakkan pengharapan sepenuhnya pada Allah yang Maha Esa, kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan ada janji manis di sebalik semua dugaan ini.

Wallahualam
Ukhti Hanisah
10:30, Dunedin

Saturday, November 21, 2009

Nikmat Yang Dipulangkan





Jamal Ascot (2008 - 2009)










Nikmatnya memiliki kereta. Mudahnya untuk bergerak kemana-mana. Namun nikmat itu tidak selamanya... dan tiba masanya nikmat itu dikembalikan. Alhamdulillah, kami berjaya menjual Jamal tepat pada masanya. Walaupun ramai yang berpendapat nilai kereta itu jauh lebih tinggi dari harga yang kami jual... namun hati kami lebih tenang menjual dengan harga yang lebih rendah.

Teringat kembali sebuah kuliah yang pernah saya dengar satu ketika dahulu. Ustaz tu menasihatkan supaya berhati-hati dalam menuntut hak kita. Jangan terlalu gopoh untuk mendapat hak kita sepenuhnya. Contohnya, jika kita dapat guna printer kat pejabat dengan percuma, janganla sampai print siang malam... berpuluh novel kita print kat situ hanya kerana ianya percuma. Gunalah hak yang diberikan kita dengan berpada-pada dan sebaiknya ambillah kurang sedikit dari hak yang diperuntukkan.

Oleh itu, kami memilih untuk menjual Jamal dengan harga yang rendah walaupun nilainya jauh lebih tinggi. Siapa tahu.... ada kekurangan pada kereta itu yang tidak kami sedari. Sekurang-kurangnya hati ini lebih tenang apabila mengambil hak kurang sedikit dari sepatutnya.

Kehilangan Jamal menyebabkan kami hilang nikmat berkereta dan kemudahan bergerak. Namun kehilangannya memulangkan kembali nikmat yang kami hilang dalam setahun ni. Kami kembali berjalan kaki jauh ke Warehouse dan lebih menghargai masa yang kami spend bersama.

Nikmatnya berjalan bersama-sama walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.

Seronoknya tiap-tiap hari berjalan kaki ke tempat yang berbeza untuk beri makan burung-burung dan itik-itik. Seperti ada satu kepuasan dalam diri.

Hakikatnya, saya lebih enjoy berjalan kaki di sini dari menaiki kereta. Seperti kata suami tersayang, " bila jalan kaki, kita spend lagi banyak masa bersama banding naik kereta"

Syukur Alhamdulillah... kehilangan Jamal bukanlah nikmat yang ditarik balik dari Allah. Tetapi Dia memulangkan kembali 'nikmat' yang hilang dari kami sejak setahun lalu.

Syukur pada-Mu Ya Allah....

Mrs. Hanisah
21 Nov 09
11pm, Dunny

Friday, November 13, 2009

Sharing is Caring


We woke up this morning, thinking of what we should eat for breakfast. We have no bread, and only prawn risotto leftover from last night. Finally, we decided to eat breakfast outside, and we chose The Capers to try the famous pancake.

We ordered a plate of pancake.... and a cup of mochacino. No... its not 2 plates and 2 cups.... its only ONE cup and ONE plate for BOTH of us. Funny rite? 2 adults sharing a cup of coffee and a plate of pancake.


People might think that we are stingy to buy 2 plates of food and 2 cups of drinks. Or, they might think that we wanna save money by sharing the foods.

The truth is... we are always like this since we got married. We SHARE our foods!!! We just LOVE to share our foods, plus I'm not a big eater. Actually, I feel happy when we share our foods rather than having our own plate of foods.

Its not just because we wanna save money on buying foods, because even at home we share as well. When Shamin wanna make his 'special' mochacino, instead of making two different cups, he'll make in a big cup and share with me.

When we want to eat ice cream, he'll scoop the ice cream into a bowl and we share it together...and we even use the same spoon.

Everytime when we go outside and treat ourselves with espresso coffee or ice blended.... we'll share the same cup....and I just l.o.v.e. those moments!!!

Okay guys... my advice is... Sharing is Caring. Because the Prophet also drink from the same cup used by Saidatina Aishah [1].

Dont stop being romantic after you got married. The romantic life should start after nikah... NOT before that (its against Islam anyway).

Another message is... dont feel weird if you see us sharing a cup of coffee or if we eat from the same plate of food. We are not trying to save money... but we wanna be sweet and romantic like the Prophet :)

May Allah bless our marriage.....

And may this beautiful relationship last forever....

Wallahualam
Ukhti Hanisah
9pm Dunedin

Reference:
[1] Rasulullah s.a.w suami contoh

Sunday, November 8, 2009

Nilai Sebuah Perkahwinan


October.... November... December....

Semakin menghampiri penghujung tahun, semakin banyak jugala jemputan-jemputan kahwin yang diterima. Di sana sini sahabat2 menghantar kad-kad jemputan... untuk ke majlis bahagia masing2.

Tetapi.. apakah nilainya hari perkahwinan itu?

Orang kata, hari itu adalah hari bahagia yang hanya sekali seumur hidup. Maka, sepatutnya di raikan dengan sehebatnya kerana ini hari penting yang perlu dikenang dan diingati.

Namun, adakah ia bermaksud kita selayaknya membelanjakan puluhan ribu hanya untuk majlis yang berlangsung pada waktu sesingkat itu?

Pasangan-pasangan yang bakal bergelar pengantin berlumba-lumba mencari yang terbaik untuk majlis bahagia mereka. Tetapi, dalam keasyikan persiapan menyambut hari bahagia itu, ramai yang lupa nilai wang yang dibelanjakan... dan nilai perkahwinan itu sendiri.

Kad kahwin mesti yang cantik.... wangi.... dan 'up' berbanding orang lain... sedangkan lepas orang baca... kad tu hanya masuk tong sampah. Nilai harga yang dibelanjakan untuk sekeping kad itu hanya diakhiri dengan tong sampah....

Kenduri mesti besar-besar, semua mesti cantik, mesti nampak elegan dan berbeza, biar nampak hebat.

Kadang-kadang diri ini terkedu sendiri mendengar perbelanjaan yang dihabiskan semata-mata untuk kenduri yang tak sampai 24 jam. Ada yang berpuluh ribu dan tak kurang juga sampai berhutang hanya kerana majlis yang beberapa jam sahaja.

Kita selalu lihat mahar dalam pernikahan itu selalunya rendah... kadang-kadang tak sampai rm100 pun. Alasannya... ikut sunnah, Islam kata mahar kena rendah. Tetapi, bila tengok majlisnya.... nauzubillah.... pembaziran yang melampau-lampau.

Ramai yang lupa, apakah nilai sebuah perkahwinan itu. Jika kita mahukan perkahwinan itu berkekalan dan sentiasa di bawah keberkatan Ilahi, sepatutnya kita mulakan perkahwinan itu dengan perkara yang Allah sukai..bukannya perkara yang Allah benci.

Sederhanakanlah perkahwinan itu... tidak perlulah dilebih-lebihkan. Jika kad kahwin pun sampai 2 ringgit sekeping, nilailah kembali apa perkahwinan itu sebenarnya. Kalau perbelanjaan seharian kenduri kahwin tu sampai belasan malahan puluhan ribu, fikirkanlah nilai duit yang dihabiskan begitu sahaja.

Walau se kaya mana kita ni pun, ingatlah bahawa kekayaan itu BUKAN milik kita. Ianya milik Allah dan Allah akan bertanya di akhirat kelak, setiap sen yang kita belanjakan itu. Kita belanjakan ribuan ringgit untuk seharian kenduri, sedangkan duit-duit itu sebenarnya mampu menanggung hidup fakir miskin berbulan-bulan lamanya.

Apa sangatla yang dikejar pada majlis perkahwinan itu. Orang hanya memuji seminggu dua... lama-lama orang akan lupa. Gambar-gambar hanya ditatap pada bulan-bulan pertama selepas perkahwinan... dan kemudiannya akan menjadi sarang labah-labah di tahun-tahun berikutnya.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana 2 tahun lepas, kami berjaya melangsungkan "majlis perkahwinan secara budget". Segalanya dilakukan ala kadar.... baju kahwin dijahit bonda tersayang, tiada camera man yang diupah (mintak adik beradik je ambil gambar), tiada pelamin ribuan ringgit (buat sendiri ala kadar) malahan mak andam pun tidak diupah, hanya pertolongan ibu saudara dan kawan-kawan untuk menambahkan 'seri'.




Syukur kerana majlis kami hanyalah kecil belanjanya... hingga ramai yang tidak percaya kos kenduri kami yang rendah. Walaupun ada yang memandang rendah majlis kami yang ala kadar dan 'tak sempurna', kami hanya tersenyum kerana bukan pujian ataupun kemegahan yang kami cari.

Hanya keredhaan Ilahi dan keberkatan-Nya yang di kejar.... supaya Allah melindungi dan memelihara perkahwinan ini, supaya cinta ini dipelihara... dan supaya ikatan yang terbina ini sampai ke syurga..

Jangan biarkan masjid yang ingin dibina itu 'bahan asasnya' adalah kemungkaran dari Allah di atas keghairahan kita membazirkan masa, wang dan tenaga hanya untuk meraikan SATU hari bahagia itu.

Bukan nama dan pujian yang dicari.. tetapi keredhaan dan keberkatan dari Ilahi supaya Allah melindungi perkahwinan yang masih panjang perjalanannya....

Wallahualam..

Scotland Street, Dunedin
5.30pm

Monday, October 26, 2009

Mengapa Saya Menulis




Ada yang tertanya-tanya kenapa saya tetiba tulis blog.

Ada org yg tulis blog utk berkongsi resepi, ada yg untuk menceritakan perjalanan hidup mereka, ada juga sebagai platform untuk sesi soal jawab agama dan tak kurang juga sebagai tempat berkongsi lagu2 kegemaran.

Setiap org ada alasan tersendiri kenapa mereka nak menulis blog dan saya meraikan mereka2 ini kerana setiap org itu unik dan ada kelebihan tersendiri.

Tetapi, kenapa saya tiba2 buat blog? Dahla blog x cantik pun, simple dan xde apa2 yg menarik pun.

Saya menulis kerana saya ingin berkongsi perjalanan hidup saya dan apa yg sy belajar dr pengalaman hidup ini. Sy ingin berkongsi kesilapan2 yg pernah sy lakukan supaya org lain dpt pengajaran darinya. Setiap org mempunyai perjalanan hidup yg berbeza, dan sy ingin berkongsi "bits and pieces" yg berlaku dlm hidup sy... yg mengajar sy mengenal manusia, mengenal hidup ini, dan yg plg penting memberi byk pengajaran kpd diri ini.

Saya bukanlah seorang yg petah berkata2 untuk bercerita dan berdakwah, malahan sy juga mempunyai kelemahan iaitu kadang2 kata2 sy agak keras jika sy ingin menegur sesuatu. Mungkin kerana itulah sy tak sesuai utk memberi 'kuliah' atau tazkirah secara live. Sy juga tak reti menggunakan bahasa puitis utk menulis sajak2 untuk meluahkan isi hati sy. Sy hanya mampu bercerita dlm bentuk tulisan dgn bahasa yg mudah... kerana saya adalah saya. Sy juga bukanlah org yg arif dlm agama utk membincangkan hukum2 ataupun isu agama dgn mendalam.

Banyak perkara yg ingin sy kongsikan di sini... cuma sy hanya mampu luahkan dlm bentuk tulisan. Sy memilih platform blogging kerana hanya dgn cara ini sy dpt bercerita apa yg sy mahu....dan kerana pengalaman sy telah berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia

Saya pernah di tuduh pengikut 'wahhabi' hanya kerana sy menegur penyebaran amalan bidaáh yg meraikan nisfu syaaban secara salah yg jelas bukan berasaskan Quran & Sunnah...

Saya pernah ditegur dan di anggap mampu memecah belahkan perpaduan org Islam kerana saya tidak menyokong amalan berzikir beramai2 selepas solat.... Sedangkan Imam Ibnu Kathir, Ibnu Taimiyyah, Imam Nawawi malahan Imam Syafie sendiri jelas melarang umat Islam berzikir secara berjemaah selepas solat [1].

Saya juga pernah di cadangkan agar mengundurkan diri dr melibatkan diri dlm program agama sebuah kumpulan kerana pendapat dan kritikan yg pernah sy luahkan itu tak 'sehaluan' dgn fikrah kumpulan tersebut.

Kerana itulah sy ingin berkongsi pengalaman hidup sy yg berkaitan dgn agama dan sy ingin mengubah cara pemikiran kita tentang agama dan hidup kita.

Sesungguhnya pandangan manusia itu di terima dan ditolak. Saya tidak maksum, dan terdedah kpd salah dan silap pd setiap saat. Mustahil semua pendapat sy akn diterima oleh semua org. Sedangkan imam2 dan ulama2 besar pn pernah di tuduh mcm2, walaupun pendapat mereka berdasarkan Quran dan sunnah, apatah lagi sy yg xada apa2 ni.

Takkan semua org gembira dgn apa yg sy tulis. Terutamanya jika perkara yg sy sebut tu berlaku dlm hidup mereka. Bukan sy nk mengumpat individu tertentu, malahan sy 'generalized' komen2 sy sebab apa yg sy ceritakan tu byk berlaku dlm masyarakat... dan mungkin telahpun berlaku pd sy... kerana itulah sy ingin berkongsi dan sy tak mahu org mengulangi kesilapan sy.

Tapi nak buat mcm mana, jalan manapun yg kita pilih, apapun yg kita ckp, pasti ada yg tak berpuas hati. Itulah hakikat "manusia". Setiap org mahu kita mengikut 'jalan' mereka.... tetapi sy ingin ada pendirian tersendiri, walaupun sy tau akan ada suara2 yg menyuruh sy menukar 'haluan' saya. Kerana itulah sy menulis..

Sy memetik pendapat seorang tokoh yg sy hormati perjuangannya:

"Pertentangan akan berlaku, sudah pasti, para nabi pun tidak dapat mengelakkannya, namun perjuangan akan terus berlangsung di setiap zaman. Tiada siapa yang dapat mengubah tabiat sejarah, tetapi kita boleh memilih dalam sejarah siapa yang ingin kita berpihak!" [2]


Maafkan saya jika ada yg terguris hati dgn entry2 sy sebelum ini ataupun entry2 di masa hadapan, InsyaAllah sy akan lebih berhati2 ketika menulis....

Maafkan juga jika sy tak dpt mengikut kehendak anda dan menulis apa yg anda mahu....

Kerana "I want to be MYSELF"

“Jika kamu seorang yang mempunyai pandangan, maka jadilah juga seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya suatu pandangan itu akan menjadi rosak, hanya kerana kamu berbelah bagi” – Abu Tayyib al-Mutanabbi [3]

Moga Allah melindungiku dan memelihara akal fikiran dr sebarang perkara2 yg dilarang.. ameen.

Rujukan:
[1] www.al-ahkam.net (tajuk artikel: Zikir Kuat-Kuat!! Kasi Up Lagi Zikir Ramai-Ramai)
[2] http://drmaza.com/home/?p=758#more-758 (tajuk artikel: Fitnah dan Adat Perjuangan)
[3] www.saifulislam.com (tajuk artikel: Siapa Saya Sebenarnya? )

Tuesday, October 20, 2009

Luka lama datang kembali...

Harini tetiba terasa sedih. Teringat balik kisah2 yg berlaku sejak beberapa tahun ni yg membuatkan sy rasa sedih.

Tadi berkongsi cerita dan kekecewaan sy dgn seorang sahabat. Bercerita tentang sikap beberapa org yg pernah menyakitkan hati sy sejak beberapa tahun ni. Berkongsi tentang kekecewaan apabila hati disakiti berkali-kali.

Tak tau kenapa hari ni tetiba je rasa sedih mengingat beberapa peristiwa dan kejadian yg berlaku yg membuatkan sy sgt kecewa dgn segolongan manusia.

Oleh itu, sy nk amik kesempatan ini utk memohon maaf pd sahabat2, lelaki atau perempuan mahupun saudara mara atas salah silap saya selama ini, sengaja ataupun tidak.

Bukan meminta maaf kerana esok ialah 1st paper utk exam kali ini... Kemaafan ini sekali2 xde kena mengena dgn exam.

Tapi meminta maaf kerana apa yg berlaku hari ini membuatkan sy terfikir yg sy juga byk manyakiti hati2 org lain sepanjang perjalanan hidup saya ini.

Kesedihan dan kekecewaan yg berlaku pada diri sy, mungkin juga di alami oleh org2 yg pernah sy kenali atas sikap dan kesilapan saya sebelum ini.

Saya memohon maaf atas kesilapan2 saya," verbally or in writing", mahupun perbuatan. Sesungguhnya saya juga manusia biasa yg sering melakukan kesilapan.

Maafkan saya...

Sunday, October 18, 2009

Ustaz oh Ustaz (part 2)




Alhamdulillah, entry saya yg lepas menerima pelbagai respons dan kritikan. Memang tidak di nafikan tulisan saya itu agak keras bunyinya dan saya telah pun meng 'edit' serba sedikit atas kesilapan2 dlm bentuk penulisan.

Bagi yg pernah mengalami nasib yg sama... cerita mereka dikongsi bersama. Namun, sy tak terlepas menerima kritikan, antaranya petikan hadith di bawah yg di tujukan khas buat saya:


Abu Umamah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "3 kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu dan imam yang adil" H.R: Muslim

Mungkin penulis ini menganggap sy telah menghina golongan "ustaz2" dlm entry yg lepas. Nauzubillah.. tidak pernah terniat dlm hati sy utk berbuat demikian. Sy hanya menegur sikap sesetengah golongan agama yg tidak berhati2 dlm menyampaikan ilmu, lantas menyusahkan segolongan besar umat islam di atas kelalaian yg boleh dielakkan. Sy sndiri sedar mereka adalah golongan ilmuan yg terpilih utk menyampaikan agama, dan ilmu mereka memang jauh langit dr bumi jika dibandingkn dgn diri sy ni. Ilmu yg benar kita raikan, namun kesilapan perlu di betulkan. dan sesungguhnya sgt ramai lagi Ustaz2 yg berilmu dan menyampaikan ilmu yg benar... dan mereka ini sangatlah sy hormati.

Tapi, adakah itu bermaksud org berilmu dan imam2 ini tidak boleh ditegur lsg? Setau saya, yang maksum hanyalah Rasulullullah, dan manusia lain sekalipun sheikh terbesar maupun mufti antarabangsa... tidak terlepas dr buat kesilapan. Dan adakah kita perlu mendiamkan diri shj bila tgk mereka bg fatwa yg bertentangan dgn quran dan sunnah?

Ibnu 'Asyur, seorang tokoh besar usul fiqh dan tafsir sendiri di kritik dgn hebat atas pendapat beliau yg mengatakan hijab tidak wajib dan hanya pakaian org arab. Ulama2 lain mengkritik hebat pendapat beliau ini (kerana tidak bertepatan dgn Quran n Sunnah) walaupun beliau ulama' besar dlm bidang fiqh. Adakah ini bermaksud ulama saling menghina antara satu sama lain?

Imam Shafie sendiri yg asalnya berguru dgn Imam Malik, tp kemudiannya mengeluarkan mazhab sendiri yg mempunyai pandangan berbeza dr Imam Malik. Adakah Imam Shafie menghina Imam Malik kerana tidak taat dan mengikut pendapatnya?

Kita jgn mudah melatah. Menegur tidak bermaksud menghina, mengumpat atau memburukkan pihak lain. dalam hal ini, mudarat yg "ustaz2" tu berikan (atas ajaran/pendapat yg salah dan bertentangan quran dan sunnah) amat besar dan tersebarnya fitnah di atas agama itu sendiri. hal ini juga menyusahkan ramai umat islam di atas ajaran yang salah dan tidak di betulkan.

Mungkin perlu cek balik buku2 text sekolah agama tentang keadaan mana yg kita boleh menceritakan keburukan/kesilapan sesorang. Sy tidak menjelaskan secara specific entry tu di tujukan kpd siapa (website mana), dan sy biarkan anonymus. Jika menegur kesilapan ulama dan org alim itu dikatakan fitnah dan mengumpat.... akan terkuburlah ilmu Islam ini. Semua org akan menutup mulut dan menerima bulat2 apa yg dikatakan dan berlakulah taqlid buta. Kemungkaran dan kesilapan dlm ilmu Islam akan berleluasa hanya kerana... kita tak boleh persoalkan apa yg org alim ulama katakan....

Fikirlah wahai sahabat...

Wallahualam

p/s: Entry ini bukanlah generalised kepada setiap org yg bergelar Ustaz. Ini hanyalah segolongan yg amat kecil yg membuat kesilapan dlm memberi hukum, namun sumbangan dan pendapat mereka yg lain masih diraikan. Bukan kerana satu pendapat yg salah, kita menolak 100% pendapat2 lain dr ustaz tu. Setiap org tidak lari dr melakukan kesilapan dan bukan hak kita untk menghukum.

Rujukan:
1) www.al-ahkam.net
2) Ibn ‘Asyur, Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah, m.s. 228, al-Basair li al-Intaj al-Ilmi
3) encik wikipedia :)

Wednesday, October 14, 2009

Ustaz oh Ustaz



Marah dan kecewa...

Semalam bukak satu website ni, kepunyaan seorang ustaz yg sgt famous kt pantai timur. Saya pun bukakla bahagian soal jawab bab ibadah dan tengokla soalan2 yg ditanya org awam dan jwpn yg ustaz tu bagi.

Marah sungguh rasanya...

Ada org tu tanya :

Bulan lepas saya masuk wad sebab kena bedah

Pergelangan tangan saya diplaster dan air tidak dapat tembusi plaster itu.

Jadi saya tayamum. Perlu diqada' solat itu? saya selama 8 hari di wad dan setiap kali solat saya tayamum

Cuba teka apa ustaz tu jwb?

Dia kata... WAJIB qadha' balik solat tu lps sihat sbb plaster tu berada di anggota wudu' .

Kesiannya kt org tu... seolah2 ustaz tu kata tak sah solat dia selama dia sakit tu sbb bertayammum. Kalaula dia kna simen tangan dia tu berbulan2.... maknanya berbulan2 solat dia tak sah... dan kna qadha' balik.

Ustaz ni mmg sgt famous dan ramai rakan2 saya pengikut setia kuliah2 dia. Tapi... dlm hal ni nmpk sgt kecuaiannya. Dahla xtunjukkan dalil utk mengatakan wajib qadha' ... suka2 hati dia je. Patut dia cek balik ayat quran yg sebut psl tayammum ni :

" ..... dan jika kamu SAKIT atau dlm perjalanan atau kembali dr tempat buang air atau menyentuh perempuan, maka jika kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dgn debu yg baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu; Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur" (Al-Maidah : 6)

Geramnye dgn ustaz ni.... kesian sgt kat org tu. Bila cek pendapat2 ustaz tu psl masalah lain.. a few jugakla yg bukan berasaskan sunnah.. tetapi mengikut adat setempat.

Hmm... apapun, kesimpulannya bukan semua ustaz boleh pecaya (tetapi sebenarnya byk jugak ustaz yg bagus). Asal nama ustaz je... jgn mudah percaya walaupun dia sgt2 famous. Sape2 pun bleh dpt gelaran ustaz tu.... asal pandai cakap, ada ilmu agama sket.... dapatla title ustaz. Then, apa yg dia ckp psl agama... semua org pecaya. Kesiannya kt org2 awam (termasukla saya sendiri) yg kadang2 ter percaya dgn pendapat ustaz2 camni.

Apapun, ustaz atau tidak.... kna selalu cek dulu. Kalu dia kasi pendapat tanpa dalil or bunyi suspicious... jgn cepat pecaya. suruh dia jelaskan dulu pendapat dia tu.... supaya kita dpt pastikan itu adalah pendapat yg bertepatan Quran dan Sunnah, sbb sesape pn boleh buat silap.

Selamat mencari ilmu buat semua dan juga diri sendiri.....

Semoga Allah lindungi kita dr ilmu2 yg silap dan tersasar dr Islam....

p/s: bukan merendahkan golongan agama, cuma ingin mengingatkan diri supaya lebih berhati2 dalam menerima ilmu. kerana sehebat manapun seseorang itu, kita tetap tidak maksum dan tetap terdedah kepada kesilapan

Hanisah Azhari
14/10/2009

Tuesday, October 13, 2009

Music bantu khusyu' ?

" Lagu ini sesuai didengar sblm kita melakukan tahajjud di malam hari..insyaAllah "

" Jika ingin lebih menghayati maksud ayat2 quran, bolehla cuba pasang background music masa baca terjemahan Quran... InsyaAllah akan terasa lebih penghayatan terhadap Quran "

Inilah antara 2 text yg saya jumpa dlm sebuah blog dan juga kata2 seorang penceramah di dalam majlis agamanya yg saya hadiri satu ketika dahulu.

Taksub dgn music, ataupun nasyid2 menyebabkan mereka mengaplikasikan music2 ni utk meningkatkan khusyu' pd agama. Tak taula mana idea2 ni muncul. Mungkin sbb ingin "mengislamkan" sesuatu mende tu, sampai timbulla idea2 pelik yg disandarkan kpd islam. Ataupun kerana ingin meningkatkan taqwa, sampai lupa pada ajaran sebenar.

Bukan menyalahkan music ataupun nasyid2, cuma ingin memesan... JANGAN terlalu TAKSUB. Perlu ke pasang background music supaya dpt hayati Quran? Perlu ke dengar lagu nasyid dulu sblm buat tahajjud?? Nauzubillah.... wahai sahabat, kita bukan seperti Christian, yg music adalah sebahagian dr cara pengabdian kpd tuhan. Kenapa kita perlu ada amalan iras2 agama lain?

" Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan"
(Al-Muzammil :6)

" Dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati"
(Al-Muzammil : 8)

Al-quran byk memberi jawapan utk menambah ke khusyukan dlm ibadah... tp knapa nk memilih music juga? Buku2 agama pn byk yg bagitau tips nk khusyuk mengikut quran dan sunnah, tp ada jugak yg cenderung ke arah music sbg cara utk khusyuk.

Saya pernah dengar kuliah dr Ust. Rasul Dahri, mengenai nasyid2 ni. Katanya, kita ni minat nasyid ni sbb lagunya sedap je. Kalau ada nasyid yg lyrics sgt2 bagus, tp music dan lagunya x sedap sgt, atau suara penyanyi xla sedap mana.... for sure kita akan dump je lagu tu. Betul jugak katanya. Kalu nasyid tu bunyi sedih... dengar pun boleh nangis.... mesti kita rasa nasyid tu bagus, walaupun liriknye xdela bagus sgt. Sedangkan, kalau kita lihat byk nasyid2 yg menceritakan kisah Nabi taklah begitu di minati. Sebabnya... byk nasyid psl Nabi ni iramanya berasaskan padang pasir, so kita pun takla minat sgt dan tak suka sgt nk dengar.

Saya br menonton konsert ruhul jadid dlm you tube. Marah sungguh tgk ajaran 'kumpulan nasyid' ni. Kononnya bwk dakwah dlm bentuk nasyid, tp tengok jela camne konsert dia. Melompat2 dan terkinja2, tak ubah mcm konsert rock yg lain. yang bezanya cuma senikata lagu2 nya shj, berbunyi Islam. Tp entah ada penghayatan dlm hati ke tak... bila dah melompat2 smbil menyanyi tu.... Nauzubillah.


Kita patut lihat balik cara Rasulullah berdakwah dan beribadah. Tak de pun mende2 semua ni. Islam tertegak atas kebenaran dan asas yang kukuh. Bukannya music2 yang melalaikan. Bukannya nk mengharamkan music dan nasyid2... cuma biarlah berpada2 dan jgn melampaui batas. Kalau ada masalah nk khusyuk, rujukla semula pd Quran dan Sunnah. Byk sgt2 ajaran yg Rasulullah sampaikan... kita je xde masa nk rujuk sebab terlalu lalai.

Maaf buat peminat2 nasyid atas artikel ini.... sesungguhnya saya juga peminat nasyid seperti anda semua..

Moga Allah memberi kita petunjuk utk membuat penilaian yg terbaik...

Wallahua'lam

Ukhti Hanisah
Dunedin
13 / 10 / 2009

Friday, September 18, 2009

"Plagiarism" Dalam Berdakwah

Plagiarism is one form of dishonest practice. Plagiarism is defined as copying or paraphrasing another person's work and presenting it as one's own - whether intentionally, or through failure to take proper care.

Any student involved in dishonest practice is liable to be proceeded against under the University's regulations. A range of penalties is established by those regulations, including forfeiture of marks for the piece of work submitted, a zero grade for the paper, or in extreme cases exclusion from the University.
( Copy from Univ of Otago website : http://www.otago.ac.nz/study/plagiarism.html)


Keras betul bunyi amaran dari University. Setiap pelajar di suruh berhati-hati dalam menulis assignment dan thesis paper untuk mengelakkan plagiarism. Maka, semua pun memastikan setiap assignment yg di hantar mempunyai citation dan quotation yang tepat. Takut untuk menyatakan sesuatu pendapat tanpa membuat citation terlebih dahulu.

Students menjadi lebih berhati2, setiap ayat dan perenggan di periksa dengan teliti sebelum menghantar paper kepada pemeriksa. Kerana takut dapat markah kosong... takut di panggil oleh head of dept... dan paling teruk ialah takut di buang university kerana di tuduh plagiarising other people's work without proper citation.

Hebat betul bila dilihat betapa berhati2 nya setiap pelajar memastikan kertas kerja yg di hantar itu di sokong bukti yang kukuh dan di sertakan pula rujukan yang kemas dan memuaskan.

Tetapi.....

Keadaan sebaliknya pulak berlaku bila berdakwah.

Pendakwah dengan mudahnya memberitahu ... "ini hadis sahih"......"ini kata2 Rasulullah"...." ini sunnah"....."ini ayat quran" tanpa menjelaskan rujukan sebenar pernyataan itu.

Memang mudah melafazkan kata2 itu untuk meyakinkan orang lain dalam proses dakwah. Orang yg mendengar pun terus mengamalkannya tanpa mengetahui kesahihah pernyataan tersebut kerana mereka percaya.. "mustahil pendakwah akan menipu".

Baru2 ini saya membaca sebuah buku motivasi. Melihat cara penulisnya quote hadis, sangatla mengecewakan. Beliau hanya memberitahu hadis itu sahih atau dari Rasulullah tanpa menuliskan sebarang rujukan ianya dari sunan bukhari, muslim etc. Sesiapa pun boleh claim sesuatu ayat itu dr Rasulullah.... namun mereka perlulah mengemukakan bukti yg jelas. Sekurang-kurangnya, bila org lain nk memeriksa hadis tersebut, mereka bolehla merujuk kitab asal ataupun syarah kitab tersebut, eg. sahih bukhari.

Dalam blog2 juga hal ini berleluasa sekali. Banyak sekali mencadangkan amalan2 yang di katakan sunnah, tetapi tidak ada asas yang kukuh. Bila di tanya di manakah source kata2 tersebut, mereka tiada jawapan. Mereka hanya copy and paste dr blog rakan2 yang lain, ataupun menulis semula apa yg di dengar. Maka tersebarlah satu "sunnah" dan terapung di awang-awangan kerana tiada siapa tahu periwayat mahupun asas sunnah tersebut. Yg menyebarkan, terus menyebarkan dan yg menerima, terus menerima tanpa ada persoalan.

Ramai yang memandang remeh hal ini... termasuklah org2 yg menggelarkan diri mereka pendakwah.

Dalam keghairahan untuk menyampaikan dakwah, mereka terlupa untuk memeriksa kesahihan pernyataan yg mereka buat, lantas pantas sekali menyandarkan kata2 tersebut pada Rasulullah. Mungkin kelihatannya seperti hal kecil... tetapi lihatla apa yang berlaku pada hari ini. Ramai sekali melakukan ibadah yg dikatakan sunnah di atas hadis yang tidak sahih, yang bukannya dari Rasulullah. Banyak sekali fadhilat2 palsu mengenai ibadah yang tersebar, membuatkan org percaya bahawa jika mereka melakukan ibadah tersebut, ada ganjaran tertentu di sebaliknya.

Contohnya : Sesiapa yang berpuasa pada hari jumaat, mereka akan dapat pahala seperti pahala pergi haji dan umrah.

Nampak menarik bukan? Tetapi, ianya bukan dari Rasulullah, hanyalah rekaan saya sendiri. Jika saya keluar dan memberitahu hal ini, mungkin ramai sekali yg akan percaya dan sanggup berpuasa pada hari tersebut.... kerana mereka dah tak perlu buat haji, sebab pahala haji sama sahaja dgn berpuasa pd hari tersebut.

Taqlid buta ini sangatla bahaya. Dan org yang perlu dipersalahkan antaranya pendakwah2 itu sendiri yg gagal memeriksa status hadis atau hukum tersebut sebelum menyebarkannya. Senang2 je copy dr internet, kemudiannya menyebarkan pada org ramai. Maka tersebarlah satu 'fitnah' dalam agama yang di asaskan oleh org agama itu sendiri. Nampak mudah, tetapi kecuaian tersebut akan memberi kesan besar dalam agama dan juga kita akan menanggung dosa2 di atas berlakunya fitnah dalam agama dan membuat pendustaan terhadap Allah dan Rasul.

Matlamat tidak menghalalkan cara.... walaupun niat untuk menyampaikan dakwah, periksalah dahulu untuk memastikan ianya sahih dan authentic. Janganlah buat sambil lewa, kerana kesannya besar. Bukannya susah pun. Banyak sekali kitab2 agama dlm internet, cuma perlu memcari dan membaca sahaja. Ataupun rujuklah kepada org2 yg belajar ilmu syariah yang memahami islam dgn mendalam.

Teringat satu kuliah yang saya hadiri baru2 ini. Kagum dengan seorang sahabat ini yg bersungguh2 untuk menjelaskan status hadis yg dia quote untuk kuliah itu. Kesungguhannya sgt saya hormati, kerana menunjukkan betapa dia menjaga hadis dan sunnah Rasulullah, dan betapa dia memeriksa terlebih dahulu sebelum menyampaikan kepada org lain.

Pada masa yang sama, sedih kerana ada sesetengah pihak yang melenting apabila ada usaha untuk menjelaskan status hadis sesuatu ibadah yg selalu kita amalkan. Di tuduhnya memecahbelahkan umat dan masyarakat. Ada yang lebih rela melihat masyarakatnya melakukan ibadah yang tidak sahih datangnya dari Rasulullah, dan menolak sebarang usaha untuk menjelaskan hal sebenar. Perubahan perlu berlaku.... tetapi dengan penjelasan. Penerangan kenapa pentingnya asas akidah dan ibadah kita berdiri di atas sumber yang kukuh dan sahih (Quran dan Sunnah) dan bukannya berasaskan fahaman setempat.

Pentingnya untuk memastikan dakwah yang kita sampaikan ini benar2 datangnya dari Rasulullah dan firman Allah.

Penting juga kepada org2 yg menerima ilmu agama untuk memastikan dakwah yg diterima itu di iringi dgn bukti yang kukuh. Berhentilah menerima bulat2 apa yg disampaikan, tetapi mulalah berfikir dgn kritis atas apa yang disampaikan.

Jika ada yang berkata "ini sunnah rasulullah", cubalah bertanya dalam sahih mana hal itu di sebutkan. Tanyalah imam mana yang mensahihkan hadis itu... bukhari, muslim, tirmidzi?

Jika pemberi maklumat itu tiada jawapannya atau hanya senyuman sebagai jawapan, usahlah menerimanya dengan mudah dan menyampaikannya pada org lain. Periksalah dahulu dan pastikan status kesahihannya sebelum mengamalkannya ataupun menyampaikan kpd org lain.

Dan jangan terlalu mudah menekan butang 'forward' apabila menerima email2 yang berunsurkan agama sebelum memeriksa kesahihan isi kandungannya.

Lihatlah betapa telitinya para2 muhaddis dalam mensahihkan hadis2 sebelum mereka menyampaikan pada generasi seterusnya. Namun kita terlalu leka dan mengambil mudah hal ini. Asalkan org kata itu hadis, terus kita mengamalkannya dan menyebarkannya tanpa mengambil tahu status sebenar.

" Katakanlah: Sesungguhnya TUHANKU hanya mengharamkan perbuatan2 yg keji, sama ada yang nyata atau tersembunyi, perbuatan dosa dan menceroboh tanpa alasan yang benar. (Diharamkan) kamu mempersekutukan sesuatu dgn Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya) dan (diharamkan) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak ketahui" ( Al-A'raf: 33)

Tegakkanlah Islam ini di atas kebenaran yang pasti.

Semoga ibadah dan amalan kita ini berasaskan hanya dari Quran dan Sunnah.

Selamat mencari dan mengamalkan ilmu Islam dengan memastikan ilmu2 itu dari sumber yg kukuh.

"Tunjukilah kami jalan yang lurus. (iaitu) jalan org2 yang Kau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang Kau murkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat" (Al-Fatihah: 6-7)

Wallahua'lam

Hanisah Azhari
Dunedin 2009

Saturday, September 12, 2009

Perjalanan Mencari Cinta



Ramadhan datang lagi... setinggi-tinggi kesyukuran di ucapkan kepada Allah kerana menemukan Ramadhan kali ini. Betapa ramainya manusia yang menyangka mereka akan menemui Ramadhan yg seterusnya... tetapi menemui Allah terlebih dahulu sebelum sempat menjejaki sampai ke tahun yang seterusnya.

Ramadhan kali ini di isi dengan sedikit kelainan. Di kala orang2 lain memilih untuk tinggal di rumah di musim cuti di bulan Ramadhan, kami memilih untuk bermusafir. Bukanlah bermusafir kerana untuk menggunakan rukshoh tidak perlu berpuasa.. tetapi bermusafir untuk memenuhi sesuatu di dalam diri.




Perjalanan 2 hari satu malam sejauh 300km mempunyai seribu pengertian. Bermusafir untuk melihat keindahan ciptaan Allah. Bermusafir untuk menghayati kekuasaan-Nya, supaya hati ini lebih menginsafi kejadian diri.



Ketibaan kami di Lake Tekapo di sambut dengan angin yg sejuknya sampai ke tulang. Menggigil jugakla walaupun baju telahpun berlapis-lapis. Selepas check in di The Godley Hotel, kami berjalan ke Lake Tekapo yang hanyalah beberapa meter dari hotel. Kerana terlalu sejuk dengan angin yg kuat, kami memilih untuk menaiki kereta ke kawasan lain di sekitar Lake Tekapo.




Seterusnya kami ke kawasan "open ice rink", satu-satunya ice rink di kawasan terbuka di New Zealand. Tetapi memandangkan kepenatan perjalanan jauh yang masih belum reda, kami hanya memerhatikan dari luar, tak larat rasanya nak bermain ice skating di dalam kepenatan ni.

Malamnya kami berbuka puasa dengan kebab yg kami beli di Oamaru. Keesokan harinya, selepas bersahur kami memilih untuk melihat bintang2 di langit. Lake Tekapo adalah kawasan yg sangat famous dengan langit yg di penuhi bintang2.




Kemudian kami bertolak ke Mount Cook. Singgah sebentar di Mount Cook Salmon Farm... melihat penternakan ikan salmon di dalam sangkar.




Sebelum sampai ke Mount Cook, kami berhenti mengambil angin di Lake Pukaki... berlatar belakangkan banjaran Alps di kejauhan. Terkesima sebentar... subhanallah, cantiknya pemandangan. Di tambah dengan kesunyian di tepi tasik, terasa cukup damai di hati kami. Terlalu berat rasanya untuk meninggalkan tempat ini.




Semakin hampir kami ke Mount Cook, semakin banyak snow di kiri kanan jalan. Terkedu melihat cantiknya dan hebatnya penciptaan Allah. Bukit2 dan gunung2 yang diliputi salji putih, memberi seribu ketenangan dalam diri. Tidak ada kata2 yg mampu di ucapkan untuk menggambarkan betapa cantiknya pemandangan dan perasaan kerdilnya dalam diri.



Setibanya di Mount Cook, kami memilih untuk menonton tayangan di planetarium dan juga 3D movie. 3 tayangan mengenai angkasa dan juga hebatnya ciptaan Allah cukup mengisi masa kami selama beberapa jam di kaki bukit Mt Cook.... alhamdulillah, terisi juga kehadiran kami yang jauh ini. Selain itu, kami mengambil peluang ke mini museum of Sir Edmund Hillary, orang pertama yg sampai ke kemuncak everest.



Mungkin kelihatannya perjalanan kami amat memenatkan kerana jarak yg jauh dlm tempoh yg singkat. Selain perjalanan ini untuk melihat keindahan ciptaan Allah, permusafiran ini penting bagi kami untuk lebih menguatkan cinta dlm diri kami.

Pada hari2 biasa, mana mungkin kami mempunyai masa untuk duduk bersembang dan berbincang hingga berjam-jam lamanya. Namun apabila kami bermusafir, perjalanan kami di isi dengan pelbagai perbincangan yg menarik. Berbincang mengenai manusia, hal-hal dunia, masalah pelajaran hinggalah kepada perbincangan agama, akidah dan fiqh. Masa inilah segalanya dapat di luahkan tanpa sebarang gangguan.

Nampak seperti remeh, tetapi perlunya bg setiap pasangan untuk bermusafir dan mencari hikmah di sebalik suatu perjalanan yang panjang itu. Alhamdulillah, pengorbanan kami meninggalkan keselesaan rumah sendiri dan juga melupakan assignment yg berlambak2 itu tidaklah sia2.



Perjalanan untuk mencari cinta Allah... dan juga menguatkan lagi cinta kami suami isteri.

Moga lebih banyak permusafiran yang berharga dalam diri kami.

Moga Allah memelihara perhubungan cinta kami... dan lebih mendekatkan kami ke pada-Nya.

Moga ini bukan Ramadhan yang terakhir bagi kami.... dan moga kami ketemu dengan malam lailatul qadr Mu Ya Allah....

Wallahualam

Hanisah Azhari
Dunedin
Ramadhan 2009

Saturday, August 22, 2009

Pulanglah Wahai Sahabat....

Ramadhan al mubarak telahpun bermula 22 Ogos 2009. Hari pertama Ramadhan, terpaksa pula bekerja di farmasi seharian suntuk. Penat, penat berdiri dan melayan pelanggan. Hari ini ditugaskan menjaga shop dan memberi nasihat tentang ubat2 OTC (over the counter).

Gembira, kerana dapat berkongsi ilmu ubat2 dan memberi nasihat tentang memilih ubat yg terbaik. Namun, jauh di sudut hati... terasa kekurangan dan ketidak puasan yg pasti. Walaupun 'kiwis' di sini menghargai setiap nasihat yg diberi, di iringi dengan senyuman terima kasih, namun masih terasa tidak puas hati atas khidmat yg diberi.

Aku ingin pulang....

Pulang ke tanah air dan berbakti kepada rakyat sendiri.

Berbakti kepada rakyat yg telah mengorbankan wang ringgit membayar tax... untuk menanggung pengajianku yg berjumlah hampir setengah juta Rm!!

Kepuasan itu akan hadir apabila bakti itu di curahkan betul pada tempatnya... dan kepada org yang selayaknya. Sesungguhnya diri ini banyak berhutang dengan rakyat Malaysia.

Bayangkan dengan kos pengajianku ini..... berapa banyak rumah2 org miskin dapat didirikan...

Berapa banyak mulut2 yang kelaparan dapat di suapkan...

Diri ini tunduk.... tunduk syukur atas nikmat yg Allah kurniakan.

Di kala ramai lagi yg merana memerlukan wang... kami di sini di sumbangkan dengan wang rakyat... pelaburan yg besar dan mengharapkan kami pulang untuk berbakti...

Buat sahabat2 di luar sana... yang hidup gembira dengan wang tajaan negara...

Pulanglah berbakti pada rakyatmu...

Fikirkan kembali impianmu untuk bekerja dan menetap di luar negara....

Memang tidak dinafikan, berapa sangatlah kerajaan malaysia mampu bayar gaji seorang doktor di Malaysia... jika dibandingkan dengan bebanan kerja yang teruk

Memang tidak dinafikan.. jika kau menjadi doktor di luar negara... kau mampu menjadi jutawan dengan bebanan kerja yang kurang....

Namun ada hak yang kau perlu tunaikan. Hak rakyat Malaysia yang lain yang telah 'membayar' harga yang tinggi untuk pengajianmu itu.

Jangan di salahkan bebanan kerja yang teruk di Malaysia... semua itu berlaku kerana pelajar2 yang sepatutnya pulang berbakti.. memilih untuk menjauhkan diri. Kasihanilah kepada doktor2 di malaysia yang terpaksa menanggung bebanan kerja yg teruk.. kerana sikap sesetengah manusia yg memilih kepentingan diri.

Bayangkan... jika semua pelajar perubatan yg Malaysia hantar ke luar negara pulang dan berbakti, mungkin bebanan kerja doktor di Malaysia tidaklah seteruk yg di katakan.

Wahai sahabat... pulanglah secepat mungkin untuk berbakti. Hidup ini bukanlah hanya wang semata2. Tempatmu di negara mu sendiri.... pulanglah untuk berbakti buat rakyat terutamanya umat islam di Malaysia.

Janganlah terlalu taksub mengejar gaji yg tinggi, hingga melebihkan kaum2 lain di negara luar dan sanggup berbakti di negara asing. Jangan sampai "menyusukan kera di hutan, anak di rumah kelaparan".

Pulanglah wahai sahabat.... seawal pengajianmu berakhir. Kerana sesungguhnya ada hak org lain yg perlu kita tunaikan. Ada tanggungjawab terhadap negara yg tergalas di bahu.

Sesungguhnya setiap sen yg dibelanjakan untuk pengajian kita itu.... ada harga dan hak manusia lain di sebaliknya. Usahla di kejar gaji tinggi di luar sana. Biarla bergaji rendah di negara sendiri, tetapi kita berbakti benar pada tempatnya. Kerana hidup ini hanya sementara... dan kerana Allah akan bertanya di akhirat sana......

Pulanglah sahabat...


Hanisah Azhari
1130 pm
1 Ramadhan 2009
Dunedin, NZ

Thursday, August 6, 2009

Usah Mengambil Hak Orang Lain






" Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali org2 yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran, serta berpesan-pesan dengan kesabaran " ( Surah Al-Asr )


Sedih dan kecewa melihat fenomena manusia di masa ini. Di dalam solatnya, kerap kali surah ini di baca. Di dalam perbincangan agamanya, seringkali surah ini dibincangkan. Semua pun tidak putus-putus melaungkan kepentingan masa dalan kehidupan seharian.

Masa itu emas....
Jangan bazir masa....

Namun begitu, apa yang diucapkan tidak menggambarkan hakikat iman yang sebenar.

Hati ini kecewa.... kerana manusia2 ini tidak pernah mau berubah. Malahan tidak ada usaha untuk berubah.

Di awal pagi, kelihatan pelajar2 berlari-lari menuju ke 'lecture theatre'. Ada yang tak sempat bersarapan.... ada yang memakai baju tidur yang terselindung di sebalik winter coat, ada juga yang hanya sempat membasuh muka dan menggosok gigi kerana terlewat bangun. Semua ini kerana satu, kerana mengejar masa lecture yang akan bermula.

Semuanya berkejar-kejar untuk sampai tepat pada masanya. Kenapa ya? Takut lecture notes habis? Takut terlepas lecture walaupun seminit? Ataupun takut malu kerana terpaksa masuk pintu hadapan?

Apapun sebabnya, mereka tetap berusaha untuk sampai tepat pada masanya. Terbit senyuman di bibir setelah berjaya sampai tepat sebelum lecture bermula. Kagum.... kagum sekali dengan semangat pelajar2 ini.

Namun, mengapa semangat ini tidak dikekalkan pada setiap masa dan keadaan? Mereka2 yang selalu menepati masa ke lecture, group meeting ataupun tutorial, kelihatan nya susah sekali untuk menepati masa apabila benghadiri program2 agama.

Tamrin, ceramah maupun sebarang program yang berlandaskan Islam, tidak pernah diusahakan untuk "menepati masa".

Tentatif program tertulis "Majlis akan bermula pada 10 pagi". Namun.... setengah jam berlalu, masih belum nampak tanda2 majlis akan bermula. Kerusi2 masih lagi kosong. Setelah kira2 jam 11, baru peserta mula mengisi kerusi2 yang ada. Kira2 jam 1130, barulah majlis itu bermula.

Mengapa mesti begini wahai sahabat? Mengapa engkau bersungguh2 menepati masa dalam majlis2 bersama bukan muslim, tetapi majlis2 agama mesti engkau lewatkan?

Peserta, mahupun penganjur perlu sedar akan kepentingan masa. Mungkin kelihatan seperti masalah yang kecil.... "takpela, kita kan ikut jam melayu..." . Sangatla menyedihkan bila alasan ini digunakan. Seperti ayat2 dari surah Al-Asr itu tidak membawa sebarang pengertian dalam diri.

Saya sangat kecewa... kekecewaan yang telah bercambah dalam diri setelah bertahun2 lamanya. Apatah lagi selepas bertapak di bumi Aetearoa ini. Tiap kali sesuatu majlis diadakan, saya berusaha untuk datang tepat pada masanya. Mahupun terlewat 5 minit, terasa bersalah di dalam hati.

Namun, setelah tiba di majlis2 berkaitan.... kadang2 pihak penganjur pun tidak kelihatan, apatah lagi peserta2 yang lain. Akhirnya, saya juga yang terpaksa menunggu, pernah sehingga 2 jam, baru majlis bermula. Kecewa dan kesal dalam hati. Usaha saya untuk datang awal bagaikan diperkecilkan. Memang nampak seperti kecil, tetapi bayangkan dalam 2 jam itu, banyak perkara yang saya dapat lakukan. Geram juga kadang2, terasa bagaikan tertipu sendiri.

Kata orang, alah bisa tegal biasa. Walaupun setelah berkali2 perkara ini terjadi, dan bertahun2 lamanya, namun saya tetap juga berusaha muncul tepat pada masanya. Selalu juga marah pada diri sendiri, kerana terlalu berharap situasi ini akan berubah. Kadang2 hingga memaksa diri sendiri datang lewat 15 minit kerana memikirkan majlis2 ini tidak akan menepati masa. Namun, tetap majlis itu bermula lewat dari masa saya tiba.

Wahai sahabat... bilakah kau mahu berubah? Sungguh lancar bicaramu menuturkan tentang perjuangan agama dan kepentingan seorang muslim, namun mengapa kau memandang enteng dalam menepati masa? Ini hanyalah isu yang asas sebagai muslim. Bagaimana kau mahu mengaharapkan muslim lain menghormatimu, sedangkan kau gagal dalam perkara asas dalam beragama.

Wahai sahabat2 ku yang ku hormati dan ku sayangi.. berubahlah. Bukan esok, bukan lusa... tetapi saat ini jua. Seperti mana kau mampu menepati masa dalam mengahadiri lecture, meeting dan apa jua majlis lain bersama non-muslim, cubalah jua menepati masa dalam menghadiri majlis2 agama.

Buat pemimpin2 Islam di luar sana, didiklah anak buahmu untuk menepati masa. Pastikan program2 dan majlis2 mu sentiasa berlangsung tepat pada masanya. Peliharalah masa.. kerana tanggungjawab kita masih ada.

Kerana.... ada hak orang lain yang berada dalam tanganmu.

Kerana sesungguhnya, Allah telah mengingatkan kita .......

" Demi masa...sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian "




Hanisah Azhari
8.20pm
6 August 2009
Dunedin

Tuesday, July 28, 2009

Ku mohon petunjuk dari Mu...

((اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ
مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ،
وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوْبِ. اَللَّهُمَّ إِنْ آُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ -
وَيُسَمَّى حَاجَتَهُ- خَيْرٌ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ
-أَوْ قَالَ: عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ- فَاقْدُرْهُ لِيْ وَيَسِّرْهُ لِيْ ثُمَّ بَارِكْ لِيْ
فِيْهِ، وَإِنْ آُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ شَرٌّ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ
وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ -أَوْ قَالَ: عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ- فَاصْرِفْهُ عَنِّيْ
وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ آَانَ ثُمَّ أَرْضِنِيْ بِهِ)).

“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi perso-alanku) dengan kemahakuasaanMu. Aku mohon kepadaMu sesuatu dari anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Mahakuasa, sedang aku tidak kuasa, Engkau mengetahui, sedang aku tidak mengetahuinya dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini lebih baik dalam agamaku, dan akibatnya terhadap diriku atau -Nabi n bersabda: …di dunia atau akhirat- berilah kejayaan untuk-ku, mudahkan jalannya, kemudian berilah berkah. Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini lebih berbahaya bagiku dalam agama, perekonomian dan akibatnya kepada diriku, maka singkirkan persoalan tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan kebaikan untukku di mana saja kebaikan itu berada, kemudian berilah kere-laanMu kepadaku.” (HR. Al-Bukhari 7/162.) - HISNUL MUSLIM-

KepadaMu aku memohon petunjuk. Berilah hidayah kepadaku dan tunjukkan aku jalan yang Kau redhai dan bukan jalan yang Kau murkai. Berilah aku kekuatan untuk menegakkan kebenaran dan melaksanakannya di atas keredhaanMu ya Allah. Padamu ku bertawakkal..... ameen.


"Thinking mode"

Hanisah Azhari
Dunedin
28 July 2009
7.44pm

Monday, July 27, 2009

Peristiwa subuh





Suatu subuh yang lalu.... saya menghadiri solat subuh berjemaah bersama muslimat yang lain. Kali ini bukan subuh yang biasa, tetapi subuh yang memberi kesan dalam diri ini. Solat subuh di pagi itu berjalan lancar, usai imam memberi salam, saya memulakan wirid memuji Allah, secara sendirian.

Namun, sebelum sempat wirid itu dihabiskan, makmum dan imam memulakan amalan kebiasaan masing2....iaitu membaca mathurat tetapi secara berjemaah. Pada mulanya tersentak juga kerana wirid yang dibaca masih belum habis, tetapi kemudiannya saya perlahan2 mengikut rentak bacaan mathurat seperti makmum yang lain.

Setelah habis membaca Fatihah dan surah pendek.... jemaah itu menyambung bacaan mathurat yang seterusnya, tetapi saya terhenti. Hati ini terasa tidak sedap, bagai ada yang tak kena. Lalu bacaan mathuratku terhenti, dan saya tertunduk beristighfar kepada Allah yang Maha Mengetahui.

Saya sangat terkejut bila menyedari bahawa kelihatannya setiap makmum bagaikan berlumba2 untuk menghabiskan bacaan masing2. Mathurat dibaca dengan kuat dan kelajuannya makin bertambah. Hinggakan mulut ini tidak dapat mengikuti bait2 bacaan yang disebutkan.

Hati saya berdetik dan ingin sekali bertanya kepada makmum2 itu....

Apakah yang kau kejar wahai sahabat, sampai begitu pantas bacaanmu itu?

Apakah kau faham apa yang kau tuturkan di bibirmu itu?

Apakah kau pasti yang sebutanmu itu benar lafaznya, kerana kelihatan lajunya bacaanmu?

Apakah tujuanmu yang sebenar membaca mathurat itu? Sekadar mengikut teman2? Atau mengikut amalan kebiasaan? Ataupun kau benar2 menghayati bacaan dan maksud di sebaliknya?

Adakah lafaz yang ditutur itu ikhlas memohon kepada Allah? Mampukah kau memohon dengan yakin dalam pada membacanya dengan pantas sekali?


Ingin sekali saya mendapat jawapan daripada sahabat2 itu. Namun saya hanya mampu melontarkan persoalan ini hanya di dalam hati. Kelihatan seperti amalan membaca mathurat telah menjadi darah daging bagi segolongan muslim, hinggakan tidak sah rasanya jika tak membaca mathurat selepas subuh dan asar.

Pada subuh itu, akhirnya saya terdiam sendiri ketika makmum lain khusyuk menghabiskan mathurat. Saya berfikir.... dan terus berfikir melayani persoalan hati. Apakah maksud di sebalik perbuatan ini? Dalam hati kecil ini, saya memohon doa meminta petunjuk. Moga Allah melindungi hati-hati ini.

Ada satu persoalan yang ingin saya timbulkan di sini. Saya tidak menyalahkan membaca mathurat selepas solat, cuma perlukah ianya di baca secara berjemaah dan dikuatkan suara? Apakah hukum di sebaliknya dan adakah situasi mathurat ini berbeza jika dibandingkan dengan hukum wirid beramai2 seperti yang banyak di bincangkan oleh para ulamak?

Saya ingin mengajak semua berfikir, jika wirid beramai2 selepas solat di bantah keras oleh para ulamak kerana ia bukan sunnah.... apakah mathurat ini di benarkan? Setahu saya, kandungan mathurat tidak jauh bezanya dibandingkan dengan maksud melakukan wirid kerana kedua-duanya adalah bacaan mengingati dan memuji Allah dan Rasul. Imam Ibnu Kathir juga telah memfatwakan bahawa zikir secara jemaah adalah bidaah yang sesat. Saya mencadangkan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti mathurat secara jemaah ini, mengkaji semula amalan ini. Di sini juga saya sertakan link dari Al-Ahkam yang membincangkan secara dalam mengenai hukum ini. Moga Allah melimpahkan hidayahNya kepada kita semua...ameen.

Wallahualam...

P/s: Artikel ini merujuk kepada perbuatan wirid/baca mathurat secara berjemaah. Saya tidak mempertikaikan atau membincangkan isi kandungan mathurat itu sendiri, jauh sekali mengatakan mathurat itu adalah bidaah.

Hanisah Azhari
Dunedin
27 July 2009
1.43pm

Sunday, July 26, 2009

Ya Bunayya....




Wahai anakku... sungguh lembut cara Luqman mengajar anaknya seperti yang di sebutkan dalam Al-quran. Mengingat kembali zaman ketika kecil, apakah pengajaran pertama yang diajarkan oleh kedua ibubapa kita?

Ada yang mengajar anak menyanyi sejak kecil, tak kurang juga seawal kelahiran anak, ibubapa telahpun menghantar anak-anak ke kelas tarian dan mengajar anak2 pelbagai lagi ilmu2 'moden'. Mungkin apabila anak2 mencecah umur persekolahan, bebanan mengajar ilmu agama diserahkan kepada guru2 di sekolah.

Tidak kurang juga yang apabila anak2 mencapai umur akil baligh, baru berusaha mengajar segala ilmu fiqh termasuklah memaksa anak2 memakai tudung. Pengajaran yang sepatutnya diajarkan sejak kecil... di simpan dan ditunggu hingga anak2 baligh. Tidak hairanlah jika anak2 memberontak dan menolak mentah2 ajaran yang cuba diterapkan oleh ibubapa ketika mereka mencapai usia remaja.

Namun begitu, apakah pengajaran pertama yang perlu di ajar? Perlukan mengajar hadith dan fiqh terus? Atau perlukan mengajar ibadah seperti solat dan puasa dahulu? Syukur ke hadrat Ilahi, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Di dalam Kitabnya, Allah menyebutkan asas pendidikan untuk anak2, dan di persembahkan di dalam surah Luqman, ayat 12-19.

12. Dan sungguh, telah kami berikan hikmah kepada Luqman, yaitu, "Bersyukurlah kepada Allah! Dan barang siapa bersyukur (kepada Allah), maka sesunguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji.

Di dalam ayat ini hanyalah satu-satunya bahagian dalam surah ini yang menyebut nama Luqman. Namun tidak dijelaskan siapakan gerangan Luqman ini. Kenapa ya? Kerana untuk apa kita mengetahui 'details' tentang Luqman. Adakah dengan mengetahui latar belakangnya, ciri2 dirinya... akan menambahkan iman dan taqwa kita kepada Allah? Al-quran bukanlah kisah panglipurlara yang terlalu banyak 'details' dan cerita yang tidak perlu dan tidak berkaitan. Cukuplah kita mengambil pengajaran dari ayat2 ini, dari memikirkan siapa Luqman sebenarnya.

Ayat ini juga mengingatkan kita supaya bersyukur atas nikmat ilmu yang diberikan sepertimana Allah mengingatkan Luqman supaya bersyukur atas kurniaan "hikmah" yang diberikan.

13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, "wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar2 kezaliman yang besar".

Inilah pengajaran pertama yang perlu diajar kepada anak2 pada tahun2 awal kehidupan mereka. Kita tidak disuruh mengajar solat dan puasa sebagai perkara pertama yang perlu diajar, tetapi akidah merupakan perkara penting dalam kehidupan muslim. Anak2 perlu di ajar tentang aqidah dan syirik, supaya mereka mengenali Allah, dan kenapa mereka perlu patuh dan tunduk kepadaNya.

Mungkin inilah kesilapan dalam mendidik. Ibubapa lupa tentang kepentingan aqidah untuk diterapkan dalam diri anak2. Anak2 perlu tahu perkara yang membezakan antara syirik dan Iman. Mungkin juga pusat penjagaan kanak2 perlu diajar supaya mengajar ilmu aqidah kepada kanak2 di bawah jagaan mereka. Ibubapa juga perlu peka dengan perkembangan mental anak2, tidak sepatutnya anak2 diajar tentang hantu dan menakutkan mereka dengan kuwujudan makhluk halus, tetapi pada masa yang sama mereka lupa untuk mendidik anak supaya takutkan Allah. Jangan sampai anak2 dibesarkan dalam keadaan takutkan hantu melebihi perasaan takutkan Allah.

14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

15. Dan jika keduanya memaksa untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Allah mengingatkan kita tentang kepentingan berbuat baik kepada ibubapa. Wajarlah kita berterima kasih kepada mereka atas kesusahan dan kepayahan mereka membersarkan kita. Namun dalam pada itu, kita semestinya perlu bersyukur dan berterima kasih kepada Allah, kemudian barulah kepada kedua ibubapa. Sebabnya? rasanya semua boleh berfikir kenapa.

Dan jika mereka menyuruh kita berbuat sesuatu yang bertentangan dengan Islam, maka wajiblah kita mengingkari mereka. Tetapi pada masa yang sama kita masih wajib melayani mereka dengan baik, meskipun mereka kafir. Berbuat baiklah kepada kedua orang tuamu...

16. (Luqman berkata), "Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau dilangit atau dibumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Maha Halus, Maha Teliti.

Ayat 16 ini menarik, kerana ajaran seterusnya selepas aqidah, bukanlah mengajar ibadah. Mungkin kita menyangka selepas mengajar anak2 aqidah, kita patut mengajar tentang ibadah. Maha suci Allah yang Maha Mengetahui. Kita disuruh mengajar anak2 tentang "muraqabah", iaitu perasaan sentiasa tahu Allah melihat kita walaupun orang lain tidak melihat.

Mengapa hal ini lebih penting dari ibadah? Kerana untuk mengelakkan anak2 solat dan beribadah hanya di depan ibubapa atau orang ramai, tetapi bila bersendiri, mereka mengabaikannya. Inilah masalah orang Islam sekarang, mereka hanya menjadi Islam hanya ketika bersama muslim yang lain. Ketika merantau atau jauh dari muslim yang lain, mereka lalai dan lupa, dan pantas sekali melakukan maksiat dan kemungkaran. Mereka lupa bahawa Allah Maha Halus dan Maha Teliti, Allah menghitung setiap kemungkaran dan kebaikan yang kita lakukan biar sekecil manapun, dan di mana sahaja. Subhanallah....





17. Wahai Anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.

Di dalam ayat ini baru kita di suruh mendidik anak2 tentang kepentingan solat. Setelah mendidik tentang aqidah dan muraqabah, barulah anak2 dididik tentang solat dan ibadah. Namun tidak berhenti di situ sahaja, didikan untuk mengajak manusia 'amar makruf nahi mungkar' adalah wajib bagi setiap manusia. Beribadah tidak susah.... namun untuk berdakwah bukanlah perkara yang mudah.

Dalam ayat ini juga, selepas Allah menyuruh manusia menyebarkan kebaikan dan mencegah kemungkaran, Allah mengingatkan kita bahawa kita akan diuji jika melakukan semua ini. Manusia akan bangun menentang dan mungkin kita akan dibenci. Kerana itulah Allah menyuruh kita bersabar atas tentangan yang akan berlaku, kerana sesungguhnya 'amar makruf nahi mungkar' adalah perkara yang sangat penting dalam hidup ini.

18. Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dibumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang2 yang sombong dan membanggakan diri.

Anak2 perlu dididik supaya tidak sombong dan angkuh atas kelebihan yang diberi. Ingatkah kita di masa sekolah dulu, masing2 cuba untuk menunjukkan yang mereka ada beg yang cantik, pencil case yang penuh dengan alatulis, makanan yang sedap2 dan banyak lagi. Mungkin kelihatannya masalah kecil, tetapi penting untuk anak2 membuang sikap angkuh sedari kecil lagi kerana penyakit hati ini akan dibawa hingga dewasa. Ajari anak2 untuk mensyukuri nikmat yang diberi, dan tidak perlulah untuk 'bertanding' kekayaan dan kelebihan dengan rakan2.

19. Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk2 suara ialah suara keldai.

Ajarlah anak2 untuk berkata2 dalam bahasa yang lembut dan pastikan setiap langkah perjalanannya mempunyai tujuan. Menariknya, ramai ibubapa yang mengajar anak2 'melunakkan suara' iaitu menyanyi sejak mereka kecil. Sangat2 menyedihkan bila melihat video anak2 muslim yang menyanyi karaoke sedari umur 2-3 tahun dan ibubapa yang bangga dengan anak2 ini. Nauzubillah.. moga Allah pelihara diri dan keturunan kita.

Artikel ini hanyalah ringkasan kuliah tafsir yang disampaikan oleh Dr. MAZA suatu ketika dahulu. Jika mempunyai masa, dengar-dengarlah kuliah yang penuh, kerana lebih banyak perkara penting yang dibincangkan. Link untuk kuliah ini Kuliah tafsir surah Luqman . Semoga semua mendapat manfaat dan sebar-sebarkanlah.....

Wallahualam

Hanisah Azhari
Dunedin
7.00am
26 July 2009

Saturday, June 27, 2009

Winter sonata





Tahun ni winter datang sebulan lebih awal. Mungkin sebab 'global warming', apapun... pasti ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, sehari selepas kami habis exam... snow turun dengan lebatnya. Kali terakhir merasai snow selebat ini adalah 4 tahun yang lepas. Dunedin ni susah nak dapat snow tebal disebabkan kedudukannya di tepi laut.




Exam kali ini di tempuhi dengan ketabahan dan juga kesedihan kerana terasa terlalu banyak yang masih belum di ingati. Sedih... tak sangka masa 'oral exam', dapat topic diabetes iaitu topic tahun lepas. Penat menghafal oncology, reproduction dan musculoskeletal.. tengok2 dapat endocrine. Tiada siapa pun yang menyangka topic semester lepas akan keluar. Apapun, hati kecil ini tetap bersyukur kerana semuanya telah berlalu. Akan ku jadikan pengajaran supaya lebih berhati2 di masa hadapan.


Berlatih untuk role play pharmacist and patient

Cuti winter telahpun bermula. Gembira kerana semester 1 telahpun berlalu, namun terasa sedih di hati memikirkan hanya tinggal 5 bulan lagi di bumi nz ni. Akan kurindui "the land of clouds" ini.

Minggu terakhir dalam lecture

Cuti kali ini kami mengambil peluang untuk ke north island. Rotorua selama seminggu untuk praktikal 'community pharmacy', kemudian ke Taupo dan Wellington untuk bercuti, di akhiri dengan Nelson untuk 'hospital externship' selama seminggu lagi. Tak sabar untuk pergi, namun di hati kecil ini terasa terkilan atas kehilangan handset yang baru di miliki kira2 3 bulan. Sedih, namun mungkin bukan rezki. Moga Allah menggantikannya dengan rezki yang lebih baik buatku.

Semoga percutian di samping praktikal kali ini membawa ku lebih dekat dengan Ilahi setelah melihat keajaiban ciptaanNya. Moga Allah melindungi perjalanan kami dan permudahkan segalanya..... ameen.


video
kenangan winter 2009....

Sunday, June 21, 2009

^^Happy Birthday Ayah^^ and Thank You Opah :)


"You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up To more than I can be "


Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Hari ni genaplah umur ayah yang ke....... (^V^). Happy birthday buat ayah tersayang. Sudah beberapa tahun lamanya tidak berpeluang untuk menyambutnya bersama-sama dengan ayah.

Masih ingat lagi kenangan di masa zaman sekolah, kami adik beradik sekali dengan mak buat surprise kek untuk ayah. Kami juga lekatkan ribbon dekat dinding depan pintu merentangi dua dinding... ala-ala pemenang marathon. Rindu... rindu zaman-zaman tinggal bersama mak dan ayah. Terasa rindu nak dengar suara ayah gerak bangun subuh tiap-tiap pagi.... rindunya....

Terima kasih setinggi-tingginya pada ayah "for the precious 24 years of my life". Syukur kepada Allah kerana dikurniakan ayah sebaik ini. Dan tak lupa juga.... terima kasih kepada Opah yang telah melahirkan dan membesarkan ayah dengan kepayahan dan kesusahan. Hari ini hari jadi ayah.... juga hari yang mengingatkan semua pada kesakitan seorang ibu melahirkan anaknya. Thanks opah....

Ayah, anakmu ini tiada sebarang hadiah untuk di beri. Hanya kad pengganti diri, dan doa yang mengiringi. Semoga Allah sentiasa memberkati hidupmu, melindungimu dan membahagiankanmu pada setiap saat dan waktu. I love you ayah.....

Dari Jabir r.a. "Sebaik-baik kamu orang yang panjang umurnya dan baik amalnya kepada Allah"
(Riwayat Imam Hakim)