Friday, November 30, 2012

Kelebihan Susu Kambing Bagi Bayi









Susu yang terbaik bagi bayi...adalah susu ibu dan fakta ini tidak dapat dinafikan lagi. Tetapi apakah susu yang terbaik selepas susu ibu? Ramai yang mengatakan susu soya formula, dan tak kurang juga yang menganggap susu lembu sebagai pilihan terbaik.

Setelah terlalu banyak soalan yang diajukan kepada saya mengenai susu kambing, jadi saya ambil kesempatan untuk translate journal dan artikel daripada Dairy Goat Co-operative Research update yang berpengkalan di New Zealand mengenai kebaikan susu kambing sebagai alternatif terbaik selepas susu ibu.

1. Seperti susu lembu, susu kambing penuh krim tidak sesuai bagi baby di bawah setahun kerana kandungan mineral dan protein yang tinggi. Susu formula susu kambing (seperti Karihome) telah diubah komposisi mineral dan protein supaya sama seperti susu ibu.

2. Susu kambing dihasilkan melalui proses yang sama seperti susu ibu
            - Merocrine secretion - proses penghasilan susu lembu. Komponen sel tidak termasuk di dalam titisan susu
            - Apocrine secretion - proses susu ibu dan susu kambing. Titisan susu dikeluarkan bersama2 dengan cebisan sel ke dalam susu. Ini menyebabkan titisan susu mempunya komponen sel yang tinggi berbanding susu lembu, termasuklah komponen bioaktives seperti nucleotides.

3. Protein- susu kambing mempunyai komponen beta casein dan kappa casein didalam nisbah yang menyerupai susu ibu. Manakala susu lembu tidak mempunyai nisbah yang sama, dan formula susu lembu terpaksa menambah whey protein untuk mendapat nisbah yang sama. Namun penambahan whey protein akan menambah pula paras beta lactoglobulin yang mempunya sifat allergenic (menyebabkan allergik)

4. Amino acid - kandungan amino acid di dalam susu kambing menyerupai paras di dalam susu ibu. Malahan jenis amino acid di dalam susu kambing adalah jenis yang disyorkan sesuai bagi bayi seperti yang disyorkan oleh International Expert Group

5. Fats - Susu kambing mempunyai kandungan medium chain fatty acids (MCFA) yang tinggi berbanding susu lembu dan susu ibu juga mempunyai paras MCFA yang tinggi. MCFA diserap ke dalam badan dengan pantas berbanding long chain fatty acids (susu lembu) dan tersedia untuk digunakan sebagai tenaga. Kajian juga menunjukkan MCFA dapat mengelakkan pertumbuhan bakteria dan virus di dalam usus.

6. Bioactives - susu kambing menyerupai susu ibu kerana mengandungi bioactives walaupun dalam kuantiti yang kecil. Kepentingan bioactives ini adalah bagi pertumbuhan bayi yang optimum, kesihatan usus dan juga pertumbuhan otak. Di dalam formula susu lembu, bahan ini terpaksa ditambah externally bagi memenuhi keperluan bayi.

7. Proses penguraian lebih mudah- susu kambing “digested” lebih senang berbanding susu lembu

8. Baik bagi kesihatan usus bayi

9. Mengurangkan risiko allergy

Berikut adalah summary dari artikel mengenai kelebihan susu kambing (english)

-         goat’s milk provide high quality protein, fatty acids, vitamins and minerals that r important for babies
-         secretion of goat’s milk is similar to breast milk
-         casein profile of goat’s milk is similar to breast milk
-         like breastmilk, goat’s milk contains high levels of bioactives which is important for immune system and growth
-         goat’s milk reduce gut damage and leakiness that can be induced by medical treatments or other stress and help in maintaining healthy gastro system
-         easy to digest and help settle babies
-         lower allergenic effect compared to cow’s milk

Kebanyakan bayi yang mengalami cirit birit berpanjangan, akan di diagnosed oleh doktor sebagai lactose intolerance. Ini adalah perkara biasa di malaysia. Kemudia doktor simply akan menyuruh ibu bapa bertukar kepada isomil (susu fm soya) ataupun susu lembu tanpa lactose kepada bayi. Sebelum ini saya ada membincangkan bahaya susu fm soya kepada bayi kerana kandungan hormone yang tinggi. Jadi adalah tidak selamat memberikan susu soya kepada bayi.

Menurut pembacaan saya di atas kajian2 yang dijalankan, tidak semua kes adalah lactose intolerance. banyak kes adalah cow’s protein intolerance. Jika kita meneliti ciri-ciri susu lembu, memang ada risiko allergenic effect yang menyebabkan bayi allergic. Oleh itu, sebaiknya mencuba susu formula susu kambing berbanding mengambil isomil. Ini kerana susu kambing mempunyai protein yang berbeza dengan susu lembu, kandungan yang menyerupai susu ibu, dan mempunyai kesan allergen yang rendah.

jadi, jika doktor mengesyorkan bayi anda bertukar kepada isomil, sebaiknya ibu-ibu mencuba dahulu susu kambing fm kerana ia jauh lebih baik dan selamat berbanding susu soya fm. Ibu-ibu juga boleh minta sampel percuma dari website karihome bagi memastikan kesesuaian susu tersebut.

namun tidak dapat dinafikan susu kambing formula (karihome) sangat mahal. Kerana itulah saya menunggu sehingga twins berumur setahun sebelum memberikan full cream goat’s milk yang mempunyai harga yang lebih rendah. Apapun, kalau dibandingkan isomil juga mahal dan lebih baik karihome dari isomil bukan?

So, pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan terbaik berdasarkan kemampuan. Jika anak anda tak boleh tolerate susu lembu dan anda tidak mampu membeli karihome, boleh consider susu lembu tanpa laktosa. Apapun, JAUHKAN susu formula berasaskan soya, keranaanda tidak mahu memberi “birth pills” kepada baby tersayang...

(Dairy Goat Co-operative, Hamilton. New Zealand. www.dgc.co.nz)

- sebarang persoalan boleh email kepada saya di hanisahazhari@gmail.com -