Saturday, September 12, 2009

Perjalanan Mencari Cinta



Ramadhan datang lagi... setinggi-tinggi kesyukuran di ucapkan kepada Allah kerana menemukan Ramadhan kali ini. Betapa ramainya manusia yang menyangka mereka akan menemui Ramadhan yg seterusnya... tetapi menemui Allah terlebih dahulu sebelum sempat menjejaki sampai ke tahun yang seterusnya.

Ramadhan kali ini di isi dengan sedikit kelainan. Di kala orang2 lain memilih untuk tinggal di rumah di musim cuti di bulan Ramadhan, kami memilih untuk bermusafir. Bukanlah bermusafir kerana untuk menggunakan rukshoh tidak perlu berpuasa.. tetapi bermusafir untuk memenuhi sesuatu di dalam diri.




Perjalanan 2 hari satu malam sejauh 300km mempunyai seribu pengertian. Bermusafir untuk melihat keindahan ciptaan Allah. Bermusafir untuk menghayati kekuasaan-Nya, supaya hati ini lebih menginsafi kejadian diri.



Ketibaan kami di Lake Tekapo di sambut dengan angin yg sejuknya sampai ke tulang. Menggigil jugakla walaupun baju telahpun berlapis-lapis. Selepas check in di The Godley Hotel, kami berjalan ke Lake Tekapo yang hanyalah beberapa meter dari hotel. Kerana terlalu sejuk dengan angin yg kuat, kami memilih untuk menaiki kereta ke kawasan lain di sekitar Lake Tekapo.




Seterusnya kami ke kawasan "open ice rink", satu-satunya ice rink di kawasan terbuka di New Zealand. Tetapi memandangkan kepenatan perjalanan jauh yang masih belum reda, kami hanya memerhatikan dari luar, tak larat rasanya nak bermain ice skating di dalam kepenatan ni.

Malamnya kami berbuka puasa dengan kebab yg kami beli di Oamaru. Keesokan harinya, selepas bersahur kami memilih untuk melihat bintang2 di langit. Lake Tekapo adalah kawasan yg sangat famous dengan langit yg di penuhi bintang2.




Kemudian kami bertolak ke Mount Cook. Singgah sebentar di Mount Cook Salmon Farm... melihat penternakan ikan salmon di dalam sangkar.




Sebelum sampai ke Mount Cook, kami berhenti mengambil angin di Lake Pukaki... berlatar belakangkan banjaran Alps di kejauhan. Terkesima sebentar... subhanallah, cantiknya pemandangan. Di tambah dengan kesunyian di tepi tasik, terasa cukup damai di hati kami. Terlalu berat rasanya untuk meninggalkan tempat ini.




Semakin hampir kami ke Mount Cook, semakin banyak snow di kiri kanan jalan. Terkedu melihat cantiknya dan hebatnya penciptaan Allah. Bukit2 dan gunung2 yang diliputi salji putih, memberi seribu ketenangan dalam diri. Tidak ada kata2 yg mampu di ucapkan untuk menggambarkan betapa cantiknya pemandangan dan perasaan kerdilnya dalam diri.



Setibanya di Mount Cook, kami memilih untuk menonton tayangan di planetarium dan juga 3D movie. 3 tayangan mengenai angkasa dan juga hebatnya ciptaan Allah cukup mengisi masa kami selama beberapa jam di kaki bukit Mt Cook.... alhamdulillah, terisi juga kehadiran kami yang jauh ini. Selain itu, kami mengambil peluang ke mini museum of Sir Edmund Hillary, orang pertama yg sampai ke kemuncak everest.



Mungkin kelihatannya perjalanan kami amat memenatkan kerana jarak yg jauh dlm tempoh yg singkat. Selain perjalanan ini untuk melihat keindahan ciptaan Allah, permusafiran ini penting bagi kami untuk lebih menguatkan cinta dlm diri kami.

Pada hari2 biasa, mana mungkin kami mempunyai masa untuk duduk bersembang dan berbincang hingga berjam-jam lamanya. Namun apabila kami bermusafir, perjalanan kami di isi dengan pelbagai perbincangan yg menarik. Berbincang mengenai manusia, hal-hal dunia, masalah pelajaran hinggalah kepada perbincangan agama, akidah dan fiqh. Masa inilah segalanya dapat di luahkan tanpa sebarang gangguan.

Nampak seperti remeh, tetapi perlunya bg setiap pasangan untuk bermusafir dan mencari hikmah di sebalik suatu perjalanan yang panjang itu. Alhamdulillah, pengorbanan kami meninggalkan keselesaan rumah sendiri dan juga melupakan assignment yg berlambak2 itu tidaklah sia2.



Perjalanan untuk mencari cinta Allah... dan juga menguatkan lagi cinta kami suami isteri.

Moga lebih banyak permusafiran yang berharga dalam diri kami.

Moga Allah memelihara perhubungan cinta kami... dan lebih mendekatkan kami ke pada-Nya.

Moga ini bukan Ramadhan yang terakhir bagi kami.... dan moga kami ketemu dengan malam lailatul qadr Mu Ya Allah....

Wallahualam

Hanisah Azhari
Dunedin
Ramadhan 2009

4 comments:

  1. salam nisah,
    glad to see you so happy. jealous too, nak pegi jalan2 gak. :)

    selamat menunaikan ibadah puasa, dan selamat hari raya Aidilfitri.

    tak balik ye?
    miss u!

    ReplyDelete
  2. Salam Didi...

    yeah, I miss you to:) It has been years since we met each other.

    Thanks for the wish. May all of us found the night of lailatul qadr and celebrate the eid under Allah's blessing.

    Insyaallah we r coming home end of this year.. for good. Cant wait to meet all of you!!

    ReplyDelete
  3. Salam hanis, still remember me? Btw, happy seeing you guys kat sana. Terasa membuak-buak pulak hati nak sambung phd kat oversea. Heheh tp dengan dua anak ni, tak tahulah bila. Tunggu gov sponsor dulu ni, sekarang belum eligible lagi. Take care.

    Ya moga ketemu malam lailatul qadr and happy eid mubarak.

    ReplyDelete
  4. Salam kak mirah.. of course sy ingat akak. slalu ikut perkembangan akak n anak2 melalui frenster :)

    InsyaAllah, kalau ada rezki, dapatla sambung belajar kt overseas. Nampak mmg best, tp byk cabaran bila berjauhan dr msia. kna kuat semangat..

    ReplyDelete