"Berkongsi untuk lebih memahami, bercerita untuk mempelajari... kerana hidup ini hanya untuk Ilahi"
Thursday, December 24, 2009
Kerana Lidahnya
"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela" ( Al-Humazah : 1)
Kerana lidahnya... dari tajuk yang diberikan, seperti dapat digambarkan kisah di sebalik cerita cerekarama yang ditayangkan oleh TV3 beberapa hari yang lepas.
Benarlah seperti yang disangkakan, ia adalah cerita mengenai sikap manusia yang suka membawa cerita dan memfitnah orang lain. Mungkin kita menganggap sikap mengumpat dan membawa cerita ini adalah perkara biasa yang tidakla begitu mudarat kesannya. Namun bagi yang pernah mengalami kesannya sedar akan bahayanya golongan2 manusia ini.
Ada pasangan yang sampai bercerai berai kerana fitnah yang di lemparkan.
Ramai juga rakan2 karib yang memutuskan silaturrahim hanya kerana cerita2 yang di bawa oleh mulut rakan2.
Dan saya juga tidak terlepas dari terkena tempias sikap2 manusia ini.
Kisah ini berlaku beberapa bulan yang lepas di kala hidup terasa aman damai menghabiskan bulan2 terakhir di bumi Aotearoa.
Saya tidak menyedari bahawa ada manusia2 yang membawa cerita buruk tentang saya malahan memfitnah saya dengan mengatakan saya telah menghasut pelajar2 di Dunedin mengenai sesuatu perkara ini.
Saya benar2 tidak sedar cerita itu telah bergerak dari mulut ke mulut hinggalah pada suatu hari saya membaca email yang di tujukan khas buat saya.
Email itu jelas menyerang peribadi saya dengan tuduhan2 yang tiada buktinya. Malahan penulis itu memberitahu dengan yakin bahawa cerita yang disebarkan itu adalah benar tanpa terlebih dahulu bertanyakan hal yang sebenar kepada saya.
Dalam keadaan marah dan sedih, saya menghubungi orang2 yang berkaitan dan meminta penjelasan untuk membersihkan nama ini. Setelah bukti di kumpul dan di kemukakan kepada pihak yang menuduh.... namun tiada sebarang respons yang diterima hinggalah ke hari ini.
Sedih kerana pihak yang di tuduh terpaksa mencari bukti untuk menolak tuduhan. Sepatutnya kalu ikut hukum mahkamah.... yang menuduh perlu kemukakan bukti... bukannya main tuduh je. Sudahla selepas kebenaran itu jelas... tiada sebarang kata maaf dihulurkan. Mendiamkan diri begitu sahaja... mungkin kerana malu atau mungkin juga tiada rasa insaf di hati... Wallahualam.
Apapun kisah di sebaliknya, biarlah semuanya itu menjadi hitungan Allah. Syukurlah diri ini bergelar seorang muslim yang mempercayai hari akhirat dengan sepenuh hati. Dunia ini tidak adil, orang yang benar selalu di hukum. Namun akhirat itu ada, dan menanti setiap manusia untuk diberi pembalasan yang sewajarnya.
Biarlah mereka menang di dunia... kerana tiada siapa yang dapat lari diakhirat kelak.
Moga kisah ini menjadi teladan untuk mendidik hati supaya lebih berhati2 dalam menuturkan perkataan. Ya Allah, lindungi hati dan lidahku ini dari perkara2 yang mungkar.
Seperti pepatah arab " Fa man yaskut.. yusallim" Siapa yang diam... dia akan selamat.
Selamatkan diriku Ya Allah....
Ampunkan diriku wahai sahabat2 jika diri ini pernah melakukan perkara yang sama...
"(Ingatlah) pada hari (ketika) setiap orang datang untuk membela dirinya sendiri dan bagi setiap orang diberi (balasan) penuh sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan) " ( An-Nahl : 111)
Hanisah Azhari
Kota Damansara
December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment