Monday, November 23, 2009

Buat Pelajar2 Medic


Dulu-dulu, lepas dapat result SPM ramai yang bertanya.... kenapa tak nak buat medic? Jawapan saya adalah " Saya malas nak study kuat2, saya tak suka pegang mayat, saya tak suka kena pegang2 badan orang, saya takut nanti orang tak nak kawin dengan saya kalau saya jadi doctor..." dan banyak lagi alasan2 kukuh yang ada dalam fikiran ni. Pelik jugak, di kala hampir semua pelajar sains nak jadi doctor, saya tak pernah terlintas untuk memilih profession doctor.

Saya nak jadi Pharmacist atas banyak sebab, yang paling utama adalah saya sangat suka ubat-ubatan dan saya tak mahu kerja yang sibuk macam doctor. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pilihan ini, dan tidak pernah menyesalinya.

Masa tahun ketiga di Otago Univ., saya selalu jealous tengok betapa relaksnya pelajar2 perubatan ni. Selalu je ponteng kelas, tak ada kerja yang banyak dan hidup mereka sangatla santai. Masa tu rasa pelik sebab kelihatannya pelajar2 perubatan yang paling relaks berbanding pelajar jurusan lain.

Hakikatnya.... keadaan itu hanya sementara. Selepas mereka2 ini melepasi tahun kedua perubatan, mereka lah pelajar2 yang hidupnya paling mencabar. Saya kagum dan pada masa yang sama simpati melihat pelajar2 perubatan di sini.

Betapa mudahnya mereka gagal (fail) dalam peperiksaan....

Betapa ramainya terjerumus ke lembah kemurungan (depression) kerana tidak dapat 'cope'bebanan dan tekanan dalam study.

Betapa ramainya yang terpaksa mengulangi tahun pengajian.... hanya kerana mereka gagal dalam ujian yang kelihatannya kecil ataupun hanya kerana 'communication skill' mereka dikatakan tidak begitu memuaskan.

Betapa ramainya terpaksa mengulangi OSCE hanya kerana consultant yang anti-muslim

Betapa mereka di diskriminasi oleh lecturers, midwives, consultant malahan medical school sendiri hanya kerana bergelar seorang muslim.

Siapa sangka pelajar cemerlang ketika SPM dulu terpaksa mengulangi tahun pengajian...

Siapa sangka pelajar2 yang dulunya sentiasa score A terpaksa mengulagi peperiksaan...

Namun apabila mendengar sendiri kisah-kisah sebenar di sebalik kegagalan mereka, pelajar2 ini tidak sepatutnya di salahkan... malah patut diberikan sokongan.

Memang jalan untuk menjadi seorang doctor itu tidak mudah. Di tambah lagi dengan pekerjaan sebagai doctor itu tidak pernah tenang. Terlalu banyak dugaan di tengah jalan, apatah lagi dengan keadaan yang jauh dari keluarga tercinta yang cukup memberikan tekanan.

Kuatkan semangat wahai sahabat-sahabatku. Jika engkau jatuh di tengah jalan.... bangunlah kembali dan teruskan perjuanganmu.

Ingatlah bahawa kemanisan itu hadir selepas seribu satu kesusahan. Orang yang bangun kembali dan berjaya selepas melalui kesusahan... adalah lebih bermakna hidupnya berbanding orang yang terus menerus berjaya tanpa melalui sebarang kegagalan.

Sabarlah wahai sahabat2 ku. Ingatlah bahawa engkau adalah orang2 yang terpilih oleh Allah untuk melalui ujian yang sukar ini, kerana tugas seorang doctor itu jauh lebih sukar dari yang kau jangka. Seperti kata seorang "gynecologist"... "Tempoh degree untuk buat medic itu hanyalah masa honeymoon kerana tugas sebagai doctor itu jauh lebih mencabar".

Kuatkan perjuanganmu, teruskan langkahmu, ikhlaskan hatimu. Letakkan pengharapan sepenuhnya pada Allah yang Maha Esa, kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan ada janji manis di sebalik semua dugaan ini.

Wallahualam
Ukhti Hanisah
10:30, Dunedin

4 comments:

  1. lagi teruk bile thn 4, 5 atau 6 baru pertama kali merasa ape itu gagal. peritnye bile brada di bawah.

    spm best student, dpt scholar ke luar negara, the only child harapan jadi doktor, dpt bt medic dlm ribuan org berebut nk masuk... what a pain rite? i cant even imagine myself..

    everything hanisah said is true.. IA harap2nye sume kenalan kite berjaya, walau payah mana pun...

    ReplyDelete
  2. "berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul"

    Moga Allah permudahkan..

    ReplyDelete
  3. Makin depress bila kembali diingatkan medical degree hanyalah permulaan perit sedangkan perjalanan masih terlalu jauh once bergelar doktor perubatan.

    Oh well, doa agar kalian (pelajar-pelajar perubatan) kan terus tabah menghadapi segala ranjau duri pelajaran dan kehidupan.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah... kerana itulah mereka2 ini insan terpilih untuk menggalas beban ini. Moga semangat yg ada ketika mula2 apply medicine dulu kekal selamanya dan tidak luntur walaupun setelah melihat sendiri dugaan dan kesusahan seorang doctor.

    ReplyDelete