(Artikel ini ditulis setelah mendengar perbincangan dan kupasan dari
Pensyarah islam dari USIM dan juga USM. Tidak menjadi niat saya untuk
menjatuhkan mana-mana pihak mahupun syarikat dan penjual dgn penulisan
artikel ini. Hanyalah sebagai medium untuk mengutarakan pendapat dan
membuka minda dan akal kita semua. Terima kasih)
Sejak beberapa tahun ini. kita dilambakkan dengan pelbagai produk
muslim yang dicanangkan sebagai produk yang telah dibacakan ayat2 quran
30juzuk. Tidak dinafikan produk2 tersebut dijual dengan harga jauh lebih
tinggi dibandingkan produk seumpamanya yang tidak dibacakan ayat
al-quran. Contohnya, ayat mineral biasa (botol besar) boleh dijual rm2-3
sahaja di pasara. Tetapi air minuman (hanya rawatan air paip dan
bukannya mineral pun) dijual dengan harga rm10-20 sebotol! Memang
menakjubkan penjualan produk2 seperti ini. Tidak lari juga produk
makanan seperti kismis, kurma, badam...malahan susu formula bayi juga
dibacakan ayat quran.
Ada beberapa isu yang perlu kita persoalkan sebelum menerima amalan seperti ini dan menyokong pihak2 yg memperomosikan produk dengan bacaan Al-quran ini:
1) Adakah ia amalan Rasulullah? Jawapan dari pensyarah2 tersebut adalah TIDAK sama sekali. Amalan Nabi ialah 'menjampi' secara personal dan diberi kepada individu tertentu dan bukannya dijampi secara pukal dan diberikan kepada sesiapa sahaja
2) Berkesankah cara ini dalam mencerahkan hati etc2? No comment. Kalau benar ianya berkesan, pastinya Rasulullah yang maksum itu telahpun menjampi telaga zam zam supaya org quraisy yg semuanya ambil air dr telaga itu. Rasul x perlu susah2 berdakwah dan terseksa, jampi je telaga zam zam tu dan semua kafir pun lembut hati masuk islam. Adakah kita lg hebat dari Nabi hingga mampu mencipta cara baru ni? tepuk dada..tanyalah iman
3) Ikhlaskah pembaca ayat2 quran tersebut? Kalau org berdoa utk kita kerana nak duit..agak2 Allah makbul x? sedangkan kita diajar utk berdoa dgn hati yg suci bersih dan penuh keikhlasan..untuk Allah makbulkan. Tp bila kita tengok produk2 jampi ni...semuanya sgt mahal. Alasannya sebab dah dibaca ayat quran 30 juzuk....bukan mudah tu. Diorang kena upah ahli2 tahfiz utk baca ayat2 quran. Kalau tak..mesti produk tu x semahal tu kn? Kalau baca quran dan doa kt produk tu dgn bayaran...agaknya berkesan ke? baikla kita ni yg doa direct kt Allah...mintak sendiri kpd Allah yg maha pemurah, mintak dgn hati yg sujud, patuh dan ikhlas kepadaNya. Huh, jimat duit bayar mahal2....
4)Kat label produk tertulis "tidak boleh dilangkah, letak atas lantai" etc2 sbb dah dibacakan ayat quran". Fuh, hebat diorang buat hukum ni. Saya bertanya pd pensyarah USIM tersebut psl hukum ni... dia jawab ini adalah hukum dibuat tanpa dalil dan mereka tidak boleh buat begitu. Setiap hukum yg disandarkan kpd Islam,perlu ada dalil, bukannya sesuka hati. Agak2 kalau kita tanya penjual tu beberapa soalan...
- kalau lebihan susu, air atau makanan tu kita xleh buang dlm tong sampah atau buang dlm sink la kn? sbb dh baca ayat quran?
- kalau anak saya minum susu formula 30juzuk tu... then dia muntak/muak susu tu kluar..camne sy patut buat dgn susu tersebut? mcm mana pulak kalau susu tu letak dlm botol..n bagi anak pegang... means dia xleh letak botol tu atas lantai ke? kalau ada lebihan susu tu..sy kena tanam ke? xlehla buang dlm sink sbb nnt akan masuk longkang?
- kalau ada sisa makanan/minuman yang dibacakan quran tu di tangan...saya xleh masuk toilet ke? sbb mknn/minuman tu ada kesan dari bacaan quran?
kalau nk teruskan soalan2..mcm2 kita boleh tanya. then kita akan tgk diorang mereka pelbagai jawapan dan mulala buat dalil2 hukum sendiri. Itulah akibatnya buat hukum guna akal...bukannya guna wahyu. AT the end hukum rekaan tu akan kelihatan nonsense, menyusahkan dan hanya memalukan Islam di penghujungnya.
Saya bukan menentang umat islam membeli produk muslim sebegini. Cuma saya harap kita guna akal untuk berfikir dahulu sebelum menyokong produk sebegini. Bagi saya, penjual2 ni hanya mengambil "short cut" untuk mendapat keuntungan berlipat ganda. Sebab mereka tahu org islam di Malaysia ni menyokong psl produk muslim dan mereka sebolehnya berusaha utk jadikan produk mereka berbentuk ISlam bagi menarik perhatian pembeli. Menariknya, produk sebegini tidak dijual di negara2 lain dan muslim di luar sana pun ada yg xpernah dengar amalan sebegini. Jika benar ini amalan Rasulullah dan sahabat..kenapa orang lain tak tau? Fikir-fikirkan...
"Berkongsi untuk lebih memahami, bercerita untuk mempelajari... kerana hidup ini hanya untuk Ilahi"
Showing posts with label Sharing knowledge. Show all posts
Showing posts with label Sharing knowledge. Show all posts
Monday, January 21, 2013
Friday, November 30, 2012
Kelebihan Susu Kambing Bagi Bayi
Susu yang terbaik bagi bayi...adalah susu ibu dan fakta ini
tidak dapat dinafikan lagi. Tetapi apakah susu yang terbaik selepas susu ibu?
Ramai yang mengatakan susu soya formula, dan tak kurang juga yang menganggap
susu lembu sebagai pilihan terbaik.
Setelah terlalu banyak soalan yang diajukan kepada saya
mengenai susu kambing, jadi saya ambil kesempatan untuk translate journal dan
artikel daripada Dairy Goat Co-operative Research update yang berpengkalan di New Zealand
mengenai kebaikan susu kambing sebagai alternatif terbaik selepas susu ibu.
1. Seperti susu lembu, susu kambing penuh krim tidak sesuai
bagi baby di bawah setahun kerana kandungan mineral dan protein yang tinggi.
Susu formula susu kambing (seperti Karihome) telah diubah komposisi mineral dan
protein supaya sama seperti susu ibu.
2. Susu kambing dihasilkan melalui proses yang sama seperti
susu ibu
- Merocrine
secretion - proses penghasilan susu lembu. Komponen sel tidak termasuk di dalam titisan susu
- Apocrine secretion - proses
susu ibu dan susu kambing. Titisan susu dikeluarkan bersama2 dengan cebisan sel
ke dalam susu. Ini menyebabkan titisan susu mempunya komponen sel yang tinggi
berbanding susu lembu, termasuklah komponen bioaktives seperti nucleotides.
3. Protein- susu kambing mempunyai komponen beta casein dan
kappa casein didalam nisbah yang menyerupai susu ibu. Manakala susu lembu tidak
mempunyai nisbah yang sama, dan formula susu lembu terpaksa menambah whey
protein untuk mendapat nisbah yang sama. Namun penambahan whey protein akan
menambah pula paras beta lactoglobulin yang mempunya sifat allergenic
(menyebabkan allergik)
4. Amino acid - kandungan amino acid di dalam susu kambing
menyerupai paras di dalam susu ibu. Malahan jenis amino acid di dalam susu
kambing adalah jenis yang disyorkan sesuai bagi bayi seperti yang disyorkan
oleh International Expert Group
5. Fats - Susu kambing mempunyai kandungan medium chain
fatty acids (MCFA) yang tinggi berbanding susu lembu dan susu ibu juga
mempunyai paras MCFA yang tinggi. MCFA diserap ke dalam badan dengan pantas
berbanding long chain fatty acids (susu lembu) dan tersedia untuk digunakan
sebagai tenaga. Kajian juga
menunjukkan MCFA dapat mengelakkan pertumbuhan bakteria dan virus di dalam
usus.
6. Bioactives - susu kambing menyerupai susu ibu kerana
mengandungi bioactives walaupun dalam kuantiti yang kecil. Kepentingan
bioactives ini adalah bagi pertumbuhan bayi yang optimum, kesihatan usus dan
juga pertumbuhan otak. Di dalam formula susu lembu, bahan ini terpaksa ditambah
externally bagi memenuhi keperluan bayi.
7. Proses penguraian lebih mudah- susu kambing “digested”
lebih senang berbanding susu lembu
8. Baik bagi kesihatan usus bayi
9. Mengurangkan risiko allergy
Berikut adalah summary dari artikel mengenai kelebihan susu
kambing (english)
-
goat’s milk provide high quality protein, fatty acids,
vitamins and minerals that r important for babies
-
secretion of goat’s milk is similar to breast milk
-
casein profile of goat’s milk is similar to breast milk
-
like breastmilk, goat’s milk contains high levels of
bioactives which is important for immune system and growth
-
goat’s milk reduce gut damage and leakiness that can be
induced by medical treatments or other stress and help in maintaining healthy
gastro system
-
easy to digest and help settle babies
-
lower allergenic effect compared to cow’s milk
Kebanyakan bayi yang mengalami cirit birit berpanjangan,
akan di diagnosed oleh doktor sebagai lactose intolerance. Ini adalah perkara
biasa di malaysia.
Kemudia doktor simply akan menyuruh ibu bapa bertukar kepada isomil (susu fm
soya) ataupun susu lembu tanpa lactose kepada bayi. Sebelum ini saya ada
membincangkan bahaya susu fm soya kepada bayi kerana kandungan hormone yang
tinggi. Jadi adalah tidak selamat memberikan susu soya kepada bayi.
Menurut pembacaan saya di atas kajian2 yang dijalankan,
tidak semua kes adalah lactose intolerance. banyak kes adalah cow’s protein
intolerance. Jika kita meneliti ciri-ciri susu lembu, memang ada risiko
allergenic effect yang menyebabkan bayi allergic. Oleh itu, sebaiknya mencuba
susu formula susu kambing berbanding mengambil isomil. Ini kerana susu kambing
mempunyai protein yang berbeza dengan susu lembu, kandungan yang menyerupai
susu ibu, dan mempunyai kesan allergen yang rendah.
jadi, jika doktor mengesyorkan bayi anda bertukar kepada
isomil, sebaiknya ibu-ibu mencuba dahulu susu kambing fm kerana ia jauh lebih
baik dan selamat berbanding susu soya fm. Ibu-ibu juga boleh minta sampel
percuma dari website karihome bagi memastikan kesesuaian susu tersebut.
namun tidak dapat dinafikan susu kambing formula (karihome)
sangat mahal. Kerana itulah saya menunggu sehingga twins berumur setahun
sebelum memberikan full cream goat’s milk yang mempunyai harga yang lebih
rendah. Apapun, kalau dibandingkan
isomil juga mahal dan lebih baik karihome dari isomil bukan?
So, pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan terbaik
berdasarkan kemampuan. Jika anak anda tak boleh tolerate susu lembu dan anda
tidak mampu membeli karihome, boleh consider susu lembu tanpa laktosa. Apapun,
JAUHKAN susu formula berasaskan soya, keranaanda tidak mahu memberi “birth
pills” kepada baby tersayang...
(Dairy Goat Co-operative, Hamilton. New Zealand.
www.dgc.co.nz)
- sebarang persoalan boleh email kepada saya di hanisahazhari@gmail.com -
- sebarang persoalan boleh email kepada saya di hanisahazhari@gmail.com -
Subscribe to:
Posts (Atom)