Sunday, October 18, 2009

Ustaz oh Ustaz (part 2)




Alhamdulillah, entry saya yg lepas menerima pelbagai respons dan kritikan. Memang tidak di nafikan tulisan saya itu agak keras bunyinya dan saya telah pun meng 'edit' serba sedikit atas kesilapan2 dlm bentuk penulisan.

Bagi yg pernah mengalami nasib yg sama... cerita mereka dikongsi bersama. Namun, sy tak terlepas menerima kritikan, antaranya petikan hadith di bawah yg di tujukan khas buat saya:


Abu Umamah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "3 kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu dan imam yang adil" H.R: Muslim

Mungkin penulis ini menganggap sy telah menghina golongan "ustaz2" dlm entry yg lepas. Nauzubillah.. tidak pernah terniat dlm hati sy utk berbuat demikian. Sy hanya menegur sikap sesetengah golongan agama yg tidak berhati2 dlm menyampaikan ilmu, lantas menyusahkan segolongan besar umat islam di atas kelalaian yg boleh dielakkan. Sy sndiri sedar mereka adalah golongan ilmuan yg terpilih utk menyampaikan agama, dan ilmu mereka memang jauh langit dr bumi jika dibandingkn dgn diri sy ni. Ilmu yg benar kita raikan, namun kesilapan perlu di betulkan. dan sesungguhnya sgt ramai lagi Ustaz2 yg berilmu dan menyampaikan ilmu yg benar... dan mereka ini sangatlah sy hormati.

Tapi, adakah itu bermaksud org berilmu dan imam2 ini tidak boleh ditegur lsg? Setau saya, yang maksum hanyalah Rasulullullah, dan manusia lain sekalipun sheikh terbesar maupun mufti antarabangsa... tidak terlepas dr buat kesilapan. Dan adakah kita perlu mendiamkan diri shj bila tgk mereka bg fatwa yg bertentangan dgn quran dan sunnah?

Ibnu 'Asyur, seorang tokoh besar usul fiqh dan tafsir sendiri di kritik dgn hebat atas pendapat beliau yg mengatakan hijab tidak wajib dan hanya pakaian org arab. Ulama2 lain mengkritik hebat pendapat beliau ini (kerana tidak bertepatan dgn Quran n Sunnah) walaupun beliau ulama' besar dlm bidang fiqh. Adakah ini bermaksud ulama saling menghina antara satu sama lain?

Imam Shafie sendiri yg asalnya berguru dgn Imam Malik, tp kemudiannya mengeluarkan mazhab sendiri yg mempunyai pandangan berbeza dr Imam Malik. Adakah Imam Shafie menghina Imam Malik kerana tidak taat dan mengikut pendapatnya?

Kita jgn mudah melatah. Menegur tidak bermaksud menghina, mengumpat atau memburukkan pihak lain. dalam hal ini, mudarat yg "ustaz2" tu berikan (atas ajaran/pendapat yg salah dan bertentangan quran dan sunnah) amat besar dan tersebarnya fitnah di atas agama itu sendiri. hal ini juga menyusahkan ramai umat islam di atas ajaran yang salah dan tidak di betulkan.

Mungkin perlu cek balik buku2 text sekolah agama tentang keadaan mana yg kita boleh menceritakan keburukan/kesilapan sesorang. Sy tidak menjelaskan secara specific entry tu di tujukan kpd siapa (website mana), dan sy biarkan anonymus. Jika menegur kesilapan ulama dan org alim itu dikatakan fitnah dan mengumpat.... akan terkuburlah ilmu Islam ini. Semua org akan menutup mulut dan menerima bulat2 apa yg dikatakan dan berlakulah taqlid buta. Kemungkaran dan kesilapan dlm ilmu Islam akan berleluasa hanya kerana... kita tak boleh persoalkan apa yg org alim ulama katakan....

Fikirlah wahai sahabat...

Wallahualam

p/s: Entry ini bukanlah generalised kepada setiap org yg bergelar Ustaz. Ini hanyalah segolongan yg amat kecil yg membuat kesilapan dlm memberi hukum, namun sumbangan dan pendapat mereka yg lain masih diraikan. Bukan kerana satu pendapat yg salah, kita menolak 100% pendapat2 lain dr ustaz tu. Setiap org tidak lari dr melakukan kesilapan dan bukan hak kita untk menghukum.

Rujukan:
1) www.al-ahkam.net
2) Ibn ‘Asyur, Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah, m.s. 228, al-Basair li al-Intaj al-Ilmi
3) encik wikipedia :)

No comments:

Post a Comment