Saturday, August 22, 2009

Pulanglah Wahai Sahabat....

Ramadhan al mubarak telahpun bermula 22 Ogos 2009. Hari pertama Ramadhan, terpaksa pula bekerja di farmasi seharian suntuk. Penat, penat berdiri dan melayan pelanggan. Hari ini ditugaskan menjaga shop dan memberi nasihat tentang ubat2 OTC (over the counter).

Gembira, kerana dapat berkongsi ilmu ubat2 dan memberi nasihat tentang memilih ubat yg terbaik. Namun, jauh di sudut hati... terasa kekurangan dan ketidak puasan yg pasti. Walaupun 'kiwis' di sini menghargai setiap nasihat yg diberi, di iringi dengan senyuman terima kasih, namun masih terasa tidak puas hati atas khidmat yg diberi.

Aku ingin pulang....

Pulang ke tanah air dan berbakti kepada rakyat sendiri.

Berbakti kepada rakyat yg telah mengorbankan wang ringgit membayar tax... untuk menanggung pengajianku yg berjumlah hampir setengah juta Rm!!

Kepuasan itu akan hadir apabila bakti itu di curahkan betul pada tempatnya... dan kepada org yang selayaknya. Sesungguhnya diri ini banyak berhutang dengan rakyat Malaysia.

Bayangkan dengan kos pengajianku ini..... berapa banyak rumah2 org miskin dapat didirikan...

Berapa banyak mulut2 yang kelaparan dapat di suapkan...

Diri ini tunduk.... tunduk syukur atas nikmat yg Allah kurniakan.

Di kala ramai lagi yg merana memerlukan wang... kami di sini di sumbangkan dengan wang rakyat... pelaburan yg besar dan mengharapkan kami pulang untuk berbakti...

Buat sahabat2 di luar sana... yang hidup gembira dengan wang tajaan negara...

Pulanglah berbakti pada rakyatmu...

Fikirkan kembali impianmu untuk bekerja dan menetap di luar negara....

Memang tidak dinafikan, berapa sangatlah kerajaan malaysia mampu bayar gaji seorang doktor di Malaysia... jika dibandingkan dengan bebanan kerja yang teruk

Memang tidak dinafikan.. jika kau menjadi doktor di luar negara... kau mampu menjadi jutawan dengan bebanan kerja yang kurang....

Namun ada hak yang kau perlu tunaikan. Hak rakyat Malaysia yang lain yang telah 'membayar' harga yang tinggi untuk pengajianmu itu.

Jangan di salahkan bebanan kerja yang teruk di Malaysia... semua itu berlaku kerana pelajar2 yang sepatutnya pulang berbakti.. memilih untuk menjauhkan diri. Kasihanilah kepada doktor2 di malaysia yang terpaksa menanggung bebanan kerja yg teruk.. kerana sikap sesetengah manusia yg memilih kepentingan diri.

Bayangkan... jika semua pelajar perubatan yg Malaysia hantar ke luar negara pulang dan berbakti, mungkin bebanan kerja doktor di Malaysia tidaklah seteruk yg di katakan.

Wahai sahabat... pulanglah secepat mungkin untuk berbakti. Hidup ini bukanlah hanya wang semata2. Tempatmu di negara mu sendiri.... pulanglah untuk berbakti buat rakyat terutamanya umat islam di Malaysia.

Janganlah terlalu taksub mengejar gaji yg tinggi, hingga melebihkan kaum2 lain di negara luar dan sanggup berbakti di negara asing. Jangan sampai "menyusukan kera di hutan, anak di rumah kelaparan".

Pulanglah wahai sahabat.... seawal pengajianmu berakhir. Kerana sesungguhnya ada hak org lain yg perlu kita tunaikan. Ada tanggungjawab terhadap negara yg tergalas di bahu.

Sesungguhnya setiap sen yg dibelanjakan untuk pengajian kita itu.... ada harga dan hak manusia lain di sebaliknya. Usahla di kejar gaji tinggi di luar sana. Biarla bergaji rendah di negara sendiri, tetapi kita berbakti benar pada tempatnya. Kerana hidup ini hanya sementara... dan kerana Allah akan bertanya di akhirat sana......

Pulanglah sahabat...


Hanisah Azhari
1130 pm
1 Ramadhan 2009
Dunedin, NZ

4 comments:

  1. For a lot of people, it's not just about the gaji. Orang stay overseas sebab the country they live in provides better training for them (for the majority who eventually come back at some point), sebab the government cares for their welfare (e.g. kalau junior doctor complain pasal system, diorang tak kena extend housemanship) and doesn't treat them like robots who can work beyond normal human capabilities (e.g. on call 36 hours non-stop is crazy!). To solve the problem of shortages in Malaysia is not just about doctors coming home - it's about the government willing to improve the system for medical staff and patients alike. If we can send people to space, there's no reason why we can't spend some money to do that. Then, doktor2 akan nak balik, doktor2 yang kerja private (yang lagi ramai daripada doktor yang stay overseas) akan stay in government practice and doktor2 yang dah dalam government takkan bad mood je all the time.

    Kalau kat UK, ramai yang stay for good bayar balik kat sponsors, so diorang anggap scholarship dulu macam pinjaman la.

    ReplyDelete
  2. Yes my dear, I agree with ur points. Tp kalu semua org melarikan diri dan menyalahkan govt, mustahil perubahan itu akn berlaku, and the vicious cycle will never end. We have to be there, and contribute to the change..not just complaining from outside. Islam sendiri menyuruh umatnya tetap di negara sendiri dan mempertahankannya, bukannya melarikan diri... mahupun diserang musuh.

    Jpa pernah advice kitorang. even kami byr blk 100%, they have spent more than what we use actually.. and mostly, they have wasted many years on us, and at the end...nothing. Its not just about money.... if only they know we gonna 'run away' better they choose a loyal person in the beginning.

    At the end.. its either we are being selfish, or doing everything for the sake of Allah... wallahualam

    ReplyDelete
  3. yes..i agree wif u hanisah.lagipon doc time houseman je sibuk.atas org la kot.kakak aku hepi je.die plak yg nk oncall selalu.dia kate duk spital best.bleh tlg org.

    ReplyDelete
  4. Dear Ada,

    dlm family aku pn, ada 4 org yg tgh buat houseman, xdela seteruk yg orang gambarkan.

    apapun, kembali kpd niat sebenar dlm hati. Kalu niat Lillahita'ala, susah mcm mana pn kita redah. kalu mmg nk cr kesenangan walau atas alasan apapun.... memangla x sanggup nk pikul amanah Allah....

    Mencari kesenangan dunia.. dapatla di dunia je. tp bg yg mencari bahagia akhirat... mereka sanggup bersusah di dunia ni, walau pulangan xlah seberapa mana.... tepuk dada, tanyalah iman:)

    ReplyDelete