Sunday, December 20, 2009

Di sini ku bermula





Berakhirnya suatu perjalanan yg mengajar diri menjadi manusia yang lebih matang. 5 tahun di perantauan membawa seribu pahit manis dalam kehidupan. Wajarlah saya ucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya kerana tanpa wang mereka, mungkin saya tidak mampu sampai di bumi Aotearoa ini.

Saya bersyukur kerana di antara jutaan rakyat malaysia yang menyimpan impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya dipilih oleh Allah untuk sampai di sini.



Sebelum meninggalkan bumi Aotearoa (Christchurch Airport)

Sepanjang 5 tahun di Dunedin, terlalu banyak yg perlu di lalui. Orang kata kami ini bertuah, kerana berpeluang ke luar negara. Ada yang menyangka hidup kami di luar negara ini mewah dan semuanya indah belaka berbanding pelajar2 di malaysia. Namun hanya yang pernah melaluinya faham erti kata sebenar apabila tinggal di negara orang.

Mudah untuk melihat kegembiraan dan kebahagian kami di luar negara. Namun kesusahan dan cabaran di sebaliknya jarang2 sekali di ceritakan.

Kami tiada ibu bapa untuk mengadu atau meminta tolong....

Kami terpaksa bergantung kepada diri sendiri untuk hidup dan bertahan....

Kami terpaksa melalui pelbagai kesan ‘racism’ penduduk di negara asing....

Bila ketiadaan wang, tiada ibu bapa untuk menghulurkan bantuan... kerana nilai wang di sini yang sangat tinggi. Hanya rakan2 tempat untuk meminta pertolongan....

Kami tidak mampu untuk pulang melawat ibubapa di kampung seperti orang lain....

Kami dianggap sangat bertuah jika dapat beraya bersama keluarga....

Dan bermacam2 lagi yang tak mampu di ungkapkan

Bukan mahu menceritakan kesusahan dan keperitan tinggal di luar negara. Cuma ingin berkongsi bahawa bukanlah semuanya indah2 belaka di sini.

Namun saya tetap bersyukur atas peluang yang diberikan. Terlalu banyak pengalaman yang berjaya di kaut di negara orang. Pengalaman yang terlalu berharga walaupun terpaksa di bayar dengan pengorbanan dan kesabaran.

5 tahun ini bukanlah tahun2 yang mudah. Ada tangisan dan ketawa di sebaliknya. Memori dan pengalaman ini akan ku bawa pulang... sebagai bekalan untuk mengharungi masa2 hadapan.

Ini bukanlah penghujung bagi satu perjalanan... malahan ia hanyalah suatu permulaan bagi satu perjalanan yang masih terlalu panjang. Hati ini merindui dan meronta2 untuk pulang... dan pada yang sama menangisi pemergian dari sebuah negara yang terlalu banyak memori di sebaliknya.

Namun hidup masih perlu di teruskan. Setiap sen yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk perjalananku ini perlu di bayar. Ada hak2 yang perlu kutunaikan. Ada hutang yang wajib ku langsaikan.

Ya Allah.. permudahkan perjalanku yang bakal bermula ini. Tenangkan hatiku dan lapangkan dadaku. Moga kepulangan ini adalah yang terbaik untukku, keluargaku, umat Islam seluruhnya, untuk agamaku... hidupku dan matiku... ameen...

Terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu ini....

Terima kasih rakyat Malaysia atas peluang ini....

Malaysia... here I come !!



( Di tulis ketika dalam Singapore Airlines, dalam perjalanan pulang ke Malaysia )

Hanisah Azhari
4.00 pm ( Waktu New Zealand)
16 Dec 2009
Singapore Airlines

No comments:

Post a Comment