Wednesday, October 14, 2009

Ustaz oh Ustaz



Marah dan kecewa...

Semalam bukak satu website ni, kepunyaan seorang ustaz yg sgt famous kt pantai timur. Saya pun bukakla bahagian soal jawab bab ibadah dan tengokla soalan2 yg ditanya org awam dan jwpn yg ustaz tu bagi.

Marah sungguh rasanya...

Ada org tu tanya :

Bulan lepas saya masuk wad sebab kena bedah

Pergelangan tangan saya diplaster dan air tidak dapat tembusi plaster itu.

Jadi saya tayamum. Perlu diqada' solat itu? saya selama 8 hari di wad dan setiap kali solat saya tayamum

Cuba teka apa ustaz tu jwb?

Dia kata... WAJIB qadha' balik solat tu lps sihat sbb plaster tu berada di anggota wudu' .

Kesiannya kt org tu... seolah2 ustaz tu kata tak sah solat dia selama dia sakit tu sbb bertayammum. Kalaula dia kna simen tangan dia tu berbulan2.... maknanya berbulan2 solat dia tak sah... dan kna qadha' balik.

Ustaz ni mmg sgt famous dan ramai rakan2 saya pengikut setia kuliah2 dia. Tapi... dlm hal ni nmpk sgt kecuaiannya. Dahla xtunjukkan dalil utk mengatakan wajib qadha' ... suka2 hati dia je. Patut dia cek balik ayat quran yg sebut psl tayammum ni :

" ..... dan jika kamu SAKIT atau dlm perjalanan atau kembali dr tempat buang air atau menyentuh perempuan, maka jika kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dgn debu yg baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu; Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur" (Al-Maidah : 6)

Geramnye dgn ustaz ni.... kesian sgt kat org tu. Bila cek pendapat2 ustaz tu psl masalah lain.. a few jugakla yg bukan berasaskan sunnah.. tetapi mengikut adat setempat.

Hmm... apapun, kesimpulannya bukan semua ustaz boleh pecaya (tetapi sebenarnya byk jugak ustaz yg bagus). Asal nama ustaz je... jgn mudah percaya walaupun dia sgt2 famous. Sape2 pun bleh dpt gelaran ustaz tu.... asal pandai cakap, ada ilmu agama sket.... dapatla title ustaz. Then, apa yg dia ckp psl agama... semua org pecaya. Kesiannya kt org2 awam (termasukla saya sendiri) yg kadang2 ter percaya dgn pendapat ustaz2 camni.

Apapun, ustaz atau tidak.... kna selalu cek dulu. Kalu dia kasi pendapat tanpa dalil or bunyi suspicious... jgn cepat pecaya. suruh dia jelaskan dulu pendapat dia tu.... supaya kita dpt pastikan itu adalah pendapat yg bertepatan Quran dan Sunnah, sbb sesape pn boleh buat silap.

Selamat mencari ilmu buat semua dan juga diri sendiri.....

Semoga Allah lindungi kita dr ilmu2 yg silap dan tersasar dr Islam....

p/s: bukan merendahkan golongan agama, cuma ingin mengingatkan diri supaya lebih berhati2 dalam menerima ilmu. kerana sehebat manapun seseorang itu, kita tetap tidak maksum dan tetap terdedah kepada kesilapan

Hanisah Azhari
14/10/2009

5 comments:

  1. salam,

    dulu masa asrar eksiden time form 5,
    situasi yang sama,
    ada ustaz kat SHAMS pun suruh qada' balik jugak..

    ReplyDelete
  2. wslm...

    besala tu.. Ustaz jenis cmni mmg suka nk menyusahkan org dgn fiqh yg menyusahkan. Sedangkan masa zaman Nabi, sape2 yg jumpa Nabi n tanyakan masalah, Nabi sentiasa bg penyelesaian yg memudahkan, bukannya menyusahkan.

    Huhu.. walaupun kata2 dr Ustaz... bukan semua buleh pecaya :(

    ReplyDelete
  3. sokong sgt2 psl tu hanisah..masalah org yg ambil lewa mmg satu hal, tambah2 lagi dgn masalah org yg suka menyulitkan benda yg mudah. itu sume mmg discourage org nak solat ada la..ustaz...ustazz...

    ReplyDelete
  4. akak sokong jugak..
    ms sekolah akak pnah kena simen ankle, 5bulan lebih, ustaz kat kampung suruh qada'jugak .. tapi ustaz kat sekolah kate xpelu!!
    rmai ustaz salah guna tittle ustaz tu kan.. ish.. xbaik btul..

    p.s. ape mksud .. menyntuh perempuan dlm ayat al.maidah tu ek?
    thank u hanisah..suka follow your blog

    ReplyDelete
  5. Dear Kak Yana,

    dlm ayat tu, menyentuh perempuan tu ada 2 maksud : sentuh kulit and "meniduri" perempuan. Ulamak2 berselisih pendapat dlm hal ni. Tp utk sy sendiri, sy berpegang kpd "meniduri" sbb ada 3 hadith dr Aishah yg memberi maksud bersentuh lelaki perempuan tak batal wuduk. Insyaallah, nnt ada masa sy akn post kn hal ni kt blog sy, with more details k?

    ReplyDelete