Plagiarism is one form of dishonest practice. Plagiarism is defined as copying or paraphrasing another person's work and presenting it as one's own - whether intentionally, or through failure to take proper care.
Any student involved in dishonest practice is liable to be proceeded against under the University's regulations. A range of penalties is established by those regulations, including forfeiture of marks for the piece of work submitted, a zero grade for the paper, or in extreme cases exclusion from the University.
( Copy from Univ of Otago website : http://www.otago.ac.nz/study/plagiarism.html)
Keras betul bunyi amaran dari University. Setiap pelajar di suruh berhati-hati dalam menulis assignment dan thesis paper untuk mengelakkan plagiarism. Maka, semua pun memastikan setiap assignment yg di hantar mempunyai citation dan quotation yang tepat. Takut untuk menyatakan sesuatu pendapat tanpa membuat citation terlebih dahulu.
Students menjadi lebih berhati2, setiap ayat dan perenggan di periksa dengan teliti sebelum menghantar paper kepada pemeriksa. Kerana takut dapat markah kosong... takut di panggil oleh head of dept... dan paling teruk ialah takut di buang university kerana di tuduh plagiarising other people's work without proper citation.
Hebat betul bila dilihat betapa berhati2 nya setiap pelajar memastikan kertas kerja yg di hantar itu di sokong bukti yang kukuh dan di sertakan pula rujukan yang kemas dan memuaskan.
Tetapi.....
Keadaan sebaliknya pulak berlaku bila berdakwah.
Pendakwah dengan mudahnya memberitahu ... "ini hadis sahih"......"ini kata2 Rasulullah"...." ini sunnah"....."ini ayat quran" tanpa menjelaskan rujukan sebenar pernyataan itu.
Memang mudah melafazkan kata2 itu untuk meyakinkan orang lain dalam proses dakwah. Orang yg mendengar pun terus mengamalkannya tanpa mengetahui kesahihah pernyataan tersebut kerana mereka percaya.. "mustahil pendakwah akan menipu".
Baru2 ini saya membaca sebuah buku motivasi. Melihat cara penulisnya quote hadis, sangatla mengecewakan. Beliau hanya memberitahu hadis itu sahih atau dari Rasulullah tanpa menuliskan sebarang rujukan ianya dari sunan bukhari, muslim etc. Sesiapa pun boleh claim sesuatu ayat itu dr Rasulullah.... namun mereka perlulah mengemukakan bukti yg jelas. Sekurang-kurangnya, bila org lain nk memeriksa hadis tersebut, mereka bolehla merujuk kitab asal ataupun syarah kitab tersebut, eg. sahih bukhari.
Dalam blog2 juga hal ini berleluasa sekali. Banyak sekali mencadangkan amalan2 yang di katakan sunnah, tetapi tidak ada asas yang kukuh. Bila di tanya di manakah source kata2 tersebut, mereka tiada jawapan. Mereka hanya copy and paste dr blog rakan2 yang lain, ataupun menulis semula apa yg di dengar. Maka tersebarlah satu "sunnah" dan terapung di awang-awangan kerana tiada siapa tahu periwayat mahupun asas sunnah tersebut. Yg menyebarkan, terus menyebarkan dan yg menerima, terus menerima tanpa ada persoalan.
Ramai yang memandang remeh hal ini... termasuklah org2 yg menggelarkan diri mereka pendakwah.
Dalam keghairahan untuk menyampaikan dakwah, mereka terlupa untuk memeriksa kesahihan pernyataan yg mereka buat, lantas pantas sekali menyandarkan kata2 tersebut pada Rasulullah. Mungkin kelihatannya seperti hal kecil... tetapi lihatla apa yang berlaku pada hari ini. Ramai sekali melakukan ibadah yg dikatakan sunnah di atas hadis yang tidak sahih, yang bukannya dari Rasulullah. Banyak sekali fadhilat2 palsu mengenai ibadah yang tersebar, membuatkan org percaya bahawa jika mereka melakukan ibadah tersebut, ada ganjaran tertentu di sebaliknya.
Contohnya : Sesiapa yang berpuasa pada hari jumaat, mereka akan dapat pahala seperti pahala pergi haji dan umrah.
Nampak menarik bukan? Tetapi, ianya bukan dari Rasulullah, hanyalah rekaan saya sendiri. Jika saya keluar dan memberitahu hal ini, mungkin ramai sekali yg akan percaya dan sanggup berpuasa pada hari tersebut.... kerana mereka dah tak perlu buat haji, sebab pahala haji sama sahaja dgn berpuasa pd hari tersebut.
Taqlid buta ini sangatla bahaya. Dan org yang perlu dipersalahkan antaranya pendakwah2 itu sendiri yg gagal memeriksa status hadis atau hukum tersebut sebelum menyebarkannya. Senang2 je copy dr internet, kemudiannya menyebarkan pada org ramai. Maka tersebarlah satu 'fitnah' dalam agama yang di asaskan oleh org agama itu sendiri. Nampak mudah, tetapi kecuaian tersebut akan memberi kesan besar dalam agama dan juga kita akan menanggung dosa2 di atas berlakunya fitnah dalam agama dan membuat pendustaan terhadap Allah dan Rasul.
Matlamat tidak menghalalkan cara.... walaupun niat untuk menyampaikan dakwah, periksalah dahulu untuk memastikan ianya sahih dan authentic. Janganlah buat sambil lewa, kerana kesannya besar. Bukannya susah pun. Banyak sekali kitab2 agama dlm internet, cuma perlu memcari dan membaca sahaja. Ataupun rujuklah kepada org2 yg belajar ilmu syariah yang memahami islam dgn mendalam.
Teringat satu kuliah yang saya hadiri baru2 ini. Kagum dengan seorang sahabat ini yg bersungguh2 untuk menjelaskan status hadis yg dia quote untuk kuliah itu. Kesungguhannya sgt saya hormati, kerana menunjukkan betapa dia menjaga hadis dan sunnah Rasulullah, dan betapa dia memeriksa terlebih dahulu sebelum menyampaikan kepada org lain.
Pada masa yang sama, sedih kerana ada sesetengah pihak yang melenting apabila ada usaha untuk menjelaskan status hadis sesuatu ibadah yg selalu kita amalkan. Di tuduhnya memecahbelahkan umat dan masyarakat. Ada yang lebih rela melihat masyarakatnya melakukan ibadah yang tidak sahih datangnya dari Rasulullah, dan menolak sebarang usaha untuk menjelaskan hal sebenar. Perubahan perlu berlaku.... tetapi dengan penjelasan. Penerangan kenapa pentingnya asas akidah dan ibadah kita berdiri di atas sumber yang kukuh dan sahih (Quran dan Sunnah) dan bukannya berasaskan fahaman setempat.
Pentingnya untuk memastikan dakwah yang kita sampaikan ini benar2 datangnya dari Rasulullah dan firman Allah.
Penting juga kepada org2 yg menerima ilmu agama untuk memastikan dakwah yg diterima itu di iringi dgn bukti yang kukuh. Berhentilah menerima bulat2 apa yg disampaikan, tetapi mulalah berfikir dgn kritis atas apa yang disampaikan.
Jika ada yang berkata "ini sunnah rasulullah", cubalah bertanya dalam sahih mana hal itu di sebutkan. Tanyalah imam mana yang mensahihkan hadis itu... bukhari, muslim, tirmidzi?
Jika pemberi maklumat itu tiada jawapannya atau hanya senyuman sebagai jawapan, usahlah menerimanya dengan mudah dan menyampaikannya pada org lain. Periksalah dahulu dan pastikan status kesahihannya sebelum mengamalkannya ataupun menyampaikan kpd org lain.
Dan jangan terlalu mudah menekan butang 'forward' apabila menerima email2 yang berunsurkan agama sebelum memeriksa kesahihan isi kandungannya.
Lihatlah betapa telitinya para2 muhaddis dalam mensahihkan hadis2 sebelum mereka menyampaikan pada generasi seterusnya. Namun kita terlalu leka dan mengambil mudah hal ini. Asalkan org kata itu hadis, terus kita mengamalkannya dan menyebarkannya tanpa mengambil tahu status sebenar.
" Katakanlah: Sesungguhnya TUHANKU hanya mengharamkan perbuatan2 yg keji, sama ada yang nyata atau tersembunyi, perbuatan dosa dan menceroboh tanpa alasan yang benar. (Diharamkan) kamu mempersekutukan sesuatu dgn Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya) dan (diharamkan) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak ketahui" ( Al-A'raf: 33)
Tegakkanlah Islam ini di atas kebenaran yang pasti.
Semoga ibadah dan amalan kita ini berasaskan hanya dari Quran dan Sunnah.
Selamat mencari dan mengamalkan ilmu Islam dengan memastikan ilmu2 itu dari sumber yg kukuh.
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. (iaitu) jalan org2 yang Kau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang Kau murkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat" (Al-Fatihah: 6-7)
Wallahua'lam
Hanisah Azhari
Dunedin 2009
"Berkongsi untuk lebih memahami, bercerita untuk mempelajari... kerana hidup ini hanya untuk Ilahi"
Showing posts with label Halaqah. Show all posts
Showing posts with label Halaqah. Show all posts
Friday, September 18, 2009
Monday, July 27, 2009
Peristiwa subuh

Suatu subuh yang lalu.... saya menghadiri solat subuh berjemaah bersama muslimat yang lain. Kali ini bukan subuh yang biasa, tetapi subuh yang memberi kesan dalam diri ini. Solat subuh di pagi itu berjalan lancar, usai imam memberi salam, saya memulakan wirid memuji Allah, secara sendirian.
Namun, sebelum sempat wirid itu dihabiskan, makmum dan imam memulakan amalan kebiasaan masing2....iaitu membaca mathurat tetapi secara berjemaah. Pada mulanya tersentak juga kerana wirid yang dibaca masih belum habis, tetapi kemudiannya saya perlahan2 mengikut rentak bacaan mathurat seperti makmum yang lain.
Setelah habis membaca Fatihah dan surah pendek.... jemaah itu menyambung bacaan mathurat yang seterusnya, tetapi saya terhenti. Hati ini terasa tidak sedap, bagai ada yang tak kena. Lalu bacaan mathuratku terhenti, dan saya tertunduk beristighfar kepada Allah yang Maha Mengetahui.
Saya sangat terkejut bila menyedari bahawa kelihatannya setiap makmum bagaikan berlumba2 untuk menghabiskan bacaan masing2. Mathurat dibaca dengan kuat dan kelajuannya makin bertambah. Hinggakan mulut ini tidak dapat mengikuti bait2 bacaan yang disebutkan.
Hati saya berdetik dan ingin sekali bertanya kepada makmum2 itu....
Apakah yang kau kejar wahai sahabat, sampai begitu pantas bacaanmu itu?
Apakah kau faham apa yang kau tuturkan di bibirmu itu?
Apakah kau pasti yang sebutanmu itu benar lafaznya, kerana kelihatan lajunya bacaanmu?
Apakah tujuanmu yang sebenar membaca mathurat itu? Sekadar mengikut teman2? Atau mengikut amalan kebiasaan? Ataupun kau benar2 menghayati bacaan dan maksud di sebaliknya?
Adakah lafaz yang ditutur itu ikhlas memohon kepada Allah? Mampukah kau memohon dengan yakin dalam pada membacanya dengan pantas sekali?
Ingin sekali saya mendapat jawapan daripada sahabat2 itu. Namun saya hanya mampu melontarkan persoalan ini hanya di dalam hati. Kelihatan seperti amalan membaca mathurat telah menjadi darah daging bagi segolongan muslim, hinggakan tidak sah rasanya jika tak membaca mathurat selepas subuh dan asar.
Pada subuh itu, akhirnya saya terdiam sendiri ketika makmum lain khusyuk menghabiskan mathurat. Saya berfikir.... dan terus berfikir melayani persoalan hati. Apakah maksud di sebalik perbuatan ini? Dalam hati kecil ini, saya memohon doa meminta petunjuk. Moga Allah melindungi hati-hati ini.
Ada satu persoalan yang ingin saya timbulkan di sini. Saya tidak menyalahkan membaca mathurat selepas solat, cuma perlukah ianya di baca secara berjemaah dan dikuatkan suara? Apakah hukum di sebaliknya dan adakah situasi mathurat ini berbeza jika dibandingkan dengan hukum wirid beramai2 seperti yang banyak di bincangkan oleh para ulamak?
Saya ingin mengajak semua berfikir, jika wirid beramai2 selepas solat di bantah keras oleh para ulamak kerana ia bukan sunnah.... apakah mathurat ini di benarkan? Setahu saya, kandungan mathurat tidak jauh bezanya dibandingkan dengan maksud melakukan wirid kerana kedua-duanya adalah bacaan mengingati dan memuji Allah dan Rasul. Imam Ibnu Kathir juga telah memfatwakan bahawa zikir secara jemaah adalah bidaah yang sesat. Saya mencadangkan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti mathurat secara jemaah ini, mengkaji semula amalan ini. Di sini juga saya sertakan link dari Al-Ahkam yang membincangkan secara dalam mengenai hukum ini. Moga Allah melimpahkan hidayahNya kepada kita semua...ameen.
Wallahualam...
P/s: Artikel ini merujuk kepada perbuatan wirid/baca mathurat secara berjemaah. Saya tidak mempertikaikan atau membincangkan isi kandungan mathurat itu sendiri, jauh sekali mengatakan mathurat itu adalah bidaah.
Hanisah Azhari
Dunedin
27 July 2009
1.43pm
Sunday, July 26, 2009
Ya Bunayya....



Wahai anakku... sungguh lembut cara Luqman mengajar anaknya seperti yang di sebutkan dalam Al-quran. Mengingat kembali zaman ketika kecil, apakah pengajaran pertama yang diajarkan oleh kedua ibubapa kita?
Ada yang mengajar anak menyanyi sejak kecil, tak kurang juga seawal kelahiran anak, ibubapa telahpun menghantar anak-anak ke kelas tarian dan mengajar anak2 pelbagai lagi ilmu2 'moden'. Mungkin apabila anak2 mencecah umur persekolahan, bebanan mengajar ilmu agama diserahkan kepada guru2 di sekolah.
Tidak kurang juga yang apabila anak2 mencapai umur akil baligh, baru berusaha mengajar segala ilmu fiqh termasuklah memaksa anak2 memakai tudung. Pengajaran yang sepatutnya diajarkan sejak kecil... di simpan dan ditunggu hingga anak2 baligh. Tidak hairanlah jika anak2 memberontak dan menolak mentah2 ajaran yang cuba diterapkan oleh ibubapa ketika mereka mencapai usia remaja.
Namun begitu, apakah pengajaran pertama yang perlu di ajar? Perlukan mengajar hadith dan fiqh terus? Atau perlukan mengajar ibadah seperti solat dan puasa dahulu? Syukur ke hadrat Ilahi, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Di dalam Kitabnya, Allah menyebutkan asas pendidikan untuk anak2, dan di persembahkan di dalam surah Luqman, ayat 12-19.
12. Dan sungguh, telah kami berikan hikmah kepada Luqman, yaitu, "Bersyukurlah kepada Allah! Dan barang siapa bersyukur (kepada Allah), maka sesunguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji.
Di dalam ayat ini hanyalah satu-satunya bahagian dalam surah ini yang menyebut nama Luqman. Namun tidak dijelaskan siapakan gerangan Luqman ini. Kenapa ya? Kerana untuk apa kita mengetahui 'details' tentang Luqman. Adakah dengan mengetahui latar belakangnya, ciri2 dirinya... akan menambahkan iman dan taqwa kita kepada Allah? Al-quran bukanlah kisah panglipurlara yang terlalu banyak 'details' dan cerita yang tidak perlu dan tidak berkaitan. Cukuplah kita mengambil pengajaran dari ayat2 ini, dari memikirkan siapa Luqman sebenarnya.
Ayat ini juga mengingatkan kita supaya bersyukur atas nikmat ilmu yang diberikan sepertimana Allah mengingatkan Luqman supaya bersyukur atas kurniaan "hikmah" yang diberikan.
13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, "wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar2 kezaliman yang besar".
Inilah pengajaran pertama yang perlu diajar kepada anak2 pada tahun2 awal kehidupan mereka. Kita tidak disuruh mengajar solat dan puasa sebagai perkara pertama yang perlu diajar, tetapi akidah merupakan perkara penting dalam kehidupan muslim. Anak2 perlu di ajar tentang aqidah dan syirik, supaya mereka mengenali Allah, dan kenapa mereka perlu patuh dan tunduk kepadaNya.
Mungkin inilah kesilapan dalam mendidik. Ibubapa lupa tentang kepentingan aqidah untuk diterapkan dalam diri anak2. Anak2 perlu tahu perkara yang membezakan antara syirik dan Iman. Mungkin juga pusat penjagaan kanak2 perlu diajar supaya mengajar ilmu aqidah kepada kanak2 di bawah jagaan mereka. Ibubapa juga perlu peka dengan perkembangan mental anak2, tidak sepatutnya anak2 diajar tentang hantu dan menakutkan mereka dengan kuwujudan makhluk halus, tetapi pada masa yang sama mereka lupa untuk mendidik anak supaya takutkan Allah. Jangan sampai anak2 dibesarkan dalam keadaan takutkan hantu melebihi perasaan takutkan Allah.
14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.
15. Dan jika keduanya memaksa untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
Allah mengingatkan kita tentang kepentingan berbuat baik kepada ibubapa. Wajarlah kita berterima kasih kepada mereka atas kesusahan dan kepayahan mereka membersarkan kita. Namun dalam pada itu, kita semestinya perlu bersyukur dan berterima kasih kepada Allah, kemudian barulah kepada kedua ibubapa. Sebabnya? rasanya semua boleh berfikir kenapa.
Dan jika mereka menyuruh kita berbuat sesuatu yang bertentangan dengan Islam, maka wajiblah kita mengingkari mereka. Tetapi pada masa yang sama kita masih wajib melayani mereka dengan baik, meskipun mereka kafir. Berbuat baiklah kepada kedua orang tuamu...
16. (Luqman berkata), "Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau dilangit atau dibumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Maha Halus, Maha Teliti.
Ayat 16 ini menarik, kerana ajaran seterusnya selepas aqidah, bukanlah mengajar ibadah. Mungkin kita menyangka selepas mengajar anak2 aqidah, kita patut mengajar tentang ibadah. Maha suci Allah yang Maha Mengetahui. Kita disuruh mengajar anak2 tentang "muraqabah", iaitu perasaan sentiasa tahu Allah melihat kita walaupun orang lain tidak melihat.
Mengapa hal ini lebih penting dari ibadah? Kerana untuk mengelakkan anak2 solat dan beribadah hanya di depan ibubapa atau orang ramai, tetapi bila bersendiri, mereka mengabaikannya. Inilah masalah orang Islam sekarang, mereka hanya menjadi Islam hanya ketika bersama muslim yang lain. Ketika merantau atau jauh dari muslim yang lain, mereka lalai dan lupa, dan pantas sekali melakukan maksiat dan kemungkaran. Mereka lupa bahawa Allah Maha Halus dan Maha Teliti, Allah menghitung setiap kemungkaran dan kebaikan yang kita lakukan biar sekecil manapun, dan di mana sahaja. Subhanallah....

17. Wahai Anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.
Di dalam ayat ini baru kita di suruh mendidik anak2 tentang kepentingan solat. Setelah mendidik tentang aqidah dan muraqabah, barulah anak2 dididik tentang solat dan ibadah. Namun tidak berhenti di situ sahaja, didikan untuk mengajak manusia 'amar makruf nahi mungkar' adalah wajib bagi setiap manusia. Beribadah tidak susah.... namun untuk berdakwah bukanlah perkara yang mudah.
Dalam ayat ini juga, selepas Allah menyuruh manusia menyebarkan kebaikan dan mencegah kemungkaran, Allah mengingatkan kita bahawa kita akan diuji jika melakukan semua ini. Manusia akan bangun menentang dan mungkin kita akan dibenci. Kerana itulah Allah menyuruh kita bersabar atas tentangan yang akan berlaku, kerana sesungguhnya 'amar makruf nahi mungkar' adalah perkara yang sangat penting dalam hidup ini.
18. Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dibumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang2 yang sombong dan membanggakan diri.
Anak2 perlu dididik supaya tidak sombong dan angkuh atas kelebihan yang diberi. Ingatkah kita di masa sekolah dulu, masing2 cuba untuk menunjukkan yang mereka ada beg yang cantik, pencil case yang penuh dengan alatulis, makanan yang sedap2 dan banyak lagi. Mungkin kelihatannya masalah kecil, tetapi penting untuk anak2 membuang sikap angkuh sedari kecil lagi kerana penyakit hati ini akan dibawa hingga dewasa. Ajari anak2 untuk mensyukuri nikmat yang diberi, dan tidak perlulah untuk 'bertanding' kekayaan dan kelebihan dengan rakan2.
19. Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk2 suara ialah suara keldai.
Ajarlah anak2 untuk berkata2 dalam bahasa yang lembut dan pastikan setiap langkah perjalanannya mempunyai tujuan. Menariknya, ramai ibubapa yang mengajar anak2 'melunakkan suara' iaitu menyanyi sejak mereka kecil. Sangat2 menyedihkan bila melihat video anak2 muslim yang menyanyi karaoke sedari umur 2-3 tahun dan ibubapa yang bangga dengan anak2 ini. Nauzubillah.. moga Allah pelihara diri dan keturunan kita.
Artikel ini hanyalah ringkasan kuliah tafsir yang disampaikan oleh Dr. MAZA suatu ketika dahulu. Jika mempunyai masa, dengar-dengarlah kuliah yang penuh, kerana lebih banyak perkara penting yang dibincangkan. Link untuk kuliah ini Kuliah tafsir surah Luqman . Semoga semua mendapat manfaat dan sebar-sebarkanlah.....
Wallahualam
Hanisah Azhari
Dunedin
7.00am
26 July 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)