Bukan semua orang ada keinginan untuk mencari ilmu. Namun apabila ada orang berkongsi ilmu dengan kita, kenapa kita perlu hina ilmu tu? Ilmu adalah harta berharga buat manusia. Kalau takde ilmu, sia-sialah dikurniakan akal kepada manusia
Semalam saya post kat beberapa facebook groups yang saya join.... mengenai bahaya nya ikan bilis kepada kesihatan kerana kandungan heavy metals. Saya post entry tersebut kpd groups ibu-ibu yang memasak untuk anaknya. Post tersebut berbunyi begini
"
" Bg saya la tawakal je..sambil masak sambil doa ape yg kita bagi makan tuk anak2..kita dulu pon mak bapak sumbat ape shj selebihnya penyakit dtg tuk ujian ukuran diri masing2 ..kalo nak elak semua2 skali pon Allah dah bagi penyakit..de akan bagi..ada jugak org korea yg x pnah mkn makanan tercemar tapi berpenyakit..yg penting tawakal ye puan2.. "
Subhanallah...seronoknye kalau hidup di dunia ni kita tawakal je. Tak perlu susah2 cari ilmu, tak perlula academician dan researcher menghabiskan berjuta2 dolar untuk membuat kajian. Mungkin sebab ni la kita dikatakan bangsa yang mundur. Kerana kita menidakkan kewujudan ilmu, tapi mengaplikasi kan prinsip tawakal sahaja dlm hidup. Segala evidence based facts..kita tolak ketepi. Kita guna logic akal sahaja…pastu TAWAKAL.
Sedih…sedih sbb ada jugak individu yang menolak kewujudan ilmu atas muka bumi ni. Sedih sebab seorang muslim yang berkata demikian…sedangkan ayat pertama yang diturunkan kepada Muhammad adalah “Iqra’”… bukannya “ tawakal”
Jadilah manusia yang sayangkan ilmu. Sejujurnya, saya lebih senang jika beliau meminta evidence dari saya.. contohnya mintak proof dari research papers ke…statistics ke… at least menggalakkan saya untuk mencari maklumat tersebut, sekaligus menambahkan lagi ilmu saya. Ini tidak, beliau membantutkan perkembangan ilmu diri beliau sendiri.
Apapun saya sedih, sedih sebab ada jugak orang yg memilih nak jadi macam ni. Orang nak berkongsi ilmu dimarahi, kalau balas balik dgn fakta yang bernas takpela jugak. Janganlah menghalang perkembangan ilmu. Tawakal itu benar, Cuma perlu didahului dengan usaha. Carilah ilmu sebanyaknya, kemudian buatlah keputusan dan bertawakkal lah. Barula jadi insan cemerlang….