Saturday, December 26, 2009

Its The SOLUTION, Not The Problem

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'kami telah beriman' , sedangkan mereka tidak diuji lagi? "
( Al-Ankabuut: 2)


Hidup ini penuh dengan ujian. Dari sekecil2 cabaran, hinggalah sebesar2 dugaan. Manusia mengeluh dengan ujian yang menimpa dalam kehidupan seharian.

Malahan kita membandingkan ujian yang kita hadapi dengan dugaan manusia2 yang lainnya. Masing2 ingin melihat dugaan siapakah yang paling hebat dan paling besar.

Mungkin sebagai cara untuk menyedapkan hati bahawa ujian yang kita hadapi itu tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan orang lain.

Mungkin juga sebagai perbandingan betapa hebatnya orang2 yang mengalami dugaan yang lebih besar dan mencabar.

Namun, apapun kesimpulannya, Allah hanya menguji hamba-hambanya dengan ujian yang mampu ditanggung oleh individu itu sendiri. Kerana itulah ujian kita berbeza, kerana tahap kesabaran dan ketabahan manusia itu berbeda.

"...Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya...." (Al-Baqarah : 233)

Apapun masalah yang dibentangkan di hadapan kita, bagaimanakah masyarakat melihat masalah itu sendiri?

Pada pendapat saya.... tidaklah diukur seseorang dengan betapa besarnya masalah yang dihadapi, tetapi betapa bijaknya seseorang individu itu mengatasi dan menyelesaikan masalah mereka.

Kita selalu menganggap masalah yang kecil itu mudah diselesaikan berbanding masalah besar. Tetapi betapa ramainya manusia yang kecundang dengan masalah remeh temeh berbanding apabila mereka menghadapi masalah yang besar.

Kita melihat ramai sekali manusia yang hidupnya bagaikan berakhir hanya kerana putus cinta di zaman university atau persekolahan. Pelajaran di abaikan, makan minum dilupakan... seolah2 itulah pengakhiran hidup mereka.

Tetapi apabila kita melihat anak2 yang kematian ibu bapanya, isteri yang kehilangan suami, suami yang kehilangan isteri.... hidup mereka tetap di teruskan malahan mereka mampu mencapai kejayaan di tahun2 berikutnya.

Kematangan seseorang menghadapi ujian dari Allah bukanlah dilihat dari betapa besarnya ujian itu, tetapi betapa bijaknya dia mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Biarpun masalah itu kecil, tetapi selesaikanlah dengan bijak.

Usahlah diungkit2 kembali kesilapan yang berlaku kerana mustahil masa itu akan berpatah balik. Hentikanlah menyebut2 kesilapan dan masalah yang berlaku, tetapi fokuskan kepada jalan penyelesaian. Masalah tidak akan selesai jika hanya mengungkitkan apa yang berlaku, tetapi kita perlu berfikir cara mengatasinya.

Saya bukanlah pakar motivasi, cuma ingin mengajar diri untuk berfikir secara positif kerana "life has to move on"

Hidup ini tidak mudah, tetapi kita harus tabah.

"Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung" ( Ali Imran: 200)


Hanisah Azhari
Kota Damansara
9.33 am




No comments:

Post a Comment