Sunday, November 8, 2009

Nilai Sebuah Perkahwinan


October.... November... December....

Semakin menghampiri penghujung tahun, semakin banyak jugala jemputan-jemputan kahwin yang diterima. Di sana sini sahabat2 menghantar kad-kad jemputan... untuk ke majlis bahagia masing2.

Tetapi.. apakah nilainya hari perkahwinan itu?

Orang kata, hari itu adalah hari bahagia yang hanya sekali seumur hidup. Maka, sepatutnya di raikan dengan sehebatnya kerana ini hari penting yang perlu dikenang dan diingati.

Namun, adakah ia bermaksud kita selayaknya membelanjakan puluhan ribu hanya untuk majlis yang berlangsung pada waktu sesingkat itu?

Pasangan-pasangan yang bakal bergelar pengantin berlumba-lumba mencari yang terbaik untuk majlis bahagia mereka. Tetapi, dalam keasyikan persiapan menyambut hari bahagia itu, ramai yang lupa nilai wang yang dibelanjakan... dan nilai perkahwinan itu sendiri.

Kad kahwin mesti yang cantik.... wangi.... dan 'up' berbanding orang lain... sedangkan lepas orang baca... kad tu hanya masuk tong sampah. Nilai harga yang dibelanjakan untuk sekeping kad itu hanya diakhiri dengan tong sampah....

Kenduri mesti besar-besar, semua mesti cantik, mesti nampak elegan dan berbeza, biar nampak hebat.

Kadang-kadang diri ini terkedu sendiri mendengar perbelanjaan yang dihabiskan semata-mata untuk kenduri yang tak sampai 24 jam. Ada yang berpuluh ribu dan tak kurang juga sampai berhutang hanya kerana majlis yang beberapa jam sahaja.

Kita selalu lihat mahar dalam pernikahan itu selalunya rendah... kadang-kadang tak sampai rm100 pun. Alasannya... ikut sunnah, Islam kata mahar kena rendah. Tetapi, bila tengok majlisnya.... nauzubillah.... pembaziran yang melampau-lampau.

Ramai yang lupa, apakah nilai sebuah perkahwinan itu. Jika kita mahukan perkahwinan itu berkekalan dan sentiasa di bawah keberkatan Ilahi, sepatutnya kita mulakan perkahwinan itu dengan perkara yang Allah sukai..bukannya perkara yang Allah benci.

Sederhanakanlah perkahwinan itu... tidak perlulah dilebih-lebihkan. Jika kad kahwin pun sampai 2 ringgit sekeping, nilailah kembali apa perkahwinan itu sebenarnya. Kalau perbelanjaan seharian kenduri kahwin tu sampai belasan malahan puluhan ribu, fikirkanlah nilai duit yang dihabiskan begitu sahaja.

Walau se kaya mana kita ni pun, ingatlah bahawa kekayaan itu BUKAN milik kita. Ianya milik Allah dan Allah akan bertanya di akhirat kelak, setiap sen yang kita belanjakan itu. Kita belanjakan ribuan ringgit untuk seharian kenduri, sedangkan duit-duit itu sebenarnya mampu menanggung hidup fakir miskin berbulan-bulan lamanya.

Apa sangatla yang dikejar pada majlis perkahwinan itu. Orang hanya memuji seminggu dua... lama-lama orang akan lupa. Gambar-gambar hanya ditatap pada bulan-bulan pertama selepas perkahwinan... dan kemudiannya akan menjadi sarang labah-labah di tahun-tahun berikutnya.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana 2 tahun lepas, kami berjaya melangsungkan "majlis perkahwinan secara budget". Segalanya dilakukan ala kadar.... baju kahwin dijahit bonda tersayang, tiada camera man yang diupah (mintak adik beradik je ambil gambar), tiada pelamin ribuan ringgit (buat sendiri ala kadar) malahan mak andam pun tidak diupah, hanya pertolongan ibu saudara dan kawan-kawan untuk menambahkan 'seri'.




Syukur kerana majlis kami hanyalah kecil belanjanya... hingga ramai yang tidak percaya kos kenduri kami yang rendah. Walaupun ada yang memandang rendah majlis kami yang ala kadar dan 'tak sempurna', kami hanya tersenyum kerana bukan pujian ataupun kemegahan yang kami cari.

Hanya keredhaan Ilahi dan keberkatan-Nya yang di kejar.... supaya Allah melindungi dan memelihara perkahwinan ini, supaya cinta ini dipelihara... dan supaya ikatan yang terbina ini sampai ke syurga..

Jangan biarkan masjid yang ingin dibina itu 'bahan asasnya' adalah kemungkaran dari Allah di atas keghairahan kita membazirkan masa, wang dan tenaga hanya untuk meraikan SATU hari bahagia itu.

Bukan nama dan pujian yang dicari.. tetapi keredhaan dan keberkatan dari Ilahi supaya Allah melindungi perkahwinan yang masih panjang perjalanannya....

Wallahualam..

Scotland Street, Dunedin
5.30pm

4 comments:

  1. setuju dgn hanisah! kak ghah sila bace entry ni...kui kui... ^o^

    ReplyDelete
  2. thanks akak.patutnya jakim kna gubah kursus kahwin tu.... bg kuliah sket psl pembaziran dlm walimah. ni tidak, kursus kawin tu merapu-rapu je. xde effect langsung kt peserta.

    ReplyDelete
  3. setuju!

    terlalu mengikut adat, dan melupakan syariat. Pernikahan tu sepatutnya mudah dan membantu org2 bujang bernikah utk elak zina tapi sekarang nak kahwin bukan lagi suatu perkara yg mudah..huhu..zina tu pulak y lebih mudah dari nikah kan? kesian~ huhu

    moga walimah saya nanti pun selamat drp sbrg pembaziran @ hal2 yg x bersesuaian dgn syariat..Amin~ ;)

    ReplyDelete
  4. betul tu cik bidadari besi.... zaman Nabi dulu, nikah cukuplah mudah. skrg ni, nk zina tu sgt2 la senang banding nikah.

    cuma, kdg2 mmg kita nk walimah simple dan sederhana, tp saudara mara pulak yg 'mengganggu' dan 'mencucuk' fikiran kita. mmg kna kuat semangat dan moga Allah melindungi kita.

    All the best for ur walimah :)

    ReplyDelete