Monday, July 27, 2009

Peristiwa subuh





Suatu subuh yang lalu.... saya menghadiri solat subuh berjemaah bersama muslimat yang lain. Kali ini bukan subuh yang biasa, tetapi subuh yang memberi kesan dalam diri ini. Solat subuh di pagi itu berjalan lancar, usai imam memberi salam, saya memulakan wirid memuji Allah, secara sendirian.

Namun, sebelum sempat wirid itu dihabiskan, makmum dan imam memulakan amalan kebiasaan masing2....iaitu membaca mathurat tetapi secara berjemaah. Pada mulanya tersentak juga kerana wirid yang dibaca masih belum habis, tetapi kemudiannya saya perlahan2 mengikut rentak bacaan mathurat seperti makmum yang lain.

Setelah habis membaca Fatihah dan surah pendek.... jemaah itu menyambung bacaan mathurat yang seterusnya, tetapi saya terhenti. Hati ini terasa tidak sedap, bagai ada yang tak kena. Lalu bacaan mathuratku terhenti, dan saya tertunduk beristighfar kepada Allah yang Maha Mengetahui.

Saya sangat terkejut bila menyedari bahawa kelihatannya setiap makmum bagaikan berlumba2 untuk menghabiskan bacaan masing2. Mathurat dibaca dengan kuat dan kelajuannya makin bertambah. Hinggakan mulut ini tidak dapat mengikuti bait2 bacaan yang disebutkan.

Hati saya berdetik dan ingin sekali bertanya kepada makmum2 itu....

Apakah yang kau kejar wahai sahabat, sampai begitu pantas bacaanmu itu?

Apakah kau faham apa yang kau tuturkan di bibirmu itu?

Apakah kau pasti yang sebutanmu itu benar lafaznya, kerana kelihatan lajunya bacaanmu?

Apakah tujuanmu yang sebenar membaca mathurat itu? Sekadar mengikut teman2? Atau mengikut amalan kebiasaan? Ataupun kau benar2 menghayati bacaan dan maksud di sebaliknya?

Adakah lafaz yang ditutur itu ikhlas memohon kepada Allah? Mampukah kau memohon dengan yakin dalam pada membacanya dengan pantas sekali?


Ingin sekali saya mendapat jawapan daripada sahabat2 itu. Namun saya hanya mampu melontarkan persoalan ini hanya di dalam hati. Kelihatan seperti amalan membaca mathurat telah menjadi darah daging bagi segolongan muslim, hinggakan tidak sah rasanya jika tak membaca mathurat selepas subuh dan asar.

Pada subuh itu, akhirnya saya terdiam sendiri ketika makmum lain khusyuk menghabiskan mathurat. Saya berfikir.... dan terus berfikir melayani persoalan hati. Apakah maksud di sebalik perbuatan ini? Dalam hati kecil ini, saya memohon doa meminta petunjuk. Moga Allah melindungi hati-hati ini.

Ada satu persoalan yang ingin saya timbulkan di sini. Saya tidak menyalahkan membaca mathurat selepas solat, cuma perlukah ianya di baca secara berjemaah dan dikuatkan suara? Apakah hukum di sebaliknya dan adakah situasi mathurat ini berbeza jika dibandingkan dengan hukum wirid beramai2 seperti yang banyak di bincangkan oleh para ulamak?

Saya ingin mengajak semua berfikir, jika wirid beramai2 selepas solat di bantah keras oleh para ulamak kerana ia bukan sunnah.... apakah mathurat ini di benarkan? Setahu saya, kandungan mathurat tidak jauh bezanya dibandingkan dengan maksud melakukan wirid kerana kedua-duanya adalah bacaan mengingati dan memuji Allah dan Rasul. Imam Ibnu Kathir juga telah memfatwakan bahawa zikir secara jemaah adalah bidaah yang sesat. Saya mencadangkan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti mathurat secara jemaah ini, mengkaji semula amalan ini. Di sini juga saya sertakan link dari Al-Ahkam yang membincangkan secara dalam mengenai hukum ini. Moga Allah melimpahkan hidayahNya kepada kita semua...ameen.

Wallahualam...

P/s: Artikel ini merujuk kepada perbuatan wirid/baca mathurat secara berjemaah. Saya tidak mempertikaikan atau membincangkan isi kandungan mathurat itu sendiri, jauh sekali mengatakan mathurat itu adalah bidaah.

Hanisah Azhari
Dunedin
27 July 2009
1.43pm

1 comment:

  1. Bila ibadah di'rutin'kan, maka hilanglah kemanisan beribadah kpd Allah. Bila ibadah di'rutin'kan maka hilanglah nikmatnya rasa penghambaan itu...

    ReplyDelete