Thursday, April 26, 2012

Ummi..we are ready for solids!

(Artikel yang telah lama ditulis, tapi baru berpeluang untuk post)


Pada umur 6 bulan, baby biasanya dh bersedia utk start makan solid. Walaupun banyak suara2 di keliling suruh bagi solid sebelum 6 bulan, abaikan sahaja dan jangan biarkan mereka mempengaruhi kita utk introduce solid lebih awal. Ini anak kita, dan kita berhak buat keputusan utk mereka. Nanti kalau anak sakit, kita yg jaga, bukannya mereka yg tukang nasihat ni.




Nuha n Furqan start makan brown rice sebagai makanan pertama. Grind washed brown rice dan masak sbg bubur. Nak suap pun guna hujung jari je. Tak perlu guna sudu lagi sebab kita baru nak bagi mereka merasai solid, bukannya nak mereka habiskan semangkuk bubur. Elakkan beras biasa sebab nanti constipate. Twins juga start makan dgn oats dan barley dan mereka tak makan white rice sampaila beberapa bulan lepas tu. Mula2 start solid baby mmg akan sembelit sikit, sebab selama ni memang loose stool, especially twins yg  full bf. Sebab tu elakkan white rice masa mula-mula makan. 



Mula-mula bagi twins makan sekali sehari je, untuk 2 minggu pertama. Itupun setiap jenis makanan bagi untuk 3 hari utk pastikan tiada allergic reaction. Lepas 2 minggu, baru bagi 2 kali sehari, dan lepas 2 minggu lagi baru 3 kali sehari.

Perkara yg selalu ditanya… nak bagi makan apa? Kebanyakan tips makanan saya ambil dari website wholesomebabyfoods. Memang sangat berguna. Bulan yang pertama twins makan labu, kumara, peas, apple, pear, semuanya steam dulu dan blend. Buah-buah ni boleh campur dengan oats, barley atau brown rice.

Ramai kawan2 yang ambil jalan mudah dan belikan setin besar nestum (cerelac) utk anak2. Ntahla, bagi saya, setelah bersusah payah nk fully bf twins, rasa mcm sia-sia je usaha tu kalau lepas tu bagi anak makan processed foods. Kalau kita concern nak anak full bf, kita patut concern bagi anak proper cooked foods. “if you can bf ur babies with love… cook their first foods with love as well”

6 comments:

  1. Assalam...puan boleh sy add puan di fb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bagitau ID facebook cik? kemudia like saya page ni http://www.facebook.com/menusikecil Saya akan invite dari situ. sebab fb sy privacy setting tinggi, jadi memang xdpt cari melalui carian biasa :)

      Delete
  2. fb sy www.facebook.com/jojiemunirah

    ok i will...tqvm...

    ReplyDelete
  3. Sy pun nk add fb cik. Byk info yg berguna 4 my baby..nfb sy www.facebook.com/nor.sheila.90

    ReplyDelete
  4. Sy nk add jgk..www.facebook.com/su ada

    ReplyDelete