Wednesday, April 18, 2012

Apa ada pada NAMA ?


“Anak nama apa?

Nuha dan Furqan

“oooo…nama penuhnye apa?

“Nuha bt Shamin , Furqan bin shamin”

“eh, pendeknya nama…. “

Okay, ini adalah “most commonly asked question” yang selalu kami terima. Sesiapa sahaja yang bertanyakan nama anak kembar tak seiras kami ni, mesti buat muka terkejut atau tak puas hati bila kami bagitau nama anak kami dua suku kata je.





Nuha : means "intelligent"

Furqan : means "the separator between truth and false" dan juga nama surah dalam Quran

Apa ada pada nama?

Saya percaya bahawa nama yang diberikan pada anak-anak adalah doa pada mereka. Sebab tu kita di suruh memberi nama yang mempunyai maksud yang baik, tak kira la ikut bahasa mana pun, tak semestinya bahasa arab. Dengan harapan setiap kali kita memanggil nama anak itu, didoakan juga kebaikan untuknya, sepertimana maksud pada namanya.

Masalahnya, di Malaysia ni, orang Melayu sangat-sangat suka memanggil nama ringkasan. Secantik mana pun nama seseorang, mesti nak panggil nama pendek jugak. Maka tak mustahillah ramai yang terkejut bila tau nama sebenar kawan2 mereka jauh lagi sedap dan cantik berbanding nama panggilan. Contohnya…panggil SU, tapi nama asal Sumayyah. Nama asal Safiuddin, tp panggil Din atau Udin je. Nama yang asalnya maksud sedap, akhirnya jadi “cacat” dan tidak lagi membawa maksud yang sedap. Maka hilanglah hikmah “doa pada setiap kali nama dipanggil”.

Kenapa bagi nama pendek sangat?

Kami memang merancang untuk memberi nama yang ada 2 suku kata sahaja. Supaya orang tak boleh nak pendekkan lagi nama mereka. Supaya orang memanggil mereka dengan nama yang telah didaftarkan, supaya mereka dipanggil dengan nama yang betul, supaya setiap kali nama mereka disebut, orang tersebut mendoakan mereka menjadi seperti maksud nama mereka.

Kenapa tak tambahkan “Nur, Nurul, Muhammad…" kat nama anak?

Bagi kami, untuk apa diletakkan jika akhirnya tambahan itu hanyalah perhiasan di sijil lahir / IC sahaja. Apapun, saya dan shamin sendiri mempunyai nama yang pendek dan kami tahu betapa seronoknya bila nak isi borang2, sebab nama tak panjang berjela.

Sampaikan ada yang menegur kami “ Ish, tambahla nama Muhammad kat depan…sunnah tau”. Haih, kita ni semua mende pun nak letak cop sunnah kat depan. Tapi yang betul2 sunnah takdela pulak nak buat. Sedangkan anak cucu Muhammad sendiri pun takde tambahan “Muhammad” kat depan. Macam mana di katakan sunnah pun saya tak faham. Orang yang diberi nama Muhammad pun…last2 panggil Mad je. Jadi, untuk apa letak nama Muhammad kat depan, bila akhirnya nama Nabi yang mulia tu kita sendiri yang rosakkan. Jika benar nak letak Muhammad, hormatlah pemilik asal nama itu, iaitu Nabi kita yang mulia. Janganlah disingkatkan pulak nama tu

Apsal nama diorang jauh sangat beza…diorang kan kembar?

Takde syarat yang mengatakan kembar kena nama sama. Kami meraikan mereka sebagai “non-identical / fraternal twins”. Kami meraikan mereka sebagai individu yang berbeza. Dan kami jugak tidak mahu menyusahkan sekalian manusia untuk terbelit2 lidah cuba sebut nama diorang yang lebih kurang sama. Dan dapat jugak kurangkan risiko nak panggil anak yang sorang tu, tapi tersebut nama yang satu lagi. Al-maklumlah, nama pun dekat2. Twins pun nanti senang, sebab nama yang clearly berbeza, xdela 2-2 menyahut sebab terasa nama dipanggil.

Apapun, pemilihan nama adalah hak ibu bapa masing2. Namun ingatlah yang anak2 mempunyai hak untuk memiliki nama yang baik, dan mereka berhak untuk dipanggil dengan nama yang baik. Untuk apa nama panjang sedepa, tapi akhirnya dipanggil dengan singkatan yang tidak memberi sebarang makna. Apapun nama yang dipilih untuk anak kita, peliharalah nama itu. Didiklah mereka untuk mengajar orang sekeliling memanggil nama mereka dengan betul.

14 comments:

  1. setuju..kembar tidak perlu nama yg hampir sama.kdg2 berbaza vokal saja.anak kakzira bukan kembar tp nama kebetulan hampir sama. kalo kembar mak nya hari2 makan panadol sakit kepala..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang yg nama berbeza ni pn sy selalu tersalah panggil. kalau dekat2 mcm wazif and wafiy.... saya panggil abang dan adik jela .. :)

      Delete
  2. comel apa nama simple :) yang penting mempunyai maksud yang baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, xkisah kot nama apa2, asalkan maksud yg baik tu dipelihara kan?

      Delete
  3. nama ank kak nik pjg berjela...hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe, anak lahir sorang2 senang nk fikir bg nama anak apa. kami kna fikir 2 nama sekaligus, dhla byk songeng. so end up xde byk pilihan nama. amik jela mana2 yg sempat :p

      Delete
  4. akak saya nak tanya apa maksud nama shamin ek? hope akak dapat bantu saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. maaf, kerana suami saya (shamin) pun xpasti maksud namanya :) mungkin boleh bertanya kpd org yang lebih pakar dgn bahasa ni. Apapun, nama cik ada perkataan "hanis" yg bawa maksud "yang bertaqwa". insyallah, moga bila org sebut2 nama cik...ada doa bersamanya :)

      Delete
    2. terima kasih....yang saya pernah jumpa hanyalah 'Hanis' bagi nama lelaki yang maksudnya berani..tak tahu pulak saya..Aamiin In Shaa Allah :)

      Delete
  5. Xkira apapun,kne ada kata sepkt suami isteri bila memilih nm ank..ada isteri suka nm ank pendek&ringkas,tp suami plk suka nm pnjng berjela.jd kne ambik pndktn win2,nm ank pun jdlh sederhana pnjng.huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Nama anak akak pun nuha tp pnjg sikit.. Raihanah nuha

    ReplyDelete
  7. dah letak nama pendek dan senang sebut pun orang panggil pendek je

    saya suka dengan perkongsian ini.. =)


    ada kawan letak nama anak raudhah.. dapat kat orang jadi odah.. kesian

    ReplyDelete
  8. Titanium Easy Flute 150 Amp Welder - Tioga Art
    Stainless steel T-Handle · This is the titanium easy flux capacitor for titanium dive watch the 2017 ford focus titanium Tioga Art. · This is mens titanium watches an easy, lightweight, and versatile welding oakley titanium glasses material. · Welder titanium wood stove

    ReplyDelete