Baby Food 202...
Ok, patutnya entry ni yang post dulu, tapi dah ter-post entry lain terlebih dahulu.
Saya selalu post kat facebook pasal makanan yg twins makan. Tak sangka ramai yang berminat hinggakan ada kawan-kawan yang bagi cadangan suruh saya tulis buku pasal baby foods.
Saya pun tak pernah lagi jumpa buku hasil tulisan rakyat melayu pasal baby food. mesti la ada kan, cuma saya je yang tak jumpa. Semangat nak menulis tu memang ada, tapi kena slow and steady.Insyallah kalau ada rezeki dan kesempatan, saya akan cuba menulis.
Sementara tu, saya letak kat blog la dulu. Harapnya dengan berkongsi di sini, ibu-ibu lebih semangat untuk memberi anak makanan yang healthy dan yang penting, mudah disediakan.
Kenapa tajuknya baby food 202?
Basically, sebab saya ada twins. Jadi saya sentiasa berfikir untuk sediakan makanan bagi 2 orang yg berbeza selera. Lagipun, dah ada blog baby food 101, jadi saya pun tak nakla tiru kan?
Semoga entry2 selepas ini dapat memberi idea kepada ibu2 untuk memasak bagi si kecil.
Semoga kita lebih semangat untuk memberi anak2 makan makanan berkhasiat.
Apapun, pemakanan berkhasiat anak2 bermula dari ibu bapa.
So... lets eat healthily !!!!!
No comments:
Post a Comment