Saturday, April 21, 2012

Usah Membenci, Lapangkanlah Hati

Beberapa minggu lepas,  saya menerima private msg di facebook dr anonymous, seseorang yg saya tidak tahu. Beliau menasihati saya supaya berhenti post gambar dan cerita2 mengenai anak2 saya di facebook, dgn alasan demi menjaga hati sahabat2 yang masih belum berpeluang ada cahaya mata.

Saya membalas msg beliau dengan mengatakan yang tujuan saya bukan untuk menunjuk2, tapi hanya berkongsi kegembiraan dan juga menghantar berita perkembangan anak2 buat saudara mara dan sahabat yg jauh, yg selalu bertanyakan mereka. Jika ada pihak yang tidak gembira, saya persilakan mereka utk delete saya dari facebook mereka, supaya jd "win win situation". Saya xsakitkan hati siapa2, dan orang tu pun tak sakit hati dgn fb saya.

Malangnya, beberapa hari lepas saya menerima msg dr beliau lagi. Kali ini lebih kasar bunyinya, seakan2 tidak berpuas hati kerana saya tidak mengikut cadangannya. Di sini saya paparkan msg darinya (yang  1st dan 2nd)







Sejujurnya, saya simpati kerana beliau mempunyai cara pemikiran sebegitu. Saya tidak "menulis" di wall fb saya hanya utk dpt "like" dari rakan2. Jika itu tujuan saya, maknanya tujuan asal telah
lari,seperti riak la pulak...nauzubillah. Saya percaya FB adalah hak masing2 untuk menulis dan menyuarakan apa sahaja. Jika ada yg tidak gembira, hak mereka utk delete rakan msg2. Saya mengepos gambar2 twins utk tatapan orang yang ingin melihat dan berkongsi kegembiraan. Saya berkongsi perkembangan dan pemakanan mereka dengan harapan ada org yg dapat ambil manfaat. Saya bukan ahli agama yang mampu utk berdakwah dgn hebatnya di fb. Mungkin tidak ramai yg melihat, tetapi saya percaya itu hak saya utk post anything on my fb wall selagi  mana landasan Islam itu tidak dilanggar.

Wahai sahabat...saya percaya kita datang dari sekolah yang sama. Mengapa sebegitu perasaan bencimu pada FB saya sampaikan menghantar surat2 layang kepadaku. Jika kau terlalu benci, buangkan sahaja saya dr friends list kamu. Mengapa perlu melihat FB saya saban hari, kemudian mengumpulkan rasa benci itu. Peliharalah hati kamu, jika kamu membenci facebook ku, janganlah disakiti hati itu lagi. Just delete me from ur list. Kalau pandai utk hantar "surat layang" kepada ku, takkan nk delete from friends list pun tak reti. Sampaikan sekali msg ini buat  kawan2 mu yg lain, spt dlm msg kamu ada mengatakan yg kamu mewakili sahabat2 saya yg lain.

Saya ingin sekali men-delete kamu dan sahabat2 kamu itu dr FB saya supaya tiada lagi perasaan benci dlm diri kamu semua. If only I know who you are. Tetapi saya hanya mampu menadah tangan dan memohon doa dari Allah....


                                                  
 "Katakanlah ; “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan, Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk, Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan), Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”. (Al-Falaq)


Wallahualam....


8 comments: