Ramai yang bertanya, working mom like me, with twins, and no
bibik… camne ada masa nk prepare baby foods??? Disebabkan terlalu banyak
mengulang jawapan yang sama, kali ni kita tulis je kat sini. Supaya semua boleh
tau. Ni adalah cara saya, sape2 yang nak modify atau tak setuju, itu preference
masing2.
1.
Dulu penuh EBM..skrg penuh frozen baby foods pulak |
Beli Steamer + blender yang handy
Mahal..tapi sangat2 memuaskan |
-
Kitorang beli AVENT blender+steamer 2in1. Masa
mula2 nk beli tu memang berkira jugakla, sebab harga asal rm450, lepas diskaun
pun masih mahal… rm350. Tapi lepas baca review yang sgt tempting, tutu
-
p mata jugak dan beli je. Memang tak menyesal
sebab super memudahkan. Potong je buah/sayur kecik2, campak dalam tu, kemudian
tunggu sampai habis steam. Bila buzzer dh berbunyi, terbalikkan je jug tu dan
boleh terus blend dlm keadaan panas2. Bagi orang lain yang rajin, boleh je stim
atas api, tunggu sejuk pastu blend guna blender biasa. Sebab blender biasa tade
vent utk wap keluar, jadi tak boleh blend panas2, nanti meletup. Satu lagi,
bila guna steamer biasa, air stim tu kita buang, jadi byk nutrient yang dh
kurang dlm tu. Kalau avent ni, kita guna air steam tu utk blend skali, jadi
kita dpt lg byk nutrient. Ramai jugak yg
merebus…tp sgt byk utrient akn hilang dlm air rebusan, so rugi jela bg anak
mkn.Biasanya org yang buat secara manual ni, mula2 je semangat. Lama2 dah malas
sbb byk sgt steps dan byk plak mende nk kena basuh. Tapi kalau rasa avent ni
mahal, boleh je cari brand lain mcm littlebean, murah sket, tapi byk bekas la
kena basuh
2.
Buat stok seminggu
Sekali masak, buat untuk seminggu! |
-
Weekend adalah masa utk memasak. Besanya
seharian akan guna avent blender tu sepenuhnya. Jumaat/sabtu beli bhn2 siap kat
pasar malam atau giant. Yang selalu dibeli ialah carrot, broccoli, cauliflower,
kumara, pumpkin, eggplant, corn, peas, pear, apple. Sepanjang hari memang
potong buah/sayur, steam, blend, sejukkan dan frozenkan. Letak dlm bekas kecik2
yg cukup utk 1 meal, label n masuk freezer.
Disebabkan encik avent ni sgt senang nak guna, jadi boleh buat keje ni
sambil2 buat kerja rumah lain/ jaga anak
3.
Beli bekas kecik / ice cube tray berpenutup
Bekas yang boleh digunakan : Baby food cube, Bekas kecik2 atau Ice tray |
-
Tak perlu beli yang mahal2 seperti baby food
cube tu… beli je bekas kecik2 yang kat giant tu. Beli yang agak2 muat utk
sekali makan. Boleh jugak beli ice cube tray yg ada penutup, kt giant ada dan x
mahal pun. Ice cube tray tu pun bagus sebab satu cube size tu elok je utk
sekali makan. Kalau anak makan banyak, boleh guna 2 cube.
4.
Prepare beras / oats / barley in advance
-
Beli brown rice jenis yg dah siap basuh dan
grind sampai hancur. Kalu beli yg x
dibasuh pun ok je, tp jgn lupa rinse dulu sebelum masak. Oats dan barley pun
sama, grind sampai hancur siap2 dan simpan dlm airtight container. Sebenarnya
twins tak mkn sgt barley, sebab susah nk prepare. Diorang ni mkn brown rice dgn
oats je biasanya. Bila dh siap grind, nanti bila kita nak masak tu cepat la
sikit, dan takyah nak kna tunggu sejuk kemudian nk kena blend. Sebab kita dh
grind awal2, kita dah tak payah blend lepas masak nanti.
5.
Daily routine
-
Malam2, defrost kan apa yg nak bagi makan esok
siap2. Nasi boleh masak a night before dan biasanya masak siap2 utk stok 2
hari. Nasi adalah medium yang sgt cepat bakteria membiak. Jadi lepas nasi tu
dimasak, spread kan dalam pinggan supaya cepat sejuk dan masukkan dlm peti ais
bila dah sejuk. NEVER leave the cooked rice more than an hour in room
temperature. Nasi jugak jangan
frozenkan, sebab nanti jadi “mushy”. Jadi, 2 hari sekali masakla nasi tu, tak
perlula nak buat stok utk seminggu dlm freezer.
-
Janganla setiap hari bagi anak makan nasi je.
Tukar2 jugak dengan oats . ajar anak mkn oats dari kecik supaya jadi habit yg
bagus sampai besar nanti. Oats tu (yg dh grind) masak pagi. Since oats ni
tambah air panas je, tak payahla nak prepare malam sebelum.
-
Kemudian Cuma tambahkan sayur/buah/ ikan/ayam
dlm nasi/oats tu waktu pagi. Jangan campur awal2, pagi2 baru campur dan
panaskan sekali
6.
Food flask
Yang ni brand THERMOS (Hitam) dan ENDO (merah); tahan smpai >5 jam |
-
Untuk memudahkan babysitter / nursery bagi anak
makan nanti, beli la food flask utn simpan mknn baby. Kitorang beli brand
thermos dan juga endo (ada kt parkson/jusco). Brand ni mmg bagus, makanan tahan
panas smpai 5-6 jam. Flask ni dlm rm
40-50 satu, mahal sket tp bagus. Kalau brand yg murah2 tu, besanya tahan dlm
sejam je….pastu sejuk. Silap2 terus basi je dlm tu by the time baby nk mkn. Masa makanan panas2, terus masukkan dlm flask.
Untuk nuha n furqan, breakfast dan lunch letak dlm flask yang berbeza supaya
babysitter xperlu bukak flask byk kali. Bila flask tu dh dibuka, nanti makanan
cepat sejuk. Bila next meal time, makanan dah tak panas. Satu lagi sebab
besanya twins makan makanan berbeza utk breakfast (oats) dan lunch (rice), jadi agak membantu bila ada
2 flask berbeza
1.
Cheating???
- Yes you can cheat occasionally !
Beli stok instant baby food seperti Heinz ataupun makanan baby lain yang
tak ada pengawet. Cheating is okay…. Tapi janganla selalu ok?
Stok Heinz kami, borong ketika expo baby sebab sangat murah |
Nantikan updates seterusnya!!!!
lepas baca enrty ni jd makin bersemangat nak pelbagaikan makanan hafi.skr asyik mkn bubur nasi je..sbb mak yg jg.me x dpt masakkkan mcm2 untuk hafz sbb duduk jauh dgn hafiz.
ReplyDeleteblend beras n oat tu boleh pakai avent tu tak?
ReplyDeletekalau yg dh masak boleh, tp kalau yg kering/ x masak lg, mcm x sesuai kot.
DeleteI delight in, lead to I discovered just what I was having a look for.
ReplyDeleteYou have ended my 4 day lengthy hunt! God Bless you man. Have
a great day. Bye
Also visit my web blog buy idol lip - buyidollips.beep.com -
Ada yg kata kena rendam dulu semalaman brown rice dgn oat tu.betul ke?
ReplyDeleterendam sebab oat dan brown rice ada phytic acid. boleh je nak buat...
DeleteApa2 jenama brown rice ok ke?
ReplyDeleteApa2 jenama brown rice ok ke?
ReplyDeletesalam. apa2 pun rasanya ok... kalau nk lagi best, beli yg organik. even kt cosway ada yg dlm bentuk serbuk.... memudahkan di masa kesempitan masa :)
Deletekalu oat tu yg organic, xperlu rendam dulu ke? terus je grind hancur then trus masak.. boleh ke?
ReplyDeletetq. :-)
beli kat mana blender tu RM350???
ReplyDelete