Thursday, April 26, 2012

TIPS: BABY FOODS PREP


Ramai yang bertanya, working mom like me, with twins, and no bibik… camne ada masa nk prepare baby foods??? Disebabkan terlalu banyak mengulang jawapan yang sama, kali ni kita tulis je kat sini. Supaya semua boleh tau. Ni adalah cara saya, sape2 yang nak modify atau tak setuju, itu preference masing2.
1.          


Dulu penuh EBM..skrg penuh frozen baby foods pulak



     Beli Steamer + blender yang handy


Mahal..tapi sangat2 memuaskan



-          Kitorang beli AVENT blender+steamer 2in1. Masa mula2 nk beli tu memang berkira jugakla, sebab harga asal rm450, lepas diskaun pun masih mahal… rm350. Tapi lepas baca review yang sgt tempting, tutu
-          p mata jugak dan beli je. Memang tak menyesal sebab super memudahkan. Potong je buah/sayur kecik2, campak dalam tu, kemudian tunggu sampai habis steam. Bila buzzer dh berbunyi, terbalikkan je jug tu dan boleh terus blend dlm keadaan panas2. Bagi orang lain yang rajin, boleh je stim atas api, tunggu sejuk pastu blend guna blender biasa. Sebab blender biasa tade vent utk wap keluar, jadi tak boleh blend panas2, nanti meletup. Satu lagi, bila guna steamer biasa, air stim tu kita buang, jadi byk nutrient yang dh kurang dlm tu. Kalau avent ni, kita guna air steam tu utk blend skali, jadi kita dpt lg byk nutrient.  Ramai jugak yg merebus…tp sgt byk utrient akn hilang dlm air rebusan, so rugi jela bg anak mkn.Biasanya org yang buat secara manual ni, mula2 je semangat. Lama2 dah malas sbb byk sgt steps dan byk plak mende nk kena basuh. Tapi kalau rasa avent ni mahal, boleh je cari brand lain mcm littlebean, murah sket, tapi byk bekas la kena basuh

2.       Buat stok seminggu


Sekali masak, buat untuk seminggu!
-          Weekend adalah masa utk memasak. Besanya seharian akan guna avent blender tu sepenuhnya. Jumaat/sabtu beli bhn2 siap kat pasar malam atau giant. Yang selalu dibeli ialah carrot, broccoli, cauliflower, kumara, pumpkin, eggplant, corn, peas, pear, apple. Sepanjang hari memang potong buah/sayur, steam, blend, sejukkan dan frozenkan. Letak dlm bekas kecik2 yg cukup utk 1 meal, label n masuk freezer.  Disebabkan encik avent ni sgt senang nak guna, jadi boleh buat keje ni sambil2 buat kerja rumah lain/ jaga anak

3.       Beli bekas kecik / ice cube tray berpenutup


Bekas yang boleh digunakan : Baby food cube, Bekas kecik2 atau Ice tray

-          Tak perlu beli yang mahal2 seperti baby food cube tu… beli je bekas kecik2 yang kat giant tu. Beli yang agak2 muat utk sekali makan. Boleh jugak beli ice cube tray yg ada penutup, kt giant ada dan x mahal pun. Ice cube tray tu pun bagus sebab satu cube size tu elok je utk sekali makan. Kalau anak makan banyak, boleh guna 2 cube.

4.       Prepare beras / oats / barley in advance
-          Beli brown rice jenis yg dah siap basuh dan grind sampai hancur. Kalu beli yg  x dibasuh pun ok je, tp jgn lupa rinse dulu sebelum masak. Oats dan barley pun sama, grind sampai hancur siap2 dan simpan dlm airtight container. Sebenarnya twins tak mkn sgt barley, sebab susah nk prepare. Diorang ni mkn brown rice dgn oats je biasanya. Bila dh siap grind, nanti bila kita nak masak tu cepat la sikit, dan takyah nak kna tunggu sejuk kemudian nk kena blend. Sebab kita dh grind awal2, kita dah tak payah blend lepas masak nanti.

5.       Daily routine
-          Malam2, defrost kan apa yg nak bagi makan esok siap2. Nasi boleh masak a night before dan biasanya masak siap2 utk stok 2 hari. Nasi adalah medium yang sgt cepat bakteria membiak. Jadi lepas nasi tu dimasak, spread kan dalam pinggan supaya cepat sejuk dan masukkan dlm peti ais bila dah sejuk. NEVER leave the cooked rice more than an hour in room temperature.  Nasi jugak jangan frozenkan, sebab nanti jadi “mushy”. Jadi, 2 hari sekali masakla nasi tu, tak perlula nak buat stok utk seminggu dlm freezer.
-          Janganla setiap hari bagi anak makan nasi je. Tukar2 jugak dengan oats . ajar anak mkn oats dari kecik supaya jadi habit yg bagus sampai besar nanti. Oats tu (yg dh grind) masak pagi. Since oats ni tambah air panas je, tak payahla nak prepare malam sebelum.
-          Kemudian Cuma tambahkan sayur/buah/ ikan/ayam dlm nasi/oats tu waktu pagi. Jangan campur awal2, pagi2 baru campur dan panaskan sekali

6.       Food flask
Yang ni brand THERMOS (Hitam) dan ENDO (merah); tahan smpai >5 jam
-          Untuk memudahkan babysitter / nursery bagi anak makan nanti, beli la food flask utn simpan mknn baby. Kitorang beli brand thermos dan juga endo (ada kt parkson/jusco). Brand ni mmg bagus, makanan tahan panas smpai 5-6 jam.  Flask ni dlm rm 40-50 satu, mahal sket tp bagus. Kalau brand yg murah2 tu, besanya tahan dlm sejam je….pastu sejuk. Silap2 terus basi je dlm tu by the time baby nk mkn.  Masa makanan panas2, terus masukkan dlm flask. Untuk nuha n furqan, breakfast dan lunch letak dlm flask yang berbeza supaya babysitter xperlu bukak flask byk kali. Bila flask tu dh dibuka, nanti makanan cepat sejuk. Bila next meal time, makanan dah tak panas. Satu lagi sebab besanya twins makan makanan berbeza utk breakfast (oats)  dan lunch (rice), jadi agak membantu bila ada 2 flask berbeza


1.       Cheating???   

-     Yes you can cheat occasionally !  Beli stok instant baby food seperti Heinz ataupun makanan baby lain yang tak ada pengawet. Cheating is okay…. Tapi janganla selalu ok?

Stok Heinz kami, borong ketika expo baby sebab sangat murah
Nantikan updates seterusnya!!!!


11 comments:

  1. lepas baca enrty ni jd makin bersemangat nak pelbagaikan makanan hafi.skr asyik mkn bubur nasi je..sbb mak yg jg.me x dpt masakkkan mcm2 untuk hafz sbb duduk jauh dgn hafiz.

    ReplyDelete
  2. blend beras n oat tu boleh pakai avent tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yg dh masak boleh, tp kalau yg kering/ x masak lg, mcm x sesuai kot.

      Delete
  3. I delight in, lead to I discovered just what I was having a look for.
    You have ended my 4 day lengthy hunt! God Bless you man. Have
    a great day. Bye

    Also visit my web blog buy idol lip - buyidollips.beep.com -

    ReplyDelete
  4. Ada yg kata kena rendam dulu semalaman brown rice dgn oat tu.betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rendam sebab oat dan brown rice ada phytic acid. boleh je nak buat...

      Delete
  5. Replies
    1. salam. apa2 pun rasanya ok... kalau nk lagi best, beli yg organik. even kt cosway ada yg dlm bentuk serbuk.... memudahkan di masa kesempitan masa :)

      Delete
  6. kalu oat tu yg organic, xperlu rendam dulu ke? terus je grind hancur then trus masak.. boleh ke?
    tq. :-)

    ReplyDelete
  7. beli kat mana blender tu RM350???

    ReplyDelete