Kebanjiran produk-produk kesihatan/supplement makanan di pasaran merupakan pilihan yang baik untuk pengguna. Namun pada masa yang sama, produk2 ini banyak yang terlalu mahal berbanding nilainya, dan juga lebih menggalakkan pengguna menggunakan produk kesihatan, tanpa mementingkan pemakanan sihat.
Sebagai seorang kakitangan di KKM, saya lebih menyokong individu yang mengajar mengenai pemakanan sihat dan cara memilih makanan yang betul, berbanding individu yang galak menjual produk2 supplement makanan. Produk2 ini semuanya "processed food" dan bukannya makanan segar. Akhirnya kita memilih untuk makan makanan diproses ini yang telah ditambah vitamin etc. Memang nampak menarik yang kita dapat semua khasiat hanya dalam satu minuman atau beberapa tablet sahaja.
Hakikatnya, nutrient di dalam produk2 tersebut adalah artificial, dan bukanlah fresh dari sumber asli. Penjual-penjual produk kesihatan selalu kata kalau nk dapat nutrient yg sama, kita kena makan berkilo2 sayur, berbanding hanya secawan minuman kesihatan ataupun 2 biji kapsul/tablet.
Saya percaya yang manusia dicipta untuk makan makanan segar dan berkhasiat. Kita tidak dicipta untuk makan makanan diproses atau makanan diet kerana itulah fitrah manusia. Pilihlah makanan yang betul dan seimbang, dan elakkan mengambil supplement melainkan di syorkan oleh doktor. Jangan mudah tertipu dengan penjualan makanan kesihatan di pasaran, especially yang mahal2 (overpriced). Mereka ni dari company MLM yang mengambil keuntungan yg sgt tinggi di atas pengguna yang terdesak untuk sihat.
Lebih menyedihkan apabila saya terbaca testimonial seorang bapa yang bangga apabila bayinya yang di bawah 6 bulan, mempunyai berat >9kg dan tidak pernah sakit kerana beliau memberi anaknya minuman kesihatan sejak lahir. Minuman itu adalah untuk org yang mahu kuruskan badan/tambah berat badan dan bukannya formula bayi. Sangat menyedihkan kerana beliau tidak sedar bahawa anak beliau jatuh dalam kategori overweight kerana bayinya bukan fully breastfeed. Yang disangkakan bayinya sihat, rupanya bayinya obese! Jika diteruskan amalan tersebut, saya risau anaknya bakal menghadapi masalah child obesity.
Baru-baru ini, saya terbaca lagi seorang kawan menjual produk kesihatan yang asalnya untuk orang dewasa, tetapi beliau promote sebagai makanan tambahan bayi. Formulasi makanan kesihatan untuk dewasa, walaupun 100% terbukti berkesan, tidak semestinya sesuai untuk bayi kerana keperluan bayi berbeza. Bayi juga mempunyai sistem pencernaan dan organ2 lain yang belum matang. Janganlah "diseksa" organ dalaman bayi anda hanya kerana anda rasa produk itu berkesan untuk anda.
Saintis bersusah payah mencipta formula makanan/susu untuk bayi pada setiap bulan umurnya. Malahan pelbagai kajian dan clinical trial dilakukan bagi memastikan ubat-ubatan dan produk selamat bagi bayi. Jangan kita terlalu mudah mengesyorkan produk2 kita kepada pengguna hanya kerana produk tersebut terbukti berkesan untuk dewasa.
Be wise all sellers out there...and be wise all parents.
Don't hurt your tiny baby just because you are obsess with those health products in the market.
Think...think... and think....
"Berkongsi untuk lebih memahami, bercerita untuk mempelajari... kerana hidup ini hanya untuk Ilahi"
Sunday, April 29, 2012
Saturday, April 28, 2012
Say no to 'empty' calorie baby food
Apa itu empty calorie ?
Basically, makanan dengan empty calorie ialah makanan yang memberi tenaga melalui carbohydrate dan fat content, tetapi mempunyai sedikit/tiada mineral dan vitamin juga nutrient yang diperlukan oleh badan.
Contohnya, nasi kosong, gula-gula, manisan etc. Memberi anak2 makanan yang sebegini akan menaikkan berat badan mereka, tetapi ia makanan yang tidak cukup khasiat. Anak-anak akan membesar dan kelihatan "sihat"namun mereka tidak mendapat nutrient yang mencukupi.
Hakikatnya, ibu2 memasak bubur dan makanan anak2, pastinya mereka memasukkan protein seperti ikan/ayam, dan juga ditambah sayur yang pelbagai. Okay, bunyi macam dah cukup menyihatkan bukan? Tetapi tidak ramai yang sedar bahawa apabila sayur2 dimasak dengan cukup lama, nutrient penting didalamnya telahpun dimusnahkan. Proses merebus, menggoreng, memasak dengan lama akan merosakkan nutrient dalam makanan. Jadi...apa yang tinggal dalam bubur "sihat" anak anda itu??? Tinggal la karbohidrat, lemak dan gula yang akan menaikkan berat badan, tetapi "lack of nutrient".
saya juga pernah mendengar cerita ada ibu yang "memasak"sekali yoghurt di dalam bubur anak mereka bagi menyedapkan makanan, dan juga sebagai "trick" bagi anak yang tak suka makan yoghurt. Nampak menarik dan pastinya ibu merasa bangga kerana anak2 makan yoghurt setiap hari. Hakikatnya, "you are wasting your money buying those expensive yoghurt". Yoghurt ada live probiotik utk kesihatan perut, maka logik la jika dipanaskan, mati la semua bakteria bagus dalam tu. At the end, kita tak bagi apa2 pun kat anak. Sama la seperti memberi anak makan nasi kosong, dan sedikit fiber yang tinggal dalam sayur sebab fiber tahan suhu tinggi.
Jadi, apa penyelesaiannya? Stim kan sayur-sayuran anak kerana proses ini yang terbaik untuk "preserve" nutrient dalam tu. Merebus juga akan merosakkan nutrient dan juga bagi vitamin yang larut air, akan tertinggal dalam air rebusan. Macam leceh, tapi tiada perkara yang mudah. Cari la cara yang akan memudahkan kita seperti stim ïn bulk" dan frozen kan untuk kegunaan masa hadapan.
Kepentingan mengelakkan "empty calorie food" ini adalah supaya anak2 tidak terdedah kepada baby/child obesity di masa hadapan. Kerana mereka dibiasakan memakan makanan yang barkalori tinggi, tetapi tidak mempunyai nutrien yang cukup. Makanan seperti ini memang mengenyangkan, tetapi bukanla diet yang sihat.
Selamat mengukus ibu-ibu sekalian !

Subscribe to:
Posts (Atom)