Setelah beberapa kali mencuba dan gagal.... akhirnya berjaya juga hasilkan homemade yoghurt. Kenapa saya susah2 buat homemade yoghurt? Sebab saya nak guna raw milk yg dapat dari farm (lagi berkhasiat dari homogenised milk and solid milk yg kedai guna)... sebab anak2 suka yoghurt.... sebab yoghurt ada probiotik yg bagus utk gut....sebab bila buat sendiri, yoghurt tak masam macam yg beli, jadi kami boleh makan dengan banyaknya dan tak perlu letak banyak buah dan sebarang pemanis. Yoghurt di pasaran itu masam sebab ditinggalkan (fermented) untuk temph yg sedikit lama, sebab tu lebih byk production lactic acid menyebabkan ia lagi masam. Bila masam...maka mereka perlu letak banyak gula supaya nak "counteract" rasa masam dan pengguna boleh/suka makan. Hopefully, dgn alasan ni..makin ramai buat yoghurt sendiri :)
Setelah beberapa kali saya share di facebook mengenai "kilang" yoghurt di rumah yg beroperasi setiap 2 hari (sebab kami makan 1 liter yoghurt sehari), ramai yg mesej dan pm utk belajar jugak. To be honest, it might not be easy. Jadikan ia sebagai satu project experiment di rumah. Bila nk cuba, cuba sikit2 dulu, contohnya start dengan 1-2 cawan susu instead of 1 liter susu terus. At least, kalau tak berjaya, takdela rasa membazir. Jangan give up and make it a fun project!
Kalau nak tau details pasal homemade yoghurt ni, bolehla tanya encik google..huhu, saya malas nk tulis banyak2.
Bahan-bahan yang perlu :
1) Susu fresh-full cream milk (ada orang guna powdered milk, tapi saya tak permah cuba lagi)
2) Yogurt starter dari kedai
3) bekas untuk letak yoghurt (yg tahan panas sebab kena rendam dalam air panas)
3) bekas tahan panas untuk jadikan "water bath"
Yoghurt starter
Yoghurt starter ialah kita beli yoghurt di kedai (unsweetened dan tiada perasa), sebab kita nak guna active live culture (bakteria sihat) dalam tu untuk proseskan susu kita jadi yoghurt. Saya cuba beberapa jenis yoghurt di pasaran kerana saya assume semua brand pun boleh jadi yoghurt starter. Tapi lepas banyak kali beli brand berbeza dan gagal...saya try tanya encik google, kenapa gagal??? Rupanya, kita kena tengok jenis bakteria sihat yg ada dalam tu. Untuk jadikan yoghurt starter, kita kena pastikan yg ada "streptococcus thermophilus dan lactobacillus bulgaricus". Setelah duduk membelek label yoghurt kt supermarket....akhirnya jumpa jugak yoghurt yg ada dua jenis bakteria ni...seperti gambar di atas. Tapi, ini di New Zealand...bukannya di Malaysia. Kat Malaysia kena jugakla tengok apa yang ada. Mungkin jugak kena pegi cold storage/jusco untuk cari imported yoghurt ada ada bakteria ni. Saya ada contact kilang "Farm fresh" di Malaysia, di dalam yoghurt mereka hanya ada streptococcus thermophilus dan TIADA lactobacillus bulgaricus. Jadi saya tidak pasti akan berjaya tak. Sesapa nak try....nanti bagitau saya apa jadi okay?
Cara-cara:
berbuih dan frothing....boleh tutup api |
kalau rajin beli la thermometer...tapi tak perlu pun takpe :) |
Panaskan 1 cawan susu di atas api, sampai agak2 nak mendidih. Bila susu start frothing (berbuih), boleh tutup api dan biarkan sejuk sebentar sampai agak-agak jari boleh sentuh susu tu (suam dalam 40'C)... tapi make sure basuh tangan bersih2 dulu.
Masukkan dalam bekas dan letakkan 2 sudu kecil yoghurt starter (pastikan yoghurt di suhu bilik supaya dia tak terkejut kena air panas), tak perlu kacau pun takpe.
http://dawnstoltzfus.com/2013/10/making-yogurt/ |
Siapkan water bath. Guna bekas tahan panas seperti chiller box atau bekas letak makanan tahan panas... yang macam kat restoran, yg letak nasi panas2 tu. Isikan air panas dalam bekas tu, agak2 tahap rendah sikit dari bekas yang kita guna. Kalau bekas jadi terapung atas air, boleh guna pemberat seperti batu lesung utk letak atas bekas.
ni buat projek besar-besaran ~3 Liter susu |
Masukkan bekas berisi susu+yoghurt starter tu..tutup dan biarkan dalam 5-6 jam. Cek jika sudah pekat. Jika belum pekat, gantikan dengan air panas yang baru (1/2 air panas baru campur dengan 1/2 air panas lama yang kita letak mula-mula tu) dan biarkan lagi 3-4 jam. Untuk cuaca sini yang sejuk, saya biasanya ferment selama 16 jam baru jadi yoghurt. Kalau kat malaysia yang panas, rasanya 5-6 jam dah cukup. Jika nak betul2 pekat, simpan lagi lama.
Jika nampak yoghurt tu separate....ada macam air berwarna kehijauan terpisah dengan yoghurt curd....jangan risau. Air tu adalah whey. Asingkan dan simpan untuk masak mende lain (sila google kegunaan dan khasiat whey). Yoghurt tu pulak kita boleh makan....dia jadi pekat macam greek yoghurt.
Lepas dah siap..biar yoghurt tu atas meja untuk sejam sebelum masuk dalam peti ais. Jangan makan terus! biarkan sejuk dulu dalam 4 jam baru boleh makan. Jangan lupa untuk simpan beberapa sudu yoghurt untuk dijadikan yoghurt starter untuk batch yang seterusnya.
Bila nak makan, bolehla campur dengan madu, fruit puree atau boleh juga dibuat masak contohnya cupcakes. Yoghurt ni tak masam.....rasa macam dadih sikit. Jadi harapnya anak2 akan suke :)
bekalan anak-anak ke sekolah dan utk ummi nye sekali :) |
dengan mango puree |
Selamat mencuba dan sila updates dan kongsi cerita percubaan anda. Nanti kita boleh troubleshoot sama2 :)
(Next project: Caspian sea yoghurt....ni adalah mesophilic culture, jadi tak perlukan "water bath" untuk buat yoghurt. hanya perlu letak yoghurt starter + susu dan biarkan di suhu bilik.)
Regards,
Hanisah
Dunedin
8 April 2014
Tengah google cara membuat yogurt. Jumpa pula blog Hanisah. Perkongsian menarik terima kasih! Blog ini juga tulis cara buat yogurt dengan susu kambing http://drstevia.blogspot.com/2014/10/buat-yogurt-dengan-drsweet-stevia-goat.html
ReplyDeleteBaru jumpa blog puan.moga sentiasa dalam rahmat Allah Swt ❤️
ReplyDelete