Monday, July 2, 2012

SLEEP TRAIN… THE FIRST MONTH

Sebelum baby lahir, baby has no idea about day and night, sebab gelap je kan dalam rahim tu. Tapi bila mereka lahir, adalah penting kita ajar mereka tentang siang dan malam. Supaya mereka dapat membiasakan diri seawal mungkin yang aktiviti masa siang dan malam adalah berbeza.

Waktu siang, tidurkan mereka di tempat yg cerah dan tidak sunyi…maksudnya tak perlu bawak diorang tidur dalam bilik yg gelap dan tiada bunyi. Biasakan mereka tidur di tempat yang tidak terlalu sunyi. Supay a baby tau yg siang adalah NAP, bukannya deep sleep. Kemudian bila malam je…means bila matahari dh takde (saya amalkan jam 7pm), letakkan mereka tidur di dalam bilik gelap dan sunyi. Kalau baby nak susu pun, susukan baby di bilik gelap dan sunyi. Jangan bawak baby klua di tempat TV ke, tempat berlampu ke… supaya baby dapat idea yang hari sudah malam, dan mereka perlu tidur lama.


Amalkan ni setiap hari since the first day baby balik rumah. Nampak simple, tapi impactnya sangat besar later on. Dapatkan kerjasama ahli keluarga lain supaya tidak membuat bising berdekatan bilik baby tidur, dan yakinkan mereka yang “baby need a rest in a dark and quiet place” supaya mereka tak salah faham ingat kita mcm nak sorokkan anak malam2.

Tetapkan dari awal, jam berapa kita nak anak kita tidur. 7-8 am is a perfect time. Lewat dari tu mungkin tak berapa sesuai..sebab bila mereka semakin besar…masa tu akan shift slowly jadi makin lambat. Jadi better awal2 ni kita set time awal sket. Mcm twins, sekarang ni lepas setahun, masa tidur mereka dah shift 30min lewat dari dulu. Mujur kami start 7pm..so skrg jadi 730-745pm. Sempatla kami solat maghrib dulu sblm bedtime diorang.

Kalau baby dah start banyak berjaga… make sure pada masa yang kita dah tetapkan utk bedtime tu…. Eg 7pm, kita bawak baby masuk bilik gelap dan sunyi. Amalkan setiap hari. Cuba tidurkan mereka pada masa yang ditetapkan tu. Mende ni kna disiplin, sebab ada hari2 yang 7pm tepat diorang tidur, ada masa jugak yang kna tunggu extra 15 min baru baby nk tidur. Jangan compromise…. Contohnya 5min try tidurkan baby n still tak tidur..kita bawak baby keluar semula..letak baby kt living room. Baby tu smart, nanti dia belajar trick tu, sebab diorang tau “mummy will bring me back outside if I stay awake”. Kalau baby tu tak tidur, biarkan sahaja dia dalam bilik tu, eventually they will fall asleep by themselves. Datang untuk susukan diorang je kalau baby nangis.

Kalau kita ada anak lain, minta kerjasama suami untuk look after the first child. Ataupun cakap kat anak tu, adik nak tidur, jadi jgn buat bising dan kacau adik. Mende ni kena high determination, baru boleh menjadi.

No comments:

Post a Comment