Monday, July 9, 2012

Never “overtired” your baby



Kita selalu dengar orang pesan, jangan bagi anak tidur siang, supaya malam dia dapat tidur lena dan tidur lama. And we do accept that myth yang anak jangan ajar tidur siang supaya malam dia dapat tidur lena. Tetapi bila kita baca artikel2 dari western countries, semuanya menyatakan perkara tersebut tidak baik untuk tumbesaran bayi. Guess what… I believe the westerners than our Malaysian people in this issue. Sebabnya di western countries, mereka dah buat extensive research mengenai sleep pattern dan healthy sleep habit. Tetapi di Malaysia kita lebih kepada mengikut kata orang2 tua yang tak semestinya benar.

Memang kita nampak anak tu tidur lena pada waktu malam kerana mereka tak tidur siang. Persoalannya, adakah minda mereka berkembang dengan sempurna bila badan terlalu kepenatan seharian? Cuba tanya pada diri kita sendiri…jika seharian kita kepenatan super, adakah malam kita tidur lena? Atau sebenarnya kita tidur terpaksa dan dalam keadaan keletihan? Kalau saya sendiri, badan lebih selesa dan dapat berehat jika saya tidur on time dan bukannya tidur kerana keletihan. Dan esoknya saya akan bangun dengan segar dan lebih bertenaga berbanding jika tidur keletihan.

Perkara ni berlaku pada kami semalam. Furqan dan Nuha biasanya akan nap pada waktu siang minimum 2 kali, dan kadang2 3 kali. Tapi semalam kami duduk seharian di rumah mak. Disebabkan seronok ramai kawan dan seronok bermain, Furqan refuse untuk afternoon nap walaupun muka keletihan, mata dah kuyu dan badan kepenatan. Puas kami pujuk, dodoi dan bawak dia masuk bilik utk tidurkan,tapi dia mengamuk tak nak tidur. Biasanya kat rumah kami akan guna bouncer untuk pujuk dia tidur siang kalau dia tak nak. Tapi lupa pulak nak bawak bouncer ke rumah mak.

Kalau orang lain, mesti rasa takde masalah sebab nanti malam anak tidur awal dan tidur lama. Tapi honestly kami memang tak sedap hati. Sebab kami tau overtired babies takkan tidur lena kerana badan kepenatan. Well, it turns out to be true. Around 6pm, Furqan fall asleep…easily. Without any cry and he did not even finish his milk. But hey…that’s not the end of the story. Furqan bangun sangat kerap..menangis dan meraung tanpa sebab. Kami kena standby untuk dodoikan dia sepanjang malam sebab dia banyak kali bangun dan menangis. Semalaman kami tak tidur lena, sebab Furqan banyak menangis malam. Nampak sangat dia kepenatan sebab tu malam tak dapat tidur dengan selesa.

Well, we learnt our lesson. Lain kali kena make sure dia dapat enough naps masa siang, supaya dia dapat tidur dengan selesa waktu malam. Jangan lupa fakta yang mengatakan otak baby berkembang ketika mereka tidur. Jika mereka tidur dalam kepenatan dan keletihan, mustahil minda mereka dapat berkembang dengan sempurna. Tidur tu penting untuk perkembangan yang sihat… apapun, never overtired your babies… nanti end up like me, have to sacrifice my lunch time untuk tidur, sebab semalaman tak tidur lena…….. ~yawning all day…~

4 comments:

  1. Setuju. Otak bayi berkembang masa tido, kalau tak tido camne?
    I pun make sure anak I tido kejap siang, tak kesah lah setengah jam pun, janji tido.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, jangan kata baby, kita ni pun kalau dapat nap 10 min waktu siang pn makes a big difference. Tapi some people memang paksa anak tak bagi tidur siang, supaya malam tidur lama and tak nangis mintak susu... huhu, kesian baby

      Delete
  2. Bagus info ni..mak sy mmg ajar sy siang ank mesti tido paling kurang 2 Kali sbb MLM nnti xmeragam ktnye..ank sy ajar Dr dlm pntang, pukul 10pg tidur kejap dlm sejam cm tu, then kul 2@3 ptg, selalu tidur ptg die lame sikit smpai 3 jam, MLM pula kul 9 mesti dah tidur..

    ReplyDelete
  3. good advice for Malay parents out there... sbbnya mmg ramai yg anggap biar baby main2 puas2 nnt dia akan tdo lena malam...in other words kita yg kene ajar baby, bkn baby ajar kita...surprisingly...that's totally wrong...

    ReplyDelete