Monday, July 9, 2012

Never “overtired” your baby



Kita selalu dengar orang pesan, jangan bagi anak tidur siang, supaya malam dia dapat tidur lena dan tidur lama. And we do accept that myth yang anak jangan ajar tidur siang supaya malam dia dapat tidur lena. Tetapi bila kita baca artikel2 dari western countries, semuanya menyatakan perkara tersebut tidak baik untuk tumbesaran bayi. Guess what… I believe the westerners than our Malaysian people in this issue. Sebabnya di western countries, mereka dah buat extensive research mengenai sleep pattern dan healthy sleep habit. Tetapi di Malaysia kita lebih kepada mengikut kata orang2 tua yang tak semestinya benar.

Memang kita nampak anak tu tidur lena pada waktu malam kerana mereka tak tidur siang. Persoalannya, adakah minda mereka berkembang dengan sempurna bila badan terlalu kepenatan seharian? Cuba tanya pada diri kita sendiri…jika seharian kita kepenatan super, adakah malam kita tidur lena? Atau sebenarnya kita tidur terpaksa dan dalam keadaan keletihan? Kalau saya sendiri, badan lebih selesa dan dapat berehat jika saya tidur on time dan bukannya tidur kerana keletihan. Dan esoknya saya akan bangun dengan segar dan lebih bertenaga berbanding jika tidur keletihan.

Perkara ni berlaku pada kami semalam. Furqan dan Nuha biasanya akan nap pada waktu siang minimum 2 kali, dan kadang2 3 kali. Tapi semalam kami duduk seharian di rumah mak. Disebabkan seronok ramai kawan dan seronok bermain, Furqan refuse untuk afternoon nap walaupun muka keletihan, mata dah kuyu dan badan kepenatan. Puas kami pujuk, dodoi dan bawak dia masuk bilik utk tidurkan,tapi dia mengamuk tak nak tidur. Biasanya kat rumah kami akan guna bouncer untuk pujuk dia tidur siang kalau dia tak nak. Tapi lupa pulak nak bawak bouncer ke rumah mak.

Kalau orang lain, mesti rasa takde masalah sebab nanti malam anak tidur awal dan tidur lama. Tapi honestly kami memang tak sedap hati. Sebab kami tau overtired babies takkan tidur lena kerana badan kepenatan. Well, it turns out to be true. Around 6pm, Furqan fall asleep…easily. Without any cry and he did not even finish his milk. But hey…that’s not the end of the story. Furqan bangun sangat kerap..menangis dan meraung tanpa sebab. Kami kena standby untuk dodoikan dia sepanjang malam sebab dia banyak kali bangun dan menangis. Semalaman kami tak tidur lena, sebab Furqan banyak menangis malam. Nampak sangat dia kepenatan sebab tu malam tak dapat tidur dengan selesa.

Well, we learnt our lesson. Lain kali kena make sure dia dapat enough naps masa siang, supaya dia dapat tidur dengan selesa waktu malam. Jangan lupa fakta yang mengatakan otak baby berkembang ketika mereka tidur. Jika mereka tidur dalam kepenatan dan keletihan, mustahil minda mereka dapat berkembang dengan sempurna. Tidur tu penting untuk perkembangan yang sihat… apapun, never overtired your babies… nanti end up like me, have to sacrifice my lunch time untuk tidur, sebab semalaman tak tidur lena…….. ~yawning all day…~

Thursday, July 5, 2012

TOP UP THE MILK !


Topik ni agak menarik..sebab saya tak sangka perkara ni wujud. Kita selalu diberitahu yang feed the babies on demand. Bila diorang lapar, baru bagi susu. Tapi banyak artikel yang mencadangkan beri anak susu extra sebelum kita tidur.

Contohnya... anak tu tidur jam 7-8pm. Kita pulak tidur dalam 10-11pm. Jadi, around 10 pm, kita suapkan susu extra kat anak. Kita offer susu kat dia supaya perut dia kenyang dan ada "bekalan" untuk beberapa jam lagi. Kita "top up" apa yang dah dihadam oleh perut baby, supaya baby dapat tidur lebih lena dan lebih lama sebelum start menangis untuk susu.

For us...it really works! Biasanya twins tidur paling lewat 8pm. sebelum tidur tu mmg dah habis sebotol susu. Jadi jam 10pm, kami akan tukar pampers yg tebal (yang tahan whole night) dan masa tukar pampers tu, offer sebotol susu kt diorang. Kelebihannya, diorang tak terjaga masa nak tukar pampers (sebab syok minum susu) dan diorang dapat extra susu untuk bekalan for the next few hours.

Biasanya saya tidur jam 10.30-11pm. Kalau la tak bagi susu top up around 10pm tu.. dalam jam 12 diorang akan start nangis untuk susu. Kita baru je sejam tidur...dah kena bangun pulak untuk bagi susu. Jadi, kalau bagi top up susu tu..akan jadi win win situation. Anak dapat cukup susu untuk masa yang lebih panjang....kita pun dapat tidur lama sikit tanpa gangguan.

Ini bukannya being a selfish mother sebab nak elakkan anak nangis. Being a mother does not mean that we have to sacrifice ourselves. Kita pun patut dapat rehat yang cukup...sebab itu akan affect mental kita jugak. Bila kita dapat good rest, kita dapat mendidik dan melayan anak dengan baik. Lagipun, lagi kurang anak tu menangis untuk susu, maknanya dia mendapat tidur yang lebih lena tanpa gangguan...betul tak?

So, lepas ni cuba try offer susu kat anak sebelum kita masuk tidur. Tengok berkesan tak...

Monday, July 2, 2012

SLEEP AID

Perlu ke sleep aid untuk baby? Kalau kat Malaysia ni, besanya guna buaian. Tapi bila baca artikel2 yang ditulis tentang bahaya nya penggunaan buaian… sebab risiko kecederaan dan juga kesan pada brain baby sbb hayunan yang kuat… saya rasa lebih baik kita jauhkan diri dari beli buaian.

Kalau ikut buku yang say a baca, sleep aid adalah “something to associate the baby with sleep time”. Kalau kat western countries, diorang siap ada “white noise machine”. Boleh Tanya encik google apa itu white noise.

Kenapa perlu sleep aid? Supaya anak2 tau yang bila mereka ‘diberikan’ sleep aid tu, maksudnya itu adalah masa mereka perlu tidur. Believe it or not, byk babies yang bila diberikan ‘sleep aid’ mereka dan diberikan suasana tidur, mereka automatic rasa mengantuk dan start menguap..sedangkan sebelum tu aktif je. Well, it also happened to my twins.

Ada parents yg sediakan special kain (kecil), soft toy.. yg diberikan pada baby masa nk tidur. Ada jugak pasang specific music untuk bagi anak senang tidur… kt Malaysia ni pulak kita selalu dengar ibu2 berzikir sambil dodoikan anak

Saya dan suami pulak memilih untuk membeli baby bouncer as our sleep aid. Ada jugak yang beri nasihat kat kami untuk elakkan guna bouncer, less gadget is better katanya. Tapi untuk org yang anak sorang je memangla mudah, boleh nk tepuk anak tu smpai 30min utk tidur. But for us, we don’t have much time and energy. Bouncer pun kami beli from new Zealand. Beli yang basic je. Yang rocker jual kt msia ni, sebenarnya tak berkesan sangat. Mula2 bolehla anak tidur dlm tu, tp bila dh besar, rocker tu dh tak berkesan.



~ bouncer versus rocker... bouncer tetap paling berkesan until now... ~


Alhamdulillah, bouncer yang kami beli tu sgt berkesan. Boleh support smpai 13kg. Tidurkan twins atas tu..less than 15min je diorang dh tidur. Yang lawaknya… walaupun sebelum tu diorang aktif, bila angkat and letak atas tu, boleh pulak tiba2 menguap dan drowsy. Well, that’s what I call as a very good sleep aid. Setiap 2-3 jam sekali, kami akan letak diorang atas bouncer n rock them to sleep,kdg2 kna paksa nap jugakla..and it works like magic!. So waktu siang memang diorang ada consistent nap time. Malam pulak, 7pm bawak masuk bilik gelap n sunyi, then start rocking atas bouncer. Alhamdulillah, kejap je diorang dh tidur and both of them boleh tidur pada masa yang sama… tapi guna 2 bouncer la jawabnye…ataupun take turns.

Bouncer tu pn guna just untuk bagi diorang ngantuk. Bila dah drowsy/start tidur, kami akan angkat and letak atas tilam. Tepuk2 sket…done! Pasal travelling, mmg leceh jugakla nk ngangkut bouncer tu. Sbb tu kami beli yg basic je, bleh pasang n sambung. Plus tak consume big space. Biarla apa org nak kata, yang penting twins senang nak tidur dan boleh tidur on time dengan adanya bouncer tu. Orang yang mengata tu pn..diorang sendiri struggle nk tidurkan anak kecik diorang.

Tapi bila anak dah capai setahun ni..diorang boleh tidur malam tanpa bouncer. Bawak je masuk bilik yang betul2 gelap dan sunyi on time… then kasi susu. Kejap je diorang dah tidur. Training awal2 tu yang penting. Bila dah besar sket, diorang dah get used to their sleep routine, sleep aid tu dah tak perlu lagi.

Terpulanglah nak cari sleep aid atau tak. But worth to try. It works for us..amazingly. Dan kami pun xperlu bazir masa dan tenaga untuk tidurkan anak. Even kalau malam2 diorang terjaga dan nak main..letak je atas bouncer tu, kejap je diorang akan tidur semula. So, xdela masalah anak bangun malam2 untuk main. Kami pun dapat tidur dengan tenang sampai esok pagi….

SLEEP TRAIN… THE FIRST MONTH

Sebelum baby lahir, baby has no idea about day and night, sebab gelap je kan dalam rahim tu. Tapi bila mereka lahir, adalah penting kita ajar mereka tentang siang dan malam. Supaya mereka dapat membiasakan diri seawal mungkin yang aktiviti masa siang dan malam adalah berbeza.

Waktu siang, tidurkan mereka di tempat yg cerah dan tidak sunyi…maksudnya tak perlu bawak diorang tidur dalam bilik yg gelap dan tiada bunyi. Biasakan mereka tidur di tempat yang tidak terlalu sunyi. Supay a baby tau yg siang adalah NAP, bukannya deep sleep. Kemudian bila malam je…means bila matahari dh takde (saya amalkan jam 7pm), letakkan mereka tidur di dalam bilik gelap dan sunyi. Kalau baby nak susu pun, susukan baby di bilik gelap dan sunyi. Jangan bawak baby klua di tempat TV ke, tempat berlampu ke… supaya baby dapat idea yang hari sudah malam, dan mereka perlu tidur lama.


Amalkan ni setiap hari since the first day baby balik rumah. Nampak simple, tapi impactnya sangat besar later on. Dapatkan kerjasama ahli keluarga lain supaya tidak membuat bising berdekatan bilik baby tidur, dan yakinkan mereka yang “baby need a rest in a dark and quiet place” supaya mereka tak salah faham ingat kita mcm nak sorokkan anak malam2.

Tetapkan dari awal, jam berapa kita nak anak kita tidur. 7-8 am is a perfect time. Lewat dari tu mungkin tak berapa sesuai..sebab bila mereka semakin besar…masa tu akan shift slowly jadi makin lambat. Jadi better awal2 ni kita set time awal sket. Mcm twins, sekarang ni lepas setahun, masa tidur mereka dah shift 30min lewat dari dulu. Mujur kami start 7pm..so skrg jadi 730-745pm. Sempatla kami solat maghrib dulu sblm bedtime diorang.

Kalau baby dah start banyak berjaga… make sure pada masa yang kita dah tetapkan utk bedtime tu…. Eg 7pm, kita bawak baby masuk bilik gelap dan sunyi. Amalkan setiap hari. Cuba tidurkan mereka pada masa yang ditetapkan tu. Mende ni kna disiplin, sebab ada hari2 yang 7pm tepat diorang tidur, ada masa jugak yang kna tunggu extra 15 min baru baby nk tidur. Jangan compromise…. Contohnya 5min try tidurkan baby n still tak tidur..kita bawak baby keluar semula..letak baby kt living room. Baby tu smart, nanti dia belajar trick tu, sebab diorang tau “mummy will bring me back outside if I stay awake”. Kalau baby tu tak tidur, biarkan sahaja dia dalam bilik tu, eventually they will fall asleep by themselves. Datang untuk susukan diorang je kalau baby nangis.

Kalau kita ada anak lain, minta kerjasama suami untuk look after the first child. Ataupun cakap kat anak tu, adik nak tidur, jadi jgn buat bising dan kacau adik. Mende ni kena high determination, baru boleh menjadi.