Wednesday, May 23, 2012

MENARIKNYA PRODUK HERBA DAN TRADISIONAL NI !!!



Secara general nya, produk herba diyakini semua. Bagi pengguna produk herba, diyakini ini adalah sumber yang terbaik kerana datangnya dari alam semulajadi. Pokok2 yang tumbuh di bumi ini jauh lebih baik hasilnya berbanding ubat-ubatan yang di cipta. Malahan ramai yang mengatakan dahulu nenek moyang kita hanya makan akar2 kayu. daun2 herba untuk mengubati penyakit….dan mereka hidup jauh lebih sihat dan umur yang lebih panjang.

Namun hakikatnya, itu hanyalah pandangan sebahagian besar manusia. Maka semakin bertambahlah produk2 herba/tradisional di pasaran yang dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit. Amat menarik apabila sejenis campuran herba itu dikatakan boleh mengubati hingga 10-20 jenis penyakit…. Ubat2 di hospital pun hanya mampu mengubati sejenis dua penyakit je. Ajaib bukan?

Kontaminasi dalam produk herba

Sebenarnya, ubat2 herba/tradisional ini tidaklah selamat seperti yang dijangka. Jangan ingat kerana ianya datang dari alam sekitar, produk herba ini tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya. Ketahuilah bahawa dalam tanah tu ada pelbagai logam berat yang ada secara semulajadi, ditambah lagi dengan toksin dan pesticides dari tanah yang diserap masuk ke dalam pokok. Telah banyak produk herba yang didapati mengandungi paras logam berat yang tinggi seperti merkuri dan cadmium yang parasnya boleh mengancam nyawa.

Nenek moyang kita dulu memang mengambil ubat herba, tetapi mereka tidaklah makan sampai dlm kuantiti yang byk. Ubat2 herba di pasaran menggunakan kuantiti yg tinggi kerana bahan asas nya telah dikeringkan dan dipadatkan dlm bentuk kapsul etc. Ini bermaksud mungkin dalam sebiji kapsul itu, kuantiti herba yang terkandung adalah sama seperti kita makan 1kg daun herba tersebut!

Ramai yang tidak sedar mengenai hal ini, dan akhirnya datang ke hospital dengan masalah kegagalan hati (liver) kerana organ tersebut tidak mampu lagi untuk menapis bahan2 spt logam berat dlm herba tersebut

Biological contamination

Cara pemprosesan ubat2 herba adalah berbeza berbanding cara pemprosesan ubat2 biasa. Proses memetik, mengumpul, mengeringkan dan menyimpan produk herba terdedah kepada pelbagai kontaminasi. Antara yang paling banyak berlaku ialah pertumbuhan spora dan kulat pada bahan herba yang telah dikeringkan. Malahan produk ini juga terdedah kepada virus, bakteria dan juga telur/larva dari serangga2 kecil.

Hal ini bertambah buruk apabila produk itu dihasilkan di rumah sendiri tanpa memiliki kilang yang diiktiraf. Pengguna akhirnya dilambakkan dengan produk yang penuh dengan kontaminasi merbahaya yg akhirnya produk herba tersebut menambahkan lagi penyakit, dan bukannya mengubati penyakit.



Fakta yang “misleading”

Kita selalu teruja melihat list yang panjang mengenai penyakit yang dapat diubati dengan mengambil herba tersebut. Gout, darah tinggi, kencing manis, angina ahmar, resdung, mengembalikan tenaga batin, dan byk lagi. Bunyi memang seronok sebab dengan mengambil sejenis produk shj, semua penyakit dapat diubati. Jikalau benarlah perkara ini, pastinya WHO akan menobatkan produk ini sebagai produk wajib di hospital dan dlm bidang perubatan. Sedarlah, itu semua penipuan besar dari pengasas produk herba tersebut. Kalau list tu mmg dh panjang….confirmlah anda sebenarnya ditipu. Dahla menyalahi undang2 malaysia untuk buat claim sebegitu (Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956) sebab ubat tradisional/herba tidak dibenarkan membuat pernyataan yang produknya dapat mengubati penyakit tersebut.

Ini menunjukan pengasasnya hanya mahu mengambil keuntungan dari pengguna tanpa melengkapkan diri dengan ilmu yg betul. Melanggar undang2 satu hal, buat “misleading claim” plak satu masalah lain. Inilah contoh penjual yang tidak beretika dan mementingkan diri sendiri.



Yakinkah anda keberkesanannya?

Seronok je baca label kt botol tu, berbuih ,mulut org yang menjual dok promote….tapi sejauh manakah ia berkesan? Dan kemudian ramailah yang buat testimony itu ini, ceritakan betapa berkesannya produk tu. First thing is… testimony bukanlah fakta yang boleh diterima untuk memastikan produk tu benar2 berkesan. Ketahuilah drug companies terpaksa melalui pelbagai peringkat percubaan, pelbagai clinical trials… daripada in vitro ke in vivo…. Baru dapat menghasilkan sejenis ubat. Itupun belum tentu FDA akan approve ubat tu untuk dipasarkan. Bukan sahaja companies tu kna buktikan keberkesanan, malah kena ada fakta mengenai side effects dan cara sebenar bahan tersebut bertindak.

Ni yang dok jual produk herba ni, laju je mulut cerita macam2. Agaknya kalau kita Tanya apa origin bahan2 dalam tu pun, belum tentu dia tau. Apatah lagi nak suruh sebutkan nama saintifik bahan tersebut. Produk ni ke yang kita harapkan untuk mengubati kita? Memang penjual tu boleh kata ia berkesan, namun sejauh manakah safety profile ubat tersebut? Interaction dengan ubat2 herba lain? Melalui proses mana bahan itu akan dikumuhkan dari badan? Melalui buah pinggang atau hati? Ubat yang berkesan tidak semestinya selamat. Jangan dikaburi dengan testimony pengguna, sbb anda belum tentu selamat setelah menngunakannya.

Saya sekarang ni tengah mengumpulkan research papers psl contamination dan bahan bahaya dlm herbal produk, sbg projek kerja saya. Baru je baca beberapa papers, cukup membuatkan saya nk boikot produk herba/tradisional yang berlambak2 kat pasaran ni. Berdaftar dengan KKM belum tentu produk tu selamat. Sebab utk dapatkan no pendaftaran, KKM tidak menjalankan apa2 ujian terhadap produk tersebut. Ujian hanya dijalankan selepas produk itu diluluskan, itupun secara random. Mungkin selepas 5-6 tahun berada di pasaran, baru produk tu diuji….dan baru dijumpai produk tu tak selamat.

Kalau anda semua sgt yakin dgn produk herba tu, silakanlah. Saya Cuma dapat doakan anda tidak end up di katil hospital dengan kegagalan kidney atau liver sepertimana yang banyak saya jumpa sewaktu bekerja di hospital….. semuanya kerana pengambilan produk herba berterusan.

Yakinlah dengan ubat2 dari hospital/ farmasi kerana ubat-ubat ini telah melalui proses yang sangat panjang untuk diluluskan, malahan kilang2 ini mempunyai makmal tersendiri untuk memastikan produk mereka selamat dan berkesan. Janganlah dibazirkan duit tu dgn membeli produk herba/tradisional…. Nanti lagi byk duit akan keluar untuk mengubati kesan side effects dari ubat tersebut. Apapun…USAH TERTIPU !!!!

6 comments:

  1. terima kasih sbb berkongsi..sy suka membaca blog ilmu mcm ni dr org yg ada knowledge dr bidang tertentu.. :)

    bile terbaca entri ni baru terbaca tentang post fb dr zubaidi tentang jamu susuk dara yg dimasukkan kedlm faraj... mmg hangat sampai penjual jamu ni ramai2 attack doktor ni..

    last2 bile cek mmg belum ada pengesahan kkm..risau dgn lambakan produk herba di pasaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang berdaftar pun blum tentu selamat. sbb selalu je bila pihak BPFK test produk diorang...high in heavy metals la..ada adulterant la... etc2. tp at least yg berdaftar tu KKM akan test dr masa ke semasa. kalau yg x berdaftar tu..KKM mmg xkn test sbb mmg dh warning jgn amik. so, smpai bila2 xkn tau selamat atau x. natural product x semestinya selamat... ini berbeza dgn makan ulam2.spt yg dh explain kt atas. sebarkan ilmu ni...supaya sahabat2 dan ahli keluarga lebih aware dan berhati2

      Delete
  2. Assalamualaikum, saya harap hanisah berada dalam keadaan sihat...ubat herba dapat menyenbuhkan pelbagai penyakit..ubat hospital pun 1-2 penyakit je..sedarkah saudari bahawa saudari sedang membandingkan antara herba: ciptaan Allah dan ubatan kimia sintetik: ciptaan manusia?? tahukah saudari hanisah bahawa struktur asas sel adalah sama dan keperluan nutrient setiap sel adalah lebih kurang sama ..maka kekeliruan yang cuba di bawa oleh WHO adalah dengan mengatakan drugs itu ubat dan mengelirukan orang ttg bahan
    aktif dalam tumbuhan yang merupakan medicine sebagai juga drugs..kekeliruan penggunaan drugs..bukaklah minda puan hanisah dan cuba cari profile satu daun..kekompleksan ciri kimia yang ada pada sesuatu daun itu akan menyebabkan puan hanisah menyebut subhanallah tanpa henti ..satu herba yang kita makan feeds trillion of our cells..that is why macam2 penyakit hilang..sedangkan drugs is inhibiting one pathway and because of the inhibition, the others pathway yang memerlukan bahan yang telah disekat penghasilannya tadi akan terjejas...dan ini yang dinamakan side effect which actually harmful effect..percayalah..janganlah kita buta mata hati..kita sedang ditipu secara mikroskopik...kita pandang lekeh pada halia dan kunyit..tapi pandang bagus dengan dadah ciptaan manusia..boleh beri satu contoh drug yang tiada kesan inhibition?
    KKM ikut telunjuk WHO..tapi kita yang Muslim..adakah redha dengan penyakit tanpa ubat spt darah tinggi, kencing manis, cancer...ubat itu ada dalam tumbuhan ciptaan Allah..dan tumbuhan itu tumbuh dengan rahmat Allah...jadi puak zionist tidak akan menggunakan tumbuhan kerana rahmat Allah tiada bersama mereka..sejarah drugs ini adalah mereka meniru formulasi kimia tumbuhan oleh Ibnu Sina dan mempatenkannya guna tindakbalas kimia..adakah hanisah rasa manusia boleh tiru sebarang ciptaan Allah walaupun sebesar kuman?Pasti tidak boleh..tapi disebabkan kita lemah akidah dan ilmu kimia ini susah..maka ramai doktor muslim yang tertipu...saya sendiri setelah 8 tahun, baru Allah menunjukkan kebenaran tetapi saya rasa bersyukur Allah masih menyelamatkan saya...amalkanlah Surah Al kahfi agar diselamatkan dari fitnah dajjal..Wallahu A'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahabat sy dlm bidang farmasi pun still ambil kapsul herba.. sbb dia tahu cara bagaimana ubat kimia dibuat dan kesannya jika diambil jangka masa panjang.. cthnya bg darah pekat.. pesakit akan diberi ubat pencair darah.. tp ikut pengamal herba, kita blh gunakan garlic oil.. cuma ia tak blh dimakan bersama, nanti darah lbih cair.. ramai doc muslim menentang pemakanan herba tanpa mengkaji herba krn msh didalam doktrin pemikiran makan ubat kimia.. kita patut lahirkan ramai farmasi herba yg blh membuat penawar yang bebas dadah...

      wallahu'alam...

      Delete
  3. Tahukah hanisah bagaimana drugs dibuat?Sedikit pun tiada dari tumbuhan..tahukah hanisah bahawa zionist mahu manusia menjauhi tumbuhan agar mereka berpenyakit?Cuba lihat di mana lagi dadah@bahan kimia sintetik ini diletakkan..ya..dalam makanan kita seharian..tahukah kita punca kanak2 tidak makan sayur adalah akibat susu formula dan nestum? Mereka lebih pandai ilmu kimia...synthetic chemical dalam produk tersebut akan merangsang otak kita just like cocaine addiction, maka we will not like vegetables..tgk orang tua2..mereka gilakan ulam-ulaman..
    Susu ibu tidak terus keluar dari payudara sebaik sahaja bayi keluar ..atas sebab apa?Deprivation of CNS function menyebabkan delayed response...maka ini adalah peluang memperkenalkan bayi kepada susu formula seawal mungkin dan meneruskan deprivation tadi terhadap sistem saraf bayi pula..
    Bahan kimia is the biggest culprit..mengapa kita salahkan ciptaan Allah untuk kita tapi tak menyalahkan ciptaan manusia..?Berapa banyak bahan kimia dalam makanan kita seharian?Adakah ia dikaji secara spesifik?Apa pula akibat dari penggabungan 2 atau lebih bahan kimia yg berlainan?
    Sedangkan makanan natural pun Rasulullah beri panduan mana boleh campur, mana tak boleh...semua ni for chemistry changes yg boleh alter badan kita..apatah lagi bahan kimia ciptaan manusia yang sangat lemah...ramai yang telah ditipu...saya bukan suruh orang makan herba, tapi yang lebih penting makanlah makanan bebas dari bahan kimia sintetik kerana Allah tidak menetapkan ia sebagai makanan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam pandai ja. Penulis ni bgtau produk dari herba, yang dah diproses yang kita pun tak tau campurannya tu camna. Lepas tu kata bagus untuk kesihatan la, berkesan, boleh lihat perubahan sedangkan dakwaan semata yang belum tentu kesahihan. Pengeluar produk cuma nak melariskan saja. Lain la kalo memang dia rebus sendiri, campuran yang asli yang kita boleh tengok dan mengikut tradisi turun temurun. Ini produk sama, brand lain2. Borong murah, bila jual, mark up melampau2. Nampak sangat nak menipu. Nak untung ja tau. Kalau ikhlas, nak berdakwah, takkan la nak untung berganda2. Guna model yang sexy2, iklankan yang tak senonoh walaupun untuk suami isteri. Menjijikan semata2 nak kaya.

      Delete