Thursday, May 31, 2012

Susu Soya Formula - Sedikit Perkongsian





Susu formula berasaskan soya adalah alternative bagi bayi yang mengalami lactose intolerance dan tidak boleh mengambil sebarang susu lembu (cow based formula). Ada juga sesetengah ibubapa yang memilih untuk memberi susu soya fm kepada anak sejak kecil kerana lebih selesa denagan unsur tumbuhan dari unsur haiwan. Jadi, adakah susu soya atau susu lembu alternative terbaik bagi susu ibu? Jawapannya, kedua-duanya bukanlah alternative terbaik utk susu ibu. Alternatif terbaik adalah susu kambing formula kerana susu kambing yang paling hamper proses kejadiannya dan kandungannya dengan susu ibu. Jika anak anda allergic kepada susu lembu, jangan tukar ke soy based fm dulu, tp cubala susu kambing fm. Sbb ramai yang ingat anaknya lactose intolerant, tapi sebenarnya anak nya “cow protein intolerance” . Oleh itu susu kambing adalah alternative yg jauh lebih baik dari soy fm…dan harganya pun sama mahal je dgn soy fm.
Okay, pasal susu kambing tu, nanti bila2 saya tulis balik kenapa saya katakan it is the best alternative for breast milk. Ada research yg banyak utk proof pasal ni dan ada research papers from DGC yang saya simpan di rumah buat rujukan.
Kali ni saya nak share kenapa soy fm bukanlah susu terbaik untuk anak anda berbanding cow’s milk. But bear in mind…goat’s milk infant formula is still the best alternative for babies. Ada orang query pasal ni kat fb group, kebetulan minggu lepas saya memeriksa literature pasal tofu in babies sebab encik suami kata dlm buku nutrition cakap jgn kerap bagi soy products kat babies…. Bahaya. Setelah membuka beberapa research papers, kesimpulannya soy milk formula tidak bagus kepada babies kerana substances yang hadir dalam tu.. isoflavonoid yang terdiri daripada genistein, daidzein etc, dan juga phytoestrogens, semuanya dalam level yang tinggi.
Daripada 54 muka surat artikel yang ditulis oleh FDA (Food and Drug Administration), dinyatakan bahawa:
“doubling of risk for autoimmune thyroiditis in children who had received soy formulas as infants compared to infants receiving other forms of milk”
- risiko untuk mendapat masalah thyroid di masa hadapan 2 kali ganda berbanding bayi yang tidak minum susu soya
“The serum levels of isoflavones in infants receiving soy formula that are about five times higher than in women receiving soy supplements who show menstrual cycle disturbances, including an increased estradiol level in the follicular phase”
- bayi yang minum susu soya, di dalam darahnya mengandungi 5 kali ganda kandungan isoflavones berbanding wanita yang mengambil soya suplement . Wanita yang menerima supplement ini mengalami masalah menstrual dan peningkatan hormone estradiol kerana menganbil suplemen soya. Bayangkan kalau bayi tu 5 kali ganda tingginya… apa agaknya yang berlaku dalam badan dia?
“genistein and other isoflavones can have adverse effects in a variety of species, including humans”
- Genestein dan isoflavones lain di dalam soya telah menunjukkan pelbagai kesan buruk dalam pelbagai species binatang (melalui kajian makmal), dan manusia juga tidak terkecuali
“Estrogenic and goitrogenic drugs are regulated by FDA, and are taken under a physician's care. Patients are informed of risks, and are monitored by their physicians for evidence of toxicity. There are no similar safeguards in place for foods, so the public will be put at potential risk from soy isoflavones in soy protein isolate without adequate warning and information”
- Sebarang ubatan yang mengandungi estrogen dan goitrogen (isoflavone) dikawal rapi oleh FDA dan dibawah pemerhatian doctor. Pesakit diberikan maklumat sepenuhnya mengenai risiko ubat2 ini dan doctor akan monitor sebarang kesan toksin. Tetapi kehadiran bahan2 ini dalam makanan tidak dikawal oleh mana2 pihak, jadi orang awam berada dalam risiko daripada isoflavones dalam susu soya tanpa mendapat maklumat dan amaran yang cukup.
“While isoflavones may have beneficial effects at some ages or circumstances, this cannot be assumed to be true at all ages”
- Walaupun banyak juga research yang menunjukkan kebaikan isoflavones, namun hal ini tidak boleh di dianggap benar pada setiap peringkat umur. Basically, kalaupun bagus utk orang dewasa, tak bermaksud ia selamat untuk bayi.
Kesimpulannya, susu soya fm tidak selamat untuk long term use oleh bayi. Susu lembu jauh lebih selamat dan susu kambing infant formula (bukan fresh milk tau) adalah yang terbaik. Sesiapa berminat nk baca full artikel dari FDA ni (54 pages) dan juga research papers/artikel lain yang membincangkan perkara yang sama, boleh email kat saya. Nanti saya hantarkan copy. Untuk dapatkan artikel ni, kena bayar, jadi mungkin pembaca semua tak boleh access artikel ni online melainkan anda dapat access research database. Sharing is caring J
(Artikel tersebut ditulis oleh Daniel M. Sheehan, Ph.D. dan Daniel R. Doerge, Ph.D dari Food and Drug Administration, National Center For Toxicological Research)

- sebarang persoalan boleh email kepada hanisahazhari@gmail.com -

Tuesday, May 29, 2012

Jangan Rosakkan Perkembangan Ilmu


Bukan semua orang ada keinginan untuk mencari ilmu. Namun apabila ada orang berkongsi ilmu dengan kita, kenapa kita perlu hina ilmu tu? Ilmu adalah harta berharga buat manusia. Kalau takde ilmu, sia-sialah dikurniakan akal kepada manusia

Semalam saya post kat beberapa facebook groups yang saya join.... mengenai bahaya nya ikan bilis kepada kesihatan kerana kandungan heavy metals. Saya post entry tersebut kpd groups ibu-ibu yang memasak untuk anaknya. Post tersebut berbunyi begini

" Nak share dgn semua.. sy smbang dgn pegawai yg test makanan kt makmal..katanya ikan bilis mengandungi arsenic, cadmium dan heavy metals yg lain dlm kandungan yg tinggi garam juga sgt tinggi, kolesterol tinggi dan penyediaan yg x bersih. basically, xde khasiat malah membahayakan kesihatan especially utk babies. jadi... ELAKKAN"

Alhamdulillah, saya dapat banyak feedback yang baik dari ibu-ibu yang concern dgn pemakanan anak. Maklumla, nurses kat klinik kesihatan seronok dok promote ikan bilis untuk menyedapkan makanan anak2. Sedangkan banyak lagi ikan2 yang berkhasiat, kenapa la suruh baby yang nak membesar tu makan ikan bilis, dengan garam yang tinggi, proses yg tak bersih... ntah-ntah nutrient pun dah takde.

Tapi adala seorang ibu yang prihatin ni, protes post saya ni. Katanya, kalau kita sibuk2 bahan bahaya dlm makanan, nanti kita apapun tak makan. Katanya lagi, mak bapak kita dulu makan je semua, tapi sihat je. Nasihat terbaik dari dia...

" Bg saya la tawakal je..sambil masak sambil doa ape yg kita bagi makan tuk anak2..kita dulu pon mak bapak sumbat ape shj selebihnya penyakit dtg tuk ujian ukuran diri masing2 ..kalo nak elak semua2 skali pon Allah dah bagi penyakit..de akan bagi..ada jugak org korea yg x pnah mkn makanan tercemar tapi berpenyakit..yg penting tawakal ye puan2..
"

Subhanallah...seronoknye kalau hidup di dunia ni kita tawakal je. Tak perlu susah2 cari ilmu, tak perlula academician dan researcher menghabiskan berjuta2 dolar untuk membuat kajian. Mungkin sebab ni la kita dikatakan bangsa yang mundur. Kerana kita menidakkan kewujudan ilmu, tapi mengaplikasi kan prinsip tawakal sahaja dlm hidup. Segala evidence based facts..kita tolak ketepi. Kita guna logic akal sahaja…pastu TAWAKAL.

Sedih…sedih sbb ada jugak individu yang menolak kewujudan ilmu atas muka bumi ni. Sedih sebab seorang muslim yang berkata demikian…sedangkan ayat pertama yang diturunkan kepada Muhammad adalah “Iqra’”… bukannya “ tawakal”

Jadilah manusia yang sayangkan ilmu. Sejujurnya, saya lebih senang jika beliau meminta evidence dari saya.. contohnya mintak proof dari research papers ke…statistics ke… at least menggalakkan saya untuk mencari maklumat tersebut, sekaligus menambahkan lagi ilmu saya. Ini tidak, beliau membantutkan perkembangan ilmu diri beliau sendiri.

Apapun saya sedih, sedih sebab ada jugak orang yg memilih nak jadi macam ni. Orang nak berkongsi ilmu dimarahi, kalau balas balik dgn fakta yang bernas takpela jugak. Janganlah menghalang perkembangan ilmu. Tawakal itu benar, Cuma perlu didahului dengan usaha. Carilah ilmu sebanyaknya, kemudian buatlah keputusan dan bertawakkal lah. Barula jadi insan cemerlang….

Wednesday, May 23, 2012

MENARIKNYA PRODUK HERBA DAN TRADISIONAL NI !!!



Secara general nya, produk herba diyakini semua. Bagi pengguna produk herba, diyakini ini adalah sumber yang terbaik kerana datangnya dari alam semulajadi. Pokok2 yang tumbuh di bumi ini jauh lebih baik hasilnya berbanding ubat-ubatan yang di cipta. Malahan ramai yang mengatakan dahulu nenek moyang kita hanya makan akar2 kayu. daun2 herba untuk mengubati penyakit….dan mereka hidup jauh lebih sihat dan umur yang lebih panjang.

Namun hakikatnya, itu hanyalah pandangan sebahagian besar manusia. Maka semakin bertambahlah produk2 herba/tradisional di pasaran yang dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit. Amat menarik apabila sejenis campuran herba itu dikatakan boleh mengubati hingga 10-20 jenis penyakit…. Ubat2 di hospital pun hanya mampu mengubati sejenis dua penyakit je. Ajaib bukan?

Kontaminasi dalam produk herba

Sebenarnya, ubat2 herba/tradisional ini tidaklah selamat seperti yang dijangka. Jangan ingat kerana ianya datang dari alam sekitar, produk herba ini tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya. Ketahuilah bahawa dalam tanah tu ada pelbagai logam berat yang ada secara semulajadi, ditambah lagi dengan toksin dan pesticides dari tanah yang diserap masuk ke dalam pokok. Telah banyak produk herba yang didapati mengandungi paras logam berat yang tinggi seperti merkuri dan cadmium yang parasnya boleh mengancam nyawa.

Nenek moyang kita dulu memang mengambil ubat herba, tetapi mereka tidaklah makan sampai dlm kuantiti yang byk. Ubat2 herba di pasaran menggunakan kuantiti yg tinggi kerana bahan asas nya telah dikeringkan dan dipadatkan dlm bentuk kapsul etc. Ini bermaksud mungkin dalam sebiji kapsul itu, kuantiti herba yang terkandung adalah sama seperti kita makan 1kg daun herba tersebut!

Ramai yang tidak sedar mengenai hal ini, dan akhirnya datang ke hospital dengan masalah kegagalan hati (liver) kerana organ tersebut tidak mampu lagi untuk menapis bahan2 spt logam berat dlm herba tersebut

Biological contamination

Cara pemprosesan ubat2 herba adalah berbeza berbanding cara pemprosesan ubat2 biasa. Proses memetik, mengumpul, mengeringkan dan menyimpan produk herba terdedah kepada pelbagai kontaminasi. Antara yang paling banyak berlaku ialah pertumbuhan spora dan kulat pada bahan herba yang telah dikeringkan. Malahan produk ini juga terdedah kepada virus, bakteria dan juga telur/larva dari serangga2 kecil.

Hal ini bertambah buruk apabila produk itu dihasilkan di rumah sendiri tanpa memiliki kilang yang diiktiraf. Pengguna akhirnya dilambakkan dengan produk yang penuh dengan kontaminasi merbahaya yg akhirnya produk herba tersebut menambahkan lagi penyakit, dan bukannya mengubati penyakit.



Fakta yang “misleading”

Kita selalu teruja melihat list yang panjang mengenai penyakit yang dapat diubati dengan mengambil herba tersebut. Gout, darah tinggi, kencing manis, angina ahmar, resdung, mengembalikan tenaga batin, dan byk lagi. Bunyi memang seronok sebab dengan mengambil sejenis produk shj, semua penyakit dapat diubati. Jikalau benarlah perkara ini, pastinya WHO akan menobatkan produk ini sebagai produk wajib di hospital dan dlm bidang perubatan. Sedarlah, itu semua penipuan besar dari pengasas produk herba tersebut. Kalau list tu mmg dh panjang….confirmlah anda sebenarnya ditipu. Dahla menyalahi undang2 malaysia untuk buat claim sebegitu (Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956) sebab ubat tradisional/herba tidak dibenarkan membuat pernyataan yang produknya dapat mengubati penyakit tersebut.

Ini menunjukan pengasasnya hanya mahu mengambil keuntungan dari pengguna tanpa melengkapkan diri dengan ilmu yg betul. Melanggar undang2 satu hal, buat “misleading claim” plak satu masalah lain. Inilah contoh penjual yang tidak beretika dan mementingkan diri sendiri.



Yakinkah anda keberkesanannya?

Seronok je baca label kt botol tu, berbuih ,mulut org yang menjual dok promote….tapi sejauh manakah ia berkesan? Dan kemudian ramailah yang buat testimony itu ini, ceritakan betapa berkesannya produk tu. First thing is… testimony bukanlah fakta yang boleh diterima untuk memastikan produk tu benar2 berkesan. Ketahuilah drug companies terpaksa melalui pelbagai peringkat percubaan, pelbagai clinical trials… daripada in vitro ke in vivo…. Baru dapat menghasilkan sejenis ubat. Itupun belum tentu FDA akan approve ubat tu untuk dipasarkan. Bukan sahaja companies tu kna buktikan keberkesanan, malah kena ada fakta mengenai side effects dan cara sebenar bahan tersebut bertindak.

Ni yang dok jual produk herba ni, laju je mulut cerita macam2. Agaknya kalau kita Tanya apa origin bahan2 dalam tu pun, belum tentu dia tau. Apatah lagi nak suruh sebutkan nama saintifik bahan tersebut. Produk ni ke yang kita harapkan untuk mengubati kita? Memang penjual tu boleh kata ia berkesan, namun sejauh manakah safety profile ubat tersebut? Interaction dengan ubat2 herba lain? Melalui proses mana bahan itu akan dikumuhkan dari badan? Melalui buah pinggang atau hati? Ubat yang berkesan tidak semestinya selamat. Jangan dikaburi dengan testimony pengguna, sbb anda belum tentu selamat setelah menngunakannya.

Saya sekarang ni tengah mengumpulkan research papers psl contamination dan bahan bahaya dlm herbal produk, sbg projek kerja saya. Baru je baca beberapa papers, cukup membuatkan saya nk boikot produk herba/tradisional yang berlambak2 kat pasaran ni. Berdaftar dengan KKM belum tentu produk tu selamat. Sebab utk dapatkan no pendaftaran, KKM tidak menjalankan apa2 ujian terhadap produk tersebut. Ujian hanya dijalankan selepas produk itu diluluskan, itupun secara random. Mungkin selepas 5-6 tahun berada di pasaran, baru produk tu diuji….dan baru dijumpai produk tu tak selamat.

Kalau anda semua sgt yakin dgn produk herba tu, silakanlah. Saya Cuma dapat doakan anda tidak end up di katil hospital dengan kegagalan kidney atau liver sepertimana yang banyak saya jumpa sewaktu bekerja di hospital….. semuanya kerana pengambilan produk herba berterusan.

Yakinlah dengan ubat2 dari hospital/ farmasi kerana ubat-ubat ini telah melalui proses yang sangat panjang untuk diluluskan, malahan kilang2 ini mempunyai makmal tersendiri untuk memastikan produk mereka selamat dan berkesan. Janganlah dibazirkan duit tu dgn membeli produk herba/tradisional…. Nanti lagi byk duit akan keluar untuk mengubati kesan side effects dari ubat tersebut. Apapun…USAH TERTIPU !!!!