“ Manfaatkan masa lapangmu sebelum tibanya masa sempit”
Kelahiran 2 cahaya mata kurniaan Allah ini memberikan sejuta perubahan dalam hidupku. Ramai yang bertanya…”tak penatke jaga twins?” Tak kurang juga yg bertanya mengapa kami tidak mengambil orang gaji bagi memudahkan kerja-kerja kami. Jawapannya, hanya Allah sahaja yang tahu cabaran dan dugaan membesarkan dan menjaga anak kembar ini. Tak pernah terlintas dalam fikiran kesusahan yang akan dialami. Sebelum melahirkan, diri merasa yakin mampu untuk mengendalikan mereka selepas lahir. Namun apabila masa itu benar2 tiba, hakikat realiti lebih jauh dari pengharapan. Diucapkan selamat tinggal kepada tidur malam yang nyenyak, masa siang yang panjang dan kemudahan keluar berjalan2. Segalanya perlu dirancang, perlu diteliti dan apa sahaja yg bakal berlaku perlu dilalui dengan tabah.
Namun dalam banyak2 perkara yang berlaku, ada satu perkara yang saya sangat syukuri selepas mendapat anak kembar ini…iaitu nikmat MASA. Setiap detik yang berlalu, membawa erti yang sangat bermakna dalam hidup. Sekarang ini sudah tidak mampu untuk menikmati tidur siang yang selesa biarpun fizikal dan mental terlalu penat. Jika dapat tidur 5 minit pun dah kira cukup bersyukur. Ketika anak2 tidur siang, walaupun hati meronta-ronta untuk tidur sebentar namun fikiran mengatakan terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Maka dikuatkan diri untuk melawan keletihan dan meneruskan kerja2 rumah. Subhanallah, betapa masa itu sungguh singkat. Kalau dulu duduk depan TV berjam-jam pun tidak rasa ruginya, namun sekarang 10 minit tanpa berbuat apa2 telah cukup untuk membuatku merasa bersalah.
Alhamdulillah, diri ini bersyukur kerana dikurniakan anak kembar. Terima kasih padamu ya Allah kerana telah memilihku untuk menanggung cabaran ini. Mungkin selama ini diri ini lalai menghargai masa, lalu Kau kurniakan anak-anak yg comel ini untuk mendidikku. Walaupun kadang kala terasa putus asa, namun ku tahu, Allah memberikan ujian dan cabaran sesuai dengan kesanggupan hambanya. Alhamdulillah, syukur menjadi manusia terpilih untuk ujian ini. Moga masaku lebih bermakna dengan kelahiran mereka. Semoga Allah mengampunkan dosa silamku yang telah banyak membazirkan masa. Semoga Allah memberkati setiap saat dalam hidupku supaya apabila ditanya di akhirat kelak, diri ini dapat menjawabnya. Dan yang paling penting, moga atas segala pengorbanan ini, dosa2 ku dihapuskan dan pahalaku digandakan…ameeen.
touching...n sssooo sweet dear..may god bless u n ur family always..
ReplyDeletehug for nuha n furqan..