Friday, March 23, 2012

PERJALANAN MEMBELI INSURANS..

Semuanya bermula masa mula2 masuk kerja kt hosp sg petani, dlm 2 tahun lepas. Selalu ada booth promote pasal insurance…dari maybank, takaful ikhlas, cimb, prudential , great eastern etc. selalu jugak dpt phone calls dari ejen2 promote insurans masing2. So far, semuanya individual medical kad, maksudnya kna bayar utk setiap org. memang tercari-cari medical kad utk 1 keluarga sahaja. Tapi, dalam tempoh tu memang tak finalise apa2, Cuma dengar dan kaji je dulu.

Akhirnya, nov tahun lepas kami beli jugak medical insurans + takaful hayat dr prudential BSN. Untuk anak2, beli education investment sekali..kononnya utk secure pendidikan. Orang ckp nk beli insurans kena cari ejen full time, supaya dpt buat kerja dgn betul. Org jugak pesan, pilihla ejen yg kita kenal, ataupun di kalangan kawan2 supaya tak kena tipu. HAKIKATNYA…. 2-2 pun salah dan kami mmg tak bernasib baik. Ejen yg kami dpt ni adalah suami kawan sendiri, berkopiah (Nampak meyakinkan) dan full time.

Bukan nk kata kami kena tipu, Cuma saya classify sebagai dia tak “disclose all important information”. Dia rush kami untuk sign agreement sebab katanya ada promotion yg bagus. Bila semua dh approve, policy dihantar lambat, melebihi tempoh 14 hari “free cancellation period” yg menyebabkan kami tiada pilihan untuk quit/tukar jika tak setuju sebab xsempat baca polisi. Bila dh khatam polisi tu berkali2, baru kami sedar terlalu byk loopholes dlm polisi tu yang akhirnya…company untung jauh lg byk. So, contact ejen, kata nk terminate. Ejen dtg jumpa, dan yakinkan kami jgn terminate. Katanya, kalu nak quit pun, tunggu setahun dulu, sbb banyak masalah akan timbul kalau tak cukup setahun. Sebab sakit hati dengan ejen yang tak membantu, kami decide terminate sendiri ikut thru company. At the same time email la jugak ejen tu, tapi sampai sekarang dia buat tak tau je even company pun dh maklumkan ejen tu yg kami ni nak terminate. Kesimpulannya:

1) Kalaupun ejen tu kawan kita, jangan mudah percaya sebab ni periuk nasi diorang, so mereka memang nak untung banyak.

2) Tahun pertama kita amik insurans hayat tu, 60% akan pergi ke company+ ejen, 40% je yg masuk tabung kita. Tahun ke-2 hingga ke 6, still high percentage jugak akan ke company/ejen. Tahun ke 7 baru 100% masuk ke akaun kita. Sebab tu diorang nk hold kita smpai 6 tahun supaya diorang untung.

Bersambung……

5 comments:

  1. puan hanisah masih melanggan insurans ke? mcm dlm kes puan nie mmg nampak silap pada ejen maybe sbb dia terlalu terburu-buru nak kejar komisyen or bonus company...dan berkenaan dgn potongan yang di ambik oleh company sebanyak 60% tu, dia akan berkurangan pada tahun2 seterus nya...rate tu bukan company yang tentukan tapi mmg dah ditetapkan oleh bank negara untuk semua company x kisah la dr prudential ke, etiqa, maybank, great eastern dan lain2...mungkin terlalu banyak kekeliruan di pihak puan sbb ejen yang x telus...sy boleh bantu kalau puan sudi...jelaskan mane2 bahagian yang puan rs agak ragu2...puan boleh hntr sebarang pertanyaan ke emel sy azemisepawi@gmail.com...

    ReplyDelete
  2. Assalam puan hanisah,

    Saya pun antara pemegang polisi prudential bsn takaful, dah hampir 3 tahun saya menyertai Prudential bsn takaful ni, boleh ke saya tahu apa yg loopholes yg puan maksudkan dalam polisi prudential coz saya pun da rasa lain mcm le pulak..
    Tapi mcm puan ckp yg company lebih nk untung tu mcm mn pulak? Sbb bukan ke semua company nak keuntungan dan profit? Mcm mn puan assume Prudential bsn takaful ni lebih nakkan keuntungan berbanding company ins lain?
    Mohon pencerahan.. Saya menunggu maklumbalas dari pihak puan.. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Tidak ada istilah rugi ambik takaful atau insurans. Tujuan takaful adalah MELINDUNGI. Sekiranya terjadi APA-APA MUSIBAH disebabkan KEMALANGAN ATAU PENYAKIT KRITIKAL. KEMATIAN ATAU KELUMPUHAN KEKAL 100% (TIDAK DAPAT BEKERJA DISEBABKAN LUMPUH),segala HUTANG2 RUMAH,KERETA serta KEPERLUAN MAKANAN KELUARGA dapat dipenuhi selama bertahun2. Walaupun pemilik polisi baru sahaja tandatangan hari ini,pemilik polisi tetap di lindungi jika meninggal atau LUMPUH KEKAL... Dah tentu pemilik polisi berterima kasih kepada ejen2 takaful kerana musibah berlaku tepat pada masa ianya ditandangani.. Jika musibah tidak berlaku dalam tempoh polisi,simpanan matang tetap dapat.. Kira KWSP kedua bila dah TUA.. Simpanan jangka masa panjang.. Rider bersifat hangus.. Tidak dimasukkan ke dalam tabung simpanan. TETAPI PERLINDUNGAN dipertingkatkan ke tAHAP Luar Biasa.. Supaya pemilik polisi mendapat PERLINDUNGAN yang OPTIMUM.. Cuma di sini KITA tidak TAHU bila MUSIBAH akan menimpa Kita. Tuhan Menentukan,Kita Hanya Merancang. Anggap saja sumbangan di dalam takaful sebagai derma. Sekira kita tidak d timpa musibah, duit SUMBANGAN kita diguna bantu orang lain ditimpa musibah. Saling bantu membantu. Tidak ada istilah RUGI masuk takaful. Tujuan adalah MELINDUNGI KELUARGA dari HUTANG DAN PERBELANJAAN KEHIDUPAN.. Takaful seeloknya d ambil waktu usia muda kerana jumlah perlindungan adalah tinggi berbanding yang berusia.. Waktu kita SIHAT digalakkan masuk awal, sekiranya dah berpenyakit,amat susah untuk syarikat menerima.. Kalau diterima pon, akan dikenakan kadar sumbangan tinggi.. "Nasi dah jadi bubur".. " Sedia Payung Sebelum Hujan"

    ReplyDelete
  4. Insuran bukan skim cepat kaya....biasa lah simpanan awak dilebihkan utk protection....mana Ada org bisnes nak rugi. Selalunya jika selepas 5 tahu ,takde apa2x claim means patient sihat Sesgt.....but maybe suddenly death je...so pengambilan Caj awal2x agar dpt invest and rolling.....

    ReplyDelete
  5. Malang agen jumpe akak ni. Tak nafikan agen tu pn ad silap dia jugak, tak terang betol2. Takaful / insuran fungsi untuk perlindungan risiko yg tak dijangka (Mati, sakit, Kemalangan) . Kalau nak saving + investment lebih , boleh teros ke ASBF , TH , UT DLL.

    #clientAIA #clientPRUBSNTakaful

    ReplyDelete