Perasaan takut melakukan kemungkaran adalah nikmat yang tidak terhingga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Takut terlibat dalam dosa adalah tanda iman itu masih ada dan subur dalam diri, juga tanda yakinnya manusia bahwa Allah itu sentiasa ada dan melihat segala perbuatan kita.
Bila hilangnya perasaan malu atas dosa, atau lebih teruk lagi menganggap perbuatan berdosa itu sebagai halal, mungkin tu petanda bahawa kita semakin jauh dari petunjuk dan hidayah Ilahi.
Anak-anak itu anugerah Allah, dan setiap ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar untuk mendidik mereka di atas jalan yang benar. Adalah wajib bagi ibubapa untuk mendidik malah menyediakan persekitaran yang islamik kepada anak-anak supaya mereka membesar dengan jiwa Islam.
Kita di Malaysia ataupun mereka di negara2 Islam yang lain sebenarnya bertuah kerana dibesarkan dalam suasana dan persekitaran Islam. Hanya dengan melihat persekitaran sekeliling mampu menjadi alat pendidikan yang berguna kepada anak2 sejak kecil. Sesetengah perkara dapat difahami yang ianya salah disisi agama hanya dengan melihat apa yang berlaku. Contohnya dari kecil kita secara automatik memahami bahawa perempuan muslim wajib menutup aurat dengan melihat perempuan bertudung di sekeliling kita.
Mengamalkan atau tidak merupakan hal lain. Yang penting, hati nurani itu dapat membezakan yang halal dan haram. Pada pendapat saya, adalah lebih baik orang yang tau perkara itu halal atau haram tetapi memilih tidak mengamalkannya berbanding orang yang tidak tau langsung sesuatu hal itu halal ataupun haram. Kerana jika ada yang bertanya, golongan yang tidak tau ini akan mudah memberi maklumat salah tentang agama jika dibandingkan dengan orang yg berkata “ aku tau mende tu haram, tapi aku nak buat jugak”.
Tinggal di NZ selama 5 tahun byk mengajar saya tentang membesarkan anak dalam persekitaran Islam. Saya melihat dikalangan keluarga muslim yg berhijrah ke luar Negara, kebanyakan ibubapa mempunyai kefahaman yang sangat bagus tentang islam. Namun apabila melihat anak2 mereka yang dibesarkan di luar Negara itu, mereka jauh bezanya berbanding ibu bapa. Jika menutup aurat pun, pakaian nya ketat dan seksi… ala-ala barat; jauh berbeza dr ibunya. Anak2 ini tidak dapat membezakan perlakuan yang haram dan halal kerana perkara haram itu dilihat diamalkan oleh majority manusia di sekeliling mereka. Mereka membesar dengan memahami bahawa perkara haram itu diamalkan oleh semua, maka tidak salah jika mereka mengamalkannya. Bagi mereka, berpelukan lelaki perempuan, pergi ke kelab2 walaupun tidak meminum arak, pergaulan yang bebas dan pelbagai lagi perkara yang dilarang itu adalah perkara biasa dan tidak salah diamalkan.
Mungkin inilah silapnya apabila ibubapa memilih untuk berhijrah ke negara barat, mereka hanya memikirkan pendidikan terbaik untuk anak2, tetapi mereka terlupa untuk menyediakan persekitaran islamik kepada anak2 supaya mereka terbiasa dengan perkara halal dan dapat membezakannya dgn perkara haram. Tidaklah boleh disalahkan anak2 itu kerana mereka telah dibesarkan dengan memahami bahawa budaya barat itu adalah sebahagian dari hidup mereka. Budaya islam mungkin hanya tinggal sebagai sejarah buat ingatan.
Ibubapa perlu mengambil berat dlm menyediakan persekitaran islamik dalam pembesaran anak2, bukan sekadar sibuk ingin menjadikan anak2 berjaya dalam hidup semata. Kerana akhirnya, akhirat itu jua arah tujuan kita. Pada ketika itulah kita akan ditanya tentang amanah yang telah diberikan oleh Allah kpd kita. Jadi ibubapa di luar sana, mungkin tiba masanya kita check balik jenis persekitaran yang kita berikan kepada anak2 kita; tak kiralah di ceruk mana pun yg kita tinggal. Biasakanlah mereka dgn budaya dan persekitaran Islam…. Kerana itulah yang dituntut dan itulah yang terbaik bagi mereka di dunia dan akhirat!
"Sesungguhnya seorang Mukmin itu melihat dosa-dosanya
seolah-olah dia berada di kaki sebuah gunung,
dia khawatir gunung itu akan menimpanya.
Sebaliknya, orang yang durhaka melihat dosa-dosanya
seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya,
dia mengusirnya dengan tangannya –begini–, maka lalat itu terbang”.
(HR. at-Tirmidzi, no. 2497 dan dishahîhkan oleh al-Albâni rahimahullâh)
No comments:
Post a Comment