Salah siapa? Masa? Kerja? atau kepenatan yang tak seberapa selama setahun menjadi intern pharmacist? Huh, salahkan diri sendiri. Nak kata penat, HO lagi penat. Nak kata takde masa, duduk Sg Petani tu bukannya sibuk pun.
Hakikatnya, diri ini kehilangan semangat untuk menulis. Bukan kerana tiada idea, tapi kerana terlalu banyak yang ingin dikongsi. Intern year selama setahun memberi terlalu banyak idea untuk dikongsi, diluahkan dan dicoretkan. Mungkin bila dah terlalu banyak yang nak diceritakan, saya end up with nothing...kosong. Give up kerana terasa tak sempat nak tulis apa-apa.
Sekarang, setelah tamatnya intern year, kini semangat itu datang kembali. Ingin menulis kembali cerita-cerita sepanjang intern year, yang mungkin dapat memanfaatkan semua.
InsyaAllah, selepas ni Hanisah Azhari akan merajinkan diri menulis. Menyuburkan kembali hobi ketika di zaman sekolah dulu. Hmm.... teringat koleksi cerpen-cerpen peribadi yang ditulis sejak zaman sekolah. Huh, rasa menyesal pulak sebab dah terbuang masa pindah haritu (T-T)
No comments:
Post a Comment