"Berkongsi untuk lebih memahami, bercerita untuk mempelajari... kerana hidup ini hanya untuk Ilahi"
Saturday, November 28, 2009
Salam Eidul Adha
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Eid Adha buat muslimin muslimat semua. Bagi yang membuat qurban.... alhamdulillah dan moga Allah memurahkan rezeki kita semua. Bagi yang belum mampu.... mampu2 kan lah diri anda.... a dollar/ringgit a day... setahun kumpul pun lebih dari cukup untuk kita buat ibadah qurban. Nilaikan kembali harta yang Allah beri dan moga Allah melimpahkan rezeki buat kita semua dan memudahkan hati-hati ini untuk melakukan "qurban" harta...
Kullu a'am... wa antum bi khair...
Hanisah
10 Dzulhijjah
Dunedin
Monday, November 23, 2009
Buat Pelajar2 Medic
Dulu-dulu, lepas dapat result SPM ramai yang bertanya.... kenapa tak nak buat medic? Jawapan saya adalah " Saya malas nak study kuat2, saya tak suka pegang mayat, saya tak suka kena pegang2 badan orang, saya takut nanti orang tak nak kawin dengan saya kalau saya jadi doctor..." dan banyak lagi alasan2 kukuh yang ada dalam fikiran ni. Pelik jugak, di kala hampir semua pelajar sains nak jadi doctor, saya tak pernah terlintas untuk memilih profession doctor.
Saya nak jadi Pharmacist atas banyak sebab, yang paling utama adalah saya sangat suka ubat-ubatan dan saya tak mahu kerja yang sibuk macam doctor. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pilihan ini, dan tidak pernah menyesalinya.
Masa tahun ketiga di Otago Univ., saya selalu jealous tengok betapa relaksnya pelajar2 perubatan ni. Selalu je ponteng kelas, tak ada kerja yang banyak dan hidup mereka sangatla santai. Masa tu rasa pelik sebab kelihatannya pelajar2 perubatan yang paling relaks berbanding pelajar jurusan lain.
Hakikatnya.... keadaan itu hanya sementara. Selepas mereka2 ini melepasi tahun kedua perubatan, mereka lah pelajar2 yang hidupnya paling mencabar. Saya kagum dan pada masa yang sama simpati melihat pelajar2 perubatan di sini.
Betapa mudahnya mereka gagal (fail) dalam peperiksaan....
Betapa ramainya terjerumus ke lembah kemurungan (depression) kerana tidak dapat 'cope'bebanan dan tekanan dalam study.
Betapa ramainya yang terpaksa mengulangi tahun pengajian.... hanya kerana mereka gagal dalam ujian yang kelihatannya kecil ataupun hanya kerana 'communication skill' mereka dikatakan tidak begitu memuaskan.
Betapa ramainya terpaksa mengulangi OSCE hanya kerana consultant yang anti-muslim
Betapa mereka di diskriminasi oleh lecturers, midwives, consultant malahan medical school sendiri hanya kerana bergelar seorang muslim.
Siapa sangka pelajar cemerlang ketika SPM dulu terpaksa mengulangi tahun pengajian...
Siapa sangka pelajar2 yang dulunya sentiasa score A terpaksa mengulagi peperiksaan...
Namun apabila mendengar sendiri kisah-kisah sebenar di sebalik kegagalan mereka, pelajar2 ini tidak sepatutnya di salahkan... malah patut diberikan sokongan.
Memang jalan untuk menjadi seorang doctor itu tidak mudah. Di tambah lagi dengan pekerjaan sebagai doctor itu tidak pernah tenang. Terlalu banyak dugaan di tengah jalan, apatah lagi dengan keadaan yang jauh dari keluarga tercinta yang cukup memberikan tekanan.
Kuatkan semangat wahai sahabat-sahabatku. Jika engkau jatuh di tengah jalan.... bangunlah kembali dan teruskan perjuanganmu.
Ingatlah bahawa kemanisan itu hadir selepas seribu satu kesusahan. Orang yang bangun kembali dan berjaya selepas melalui kesusahan... adalah lebih bermakna hidupnya berbanding orang yang terus menerus berjaya tanpa melalui sebarang kegagalan.
Sabarlah wahai sahabat2 ku. Ingatlah bahawa engkau adalah orang2 yang terpilih oleh Allah untuk melalui ujian yang sukar ini, kerana tugas seorang doctor itu jauh lebih sukar dari yang kau jangka. Seperti kata seorang "gynecologist"... "Tempoh degree untuk buat medic itu hanyalah masa honeymoon kerana tugas sebagai doctor itu jauh lebih mencabar".
Kuatkan perjuanganmu, teruskan langkahmu, ikhlaskan hatimu. Letakkan pengharapan sepenuhnya pada Allah yang Maha Esa, kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan ada janji manis di sebalik semua dugaan ini.
Wallahualam
Ukhti Hanisah
10:30, Dunedin
Saturday, November 21, 2009
Nikmat Yang Dipulangkan
Jamal Ascot (2008 - 2009)
Nikmatnya memiliki kereta. Mudahnya untuk bergerak kemana-mana. Namun nikmat itu tidak selamanya... dan tiba masanya nikmat itu dikembalikan. Alhamdulillah, kami berjaya menjual Jamal tepat pada masanya. Walaupun ramai yang berpendapat nilai kereta itu jauh lebih tinggi dari harga yang kami jual... namun hati kami lebih tenang menjual dengan harga yang lebih rendah.
Teringat kembali sebuah kuliah yang pernah saya dengar satu ketika dahulu. Ustaz tu menasihatkan supaya berhati-hati dalam menuntut hak kita. Jangan terlalu gopoh untuk mendapat hak kita sepenuhnya. Contohnya, jika kita dapat guna printer kat pejabat dengan percuma, janganla sampai print siang malam... berpuluh novel kita print kat situ hanya kerana ianya percuma. Gunalah hak yang diberikan kita dengan berpada-pada dan sebaiknya ambillah kurang sedikit dari hak yang diperuntukkan.
Oleh itu, kami memilih untuk menjual Jamal dengan harga yang rendah walaupun nilainya jauh lebih tinggi. Siapa tahu.... ada kekurangan pada kereta itu yang tidak kami sedari. Sekurang-kurangnya hati ini lebih tenang apabila mengambil hak kurang sedikit dari sepatutnya.
Kehilangan Jamal menyebabkan kami hilang nikmat berkereta dan kemudahan bergerak. Namun kehilangannya memulangkan kembali nikmat yang kami hilang dalam setahun ni. Kami kembali berjalan kaki jauh ke Warehouse dan lebih menghargai masa yang kami spend bersama.
Nikmatnya berjalan bersama-sama walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.
Seronoknya tiap-tiap hari berjalan kaki ke tempat yang berbeza untuk beri makan burung-burung dan itik-itik. Seperti ada satu kepuasan dalam diri.
Hakikatnya, saya lebih enjoy berjalan kaki di sini dari menaiki kereta. Seperti kata suami tersayang, " bila jalan kaki, kita spend lagi banyak masa bersama banding naik kereta"
Syukur Alhamdulillah... kehilangan Jamal bukanlah nikmat yang ditarik balik dari Allah. Tetapi Dia memulangkan kembali 'nikmat' yang hilang dari kami sejak setahun lalu.
Syukur pada-Mu Ya Allah....
Mrs. Hanisah
21 Nov 09
11pm, Dunny
Friday, November 13, 2009
Sharing is Caring
We woke up this morning, thinking of what we should eat for breakfast. We have no bread, and only prawn risotto leftover from last night. Finally, we decided to eat breakfast outside, and we chose The Capers to try the famous pancake.
We ordered a plate of pancake.... and a cup of mochacino. No... its not 2 plates and 2 cups.... its only ONE cup and ONE plate for BOTH of us. Funny rite? 2 adults sharing a cup of coffee and a plate of pancake.
People might think that we are stingy to buy 2 plates of food and 2 cups of drinks. Or, they might think that we wanna save money by sharing the foods.
The truth is... we are always like this since we got married. We SHARE our foods!!! We just LOVE to share our foods, plus I'm not a big eater. Actually, I feel happy when we share our foods rather than having our own plate of foods.
Its not just because we wanna save money on buying foods, because even at home we share as well. When Shamin wanna make his 'special' mochacino, instead of making two different cups, he'll make in a big cup and share with me.
When we want to eat ice cream, he'll scoop the ice cream into a bowl and we share it together...and we even use the same spoon.
Everytime when we go outside and treat ourselves with espresso coffee or ice blended.... we'll share the same cup....and I just l.o.v.e. those moments!!!
Okay guys... my advice is... Sharing is Caring. Because the Prophet also drink from the same cup used by Saidatina Aishah [1].
Dont stop being romantic after you got married. The romantic life should start after nikah... NOT before that (its against Islam anyway).
Another message is... dont feel weird if you see us sharing a cup of coffee or if we eat from the same plate of food. We are not trying to save money... but we wanna be sweet and romantic like the Prophet :)
May Allah bless our marriage.....
And may this beautiful relationship last forever....
Wallahualam
Ukhti Hanisah
9pm Dunedin
Reference:
[1] Rasulullah s.a.w suami contoh
Sunday, November 8, 2009
Nilai Sebuah Perkahwinan
October.... November... December....
Semakin menghampiri penghujung tahun, semakin banyak jugala jemputan-jemputan kahwin yang diterima. Di sana sini sahabat2 menghantar kad-kad jemputan... untuk ke majlis bahagia masing2.
Tetapi.. apakah nilainya hari perkahwinan itu?
Orang kata, hari itu adalah hari bahagia yang hanya sekali seumur hidup. Maka, sepatutnya di raikan dengan sehebatnya kerana ini hari penting yang perlu dikenang dan diingati.
Namun, adakah ia bermaksud kita selayaknya membelanjakan puluhan ribu hanya untuk majlis yang berlangsung pada waktu sesingkat itu?
Pasangan-pasangan yang bakal bergelar pengantin berlumba-lumba mencari yang terbaik untuk majlis bahagia mereka. Tetapi, dalam keasyikan persiapan menyambut hari bahagia itu, ramai yang lupa nilai wang yang dibelanjakan... dan nilai perkahwinan itu sendiri.
Kad kahwin mesti yang cantik.... wangi.... dan 'up' berbanding orang lain... sedangkan lepas orang baca... kad tu hanya masuk tong sampah. Nilai harga yang dibelanjakan untuk sekeping kad itu hanya diakhiri dengan tong sampah....
Kenduri mesti besar-besar, semua mesti cantik, mesti nampak elegan dan berbeza, biar nampak hebat.
Kadang-kadang diri ini terkedu sendiri mendengar perbelanjaan yang dihabiskan semata-mata untuk kenduri yang tak sampai 24 jam. Ada yang berpuluh ribu dan tak kurang juga sampai berhutang hanya kerana majlis yang beberapa jam sahaja.
Kita selalu lihat mahar dalam pernikahan itu selalunya rendah... kadang-kadang tak sampai rm100 pun. Alasannya... ikut sunnah, Islam kata mahar kena rendah. Tetapi, bila tengok majlisnya.... nauzubillah.... pembaziran yang melampau-lampau.
Ramai yang lupa, apakah nilai sebuah perkahwinan itu. Jika kita mahukan perkahwinan itu berkekalan dan sentiasa di bawah keberkatan Ilahi, sepatutnya kita mulakan perkahwinan itu dengan perkara yang Allah sukai..bukannya perkara yang Allah benci.
Sederhanakanlah perkahwinan itu... tidak perlulah dilebih-lebihkan. Jika kad kahwin pun sampai 2 ringgit sekeping, nilailah kembali apa perkahwinan itu sebenarnya. Kalau perbelanjaan seharian kenduri kahwin tu sampai belasan malahan puluhan ribu, fikirkanlah nilai duit yang dihabiskan begitu sahaja.
Walau se kaya mana kita ni pun, ingatlah bahawa kekayaan itu BUKAN milik kita. Ianya milik Allah dan Allah akan bertanya di akhirat kelak, setiap sen yang kita belanjakan itu. Kita belanjakan ribuan ringgit untuk seharian kenduri, sedangkan duit-duit itu sebenarnya mampu menanggung hidup fakir miskin berbulan-bulan lamanya.
Apa sangatla yang dikejar pada majlis perkahwinan itu. Orang hanya memuji seminggu dua... lama-lama orang akan lupa. Gambar-gambar hanya ditatap pada bulan-bulan pertama selepas perkahwinan... dan kemudiannya akan menjadi sarang labah-labah di tahun-tahun berikutnya.
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana 2 tahun lepas, kami berjaya melangsungkan "majlis perkahwinan secara budget". Segalanya dilakukan ala kadar.... baju kahwin dijahit bonda tersayang, tiada camera man yang diupah (mintak adik beradik je ambil gambar), tiada pelamin ribuan ringgit (buat sendiri ala kadar) malahan mak andam pun tidak diupah, hanya pertolongan ibu saudara dan kawan-kawan untuk menambahkan 'seri'.
Syukur kerana majlis kami hanyalah kecil belanjanya... hingga ramai yang tidak percaya kos kenduri kami yang rendah. Walaupun ada yang memandang rendah majlis kami yang ala kadar dan 'tak sempurna', kami hanya tersenyum kerana bukan pujian ataupun kemegahan yang kami cari.
Hanya keredhaan Ilahi dan keberkatan-Nya yang di kejar.... supaya Allah melindungi dan memelihara perkahwinan ini, supaya cinta ini dipelihara... dan supaya ikatan yang terbina ini sampai ke syurga..
Jangan biarkan masjid yang ingin dibina itu 'bahan asasnya' adalah kemungkaran dari Allah di atas keghairahan kita membazirkan masa, wang dan tenaga hanya untuk meraikan SATU hari bahagia itu.
Bukan nama dan pujian yang dicari.. tetapi keredhaan dan keberkatan dari Ilahi supaya Allah melindungi perkahwinan yang masih panjang perjalanannya....
Wallahualam..
Scotland Street, Dunedin
5.30pm
Subscribe to:
Posts (Atom)