"Berkongsi untuk lebih memahami, bercerita untuk mempelajari... kerana hidup ini hanya untuk Ilahi"
Friday, June 19, 2009
Sabah : A Love Story
Sabah merupakan antara movie yang sangat saya minati. Bukannya kerana cerita cintanya, mahupun perjalanan cerita itu sendiri. Yang menariknya ialah kerana cerita ini menggambarkan juga fenomena sesetengah pelajar2 muslim di luar negara.
Sabah adalah seorang wanita muslim yang keluarganya berhijrah dari tanah arab ke USA. Sabah digambarkan sebagai wanita muslim yang tetap menjaga agama dan lengkap menutup aurat. Walaupun adik beradiknya yang lain telahpun 'lari' dari agama Islam, beliau masih tetap teguh. Namun, segalanya berubah apabila Sabah berkenalan dengan seorang lelaki 'orang putih' di tempatnya. Pada asalnya lelaki tersebut berusaha mempelajari islam untuk memahami Sabah, tetapi pada akhirnya Sabah yang meninggalkan ajaran islam kerana ingin 'selari' dengan budaya barat lelaki itu.
Di mulakan dengan merelakan lelaki itu memegang tangannya, di ikuti dgn mencuba-cuba minum wine, membuka hijab di depan lelaki itu dan akhirnya tewas di gelanggang penzinaan...nauzubillah. Semuanya tidak menjadi sekaligus, tetapi 'step by step', semakin lama semakin berani. Baik dan bersopan di hadapan keluarganya, namun di depan lelaki itu lain pula ceritanya. Walaupun tetap bersolat, namun pada masa yang sama tetap melakukan kemungkaran.
Sedar tak sedar, inilah fenomena pelajar2 overseas. Di negara sendiri, elok agamanya kerana ada keluarga dan masyarakat yang melihat dan memantau. Bila ke luar negara, tudung entah kemana. Ada juga yang jenis on and off, pakai tudung dalam sesetengah majlis sahaja. Ada jugak yang berani pergi clubbing, dengan alasan nak 'mingle' kawan2 lain. Yang paling sedih bila ada yang tinggal serumah dgn berlainan jantina. Tak kurang jugak yang tanpa segan silu, melepak hingga larut malam kat rumah boyfriend atau girlfriend. Malah ramai juga yang menghabiskan masa di bilik teman lelaki/wanita tanpa rasa takut.
Nauzubillah.... pelik sungguh golongan2 ni. Kalau kat malaysia, rasanya mereka ni tak berani nk duduk rumah lelaki/wanita sampai lewat malam. Kerana apa? Kerana takut kena tangkap khalwat. Kerana malu dengan kata2 jiran dan malu dengan keluarga. Tetapi di sebabkan kat overseas ni jiran2 semuanya mat salleh, kawan2 tak ambil peduli, badan pencegah maksiat pun tak ada, mereka jadi semakin berani.
Wahai sahabat.. siapakah yang engkau takut? Sahabat? Keluarga? Masyarakat??? Sedarlah wahai sahabat, sesungguhnya apabila engkau bergelar seorang muslim, engkau sepatutnya takutkan Allah. Tuhan yang sama melihatmu di Malaysia, adalah tuhan yang memerhatikanmu di mana sahaja engkau berada. Walau di mana kita berada, hanya Allah yang satu yang kita takuti dan yang kita sembah. Mengapa di negara sendiri engkau berhati2 dari membuat maksiat, namun bila di negara orang, engkau berani melakukan kemungkaran.
Sedarlah wahai sahabat..... Allah memerhatikanmu walau di mana kau berada. Jadilah muslim sejati walaupun dirimu jauh di perantauan.
"....Allah menghidupkan dan mematikan, dan Allah maha MELIHAT apa
yang kamu kerjakan......" (Ali Imran : 156)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment