Saturday, June 27, 2009

Winter sonata





Tahun ni winter datang sebulan lebih awal. Mungkin sebab 'global warming', apapun... pasti ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, sehari selepas kami habis exam... snow turun dengan lebatnya. Kali terakhir merasai snow selebat ini adalah 4 tahun yang lepas. Dunedin ni susah nak dapat snow tebal disebabkan kedudukannya di tepi laut.




Exam kali ini di tempuhi dengan ketabahan dan juga kesedihan kerana terasa terlalu banyak yang masih belum di ingati. Sedih... tak sangka masa 'oral exam', dapat topic diabetes iaitu topic tahun lepas. Penat menghafal oncology, reproduction dan musculoskeletal.. tengok2 dapat endocrine. Tiada siapa pun yang menyangka topic semester lepas akan keluar. Apapun, hati kecil ini tetap bersyukur kerana semuanya telah berlalu. Akan ku jadikan pengajaran supaya lebih berhati2 di masa hadapan.


Berlatih untuk role play pharmacist and patient

Cuti winter telahpun bermula. Gembira kerana semester 1 telahpun berlalu, namun terasa sedih di hati memikirkan hanya tinggal 5 bulan lagi di bumi nz ni. Akan kurindui "the land of clouds" ini.

Minggu terakhir dalam lecture

Cuti kali ini kami mengambil peluang untuk ke north island. Rotorua selama seminggu untuk praktikal 'community pharmacy', kemudian ke Taupo dan Wellington untuk bercuti, di akhiri dengan Nelson untuk 'hospital externship' selama seminggu lagi. Tak sabar untuk pergi, namun di hati kecil ini terasa terkilan atas kehilangan handset yang baru di miliki kira2 3 bulan. Sedih, namun mungkin bukan rezki. Moga Allah menggantikannya dengan rezki yang lebih baik buatku.

Semoga percutian di samping praktikal kali ini membawa ku lebih dekat dengan Ilahi setelah melihat keajaiban ciptaanNya. Moga Allah melindungi perjalanan kami dan permudahkan segalanya..... ameen.



kenangan winter 2009....

Sunday, June 21, 2009

^^Happy Birthday Ayah^^ and Thank You Opah :)


"You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up To more than I can be "


Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Hari ni genaplah umur ayah yang ke....... (^V^). Happy birthday buat ayah tersayang. Sudah beberapa tahun lamanya tidak berpeluang untuk menyambutnya bersama-sama dengan ayah.

Masih ingat lagi kenangan di masa zaman sekolah, kami adik beradik sekali dengan mak buat surprise kek untuk ayah. Kami juga lekatkan ribbon dekat dinding depan pintu merentangi dua dinding... ala-ala pemenang marathon. Rindu... rindu zaman-zaman tinggal bersama mak dan ayah. Terasa rindu nak dengar suara ayah gerak bangun subuh tiap-tiap pagi.... rindunya....

Terima kasih setinggi-tingginya pada ayah "for the precious 24 years of my life". Syukur kepada Allah kerana dikurniakan ayah sebaik ini. Dan tak lupa juga.... terima kasih kepada Opah yang telah melahirkan dan membesarkan ayah dengan kepayahan dan kesusahan. Hari ini hari jadi ayah.... juga hari yang mengingatkan semua pada kesakitan seorang ibu melahirkan anaknya. Thanks opah....

Ayah, anakmu ini tiada sebarang hadiah untuk di beri. Hanya kad pengganti diri, dan doa yang mengiringi. Semoga Allah sentiasa memberkati hidupmu, melindungimu dan membahagiankanmu pada setiap saat dan waktu. I love you ayah.....

Dari Jabir r.a. "Sebaik-baik kamu orang yang panjang umurnya dan baik amalnya kepada Allah"
(Riwayat Imam Hakim)

Friday, June 19, 2009

Sabah : A Love Story


Sabah merupakan antara movie yang sangat saya minati. Bukannya kerana cerita cintanya, mahupun perjalanan cerita itu sendiri. Yang menariknya ialah kerana cerita ini menggambarkan juga fenomena sesetengah pelajar2 muslim di luar negara.

Sabah adalah seorang wanita muslim yang keluarganya berhijrah dari tanah arab ke USA. Sabah digambarkan sebagai wanita muslim yang tetap menjaga agama dan lengkap menutup aurat. Walaupun adik beradiknya yang lain telahpun 'lari' dari agama Islam, beliau masih tetap teguh. Namun, segalanya berubah apabila Sabah berkenalan dengan seorang lelaki 'orang putih' di tempatnya. Pada asalnya lelaki tersebut berusaha mempelajari islam untuk memahami Sabah, tetapi pada akhirnya Sabah yang meninggalkan ajaran islam kerana ingin 'selari' dengan budaya barat lelaki itu.

Di mulakan dengan merelakan lelaki itu memegang tangannya, di ikuti dgn mencuba-cuba minum wine, membuka hijab di depan lelaki itu dan akhirnya tewas di gelanggang penzinaan...nauzubillah. Semuanya tidak menjadi sekaligus, tetapi 'step by step', semakin lama semakin berani. Baik dan bersopan di hadapan keluarganya, namun di depan lelaki itu lain pula ceritanya. Walaupun tetap bersolat, namun pada masa yang sama tetap melakukan kemungkaran.

Sedar tak sedar, inilah fenomena pelajar2 overseas. Di negara sendiri, elok agamanya kerana ada keluarga dan masyarakat yang melihat dan memantau. Bila ke luar negara, tudung entah kemana. Ada juga yang jenis on and off, pakai tudung dalam sesetengah majlis sahaja. Ada jugak yang berani pergi clubbing, dengan alasan nak 'mingle' kawan2 lain. Yang paling sedih bila ada yang tinggal serumah dgn berlainan jantina. Tak kurang jugak yang tanpa segan silu, melepak hingga larut malam kat rumah boyfriend atau girlfriend. Malah ramai juga yang menghabiskan masa di bilik teman lelaki/wanita tanpa rasa takut.

Nauzubillah.... pelik sungguh golongan2 ni. Kalau kat malaysia, rasanya mereka ni tak berani nk duduk rumah lelaki/wanita sampai lewat malam. Kerana apa? Kerana takut kena tangkap khalwat. Kerana malu dengan kata2 jiran dan malu dengan keluarga. Tetapi di sebabkan kat overseas ni jiran2 semuanya mat salleh, kawan2 tak ambil peduli, badan pencegah maksiat pun tak ada, mereka jadi semakin berani.

Wahai sahabat.. siapakah yang engkau takut? Sahabat? Keluarga? Masyarakat??? Sedarlah wahai sahabat, sesungguhnya apabila engkau bergelar seorang muslim, engkau sepatutnya takutkan Allah. Tuhan yang sama melihatmu di Malaysia, adalah tuhan yang memerhatikanmu di mana sahaja engkau berada. Walau di mana kita berada, hanya Allah yang satu yang kita takuti dan yang kita sembah. Mengapa di negara sendiri engkau berhati2 dari membuat maksiat, namun bila di negara orang, engkau berani melakukan kemungkaran.

Sedarlah wahai sahabat..... Allah memerhatikanmu walau di mana kau berada. Jadilah muslim sejati walaupun dirimu jauh di perantauan.

"....Allah menghidupkan dan mematikan, dan Allah maha MELIHAT apa
yang kamu kerjakan......" (Ali Imran : 156)

Wednesday, June 17, 2009

Autumn in my heart

Autumn datang dan pergi lagi. Winter menjengukkan diri di penghujung bulan jun. Inilah bulan penuh cabaran dan dugaan. Bulan yang penuh dengan imtihan dan dugaan dalam hidup.

Di mulakan dengan cuaca yang semakin sejuk hingga ke tulang, di ikuti dgn eczema flare up dan di akhiri dengan final exam. Ujian demi ujian hadir dalam hidup.

Tahun ini Allah menguji dengan skin problem yang sangat mencabar. Pencarian penawar be
rkesan bermula. Puluhan dollar dihabiskan semata mata mencuba pelbagai jenis cream yang menjanjikan hasil yang baik. Dari colostrum, apis mellifera, exma ease, aveeno cream hinggalah kepada mencipta sendiri manuka cream buatan sendiri.

Inilah masanya kesabaranku di uji. Di tambah lagi kehadiran final exam untuk module oncology, reproduction dan musculoskeletal cukup membuatkanku hampir ingin mengalah. Namun, diri ini ingin terus mengukir senyuman di atas semua dugaan yang di hamparkan untukku. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Terima kasih ya Allah atas ujian mu ini... kerana sesungguhnya ujianmu ini mengajarku untuk terus tersenyum, terus menanam benih kesabaran dan mengajarku terus berdoa dan hanya mengharap padamu ya Allah.



"Nev
er a believer is stricken with a discomfort, an illness, an anxiety,
a gr
ief or mental worry or even the pricking of a thorn but Allah will
expia
te his sins on account of it (patience)" (Bukhari & Muslim)




Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku sebagai balasan atas ujian Nya, seperti gugurnya daun-daun yang kekeringan di musim luruh..... ameen.