Monday, January 21, 2013

Produk bacaan 30 juzuk Al-Quran

 (Artikel ini ditulis setelah mendengar perbincangan dan kupasan dari Pensyarah islam dari USIM dan juga USM. Tidak menjadi niat saya untuk menjatuhkan mana-mana pihak mahupun syarikat dan penjual dgn penulisan artikel ini. Hanyalah sebagai medium untuk mengutarakan pendapat dan membuka minda dan akal kita semua. Terima kasih)




 Sejak beberapa tahun ini.  kita dilambakkan dengan pelbagai produk muslim yang dicanangkan sebagai produk yang telah dibacakan ayat2 quran 30juzuk. Tidak dinafikan produk2 tersebut dijual dengan harga jauh lebih tinggi dibandingkan produk seumpamanya yang tidak dibacakan ayat al-quran. Contohnya, ayat mineral biasa (botol besar) boleh dijual rm2-3 sahaja di pasara. Tetapi air minuman (hanya rawatan air paip dan bukannya mineral pun) dijual dengan harga rm10-20 sebotol! Memang menakjubkan penjualan produk2 seperti ini. Tidak lari juga produk makanan seperti kismis, kurma, badam...malahan susu formula bayi juga dibacakan ayat quran.




Ada beberapa isu yang perlu kita persoalkan sebelum menerima amalan seperti ini dan menyokong pihak2 yg memperomosikan produk dengan bacaan Al-quran ini:

1) Adakah ia amalan Rasulullah? Jawapan dari pensyarah2 tersebut adalah TIDAK sama sekali. Amalan Nabi ialah 'menjampi' secara personal dan diberi kepada individu tertentu dan bukannya dijampi secara pukal dan diberikan kepada sesiapa sahaja

2) Berkesankah cara ini dalam mencerahkan hati etc2? No comment. Kalau benar ianya berkesan, pastinya Rasulullah yang maksum itu telahpun menjampi telaga zam zam supaya org quraisy yg semuanya ambil air dr telaga itu. Rasul x perlu susah2 berdakwah dan terseksa, jampi je telaga zam zam tu dan semua kafir pun lembut hati masuk islam. Adakah kita lg hebat dari Nabi hingga mampu mencipta cara baru ni? tepuk dada..tanyalah iman

3) Ikhlaskah pembaca ayat2 quran tersebut? Kalau org berdoa utk kita kerana nak duit..agak2 Allah makbul x? sedangkan kita diajar utk berdoa dgn hati yg suci bersih dan penuh keikhlasan..untuk Allah makbulkan. Tp bila kita tengok produk2 jampi ni...semuanya sgt mahal. Alasannya sebab dah dibaca ayat quran 30 juzuk....bukan mudah tu. Diorang kena upah ahli2 tahfiz utk baca ayat2 quran. Kalau tak..mesti produk tu x semahal tu kn? Kalau baca quran dan doa kt produk tu dgn bayaran...agaknya berkesan ke? baikla kita ni yg doa direct kt Allah...mintak sendiri kpd Allah yg maha pemurah, mintak dgn hati yg sujud, patuh dan ikhlas kepadaNya. Huh, jimat duit bayar mahal2....

4)Kat label produk tertulis "tidak boleh dilangkah, letak atas lantai" etc2 sbb dah dibacakan ayat quran". Fuh, hebat diorang buat hukum ni. Saya bertanya pd pensyarah USIM tersebut psl hukum ni... dia jawab ini adalah hukum dibuat tanpa dalil dan mereka tidak boleh buat begitu. Setiap hukum yg disandarkan kpd Islam,perlu ada dalil, bukannya sesuka hati. Agak2 kalau kita tanya penjual tu beberapa soalan...
    - kalau lebihan susu, air atau makanan tu kita xleh buang dlm tong sampah atau buang dlm sink la kn? sbb dh baca ayat quran?
    - kalau anak saya minum susu formula 30juzuk tu... then dia muntak/muak susu tu kluar..camne sy patut buat dgn susu tersebut? mcm mana pulak kalau susu tu letak dlm botol..n bagi anak pegang... means dia xleh letak botol tu atas lantai ke? kalau ada lebihan susu tu..sy kena tanam ke? xlehla buang dlm sink sbb nnt akan masuk longkang?
    - kalau ada sisa makanan/minuman yang dibacakan quran tu di tangan...saya xleh masuk toilet ke? sbb mknn/minuman tu ada kesan dari bacaan quran?

kalau nk teruskan soalan2..mcm2 kita boleh tanya. then kita akan tgk diorang mereka pelbagai jawapan dan mulala buat dalil2 hukum sendiri. Itulah akibatnya buat hukum guna akal...bukannya guna wahyu. AT the end hukum rekaan tu akan kelihatan nonsense, menyusahkan dan hanya memalukan Islam di penghujungnya.


Saya bukan menentang umat islam membeli produk muslim sebegini. Cuma saya harap kita guna akal untuk berfikir dahulu sebelum menyokong produk sebegini. Bagi saya, penjual2 ni hanya mengambil "short cut" untuk mendapat keuntungan berlipat ganda. Sebab mereka tahu org islam di Malaysia ni menyokong psl produk muslim dan mereka sebolehnya berusaha utk jadikan produk mereka berbentuk ISlam bagi menarik perhatian pembeli. Menariknya, produk sebegini tidak dijual di negara2 lain dan muslim di luar sana pun ada yg xpernah dengar amalan sebegini. Jika benar ini amalan Rasulullah dan sahabat..kenapa orang lain tak tau?  Fikir-fikirkan...

17 comments:

  1. Terpikir beberape persoalan yg sama. Tp terlalu teruja untuk mencuba...akhirnya sy beli juga sekotak tp tak meneruskan dgn produk yg sama. Sy mencuba pulak susu halib,yg lebih murah n xde pulak tertulis terapi al-quran sbb bimbang terlangkah oleh org lain atau diri sendiri...terima kasih di atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. mmg saya pun teruja jugak mulanya, tp bila baca details...rasa menyusahkan dgn peraturan2 yg diberi. pastu tgk air2 jampi 30juzuk kt pasaran pulak terlalu mahal. ustaz pn ada ckp baik kita jampi sendiri dari beli sbb org tu baca pun kerana dapat bayaran. sesungguhnya islam itu mudah... dan tidak membebankan umatnya. kalau ini jalan yg benar,maka org2 kaya jela yg dapat kebaikan air 30juzuk ni. org x berkemampuan maknanya xmampu utk dpt kelebihan tu. wallahualam

      Delete
  2. Salam pn.. Sy mengikuti blog pn sejak mencari info tentang susu kambing.. Terima kasih atas info pn dan alhamdulillah sekarang ank.sy telah pon minum susu kambing karihome. Terima kasih juga utk entry ni. Sy juga hampir terbeli produk ini. Tp tak jadi sebab pikir pe nak buat jika susu tu tak habis diminum.
    Good job pn, terus kan menulis sbb sy suke bace. Very informative! Salam kenal, dila

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. syukran atas komen yg diberi. saya jarang menulis, tapi harapnya setiap entry tu ada org yg dapat manfaatnya. jika ada yg tersalah..mohon dibetulkan. kita semua sama2 belajar :)

      Delete
  3. Terima kasih krn membuka minda sy dgn entri ni. Skrg ni bukan setakat susu, mlh ada produk kosmetik pun dirumus guna air bacaan alquran. Yg membuatkan sy terpikir adalah produk spray tersebut yg mengandungi air bacaan alquran 30 juzuk boleh di spray dimana2 tpt yg disukai semasa hbungan suami isteri. Terfikir sejenak bolehkah air bacaan alquran dibuat sebegitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kita pun kadang2 tak terfikir mende ni. sebab bila org claim itu berasaskan islam...memang mudah kita terima. saya pun dulu dok beli jugak air2 jampi n kismis jampi kt kedai. tapi skrg start persoalkan semula amalan ni :)

      Delete
  4. saya juga begitu...baru baru ni saja nk mintak buat air 30 juzuk quran utk penerang hati sbb tgh belajar n kos utk itu mencecah rm2000-6000 percaya tak?ada pihak2 yg sedang mempermainkan al quran utk keuntungan..sedih sungguh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...mmg nak duit betul diorang ni. xpela..doa seorang hamba tu lebih dekat bila kita sendiri yg minta...bukannya suruh org lain, esp bila kena bayar pulak tu. Allah sentiasa dekat walaupun pada hamba yg byk buat dosa. Allah makbulkan doa hambanya, bukan org2 tahfiz je. esp bila al-hafiz tu berdoa utk dapat duit.... agak2 Allah nk makbul x?

      Delete
  5. saya juga begitu...baru baru ni saja nk mintak buat air 30 juzuk quran utk penerang hati sbb tgh belajar n kos utk itu mencecah rm2000-6000 percaya tak?ada pihak2 yg sedang mempermainkan al quran utk keuntungan..sedih sungguh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa erti doa jika perlu dibayar? mintak sendiri pd Allah..sesungguhnya doa org2 yg ikhlas itu hampir dengan Allah :)

      Delete
  6. Assalammualaikum,

    Perkongsian yang bermanfaat. Terima kasih cikpuan. Mohon saya share link entry ini di FB saya.

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. terima kasih kerana sudi berkongsi dengan sahabat2 yg lain. jika ada kekurangan atau pandangan.. boleh share dgn saya :)

      Delete
    2. assalammulaikum

      Pn.nk tanya skang saya bgi isomil coz ank alergik, boleh ke saya terus tukar susu kambing. bila baca artikel pn.risau gak..anak nk masuk 3 bulan.plz email Faizah.ismail84@yahoo.com

      Delete
    3. assalammulaikum

      Pn.nk tanya skang saya bgi isomil coz ank alergik, boleh ke saya terus tukar susu kambing. bila baca artikel pn.risau gak..anak nk masuk 3 bulan.plz email Faizah.ismail84@yahoo.com

      Delete
    4. assalammulaikum

      Pn.nk tanya skang saya bgi isomil coz ank alergik, boleh ke saya terus tukar susu kambing. bila baca artikel pn.risau gak..anak nk masuk 3 bulan.plz email Faizah.ismail84@yahoo.com

      Delete
  7. Terima kasih di atas perkongsian,sangat membuka mata dan minda.

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum.... saya hormati pandangan semua... tetapi lebih suka bersangka baik. sebelum saya guna produk seperti ini.. fikiran saya sama seperti anda semua.. tetapi apabila saya minum air anugerah... kesannya begitu terasa (lebih baik saya rahsiakan)... betul. jika kita jampi sendiri mungkin lebih baik... tapi x ramai sanggup baca 1 kitab Quran dgn lancar... saya sgt menyokong produk begini... cuma jika benar yg mau ambil kesempatan... sedih benar rasanya... Allahu alam

    ReplyDelete