Tuesday, April 8, 2014

Homemade Yoghurt... finally!

Assalamualaikum....

Setelah beberapa kali mencuba dan gagal.... akhirnya berjaya juga hasilkan homemade yoghurt. Kenapa saya susah2 buat homemade yoghurt? Sebab saya nak guna raw milk yg dapat dari farm (lagi berkhasiat dari homogenised milk and solid milk yg kedai guna)... sebab anak2 suka yoghurt.... sebab yoghurt ada probiotik yg bagus utk gut....sebab bila buat sendiri, yoghurt tak masam macam yg beli, jadi kami boleh makan dengan banyaknya dan tak perlu letak banyak buah dan sebarang pemanis. Yoghurt di pasaran itu masam sebab ditinggalkan (fermented) untuk temph yg sedikit lama, sebab tu lebih byk production lactic acid menyebabkan ia lagi masam. Bila masam...maka mereka perlu letak banyak gula supaya nak "counteract" rasa masam dan pengguna boleh/suka makan. Hopefully, dgn alasan ni..makin ramai buat yoghurt sendiri :)

Setelah beberapa kali saya share di facebook mengenai "kilang" yoghurt di rumah yg beroperasi setiap 2 hari (sebab kami makan 1 liter yoghurt sehari), ramai yg mesej dan pm utk belajar jugak. To be honest, it might not be easy. Jadikan ia sebagai satu project experiment di rumah. Bila nk cuba, cuba sikit2 dulu, contohnya start dengan 1-2 cawan susu instead of 1 liter susu terus. At least, kalau tak berjaya, takdela rasa membazir. Jangan give up and make it a fun project!

Kalau  nak tau details pasal homemade yoghurt ni, bolehla tanya encik google..huhu, saya malas nk tulis banyak2.

Bahan-bahan yang perlu :
1) Susu fresh-full cream milk (ada orang guna powdered milk, tapi saya tak permah cuba lagi)
2) Yogurt starter dari kedai
3) bekas untuk letak yoghurt (yg tahan panas sebab kena rendam dalam air panas)
3) bekas tahan panas untuk jadikan "water bath"


Yoghurt starter







Yoghurt starter ialah kita beli yoghurt di kedai (unsweetened dan tiada perasa), sebab kita nak guna active live culture (bakteria sihat) dalam tu untuk proseskan susu kita jadi yoghurt. Saya cuba beberapa jenis yoghurt di pasaran kerana saya assume semua brand pun boleh jadi yoghurt starter. Tapi lepas banyak kali beli brand berbeza dan gagal...saya try tanya encik google, kenapa gagal???  Rupanya, kita kena tengok jenis bakteria sihat yg ada dalam tu. Untuk jadikan yoghurt starter, kita kena pastikan yg ada "streptococcus thermophilus dan lactobacillus bulgaricus". Setelah duduk membelek label yoghurt kt supermarket....akhirnya jumpa jugak yoghurt yg ada dua jenis bakteria ni...seperti gambar di atas. Tapi, ini di New Zealand...bukannya di Malaysia. Kat Malaysia kena jugakla tengok apa yang ada. Mungkin jugak kena pegi cold storage/jusco untuk cari imported yoghurt ada ada bakteria ni. Saya ada contact kilang "Farm fresh" di Malaysia, di dalam yoghurt mereka hanya ada streptococcus thermophilus dan TIADA lactobacillus bulgaricus. Jadi saya tidak pasti akan berjaya tak. Sesapa nak try....nanti bagitau saya apa jadi okay?


Cara-cara:

berbuih dan frothing....boleh tutup api

kalau rajin beli la thermometer...tapi tak perlu pun takpe :)


Panaskan 1 cawan susu di atas api, sampai agak2 nak mendidih. Bila susu start frothing (berbuih), boleh tutup api dan biarkan sejuk sebentar sampai agak-agak jari boleh sentuh susu tu (suam dalam 40'C)... tapi make sure basuh tangan bersih2 dulu.

Masukkan dalam bekas dan letakkan 2 sudu kecil yoghurt starter (pastikan yoghurt di suhu bilik supaya dia tak terkejut kena air panas), tak perlu kacau pun takpe.

http://dawnstoltzfus.com/2013/10/making-yogurt/


Siapkan water bath. Guna bekas tahan panas seperti chiller box atau bekas letak makanan tahan panas... yang macam kat restoran, yg letak nasi panas2 tu. Isikan air panas dalam bekas tu, agak2 tahap rendah sikit dari bekas yang kita guna. Kalau bekas jadi terapung atas air, boleh guna pemberat seperti batu lesung utk letak atas bekas.



ni buat projek besar-besaran ~3 Liter susu


Masukkan bekas berisi susu+yoghurt starter tu..tutup dan biarkan dalam 5-6 jam. Cek jika sudah pekat. Jika belum pekat, gantikan dengan air panas yang baru (1/2 air panas baru campur dengan 1/2 air panas lama yang kita letak mula-mula tu) dan biarkan lagi 3-4 jam. Untuk cuaca sini yang sejuk, saya biasanya ferment selama 16 jam baru jadi yoghurt. Kalau kat malaysia yang panas, rasanya 5-6 jam dah cukup. Jika nak betul2 pekat, simpan lagi lama.

Jika nampak yoghurt tu separate....ada macam air berwarna kehijauan terpisah dengan yoghurt curd....jangan risau. Air tu adalah whey. Asingkan dan simpan untuk masak mende lain (sila google kegunaan dan khasiat whey). Yoghurt tu pulak kita boleh makan....dia jadi pekat macam greek yoghurt.

Lepas dah siap..biar yoghurt tu atas meja untuk sejam sebelum masuk dalam peti ais. Jangan makan terus! biarkan sejuk dulu dalam 4 jam baru boleh makan. Jangan lupa untuk simpan beberapa sudu yoghurt untuk dijadikan yoghurt starter untuk batch yang seterusnya.

Bila nak makan, bolehla campur dengan madu, fruit puree atau boleh juga dibuat masak contohnya cupcakes. Yoghurt ni tak masam.....rasa macam dadih sikit. Jadi harapnya anak2 akan suke :)

bekalan anak-anak ke sekolah dan utk ummi nye sekali :)

dengan mango puree


Selamat mencuba dan sila updates dan kongsi cerita percubaan anda. Nanti kita boleh troubleshoot sama2 :)

(Next project: Caspian sea yoghurt....ni adalah mesophilic culture, jadi tak perlukan "water bath" untuk buat yoghurt. hanya perlu letak yoghurt starter + susu dan biarkan di suhu bilik.)

Regards,
Hanisah
Dunedin
8 April 2014

Monday, March 3, 2014

"Meal Replacement" Sebagai Supplement Bagi Kanak-kanak dan Bayi.... "Sane or Insane??"

Kebelakangan ni, berderu-deru rakyat malaysia menyertai syarikat MLM menjual pelbagai produk kesihatan. Dan pastinya yang paling famous ialah produk untuk tambah tenaga, produk tambah susu dan tidak ketinggalan...produk untuk lose weight.

Dan semestinya semakin banyak testimonials bertebaran di internet, blogs, facebook mengenai kejayaan produk2 ini dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kejayaan dalam mengurangkan berat badan.

Yang paling sangat menyedihkan....ialah penjual2 produk ni dengan gembiranya menjual dan mempromote produk meal replacement mereka sebagai makanan tambahan/supplement bagi kanak2 dan lebih hebat lagi...pada bayi seusia newborn. Macam2 la testimonial diberi....anak tak demam, cepat gain weight, anak makin ceria, makin gembira...bla bla bla....

Siap ada satu testimonial tu, cerita dia bg kt baby dia sejak lahir (sebagai supplement), by the time anak dia umur 6 bulan, baby dia jarang demam dan anak sihat..siap bangga berat anak dia 10kg lagi. Rasa macam nak hantuk kepala je kat dinding.... Cuba bukak buku kesihatan (yang bawak pegi KK tiap bulan tu), kalau umur 6 bulan....tak  full breastfeed (maksudnya tak fully minum susu ibu).... maknanya baby tu kira OBESE/OVERWEIGHT kalau berat dia 10kg. Boleh pulak parent baby ni dok canang satu malaysia bagitau keberkesanan produk meal replacement tu kat baby dia... sedih..sedih...

Cuba kita tengok list ingredients kat produk tu...sebelum kita start excited nak bagi kat anak2...dan terpedaya dengan ilmu penjual2 ni. Saya randomly google ingredients bagi meal replacement yang famous kat malaysia... antara bahan-bahannya:

1- Soy protein isolate: ni bahan no satu, famous. Sebab utk kurangkan kalori, kena guna soy protein. Bagus ke soy ni? Spend a bit of your money...beli buku "The whole soy story by Kaayla T Daniel" dan baca pasal history dan kenapa soy bukannya health foods. Nak bagi soy kat baby? Think again. Soy ada naturally occuring phytoestrogen.... mmg la ejen2 ni ckap macam2..bagus utk kesihatan la, tak bahaya la etc2. Tapi cuba tengok kt developed countries..macam US, Europe... health groups kat sana mmg dh boikot produk soya. Nak tau kenapa? just simply type "danger/harm of soy products" kat google....cer tengok apa yg ada. Nak yg evidence based, boleh invest beli buku tu...beratus2 refrences ada dalam tu. Orang negara maju cuba sedaya upaya elak soy (bukan shj yg GMO, NON-GMO pun org elak)..even beli ayam pun siap ada label "soy free chicken", maksudnya ayam tu tak makan produk soya (macam ayam2 biasa). Haha, ayam pun takut makan produk soya. Menunjukkan org dah takut amik soy produk... Kita kat Malaysia? Dok promote soy products utk kanak2..even newborn babies... great!!!

Antara chapters menarik dari buku "the whole soy story" yang bincangkan bahaya phytoestrogen dalam soya

2. Fructose. Biasanya, fructose ni bahan no-2. Ada jugak produk yang saya jumpa, lepas fructose adalah "sugar". Maksudnya??? Kalau susunan dia no 2, maksudnya bahan kedua yang terbanyak dalam produk tu adalah fructose/sugar. Oh, patutla baby dan kanak2 suka. Memang manis. Fructose okay ke? Penjual2 ni kata, fructose is good and safe..lagipun fructose dari buah kan? Yes, but not true as well. Fructose yang dimakan dalam buah tu, ialah "fructose with fiber". Jadi bagus / okay utk kita makan banyak2. Fructose sebagai sweetener? Itu dah di-extract dari buah..means it is fructose without fibre. Dan ia tak baik utk liver kita. Malas nak cakap banyak... bukak je youtube, tengok "Fructose 2.0". Kajian2 terbaru pasal bahaya fructose pada liver. Nak bagi kat newborn dan kanak2? Think again....

3. A long list of herbs.... gotu kola, hawthorn berry, acerola...etc2. Macam2 la saya jumpa. Kalau produk tu selamat utk dewasa, tak bermakna ia selamat utk babies. Budak2 ni organ dalaman tak matang macam org dewasa. Bukan kita boleh suka hati sumbat segala herba yang kita makan kat budak2 ni. Kalau ia bagus untuk kita, tak semestinya ia selamat untuk kanak2 and even babies. Come on la...kalau nak bagi anak2 tu healthy, bagila supplements yg proven selamat utk kanak2.. seperti habbatussauda, virgin coconut oil, honey (setahun ke atas). Janganla dok bagi kat budak2 ni produk tu...dahla mahal, tak dijamin the safety utk budak2.

Bahan2 lain? belekla sendiri, panjang sgt listnye. semuanya highly processed, and not natural (kalau natural, xdela masuk tin). Banyak lagi makanan kesihatan yang bagus utk newborn dan budak2, janganla dok promote produk ni kat ibu2 yang desperate nk tengok anak sihat....

Sedih sangat2 tengok cara penjual2 ni mempromote produk kesihatan kepada kanak2/babies dengan tidak beretika. Lepas tu boleh pulak kutuk doktor macam2, kata doktor gemukla, tak reti nutrition la, suka bagi drugs la.... Kadang2 geram sangat tengok blog diorang. Kalau betul promote "inner health", kesihatan sebenar....please promote REAL FOODS. Bukannya dok suruh orang amik produk macam2. Macam pandai sangat...tapi semua info tu "profit based". Semua sebab nk duit..MLM kan. Bila kita komen dan persoalkan safety produk dan suggestions yang diorang bagi...terus komen kita kena delete atau kita terus kena block. Hanya pihak yang memuji je akan di uploadkan komen mereka. Pastu diorang akan kata "produk ni sangat berkesan. tengok semua orang komen bagus2". Smart...very smart.

Saya mohon ibubapa di luar sana... belajar check ingredients produk2 ni sebelum nak bagi kat anak2 anda. Banyak lagi makanan yg mampu boost immunity dan lebih terjamin status selamatnya. Virgin coconut oil, habbatussauda, susu kambing, madu, LactoGG...dan macam2 lagi. Tak de mahal pun macam produk2 ni.

Be wise.....jangan mudah terpedaya dengan kata2 manis penjual2 ni....

"Sane or Insane? " well, jawabla sendiri.

Wallahualam dan maaf sgt2 jika ada yang terasa. Ini adalah pendapat peribadi semata2. dan post ini dimaksudkan kepada promosi yg dilakukan pada "KANAK-KANAK dan BAYI". Saya tak komen pasal penggunaan dan promosi pada orang dewasa.


Update 6/3/2014: Sebarang komen yang ada unsur2 promosi produk supplement, akan di delete. Sila tulis testimonial dan promosi produk anda di blog masing2. Terima kasih.

Regards,
 Hanisah
Dunedin, March 2014