(Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman saya
bekerja di KKM. Isi kandungan
ini tidak mewakili KKM, JAKIM atau mana2 pharmacutical companies. Hanya
pendapat peribadi dan tiada conflict of personal interest. Jika ada cadangan,
teguran atau perkongsian ilmu, sila email saya di hanisahazhari@gmail.com )
Persoalan ubat berlabel halal menjadi isu hangat
semenjak dua menjak ini. Kita selalu Nampak label halal pada supplements,
ubat-ubatan herba, ubat tradisional, namun kita tidak jumpa tanda HALAL jakim
pada mana2 kotak ubat yg dilabelkan sebagai pharmaceutical drugs.. seperti
Panadol, Piriton dan sebagainya.
Asalnya, saya juga cuba memahami isu ini. Setelah
menghadiri seminar/forum di PPUM pada akhir 2011/awal 2012 (lupa tarikh), di
mana panel2 nya ialah wakil KKM-BPFK (www.bpfk.gov.my),
wakil dari JAKIM, Mufti perlis (Dr Juanda Jaya) dan wakil pharmaceutical
company – CCM pharmaceuticals. Forum ini membincangkan isu ubat halal di Malaysia.
Antara isu yang dibangkitkan ialah persoalan mengapa
JAKIM tidak keluarkan tanda halal pada ubat2 di Malaysia, ini termasuklah
vaksin. Kita kena faham procedure untuk dapat tanda halal JAKIM dulu.
Untuk dapat cop HALAL jakim, companies kena request
kepada JAKIM. Saya tak pasti ada caj atau tidak untuk request mende ni.
Kemudian, Jakim akan process dan buat inspection dan investigation. Dari masa
ke semasa, Jakim juga akan buat inspection untuk memastikan companies tu
mengekalkan piawaian yang ditetapkan.
Sekarang..kita tengok pharmaceutical companies
pulak. Kebanyakan pharmaceutical companies kilang2 nya di luar Malaysia. Dan
pemilik2 kilang ni secara logiknya takkan kisah pun nak apply untuk dapat tanda Halal Jakim,
sebab ini melibatkan JAKIM kena datang ke kilang mereka di luar Negara (saya
tak pasti siapa yg perlu tanggung kos tersebut)
Kilang2 ni pasaran mereka luas, dan mereka mungkin xdela
desperate sangat untuk jual di Malaysia dan takla desperate sangat untuk
mendapatkan Halal Jakim tu. Tapi..kita perlukan ubat2 mereka untuk diberikan
kepada pesakit kita di Malaysia. Bukan semua pharmaceutical companies di
Malaysia dapat menghasilkan semua ubat2 yang ada. Kilang2 di Malaysia ada
hadnya. Dan tidak dapat dinafikan, kualiti ubat2 keluaran kilang di Malaysia
jauh lebih rendah berbanding keluaran luar Negara. Ini adalah berdasarkan
pemerhatian saya terhadap ubat2 di hospital dan pengalaman bekerja di BPFK.
Saya sendiri lebih cenderung untuk memilih ubat2
keluaran luar Negara berbanding local companies sebab kualiti yg rendah
(perdapat peribadi samata-mata). Ini
juga adalah isu bagi innovator drugs..iaitu pharmaceutical companies yg mula2
keluarkan/jumpa ubat tu. Contohnya…innovator bagi paracetamol ialah Panadol.
Generik bagi paracetamol ialah uphamol dan juga brand2 lain yg bahan aktif
adalah paracetamol.
Pengalaman bekerja di hospital juga menunjukkan
doktor2 pakar akan minta bahagian farmasi untuk supply ubat dari kumpulan
innovator drugs ini. Sebab mereka merasakan innovator drugs ini kualiti nya
jauh lebih tinggi dan lebih berkesan berbanding generic drugs.
Jadi, jika KKM membenarkan tanda halal JAKIM
diletakkan pada ubat-ubatan…. Maka most probably kita akan jumpa tanda halal ni
hanya pada drugs keluaran local companies…sebab overseas companies mungkin tak
bother sangat untuk apply tanda halal ni.
Masalah akan timbul bila patient start request…. Saya
hanya mahu ubat yang ada tanda halal Jakim sahaja. Disebabkan akan ada limitation
ubat2 yg ada tanda halal Jakim (sebab bukan semua companies akan apply), maka
kemungkinan besar patients akan menolak ubat2 yg xde tanda halal sedangkan
mereka memerlukan ubat2 tersebut. Patients juga akan cenderung untuk tidak
makan ubat yg diberikan doctor jika tiada label halal pada ubat tersebut…dan
akhirnya menyebabkan kesihatan mereka jadi taruhan.
Hal ini juga akan menimbulkan masalah dalam proses
perubatan di hospital bila pesakit akan mula mempersoalkan apa yg doctor prescribe.
Urusan di hospital akan menjadi chaos dan lambat kerana doctor dan pharmacist
perlu menerangkan mengenai keperluan pesakit mengambil ubat yg xde tanda halal….
Sedangkan keadaan pesakit adalah darurat.
Bila ada ubat yang ada tanda Halal jakim…akan ada persepsi
yang ubat yg xde cop halal tu adalah ubat yg TAK HALAL atau diragui status
halal. Sedangkan hakikatnya companies tersebut memilih untuk tidak memohon
status halal dari jakim dan pada masa yg sama ubat2 mereka adalah sebenarnya
100% vegetarian dan tidak perlu diragui status halal. Ini akan menimbulkan
banyak masalah terutama kepada golongan yg tidak memahami science dan proses2
penghasilan ubat-ubatan. Kita takut berlaku kemudaratan lebih besar pada
kesihatan pesakit yang hanya mahu mengambil ubat-ubatan yang ada cop halal
JAKIM.
Satu lagi isu
ialah kandungan ethanol dalam ubat..contohnya ubat batuk dan carminative
mixture. Secara general…ramai menganggap ethanol adalah arak.. dan arak adalah
haram. Ada yang tidak faham bahawa
ethanol dalam ubat itu bukannya arak kerana pharmaceutical ethanol adalah
berbeza dari food ethanol…iaitu arak. Menurut taklimat dari Dr juanda jaya…pengambilan
ubat ialah jatuh kepada status darurat. Kita takkan suka2 nak ambil
ubat..melainkan apabila kita jatuh sakit dan sakit itu memudaratkan kita utk
bekerja , beribadah dan membuat kerja seharian. Maka pada masa itu, status kita
adalah mudarat untuk mengambil ubat….tak kirala kita hanya batuk sahaja dan
bukannya sakit yg menyebabkan kematian. Lainla jika kita ambil ubat tanpa
sebarang penyakit..seperti drug addict. Darurat bukan bermakna situasi yg
menyebabkan kematian sahaja… ilmu fiqh darurat dalam islam itu luas. Kerana Islam
itu mudah dan memudahkan hidup manusia.
Jika tanda halal ini menjadi isu… bagaimana status
ubat2 yg ada ethanol ini? Adakah bermakna ubat yg ada ethanol tidak halal?
Jadi, secara peribadinya, saya menyokong KKM
melarang tanda HALAL pada mana2 pharmaceutical product demi kepentingan semua
golongan rakyat. Oleh itu…adakah status halal ubat2 di Malaysia ni diragui?Boleh rujuk MIMS Malaysia untuk mengetahui detail ingredients untuk setiap ubat yang didaftarkan di Malaysia.
On top of that…. Bahagian farmasi di hospital juga
akan monitor ubat2 yang mengandungi unsur haiwan/porcine sebelum diberikan
kepada pesakit. Contohnya… clexane mengandungi porcine dan memang akan diberi
kepada non-muslim sahaja. Bagi pesakit muslim, ada option lain yang akan
diberikan.
Okay…sampai di sini sahaja pendapat saya mengenai status
halal pada ubat-ubatan. Pada sahabat2 lain di dalam bidang perubatan dan dari
KKM,even siapa-siapa pun…saya alu-alukan pendapat korang bagi menjelaskan isu
ini kepada orang ramai. Boleh email saya bagi maklumbalas, cadangan mahupun
teguran : hanisahazhari@gmail.com
Yang benar,
Hanisah
Dunedin, NZ
5/6/2013
boleh terima part ubat, sbb kita akan cari ubat bila kita sakit.
ReplyDeletepart vaksin, harap kerajaan Malaysia akan usahakan untuk cari/buat vaksin halal. vaksin bukan ubat.
betul. sbb vaksin diambil orang yg sihat (kalau sakit mmg xleh amik vaksin)... saya sokong part vaksin ni. especially bila dengar ada parents yg amik rotavirus vaksin utk baby..tp xtau yg vaksin tu porcine based
DeleteAssalam.. tumpang tanya. Apa kesan jika baby tidak mengambil vaksin.. adakah baby itu akan selalu sakit2???
ReplyDeletePERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833