Wednesday, August 25, 2010

Ke Mana Perginya Janji Manismu?

tik tok.. tik tok....


pantas masa berlalu. sedar2 sudahpun melangkah separuh masa pertama bulan Ramadhan.


Gembira nk beraya ataupun sedih Ramadhan hampir habis?


Memikirkan janji-janji yang pernah ditaburkan sebelum tibanya ramadhan... hati terasa sayu dan sedih.

Dulu......


Janji ramadhan kali ini lebih baik dr tahun lepas... (every year pn janji camni)


Nak baca quran banyak2... nk cuba khatam quran..... ( huh... skrg dh brape pages ye?)


Nak bangun sahur dan makan byk2 supaya x lose weight sbb puasa... (sebab xsuka makan sahur, suka minum susu je)


Nak bagi sadaqah kat orang2 miskin.... kesian diorang xde duit (T_T)


Nak bangun malam, qiam dan mohon pengampunan dr Allah.... (memikirkan dosa yg menggunung tinggi)


Nak bina kesabaran diri.... jangan dok asyik naik angin je....


Nak masak sedap2 utk berbuka.... (supaya x bazir beli kt bazar)


Nak buat kuih raya (eh.... termasuk dlm ibadat ke?)


Nak banyakkan mengingati mati dan lebihkan ibadah.... takut2 ini Ramadhan yg terakhir buatku....


Tapi..... tapi..... tapi....


Dh " half way through ".....


Masih terasa jauh utk mencapai semua tu.

Ya Allah.. hebatnya ujian Mu. Sesungguhnya lebih mudah utk berjanji dan merancang.... namun bila tiba masanya, nafsu kemalasan menguasai diri (xleh salahkan syaitan.... sebab diorang kene "ikat" !!! )

Astaghfirullah... ampunkan aku Ya Allah. Lalai sungguh diri ini...

Haih.... sedihnya. Terasa separuh Ramadhan dibazirkan sia2.

Tapi... ada lagi separuh. Yeay!!!!

Jangan sedih, jangan menyesal. Peluang masih ada. Masih ada 2 minggu utk merebut nikmat Ramadhan ini. Moga Allah panjangkan usia kita, kuatkan iman kita, dan tingkatkan semangat kita utk terus menambahkan amal ibadat.

" Non - believers" kata Ramadhan ni masa berlapar dan dahaga.... and of course mereka rasa kita ni seksa diri. But for us the chosen one, The Believers, Ramadhan is a month of blessings. Rugilah mereka dan untunglah kita yg berlumba2 utk beribadah.

Jom semua, kita panaskan enjin ibadah kita.... ni la masa nk memecut. Tukarkan ke minyak petrol 97, masuk gear 5, dan tekan pedal sekuatnya untuk beribadah! This is much better than 99% discounts at Jusco ( rugila sape yg "ignorance" utk beribadah )

Raise your hands and make duaa, May Allah give us the strength to be the best among the believers... ameeen


" Tepuk dada... tanyalah imaan"


Hanisah SP

Saturday, August 7, 2010

Ke mana perginya doa-doaku?




Setiap hari kita berdoa. Berdoa untuk pelbagai perkara yang kita mahukan, sama ada di dunia ataupun di akhirat.

Pelajar2 berdoa untuk berjaya dgn cemerlang.....

Ibubapa berdoa untuk kejayaan anak2...

Peniaga berdoa untuk keuntungan yang berganda....

Pesakit2 berdoa untuk cepat sembuh.....

Namun dalam pada kita berdoa dan meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah, pernahkah kita tertanya-tanya kenapa doa kita tidak dimakbulkan? Sudah penat rasanya bangun malam....dan telah banyak air mata yang membasahi dalam memohon pada-Nya. Siang malam kita berdoa.... tetapi masih belum di makbulkan. Kegagalan demi kegagalan berlaku.

Ke manakah perginya doa-doa ku Ya Allah?

Kadang2 iman yang lemah ini bertanya-tanya pada diri. Mengapa terlalu lambat rasanya doa2 ku dimakbulkan. Terlalu lamanya diri ini menunggu dan menanti, namun impian masih belum menjadi kenyataan. Ya Allah.... makbulkanlah doa-doaku.....

Bertanya-tanya pada diri, mencari jawapan di sebalik semua ini.

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will Always Be There
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will Always Be There
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way

To Allah you should turn

As HE promise HE will Always Be There… (Maher zain)



Jangan bersedih wahai hati. Walaupun doa-doamu kelihatannya tidak dimakbulkan, Allah Maha Mengetahui.

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Rendahkanlah diri ini ketika memohon kepada-Nya. Jangan meminta dlm keadaan terburu-buru, dan letakkanlah sepenuh pengharapan pada Nya.

Janganlah sekali-kali bersangka buruk kepada Allah. Sesungguhnya Allah telah berjanji terhadap setiap makhluk yg berdoa, bahawa ia akan dimakbulkan.

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

Teruskan berdoa tanpa rasa keraguan dalam hati. Kepada Allah diletakkan segala pengharapan dan pergantungan sepenuhnya.

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Kita sentiasa mengharapkan doa kita dimakbulkan dalam bentuk yang sama seperti yg kita minta. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah mungkin menggantikan doa itu dgn sesuatu yg lebih baik, memberi pengampunan dosa, memelihara kita dari keburukan atau musibah, ataupun Allah menggantikan doa itu dengan sesuatu yang lebih baik lagi di akhirat kelak.

“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih)

Alhamdulillah... subhanallah.... ada jawapan di sebalik semuanya.

Wahai hati, berhentilah bersedih. Sapulah air matamu atas sebuah kekecewaan yang tidak berasas. Teruskan berdoa, kerana itu tanda menjadi seorang hamba. Letakkan pengharapan sepenuhnya hanya pada Allah. Telah dijanjikan kebaikan yang tidak ternilai di sebalik doa-doa itu. Yakinilah dlm hati... janji Allah itu benar.

« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).

Ya Allah, ampunkan diri ini kerana terlalu gopoh dlm berdoa, terlalu pantas berputus asa dan terlupa dengan janji-janji Mu. Wallhualam.



Hanisah Azhari
Ipoh


(Olahan dari http://drmaza.com/home/index.php?s=doa+mustajab)

Thursday, June 10, 2010

Ketenangan yang hilang



Aku rindu... rindu kepada ketenangan yang dulunya milik hati ini. Rindu ketenangan yang dikurniakan Allah satu ketika dahulu....

Baru sekarang diri ini menyedari, nikmatnya memiliki sebuah ketenangan. Baru kini ku fahami, indahnya ketika dikurniakan ketenangan yang kini bukan milikku lagi.

Penatnya bekerja, lebih penat lagi mengawal mental dan emosi manusia yang pelbagai karenah. Penatnya memujuk hati menghadapi manusia yang saban hari hobinya menyakiti hati-hati insan lain. Lelahnya terasa memendam rasa hati terhadap manusia yang bongkak dan angkuh di atas pangkat dan kelebihan diri. Letihnya terasa, bila pulang ke rumah, di bawa sekali perasaan sakitnya hati pada manusia-manusia itu.



Hati ini merindui.... rindu pada ketenangan yang pernah Allah kurniakan dahulu...
Sebelum pulang ke Malaysia, hati ini tenang biarpun tinggal di negara yang majoritinya bukan muslim.

Hati ini bahagia biarpun dengan duit poket yang terpaksa dijimatkan... walaupun terpaksa berjimat cermat dengan duit yang terhad...

Biarpun terpaksa mengorbankan masa lapang untuk "part time" job..... biarpun cuti-cuti semester dihabiskan untuk mencari duit poket tambahan..... biarpun menjadi "cleaner", "shelver" mahupun meredah kesejukan untuk memetik buah-buah epal di kala hujan mahupun panas.... namun aku bahagia.

Kadang kala tertanya, mengapa lebih mudah menemui ketenangan di negara orang, namun susah mencarinya di tanah air sendiri.

Mungkinkah tempoh 5 tahun dikurniakan ketenangan itu.... adalah tempoh ujian yang di beri oleh Allah kepadaku. Untuk menguji adakah diri ini termasuk di dalam golongan manusia yang bersyukur.

Subhanallah... Allahuakbar..... Astaghfirullah ..... ampunkan diri ini ya Allah. Terleka atas nikmat ketenangan yang Kau beri. Hingga pada ketika Engkau menarik kembali nikmat itu dari hati ini, baru ku sedar betapa tinggi nilai sebuah ketenangan.

Ya Allah.. Ya Rahman.... Ya Ghaffar....
Ku mohon dengan sepenuh hati, kurniakan kepadaku hambamu yang lemah ini, kembalikan semula ketenangan yang pernah ku miliki suatu ketika dahulu. Aku tunduk sujud padamu, memohon belas kasihan darimu kerana sesungguhnya aku hamba yang lemah.

Kuatkan semangatku, tabahkan hatiku untuk menghadapi dunia yang sementara ini.

Pada-Mu ku memohon dan meletakkan sepenuh pengharapan.

" Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

Ameen... ameen ya Rabbal alamin...


Hanisah
Sg Petani, Kedah

Saturday, April 17, 2010

Mudahnya Mendapat Yang HARAM


Kebanyakan melayu-islam di Malaysia ini sangat mementingkan makanan halal. Takutnya jika diketahui gerai makanan yang dibeli itu pemiliknya bukan melayu, birapun kedai itu sekadar menjual makanan vegetarian. Risaunya membeli barangan yang tiada tanda halal, biarpun hanyalah sekadar setin air soya. Rela menghabiskan duit minyak dan pergi jauh2 semata-mata untuk mencari kedai makan yang ada tanda halal JAKIM.


Kita terlalu takut jika termakan makanan yang tidak sah status halalnya, apatah lagi jika termakan daging babi dan sumbernya. Takutnya jika bahan makanan tersebut menjadi darah daging dalam diri kita. Hebatnya usaha muslim di Malaysia ini mencari makanan yang halal patut dipuji hinggakan peluang syarikat2 keluaran makanan halal semakin meningkat.


Namun, adakah haramnya sesuatu makanan itu hanya terletak pada bahan-bahannya? Ramai yang terlupa, sumber membeli makanan itu perlu dipastikan juga status halalnya walaupun makanan tersebut mendapat cop pengesahan halal.


Sepanjang 2 bulan bekerja, saya dapat melihat betapa mudahnya rezki kita yg pada asalnya halal.... bertukar menjadi haram. Kelihatannya ramai yang “punch card” tepat jam 8pagi dan “punch out” tepat jam 5. Namun, sepanjang jam 8 hingga jam 5 itu, jumlah kerja yg dilakukan tidak sama dengan jumlah gaji yg dibayar. Rehat yg hanya 1 jam menjadi 2 jam. Tidak dicampur dengan rehat “in between” masa kerja yg dihabiskan dengan melepak ataupun berjalan2 mencari rakan untuk bersembang.


Ada kalanya terasa sangat kecewa apabila saya melakukan kerja orang lain, sedangkan pekerja2 yang sepatutnya itu hilang entah ke mana. Ada yang masih ‘berehat’ di pantry, ada yang hilang bersembang, ataupun masih di kantin.


Wahai sahabat, wahai teman.... sedarlah bahawa kita sebenarnya telah makan gaji hasil sumber yang haram. Duit gaji yang diterima itu tidak sama dengan tempoh yang sebenarnya kita habiskan untuk bekerja. Berhentilah “makan gaji buta” kerana hasilnya adalah ‘makanan yang haram’ juga masuk kedalam perut kita dan menjadi darah daging kita. Walaupun makanan itu zahirnya kelihatan halal, namun di sebaliknya ia adalah sumber yang dilarang


Berhentilah mengambil waktu rehat yang panjang..... cukup2 lah bersembang panjang dan melepak ketika waktu kerja. Jika ada kesempatan, buatlah kerja lebih masa untuk menampung masa2 yang telah kita ‘curi’ ketika masa kerja.


Siapa mahu makanan yang disuapkan ke mulutnya itu adalah makanan haram. Patutlah terasa susah mahu membuat kebaikan, terasa gelisah dan resah dalam hidup, terasa pekak telinga mendengar ayat-ayat Allah..... rupanya sumber rezeki kita masih samar2 status halalnya.


Jom sahabat... Jom kawan..... kita bersihkan sumber rezeki kita. Supaya hati lebih tenang, lebih mudah beribadah.... dan lebih mudah mengingati Allah... ameen :)


Hanisah Azhari

17/4/2010

Amanjaya, Kedah




Saturday, April 3, 2010

Di sini....




Telah sebulan setengah berlalu.. di sinilah kami bertapak untuk sekurang-kurangnya setahun lagi InsyaAllah. Sungai Petani, tempat ku dilahirkan, namun tidak pernah berpeluang untuk tinggal menetap di sini. "Bagai sirih pulang ke gagang", akhirnya kembali jua ke tempat kelahiranku ini.

Walaupun baru sekejap bekerja di sini, "the grass over there is not that green". Dunia pekerjaan tidaklah seindah yang disangka. Kecewa dengan sikap birokrasi sesetengah pihak, bosan dengan pihak-pihak yang seringkali menyalahkan orang lain tanpa melihat kekurangan diri, sedih dengan pembaziran harta kerajaan dan geram juga kadang2 dengan cara kami dilayan oleh sesetengah orang.

Namun, yang paling menyedihkan apabila melihat sikap sesetangah staff yang melayan para pesakit "un-ethically". Ada patient yg ditengking dan ditinggikan suara, sedangkan mereka adalah insan yg hanya datang utk mendapatkan rawatan. Mereka bukanlah dari golongan kaya yang mampu untuk membayar perkhidmatan swasta. Ada yang datang dari ceruk kampung untuk berubat, namun setelah berpenat lelah, dilayan pula dengan sedemikian rupa. Tapi syukurlah kerana itu adalah golongan yang sangat minoriti, alhamdulillah kebanyakan staff masih mempunyai sikap yg berhemah (moga-moga aku tergolong bersama org2 yang baik).

Selama tempoh bekerja di sini, aku mempelajari beberapa perkara.

1- Layanlah orang bawahan seperti mana kita hendak dilayan oleh orang atasan. Jangan layan mereka macam "hamba", suruh mereka buat sesuka hati dan marah mereka bila kita rasa nk marah. Mereka juga hamba Allah yg mencari rezeki yg halal dibumi ini, jangan kita dilaknat oleh Allah di akhirat kelak.

2- Berilah senyuman kepada semua org walaupun makcik cleaner. Itulah sedekah yang paling mudah. Percayalah, hati kita akan lebih gembira dan mereka-mereka juga akan rasa dihormati.

3- Jangan sekali-kali sombong dengan jawatan yg kita ada. Tidak ada salahnya jika kita membantu org lain menyiapkan kerja mereka walaupun itu bukan kerja kita. Jadilah hamba Allah yang humble... jadilah orang yang bersyukur.

4- Bersyukurlah dengan kerja yang ada walaupun adakalanya rasa nak berhenti. Kerana sesungguhnya ada ramai lagi yang merana tanpa perkerjaan.

5- Banyak-banyakkan beristighfar dan lindungi telinga dan mulut kita dari 'maksiat'. Bila dah jumpa ramai orang, makin terdedah kepada dosa2 yang tidak disedari.

Ya Allah, tenangkan hatiku, lindungi aku dan permudahkanlah urusanku. Sesungguhnya Engkah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Berikanlah ku kesabaran dan peliharakanlah hati-hati ini..... ameen.


Hanisah Azhari
Bandar Amanjaya
Sg. Petani

Thursday, March 25, 2010

Satu Rasa Dua Hati



Hari demi hari berlalu. Ku panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa, akhirnya usia perkahwinan kami telah mencapai 2 tahun. Alhamdulillah, ia merupakan 2 tahun yang bahagia dan penuh ketenangan.

Sempena ulangtahun perkahwinanku kali ini, saya memilih untuk menghadiahkan sebuah buku kepada diri sendiri, sebagai satu proses pembelajaran untuk mencapai rumahtangga yang lebih baik.


“ Satu Rasa Dua Hati” hasil karya Pahrol Mohd Juoi menjadi pilihan. Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, saya telahpun menghabiskan bukunya yang bertajuk “Tentang Cinta” yang banyak memberi gambaran sebenar mengenai cinta manusia. Buku Tentang Cinta mempunyai kandungan yang berbeza berbanding ‘buku-buku cinta’ yang lain, sekaligus mendorong saya untuk membeli hasil karya beliau yang seterusnya.

Mula-mula membaca buku ini, terasa agak bosan tentang cara penulisan beliau. Namun setelah bergerak dari satu topik ke topik seterusnya, buku ini berjaya membuatkan saya terleka dan membuat saya terfikir sendirian tatkala cuba memahami maksud di sebalik cerita-cerita yang dilakarkan.

Buku ini mengandungi 20 tajuk pendek berkaitan perkahwinan. Setiap tajuk mempunyai 2 bahagian yang terdiri daripada tulisan berbentuk nasihat dan diikuti pula oleh cerita pendek yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Hmm... nampak seperti bosan, tetapi percayalah, cara penulis membawakan setiap tajuk itu lebih menarik dari yang saya gambarkan.

Banyak sekali yang saya pelajari dari buku ini. Perkara-perkara kecil dalam perkahwinan yang kita selalunya abaikan ataupun tidak kita sedari, diketengahkan dengan begitu menarik sekali dalam tulisannya.

Perkara penting yang saya pelajari dalam buku ini adalah perkahwinan itu menuntut kita untuk “memberi” , bukannya mengharapkan hak-hak kita dipenuhi semata-mata. Buku ini mengajar saya untuk terus memberi di dalam perkahwinan tanpa mengharapkan balasan. Perkara yang tidak mudah untuk dilaksanakan, namun saya berdoa agar Allah memudahkan saya untuk melakukannya.

Sejujurnya, buku Satu Rasa Dua Hati ini saya syorkan pada pasangan-pasangan yang belum berkahwin, apatah lagi yang sudahpun berkahwin untuk di baca dan dihayati pengajaran di sebaliknya.

Jangan hanya sebelum kahwin kita sibuk membaca buku-buku perkahwinan, tetapi selepas bergelar suami/isteri, kita berhenti belajar untuk menjadi pasangan bahagia dan diredhai Allah. Ilmu perkahwinan bukanlah sekadar keperluan sebelum berlakunya “akad”, tetapi ia adalah keperluan sepanjang hayat yang perlu di tuntut dan di amalkan.

Moga sahabat-sahabat yang memilih untuk membaca buku ini mendapat manfaat sebaiknya......InsyaAllah.

Wallahualam.

Hanisah Azhari
Kota Damansara

Monday, January 4, 2010

Antara Telekung Dan Aurat




Orang melayu nusantara sangat sinonim dengan pemakaian telekung ketika bersolat. Malah dikatakan juga jika menunaikan haji di Baitullah, mudah sekali mengenali orang melayu kita dengan hanya melihat kepada pemakaian telekung pada setiap ketika.


Namun, apakah erti di sebalik pemakaian telekung itu? Ramai yang beranggapan telekung adalah pakaian yang paling lengkap menutup aurat ketika bersolat. Hinggakan ramai yang terasa resah gelisah untuk bersolat jika tiada telekung bersamanya.


Sebelum saya menjejak bumi Aotearoa, saya juga begitu ' attached' dengan telekung ketika bersolat. Mungkin kerana terlalu biasa memakai telekung di Malaysia, saya terleka tuntutan sebenar ketika bersolat. Namun sepanjang 5 tahun di negara orang, rasanya saya hanya memakai telekung ketika bersolat di rumah. Pada masa-masa lainnya, ketika bersolat di luar rumah saya lebih selesa bersolat dengan pakaian yang dipakai ketika itu.


Tiap kali ke masjid untuk solat-solat fardu, ketika iftar, mahupun ketika solat jumaat, amat ganjil sekali jika dapat melihat jemaah perempuan memakai telekung. Malah kaum melayu sendiri bersolat dengan pakaian yang dipakai, tanpa menggunakan telekung.... tetapi mereka ini MENUTUP AURAT.


Subhanallah... mudahnya Islam. Kita dituntut menutup aurat ketika bersolat, dan telekung bukannya “ the only solution”. Asalkan pakaian kita menutup aurat... solatlah !


Minggu-minggu pertama pulang ke Malaysia, saya terpaksa memujuk hati dengan jelingan-jelingan kaum muslimah di surau-surau. Setiap kali keluar rumah.. semestinya saya akan berpakaian menutup aurat. Malahan saya bawa sekali stokin bersih yang khas untuk solat. Namun setiap kali saya bersolat dengan memakai stokin dan pakaian sendiri... tanpa telekung, banyak sungguh jelingan2 yang di terima.


Malah pernah seorang budak ini bertanya kepada ibunya kenapa saya tidak bertelekung ketika bersolat. Jawapan ibunya.. “shush... jangan sebut kuat-kuat”. Menunjukkan si ibu sendiri tidak faham erti ‘menutup aurat’ ketika bersolat. Saya hanya mampu melemparkan senyuman pada mata-mata yang menjeling dan mulut-mulut yang berbisik. Biarlah apa orang kata, kerana ini mungkin disebabkan kurangnya kepekaan terhadap Islam itu sendiri. Taqlid tanpa mengetahui asas.


Hakikatnya, saya lebih rela bersolat dengan menutup aurat daripada memakai telekung2 yang berbau dan bertahi lalat yang menjadi penghuni tetap surau-surau itu.


Jika orang-orang ini menganggap pakaian mereka itu tidak boleh digunakan ketika bersolat (tanpa telekung), ini menunjukkan yang mereka keluar dari rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna. Jika pakaian mereka telahpun menutup aurat dengan sempurna.... tiada salahnya bersolat tanpa telekung. Kerana syarat sah solat ialah menutup aurat... bukannya memakai telekung!!!


Hanisah Azhari

Tambun, Ipoh

3 Jan 2010