Saturday, April 3, 2010

Di sini....




Telah sebulan setengah berlalu.. di sinilah kami bertapak untuk sekurang-kurangnya setahun lagi InsyaAllah. Sungai Petani, tempat ku dilahirkan, namun tidak pernah berpeluang untuk tinggal menetap di sini. "Bagai sirih pulang ke gagang", akhirnya kembali jua ke tempat kelahiranku ini.

Walaupun baru sekejap bekerja di sini, "the grass over there is not that green". Dunia pekerjaan tidaklah seindah yang disangka. Kecewa dengan sikap birokrasi sesetengah pihak, bosan dengan pihak-pihak yang seringkali menyalahkan orang lain tanpa melihat kekurangan diri, sedih dengan pembaziran harta kerajaan dan geram juga kadang2 dengan cara kami dilayan oleh sesetengah orang.

Namun, yang paling menyedihkan apabila melihat sikap sesetangah staff yang melayan para pesakit "un-ethically". Ada patient yg ditengking dan ditinggikan suara, sedangkan mereka adalah insan yg hanya datang utk mendapatkan rawatan. Mereka bukanlah dari golongan kaya yang mampu untuk membayar perkhidmatan swasta. Ada yang datang dari ceruk kampung untuk berubat, namun setelah berpenat lelah, dilayan pula dengan sedemikian rupa. Tapi syukurlah kerana itu adalah golongan yang sangat minoriti, alhamdulillah kebanyakan staff masih mempunyai sikap yg berhemah (moga-moga aku tergolong bersama org2 yang baik).

Selama tempoh bekerja di sini, aku mempelajari beberapa perkara.

1- Layanlah orang bawahan seperti mana kita hendak dilayan oleh orang atasan. Jangan layan mereka macam "hamba", suruh mereka buat sesuka hati dan marah mereka bila kita rasa nk marah. Mereka juga hamba Allah yg mencari rezeki yg halal dibumi ini, jangan kita dilaknat oleh Allah di akhirat kelak.

2- Berilah senyuman kepada semua org walaupun makcik cleaner. Itulah sedekah yang paling mudah. Percayalah, hati kita akan lebih gembira dan mereka-mereka juga akan rasa dihormati.

3- Jangan sekali-kali sombong dengan jawatan yg kita ada. Tidak ada salahnya jika kita membantu org lain menyiapkan kerja mereka walaupun itu bukan kerja kita. Jadilah hamba Allah yang humble... jadilah orang yang bersyukur.

4- Bersyukurlah dengan kerja yang ada walaupun adakalanya rasa nak berhenti. Kerana sesungguhnya ada ramai lagi yang merana tanpa perkerjaan.

5- Banyak-banyakkan beristighfar dan lindungi telinga dan mulut kita dari 'maksiat'. Bila dah jumpa ramai orang, makin terdedah kepada dosa2 yang tidak disedari.

Ya Allah, tenangkan hatiku, lindungi aku dan permudahkanlah urusanku. Sesungguhnya Engkah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Berikanlah ku kesabaran dan peliharakanlah hati-hati ini..... ameen.


Hanisah Azhari
Bandar Amanjaya
Sg. Petani

No comments:

Post a Comment