Monday, March 3, 2014

"Meal Replacement" Sebagai Supplement Bagi Kanak-kanak dan Bayi.... "Sane or Insane??"

Kebelakangan ni, berderu-deru rakyat malaysia menyertai syarikat MLM menjual pelbagai produk kesihatan. Dan pastinya yang paling famous ialah produk untuk tambah tenaga, produk tambah susu dan tidak ketinggalan...produk untuk lose weight.

Dan semestinya semakin banyak testimonials bertebaran di internet, blogs, facebook mengenai kejayaan produk2 ini dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kejayaan dalam mengurangkan berat badan.

Yang paling sangat menyedihkan....ialah penjual2 produk ni dengan gembiranya menjual dan mempromote produk meal replacement mereka sebagai makanan tambahan/supplement bagi kanak2 dan lebih hebat lagi...pada bayi seusia newborn. Macam2 la testimonial diberi....anak tak demam, cepat gain weight, anak makin ceria, makin gembira...bla bla bla....

Siap ada satu testimonial tu, cerita dia bg kt baby dia sejak lahir (sebagai supplement), by the time anak dia umur 6 bulan, baby dia jarang demam dan anak sihat..siap bangga berat anak dia 10kg lagi. Rasa macam nak hantuk kepala je kat dinding.... Cuba bukak buku kesihatan (yang bawak pegi KK tiap bulan tu), kalau umur 6 bulan....tak  full breastfeed (maksudnya tak fully minum susu ibu).... maknanya baby tu kira OBESE/OVERWEIGHT kalau berat dia 10kg. Boleh pulak parent baby ni dok canang satu malaysia bagitau keberkesanan produk meal replacement tu kat baby dia... sedih..sedih...

Cuba kita tengok list ingredients kat produk tu...sebelum kita start excited nak bagi kat anak2...dan terpedaya dengan ilmu penjual2 ni. Saya randomly google ingredients bagi meal replacement yang famous kat malaysia... antara bahan-bahannya:

1- Soy protein isolate: ni bahan no satu, famous. Sebab utk kurangkan kalori, kena guna soy protein. Bagus ke soy ni? Spend a bit of your money...beli buku "The whole soy story by Kaayla T Daniel" dan baca pasal history dan kenapa soy bukannya health foods. Nak bagi soy kat baby? Think again. Soy ada naturally occuring phytoestrogen.... mmg la ejen2 ni ckap macam2..bagus utk kesihatan la, tak bahaya la etc2. Tapi cuba tengok kt developed countries..macam US, Europe... health groups kat sana mmg dh boikot produk soya. Nak tau kenapa? just simply type "danger/harm of soy products" kat google....cer tengok apa yg ada. Nak yg evidence based, boleh invest beli buku tu...beratus2 refrences ada dalam tu. Orang negara maju cuba sedaya upaya elak soy (bukan shj yg GMO, NON-GMO pun org elak)..even beli ayam pun siap ada label "soy free chicken", maksudnya ayam tu tak makan produk soya (macam ayam2 biasa). Haha, ayam pun takut makan produk soya. Menunjukkan org dah takut amik soy produk... Kita kat Malaysia? Dok promote soy products utk kanak2..even newborn babies... great!!!

Antara chapters menarik dari buku "the whole soy story" yang bincangkan bahaya phytoestrogen dalam soya

2. Fructose. Biasanya, fructose ni bahan no-2. Ada jugak produk yang saya jumpa, lepas fructose adalah "sugar". Maksudnya??? Kalau susunan dia no 2, maksudnya bahan kedua yang terbanyak dalam produk tu adalah fructose/sugar. Oh, patutla baby dan kanak2 suka. Memang manis. Fructose okay ke? Penjual2 ni kata, fructose is good and safe..lagipun fructose dari buah kan? Yes, but not true as well. Fructose yang dimakan dalam buah tu, ialah "fructose with fiber". Jadi bagus / okay utk kita makan banyak2. Fructose sebagai sweetener? Itu dah di-extract dari buah..means it is fructose without fibre. Dan ia tak baik utk liver kita. Malas nak cakap banyak... bukak je youtube, tengok "Fructose 2.0". Kajian2 terbaru pasal bahaya fructose pada liver. Nak bagi kat newborn dan kanak2? Think again....

3. A long list of herbs.... gotu kola, hawthorn berry, acerola...etc2. Macam2 la saya jumpa. Kalau produk tu selamat utk dewasa, tak bermakna ia selamat utk babies. Budak2 ni organ dalaman tak matang macam org dewasa. Bukan kita boleh suka hati sumbat segala herba yang kita makan kat budak2 ni. Kalau ia bagus untuk kita, tak semestinya ia selamat untuk kanak2 and even babies. Come on la...kalau nak bagi anak2 tu healthy, bagila supplements yg proven selamat utk kanak2.. seperti habbatussauda, virgin coconut oil, honey (setahun ke atas). Janganla dok bagi kat budak2 ni produk tu...dahla mahal, tak dijamin the safety utk budak2.

Bahan2 lain? belekla sendiri, panjang sgt listnye. semuanya highly processed, and not natural (kalau natural, xdela masuk tin). Banyak lagi makanan kesihatan yang bagus utk newborn dan budak2, janganla dok promote produk ni kat ibu2 yang desperate nk tengok anak sihat....

Sedih sangat2 tengok cara penjual2 ni mempromote produk kesihatan kepada kanak2/babies dengan tidak beretika. Lepas tu boleh pulak kutuk doktor macam2, kata doktor gemukla, tak reti nutrition la, suka bagi drugs la.... Kadang2 geram sangat tengok blog diorang. Kalau betul promote "inner health", kesihatan sebenar....please promote REAL FOODS. Bukannya dok suruh orang amik produk macam2. Macam pandai sangat...tapi semua info tu "profit based". Semua sebab nk duit..MLM kan. Bila kita komen dan persoalkan safety produk dan suggestions yang diorang bagi...terus komen kita kena delete atau kita terus kena block. Hanya pihak yang memuji je akan di uploadkan komen mereka. Pastu diorang akan kata "produk ni sangat berkesan. tengok semua orang komen bagus2". Smart...very smart.

Saya mohon ibubapa di luar sana... belajar check ingredients produk2 ni sebelum nak bagi kat anak2 anda. Banyak lagi makanan yg mampu boost immunity dan lebih terjamin status selamatnya. Virgin coconut oil, habbatussauda, susu kambing, madu, LactoGG...dan macam2 lagi. Tak de mahal pun macam produk2 ni.

Be wise.....jangan mudah terpedaya dengan kata2 manis penjual2 ni....

"Sane or Insane? " well, jawabla sendiri.

Wallahualam dan maaf sgt2 jika ada yang terasa. Ini adalah pendapat peribadi semata2. dan post ini dimaksudkan kepada promosi yg dilakukan pada "KANAK-KANAK dan BAYI". Saya tak komen pasal penggunaan dan promosi pada orang dewasa.


Update 6/3/2014: Sebarang komen yang ada unsur2 promosi produk supplement, akan di delete. Sila tulis testimonial dan promosi produk anda di blog masing2. Terima kasih.

Regards,
 Hanisah
Dunedin, March 2014