(Artikel ini ditulis setelah mendengar perbincangan dan kupasan dari
Pensyarah islam dari USIM dan juga USM. Tidak menjadi niat saya untuk
menjatuhkan mana-mana pihak mahupun syarikat dan penjual dgn penulisan
artikel ini. Hanyalah sebagai medium untuk mengutarakan pendapat dan
membuka minda dan akal kita semua. Terima kasih)
Sejak beberapa tahun ini. kita dilambakkan dengan pelbagai produk
muslim yang dicanangkan sebagai produk yang telah dibacakan ayat2 quran
30juzuk. Tidak dinafikan produk2 tersebut dijual dengan harga jauh lebih
tinggi dibandingkan produk seumpamanya yang tidak dibacakan ayat
al-quran. Contohnya, ayat mineral biasa (botol besar) boleh dijual rm2-3
sahaja di pasara. Tetapi air minuman (hanya rawatan air paip dan
bukannya mineral pun) dijual dengan harga rm10-20 sebotol! Memang
menakjubkan penjualan produk2 seperti ini. Tidak lari juga produk
makanan seperti kismis, kurma, badam...malahan susu formula bayi juga
dibacakan ayat quran.
Ada beberapa isu yang perlu kita persoalkan sebelum menerima amalan seperti ini dan menyokong pihak2 yg memperomosikan produk dengan bacaan Al-quran ini:
1) Adakah ia amalan Rasulullah? Jawapan dari pensyarah2 tersebut adalah TIDAK sama sekali. Amalan Nabi ialah 'menjampi' secara personal dan diberi kepada individu tertentu dan bukannya dijampi secara pukal dan diberikan kepada sesiapa sahaja
2) Berkesankah cara ini dalam mencerahkan hati etc2? No comment. Kalau benar ianya berkesan, pastinya Rasulullah yang maksum itu telahpun menjampi telaga zam zam supaya org quraisy yg semuanya ambil air dr telaga itu. Rasul x perlu susah2 berdakwah dan terseksa, jampi je telaga zam zam tu dan semua kafir pun lembut hati masuk islam. Adakah kita lg hebat dari Nabi hingga mampu mencipta cara baru ni? tepuk dada..tanyalah iman
3) Ikhlaskah pembaca ayat2 quran tersebut? Kalau org berdoa utk kita kerana nak duit..agak2 Allah makbul x? sedangkan kita diajar utk berdoa dgn hati yg suci bersih dan penuh keikhlasan..untuk Allah makbulkan. Tp bila kita tengok produk2 jampi ni...semuanya sgt mahal. Alasannya sebab dah dibaca ayat quran 30 juzuk....bukan mudah tu. Diorang kena upah ahli2 tahfiz utk baca ayat2 quran. Kalau tak..mesti produk tu x semahal tu kn? Kalau baca quran dan doa kt produk tu dgn bayaran...agaknya berkesan ke? baikla kita ni yg doa direct kt Allah...mintak sendiri kpd Allah yg maha pemurah, mintak dgn hati yg sujud, patuh dan ikhlas kepadaNya. Huh, jimat duit bayar mahal2....
4)Kat label produk tertulis "tidak boleh dilangkah, letak atas lantai" etc2 sbb dah dibacakan ayat quran". Fuh, hebat diorang buat hukum ni. Saya bertanya pd pensyarah USIM tersebut psl hukum ni... dia jawab ini adalah hukum dibuat tanpa dalil dan mereka tidak boleh buat begitu. Setiap hukum yg disandarkan kpd Islam,perlu ada dalil, bukannya sesuka hati. Agak2 kalau kita tanya penjual tu beberapa soalan...
- kalau lebihan susu, air atau makanan tu kita xleh buang dlm tong sampah atau buang dlm sink la kn? sbb dh baca ayat quran?
- kalau anak saya minum susu formula 30juzuk tu... then dia muntak/muak susu tu kluar..camne sy patut buat dgn susu tersebut? mcm mana pulak kalau susu tu letak dlm botol..n bagi anak pegang... means dia xleh letak botol tu atas lantai ke? kalau ada lebihan susu tu..sy kena tanam ke? xlehla buang dlm sink sbb nnt akan masuk longkang?
- kalau ada sisa makanan/minuman yang dibacakan quran tu di tangan...saya xleh masuk toilet ke? sbb mknn/minuman tu ada kesan dari bacaan quran?
kalau nk teruskan soalan2..mcm2 kita boleh tanya. then kita akan tgk diorang mereka pelbagai jawapan dan mulala buat dalil2 hukum sendiri. Itulah akibatnya buat hukum guna akal...bukannya guna wahyu. AT the end hukum rekaan tu akan kelihatan nonsense, menyusahkan dan hanya memalukan Islam di penghujungnya.
Saya bukan menentang umat islam membeli produk muslim sebegini. Cuma saya harap kita guna akal untuk berfikir dahulu sebelum menyokong produk sebegini. Bagi saya, penjual2 ni hanya mengambil "short cut" untuk mendapat keuntungan berlipat ganda. Sebab mereka tahu org islam di Malaysia ni menyokong psl produk muslim dan mereka sebolehnya berusaha utk jadikan produk mereka berbentuk ISlam bagi menarik perhatian pembeli. Menariknya, produk sebegini tidak dijual di negara2 lain dan muslim di luar sana pun ada yg xpernah dengar amalan sebegini. Jika benar ini amalan Rasulullah dan sahabat..kenapa orang lain tak tau? Fikir-fikirkan...