Wednesday, August 8, 2012

Say NO to baby walker

Artikel dari Dr Muna (Trauma and emergency specialist dan juga isteri Ust Hasrizal) mengenai penggunaan baby walker telah menggerakkan hati saya untuk turut sama berkongsi pendapat mengenai topic yang sama. Sebagai seorang ibu yang kepada anak kembar yang sangat aktif, tidak dinafikan bahawa saya juga pernah terfikir untuk menggunakan baby walker. Alhamdulillah, sebelum membeli sebarang walker, saya mencari dahulu artikel2 dan maklumat2 tambahan tentang penggunaan baby walker. Dan scientific evidence yang dijumpai, SEMUANYA mengatakan yang baby walker tidak membantu sebarang development, malahan terbukti mengundang pelbagai bahaya dan risiko kepada anak2..fizikal dan juga mental.

Artikel dari Dr Muna menguatkan lagi keputusan saya untuk tidak menggunakan baby walker demi masa hadapan anak2. Tidak dinafikan memang walker akan memudahkan kerja2 saya. Dah namanya ada twins…mmg penatla nak monitor dan mengejar 2 org budak kecik. Kalau guna walker, memang super senang kerja di rumah, saya dapat berehat dan mengerjakan kerja rumah dengan lebih efficient. Tapi sanggupkah saya risiko kan masa depan anak2 semata2 untuk kesenangan sendiri? Nope..not for me. Some other mothers maybe sanggup..but not me.

Bila baca komen2 yang ditulis di bawah artikel Dr Muna, saya sangat2 kecewa dengan minda pemikiran ibu-ibu di Malaysia. Ramai yang menentang pendapat mengenai baby walker ni. Alasan mereka lebih kurang sama je:

- Semua anak saya guna, takde masalah apa2 pun. Takde kemalangan, takde masalah tumbesaran, takde masalah untuk berjalan dgn normal

- Kami adik beradik masa kecik semua guna walker, tapi dh besar pun semua dan xdela masalah apa2 pun

- Semua risiko dan kemalangan ni berlaku sebab parents tak supervise anak. Lagipun reports ni berlaku di western countries… kita kat Malaysia lebih berhati2 dan concern dgn anak berbanding mereka. Sebab tu mereka byk kes kemalangan etc

- Kita kena make sure jenama dan jenis yang berkualiti. Kena invest yang mahal, baru selamat. Biasanya yang murah2 ni yang ada masalah

Bagi mereka, semua research yang dijalankan….semua clinical evidence yang dibekalkan…means NOTHING!! Pengalaman dan pendapat mereka jauh lebih benar berbanding artikel dan journal yang dibentangkan. Apa komen saya? Mereka inilah golongan yang sombong dengan ilmu, merasakan diri mereka tahap pemikiran jauh lebih tinggi berbanding fakta dan kajian. Mendabik dada dengan pendapat sendiri, dan menolak bukti2 yang jelas terbentang depan mata.

Saya pun nak share jugak beberapa fakta yang saya temui dari beberapa jurnals:

1) Walker sangat famous walaupun telah jelas ia tidak membantu dalam proses development dan educational bayi

2) 25-50% Kemalangan yang melibatkan penggunaan walker akan mendapat kecederaan fizikal yang kekal

3) But in spite of design modifications, the walkers are still dangerous; a safer alternative to mobile baby walkers is the nonmobile activity seat (J Ernerg Nuts 1997;23:302-5)

4) 12% and 40% of children who use walkers experience an injury while in them

5) Walkers are hazardous primarily because they permit perambulatory children nearly unlimited independent mobility

6) 38.2% of mothers reported using walkers with one or more children, despite being aware of the associated risks at the time of use (Injury Prevention 2001;7:223–22)

7) Supervision was present in 78% of cases, including supervision by an adult in 69% of cases (PEDIATRICS Vol. 100 No. 2 August 1997)

8) It is not clear that the joy of mobility justifies the risk of injury to infants in walkers. It is a misperception for parents and other caretakers to think that placing an infant in a walker frees them from the responsibility of watching the infant. Infants in walkers require greater, not lesser, vigilance. Because vigilance cannot be legislated or engineered, society will have to decide if the benefits of walkers outweigh the risks (Pediatrics 1994;93;974)

Kesimpulan yg saya dapat dari artikel/journals ni ialah:

1)Untuk apa guna walker? Hanya kerana ia memudahkan kita buat kerja. Ini juga alas an sesetengah parents untuk biarkan anak mereka bebas tetapi mereka nk kurangkan burden untuk menjaga anak dan memerhati anak. Alternative: gunakan playpen dan letakkan anak dlm tu bersama2 toys jika kita nak masak ke, g toilet ke etc. Biarlah ada playpen kt dapur pun…xde masalah. Yang penting safety!

2) Statistik mengenai kemalangan menggunakan walker terlalu tinggi. Even 78% berlaku ketika parents melihat dan supervise anak2. Itu yang dlm penglihatan parents…Kalau ibu2 tgh sibuk memasak etc..pastinya lagi tinggi risiko sebab sesaat terlepas pandangan, macam2 boleh jadi. Kalau dh sibuk memasak tu, for sure takkan focus tgk anak kn?

3) Kononnya ramai yg kata walker ni kna supervise. Tapi tipu la kalau kata parents supervise anak tu selalu. Sebab alas an asal nk guna walker tu pun supaya memudahkan kita buat kerja kn? Kalau buat kerja/memasak… agak2 sentiasa supervise anak ke?

4) Kurangnye kes atau report mengenai kemalangan walker di Malaysia bukannya bukti yg kita kt Malaysia ni lagi pandai guna dan berhati2 banding westeners. Hakikatnya kt Malaysia ni kita tak buat report, kita xde org nk buat research and collect the statistics. Malahan ramai parents yang tak bagitau pun kemalangan yang berlaku. Diorang assume jatuh biasa je…xperlu susah2 report atau pegi cek.

Apapun, kepada pengguna tegar baby walker di luar sana…. Terpulang pada diri sendiri nak terima fakta2 ni atau tak. Apapun, tu anak kita sendiri. Jika sanggup terima risiko yg tinggi tu demi memudahkan diri, terpulanglah. Sebab kalau anak sakit etc, kita jugak yg akan jaga and susah hati kn? Tapi saya merayu satu je…jangan mengatakan baby walker tu selamat hanya kerana anda dan keturunan anda yang guna walker ni, tak pernah berlaku perkara buruk/major accident. Siap promote kata bagus utk development etc..which is against the evidence shown. Jika still nak guna, teruskan. Tapi tolong tukar statement anda kepada “ Despite the risks being shown, saya sanggup terima risiko tu demi kemudahan saya nk buat kerja etc”. Please acknowledge the risks..jangan sebarkan kpd org lain yang walker ni selamat dan safe. Sebab mana kita tau, dgn nasihat/pendapat kita tu, anak org lain yg dpt kemalangan. Dahla maklumat/nasihat salah, pastu sebab kita la org lain semangat nk beli walker.

Maafkan saya jika artikel ni agak pedas sket. Saya sgt kecewa dengan pemikiran ibu-ibu di Malaysia yg bangga dengan penggunaan walker dan mengabaikan fakta mengenai bahaya nya walker. You can arrogantly say that it is safe and good for you..just because nothing yet happens…. Kalau anak2 anda la yang termasuk dalam statistic kemalangan tu…. For sure u wont make that statement.

13 comments:

  1. Thanks..sgt setuju.dh puas terangkn pd org2 yg suruh sy gunakn walker utk my boy.mentaliti org msia mmg cmtu.x semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi penat bila diorang kata "kita dulu2 mak kita bagi pakai walker jugak...elok je jalan. masuk universiti...dapat degree" . bab tu...kita senyum jela. sebab apapun, tu anak kita. we have full control :)

      Delete
  2. Salam.Mcm mn pula dgn kerusi makan bby(not bumbo seat)..sy dh ltkkn bby dlm kerusi mkn sblm bby pndai duduk lg.ada efek pd tulang blkg bb x ye? Sy buat cmtu sbb nk ajr bby ms mkn kne duk di kerusi mkn..not dpn tv atau dlm walker.

    Pn.ida

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. saya rasa, sebelum bby pandai duduk, kita xleh force dia duduk sbb spine/tulang belakang dia masih belum kuat. the best advice yg saya boleh bagi..tunggu dia dapat duduk sendiri dulu baru kasi duduk atas kerusi makan. insyallah... that will be the best time utk train dia duduk utk makan jugak :)

      Delete
  3. salam, macam mana dengan buai? ada keburukan tak bayi yang suka berbuai selain daripada alasan malas nak bawak buai kalau nak kemana2. sebab saya pernah terbaca, bayi memang suka dibuai. seolah2 mereka berada dalam rahim ibu. dan mereka rasa lebih selamat dalam buai. tapi, ada keburukan lain x? tia

    ReplyDelete
  4. salam, macam mana dengan buai? ada keburukan tak bayi yang suka berbuai selain daripada alasan malas nak bawak buai kalau nak kemana2. sebab saya pernah terbaca, bayi memang suka dibuai. seolah2 mereka berada dalam rahim ibu. dan mereka rasa lebih selamat dalam buai. tapi, ada keburukan lain x? tia

    ReplyDelete
  5. Singgah baca.. Jom singgah blog saya http://www.shakleemamashop.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Pokok pangkalnya terpulang pada penilaian sendiri..
    Saya juga setuju yg walker sebenarnya tak membantu perkembangan kanak2..
    sebab dengan meneiarap, merangkak atas lantai dan membiarkan mereka mengekplorasi keadaan sendiri membuat perkembangan motor berkembang..

    ReplyDelete
  7. salam. setiap benda mesti ade kekurangan, tak lupa juga kelebihan. ibarat ade orang x setuju naik kereta dan drive sebab risiko kemalangan samada dilanggar atau melanggar mempunyai statistiknya yang tersendiri. jikalau puan bersungguh rasa taknak pakai walker, tak payah la pakai. cuba puan cari kelebihan menggunakan baby walker, mesti jumpa juga. dari penulisan mengenai insurans, sampai la kepada baby walker, semua ke arah pendapat puan lagi baik dari pendapat yang bertentangan. maaf kalau puan tersinggung sebab mungkin kebanyak penulisan puan juga menyinggung perasaan pembaca yang tak sengaja terjumpa blog puan. tujuan penulisan saya yang tak seberapa ni hanyalah untuk menasihati puan sebab hidup ini sebenarnya banyak pilihan, bergantung kepada kehendak seseorang, selagi tidak melanggar apa yang dilarang oleh islam. banyak yang hukumnya harus tetapi kita suka menjadikannya seolah2 seperti makruh mahupun haram demi menegakkan pendapat masing2. wallahualam.

    ReplyDelete
  8. I agree.. hidup banyak pilihan dan kita jangan judge pilihan orang lain semua salah. Moms knows the best. Setiap ibu kat funia ni tau apa yg terbaik untuk anak mereka.

    ReplyDelete
  9. I agree.. hidup banyak pilihan dan kita jangan judge pilihan orang lain semua salah. Moms knows the best. Setiap ibu kat funia ni tau apa yg terbaik untuk anak mereka.

    ReplyDelete
  10. I agree.. hidup banyak pilihan dan kita jangan judge pilihan orang lain semua salah. Moms knows the best. Setiap ibu kat funia ni tau apa yg terbaik untuk anak mereka.

    ReplyDelete
  11. I Agree To You good speech about baby walker thank,s for sharing
    https://findbestbabywalker.com/vtech-sit-to-stand-learning-walker-2/

    ReplyDelete