Kebanyakan melayu-islam di Malaysia ini sangat mementingkan makanan halal. Takutnya jika diketahui gerai makanan yang dibeli itu pemiliknya bukan melayu, birapun kedai itu sekadar menjual makanan vegetarian. Risaunya membeli barangan yang tiada tanda halal, biarpun hanyalah sekadar setin air soya. Rela menghabiskan duit minyak dan pergi jauh2 semata-mata untuk mencari kedai makan yang ada tanda halal JAKIM.
Kita terlalu takut jika termakan makanan yang tidak sah status halalnya, apatah lagi jika termakan daging babi dan sumbernya. Takutnya jika bahan makanan tersebut menjadi darah daging dalam diri kita. Hebatnya usaha muslim di Malaysia ini mencari makanan yang halal patut dipuji hinggakan peluang syarikat2 keluaran makanan halal semakin meningkat.
Namun, adakah haramnya sesuatu makanan itu hanya terletak pada bahan-bahannya? Ramai yang terlupa, sumber membeli makanan itu perlu dipastikan juga status halalnya walaupun makanan tersebut mendapat cop pengesahan halal.
Sepanjang 2 bulan bekerja, saya dapat melihat betapa mudahnya rezki kita yg pada asalnya halal.... bertukar menjadi haram. Kelihatannya ramai yang “punch card” tepat jam 8pagi dan “punch out” tepat jam 5. Namun, sepanjang jam 8 hingga jam 5 itu, jumlah kerja yg dilakukan tidak sama dengan jumlah gaji yg dibayar. Rehat yg hanya 1 jam menjadi 2 jam. Tidak dicampur dengan rehat “in between” masa kerja yg dihabiskan dengan melepak ataupun berjalan2 mencari rakan untuk bersembang.
Wahai sahabat, wahai teman.... sedarlah bahawa kita sebenarnya telah makan gaji hasil sumber yang haram. Duit gaji yang diterima itu tidak sama dengan tempoh yang sebenarnya kita habiskan untuk bekerja. Berhentilah “makan gaji buta” kerana hasilnya adalah ‘makanan yang haram’ juga masuk kedalam perut kita dan menjadi darah daging kita. Walaupun makanan itu zahirnya kelihatan halal, namun di sebaliknya ia adalah sumber yang dilarang
Berhentilah mengambil waktu rehat yang panjang..... cukup2 lah bersembang panjang dan melepak ketika waktu kerja. Jika ada kesempatan, buatlah kerja lebih masa untuk menampung masa2 yang telah kita ‘curi’ ketika masa kerja.
Siapa mahu makanan yang disuapkan ke mulutnya itu adalah makanan haram. Patutlah terasa susah mahu membuat kebaikan, terasa gelisah dan resah dalam hidup, terasa pekak telinga mendengar ayat-ayat Allah..... rupanya sumber rezeki kita masih samar2 status halalnya.
Jom sahabat... Jom kawan..... kita bersihkan sumber rezeki kita. Supaya hati lebih tenang, lebih mudah beribadah.... dan lebih mudah mengingati Allah... ameen :)
Hanisah Azhari
17/4/2010
Amanjaya, Kedah