"Berkongsi untuk lebih memahami, bercerita untuk mempelajari... kerana hidup ini hanya untuk Ilahi"
Thursday, June 10, 2010
Ketenangan yang hilang
Aku rindu... rindu kepada ketenangan yang dulunya milik hati ini. Rindu ketenangan yang dikurniakan Allah satu ketika dahulu....
Baru sekarang diri ini menyedari, nikmatnya memiliki sebuah ketenangan. Baru kini ku fahami, indahnya ketika dikurniakan ketenangan yang kini bukan milikku lagi.
Penatnya bekerja, lebih penat lagi mengawal mental dan emosi manusia yang pelbagai karenah. Penatnya memujuk hati menghadapi manusia yang saban hari hobinya menyakiti hati-hati insan lain. Lelahnya terasa memendam rasa hati terhadap manusia yang bongkak dan angkuh di atas pangkat dan kelebihan diri. Letihnya terasa, bila pulang ke rumah, di bawa sekali perasaan sakitnya hati pada manusia-manusia itu.
Hati ini merindui.... rindu pada ketenangan yang pernah Allah kurniakan dahulu...
Sebelum pulang ke Malaysia, hati ini tenang biarpun tinggal di negara yang majoritinya bukan muslim.
Hati ini bahagia biarpun dengan duit poket yang terpaksa dijimatkan... walaupun terpaksa berjimat cermat dengan duit yang terhad...
Biarpun terpaksa mengorbankan masa lapang untuk "part time" job..... biarpun cuti-cuti semester dihabiskan untuk mencari duit poket tambahan..... biarpun menjadi "cleaner", "shelver" mahupun meredah kesejukan untuk memetik buah-buah epal di kala hujan mahupun panas.... namun aku bahagia.
Kadang kala tertanya, mengapa lebih mudah menemui ketenangan di negara orang, namun susah mencarinya di tanah air sendiri.
Mungkinkah tempoh 5 tahun dikurniakan ketenangan itu.... adalah tempoh ujian yang di beri oleh Allah kepadaku. Untuk menguji adakah diri ini termasuk di dalam golongan manusia yang bersyukur.
Subhanallah... Allahuakbar..... Astaghfirullah ..... ampunkan diri ini ya Allah. Terleka atas nikmat ketenangan yang Kau beri. Hingga pada ketika Engkau menarik kembali nikmat itu dari hati ini, baru ku sedar betapa tinggi nilai sebuah ketenangan.
Ya Allah.. Ya Rahman.... Ya Ghaffar....
Ku mohon dengan sepenuh hati, kurniakan kepadaku hambamu yang lemah ini, kembalikan semula ketenangan yang pernah ku miliki suatu ketika dahulu. Aku tunduk sujud padamu, memohon belas kasihan darimu kerana sesungguhnya aku hamba yang lemah.
Kuatkan semangatku, tabahkan hatiku untuk menghadapi dunia yang sementara ini.
Pada-Mu ku memohon dan meletakkan sepenuh pengharapan.
" Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
Ameen... ameen ya Rabbal alamin...
Hanisah
Sg Petani, Kedah
Subscribe to:
Posts (Atom)