Friday, March 23, 2012

PERJALANAN MEMBELI INSURANS 2

Selepas terkena buat kali pertama….dan harapnya yg terakhir, perjalanan mncari medical insurans pun bermula. Kali ni lebih berhati-hati dan pastikan ejen tu cukup pengalaman . Akhirnya, jumpa dgn AIA insurance, 1 medical card 1 family. Basically, xyah beli med card individual, beli 1 je dan semua blh guna… anak2 pn unlimited number. Tak kirala ada 10 org anak pun, still bayar sama. Yang ni mmg menarik dan panel hosp AIA ni pn mmg byk dan tak susah bab2 claim. Kemudian pegila jumpa ejen ni buat kali pertama dan kami juga plan nak amik education investment utk twins. Ejen ni dh 7 tahun pengalaman jual insurans, jadi dia byk tau apa yg besanya ejen2 akan trick customer. Antara advice yg dia bagi kami adalah:

1. JANGAN amik educational plan utk anak2 sebab kita tak untung byk. AIA walaupun ada produk tu, tapi dia mmg tak suggest beli sebab dia sendiri tau tak untung dan sama juga dgn company lain. Dia suggest beli ASB LOAN utk education anak2..lebih untung dan meyakinkan.

2. Kalau beli insurans, jgn amik “riders” yg kecik2 tu, walaupun ejen akn kata kita byr serendah rm3 je setahun, tp itu cara depa nk untung.cthnya amik rider yg katanya dpt pampasan 40ribu kalau kena langgar kt perhentian bas (prudential bsn jual mende ni) mmg mengarut, tp ejen tambah je kt kita punya pakej, kita pn x sedar kita byr mende ni sbb byr cthnya rm3 je setahun.dia akn ada byk riders kecik2 ni, dan total up kita byr bykla jgk. Kalau seratus org ejen tu berjaya yakinkn amik rider yg ngarut2 ni, dh byk dh dia untung sebenarnya.

3. Kalau amik med card, tak payah amik rider yg kata kita dpt pampasan cthnya rm300 sehari bg setiap hari yg kita kna admidt hosp. Mmg nmpk mcm best, tp actually itu duit kita sendiri yg kita byr bulan2 kt company. Even sebenarnya company dh amik percentage yg lg tinggi dr kita byr. Actually, kita yg byr diri sendiri at the end.bila kita dh tua dan selalu masuk hosp nanti, jgn terkejut kalau company akan suruh naikkan bayaran premium sbb kita claim lg byk dari yg kita byr bulan2…so diorang tak nak rugi.

4. Ejen akan pujuk kita invest dlm company tu, kononnya itu cara terbaik supaya kita komited dpt saving bulan2. Pastu dia akn buat ‘projection’ berapa byk kita akn dpt dlm 20tahun akn dtg. The truth is….projection tu agakan mereka shj and its too good to be true. Tu saje nk kaburkan mata kita. Sedangkan kalau kita melabur tmpt lain spt ASB, kita dpt untung jauh lg byk dlm tempoh lg cepat. The truth is, melabur dlm insurance company tak untung, dhla xleh kluakn duit kita tu sepenuhnya. Diorang amik profit dan kos utk maintain akaun kita tu sgt tinggi, sbb tu diorang untung.

5. Ejen akan sebolehnya suruh kita amik riders yg kecik2 ni, sebab dia nk profit. Walaupun bayaran kecik je, tapi semua tu tak perlu. Tak payahla nk insure semua mende, ambil yg basic je. Ni semua tricks ejen tu nk untung

Kesimpulan yg sy dpt, JANGAN melabur/invest kt insurance company. TAK PERLU beli education plan utk anak2 sebab kita tak untung byk pun. Projection yg dia buat utk 10-20thn lg tu, tak betul pun. Jgn mudah dikaburi dengan semua tu. Sebab diorang amik lg byk dr yg kita dapat. Kalau nk invest utk anak2, beli ASB loan, especially maybank dh ada Islamic ASB loan skrg ni. Takaful hayat tak perlula nak beli yang mahal2, sebab mmg company yang untung, bukannya kita. Sbb kebarangkalian nya terlalu sikit. Kita perlu percaya dgn qada’ dan qadar dan ketentuan ilahi. Hakikatnya kita rugi byk sebab bayar premium yg tinggi.kalaupun nk beli, amik yg basic je, xyah amik riders yang kecik2 tu, memangla mcm byr rm5 je setahun, tp kita tak perlu pun and at the end, company yg makin kaya. Yg bestnya, ramai yg amik riders yg byr kita elaun pd setiap hari kita kna admit hosp , cthnya kita dpt elaun rm200 utk setiap hari kita masuk hosp. hakikatnya, duit tu dtg dry g kita byr bulan2, bukannya company bagi pon. Mmg nmpk syok je kalu dpt duit bila kna admit. Tapi later on bila kita slalu sakit n msk hosp, company akan naikkan premium bulan2, sbb kita claim lg byk dr yg kita byr dan diorang xnk rugi. This is the truth yg ramai org xsedar. At the end..company hanya mencari UNTUNG.

Oklah,smpai di sini sahaja. Moga apa yg berlaku ni dpt bagi pengajaran utk org lain. Nak jadi ejen insurans mmg susah sbb byk possibility kita x disclose the real situation kt customer sbb kita nk jaga periuk nasi. Kalau bgtau kebenaran kt customer, confirm diorang xbeli kn? Ejen kami ni pn jual produk medical card je, itupun dia x suggest kami amik riders abb dia pn tau yg kami xkan untung pun. Even AIA byk lg produk insurans lain, dia memang xnak jual sbb dia tau hakikat sebenar dan dia tak nak customer rugi. Sangat berbeza dgn ejen berkopiah kami yang sebelum ini…..

PERJALANAN MEMBELI INSURANS..

Semuanya bermula masa mula2 masuk kerja kt hosp sg petani, dlm 2 tahun lepas. Selalu ada booth promote pasal insurance…dari maybank, takaful ikhlas, cimb, prudential , great eastern etc. selalu jugak dpt phone calls dari ejen2 promote insurans masing2. So far, semuanya individual medical kad, maksudnya kna bayar utk setiap org. memang tercari-cari medical kad utk 1 keluarga sahaja. Tapi, dalam tempoh tu memang tak finalise apa2, Cuma dengar dan kaji je dulu.

Akhirnya, nov tahun lepas kami beli jugak medical insurans + takaful hayat dr prudential BSN. Untuk anak2, beli education investment sekali..kononnya utk secure pendidikan. Orang ckp nk beli insurans kena cari ejen full time, supaya dpt buat kerja dgn betul. Org jugak pesan, pilihla ejen yg kita kenal, ataupun di kalangan kawan2 supaya tak kena tipu. HAKIKATNYA…. 2-2 pun salah dan kami mmg tak bernasib baik. Ejen yg kami dpt ni adalah suami kawan sendiri, berkopiah (Nampak meyakinkan) dan full time.

Bukan nk kata kami kena tipu, Cuma saya classify sebagai dia tak “disclose all important information”. Dia rush kami untuk sign agreement sebab katanya ada promotion yg bagus. Bila semua dh approve, policy dihantar lambat, melebihi tempoh 14 hari “free cancellation period” yg menyebabkan kami tiada pilihan untuk quit/tukar jika tak setuju sebab xsempat baca polisi. Bila dh khatam polisi tu berkali2, baru kami sedar terlalu byk loopholes dlm polisi tu yang akhirnya…company untung jauh lg byk. So, contact ejen, kata nk terminate. Ejen dtg jumpa, dan yakinkan kami jgn terminate. Katanya, kalu nak quit pun, tunggu setahun dulu, sbb banyak masalah akan timbul kalau tak cukup setahun. Sebab sakit hati dengan ejen yang tak membantu, kami decide terminate sendiri ikut thru company. At the same time email la jugak ejen tu, tapi sampai sekarang dia buat tak tau je even company pun dh maklumkan ejen tu yg kami ni nak terminate. Kesimpulannya:

1) Kalaupun ejen tu kawan kita, jangan mudah percaya sebab ni periuk nasi diorang, so mereka memang nak untung banyak.

2) Tahun pertama kita amik insurans hayat tu, 60% akan pergi ke company+ ejen, 40% je yg masuk tabung kita. Tahun ke-2 hingga ke 6, still high percentage jugak akan ke company/ejen. Tahun ke 7 baru 100% masuk ke akaun kita. Sebab tu diorang nk hold kita smpai 6 tahun supaya diorang untung.

Bersambung……

Thursday, February 16, 2012

SETIAP SAAT YG BERHARGA


“ Manfaatkan masa lapangmu sebelum tibanya masa sempit”


Kelahiran 2 cahaya mata kurniaan Allah ini memberikan sejuta perubahan dalam hidupku. Ramai yang bertanya…”tak penatke jaga twins?” Tak kurang juga yg bertanya mengapa kami tidak mengambil orang gaji bagi memudahkan kerja-kerja kami. Jawapannya, hanya Allah sahaja yang tahu cabaran dan dugaan membesarkan dan menjaga anak kembar ini. Tak pernah terlintas dalam fikiran kesusahan yang akan dialami. Sebelum melahirkan, diri merasa yakin mampu untuk mengendalikan mereka selepas lahir. Namun apabila masa itu benar2 tiba, hakikat realiti lebih jauh dari pengharapan. Diucapkan selamat tinggal kepada tidur malam yang nyenyak, masa siang yang panjang dan kemudahan keluar berjalan2. Segalanya perlu dirancang, perlu diteliti dan apa sahaja yg bakal berlaku perlu dilalui dengan tabah.

Namun dalam banyak2 perkara yang berlaku, ada satu perkara yang saya sangat syukuri selepas mendapat anak kembar ini…iaitu nikmat MASA. Setiap detik yang berlalu, membawa erti yang sangat bermakna dalam hidup. Sekarang ini sudah tidak mampu untuk menikmati tidur siang yang selesa biarpun fizikal dan mental terlalu penat. Jika dapat tidur 5 minit pun dah kira cukup bersyukur. Ketika anak2 tidur siang, walaupun hati meronta-ronta untuk tidur sebentar namun fikiran mengatakan terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Maka dikuatkan diri untuk melawan keletihan dan meneruskan kerja2 rumah. Subhanallah, betapa masa itu sungguh singkat. Kalau dulu duduk depan TV berjam-jam pun tidak rasa ruginya, namun sekarang 10 minit tanpa berbuat apa2 telah cukup untuk membuatku merasa bersalah.

Alhamdulillah, diri ini bersyukur kerana dikurniakan anak kembar. Terima kasih padamu ya Allah kerana telah memilihku untuk menanggung cabaran ini. Mungkin selama ini diri ini lalai menghargai masa, lalu Kau kurniakan anak-anak yg comel ini untuk mendidikku. Walaupun kadang kala terasa putus asa, namun ku tahu, Allah memberikan ujian dan cabaran sesuai dengan kesanggupan hambanya. Alhamdulillah, syukur menjadi manusia terpilih untuk ujian ini. Moga masaku lebih bermakna dengan kelahiran mereka. Semoga Allah mengampunkan dosa silamku yang telah banyak membazirkan masa. Semoga Allah memberkati setiap saat dalam hidupku supaya apabila ditanya di akhirat kelak, diri ini dapat menjawabnya. Dan yang paling penting, moga atas segala pengorbanan ini, dosa2 ku dihapuskan dan pahalaku digandakan…ameeen.


Important: Terima kasih juga kpd suamiku yg terlalu byk berkorban dan membantu... moga kelahiran 2 anak comel ni menguatkan cinta kita... q(^v^)p

Monday, February 13, 2012

okonomiyaki


Okonomiyaki... or also known as Japanese Pizza. 1st time I ate this food was when my beloved housemate (syu) made when we were flatting at cargill st. syu just loved making it, and everytime we had a gathering, she'll make it. anyway, for those who wanna try it... this is the recipe (which is damn easy :) )


shredded cabbage
sliced onion
flour
water
1 egg
pinch of salt
prawns ( if you wish to add protein- i use udang geragau)

mayonaise and oyster sauce for topping

mix onion, prawn, egg and cabbage in a bowl. add flour and mix. add a bit of water. well, i did not use any measurement. just keep on balancing the amount of water and flour to make eveything stick together. dont add too much flour as it will make it like "cucur". it should be sticky and thick consistency. lightly oil the pan (nonstick pleasee....) and spread the batter, dont make it too thick. cook under low heat until brown and flip. to check whether its cook, poke with a knife, if its clean, means its cooked. i even put it in the oven for few minutes just to cook it for longer. then spread the mayonaise and oyster sauce on top. (oyster sauce can be quite salty). lastly, just open ur mouth as big as possible... and enjoy the okonomiyaki :)

you can find it on youtube for step by step instructions.... GOOOOOOD LUCK!

Friday, May 20, 2011

Apabila Dosa Dianggap BIASA

Perasaan takut melakukan kemungkaran adalah nikmat yang tidak terhingga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Takut terlibat dalam dosa adalah tanda iman itu masih ada dan subur dalam diri, juga tanda yakinnya manusia bahwa Allah itu sentiasa ada dan melihat segala perbuatan kita.

Bila hilangnya perasaan malu atas dosa, atau lebih teruk lagi menganggap perbuatan berdosa itu sebagai halal, mungkin tu petanda bahawa kita semakin jauh dari petunjuk dan hidayah Ilahi.

Anak-anak itu anugerah Allah, dan setiap ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar untuk mendidik mereka di atas jalan yang benar. Adalah wajib bagi ibubapa untuk mendidik malah menyediakan persekitaran yang islamik kepada anak-anak supaya mereka membesar dengan jiwa Islam.

Kita di Malaysia ataupun mereka di negara2 Islam yang lain sebenarnya bertuah kerana dibesarkan dalam suasana dan persekitaran Islam. Hanya dengan melihat persekitaran sekeliling mampu menjadi alat pendidikan yang berguna kepada anak2 sejak kecil. Sesetengah perkara dapat difahami yang ianya salah disisi agama hanya dengan melihat apa yang berlaku. Contohnya dari kecil kita secara automatik memahami bahawa perempuan muslim wajib menutup aurat dengan melihat perempuan bertudung di sekeliling kita.

Mengamalkan atau tidak merupakan hal lain. Yang penting, hati nurani itu dapat membezakan yang halal dan haram. Pada pendapat saya, adalah lebih baik orang yang tau perkara itu halal atau haram tetapi memilih tidak mengamalkannya berbanding orang yang tidak tau langsung sesuatu hal itu halal ataupun haram. Kerana jika ada yang bertanya, golongan yang tidak tau ini akan mudah memberi maklumat salah tentang agama jika dibandingkan dengan orang yg berkata “ aku tau mende tu haram, tapi aku nak buat jugak”.

Tinggal di NZ selama 5 tahun byk mengajar saya tentang membesarkan anak dalam persekitaran Islam. Saya melihat dikalangan keluarga muslim yg berhijrah ke luar Negara, kebanyakan ibubapa mempunyai kefahaman yang sangat bagus tentang islam. Namun apabila melihat anak2 mereka yang dibesarkan di luar Negara itu, mereka jauh bezanya berbanding ibu bapa. Jika menutup aurat pun, pakaian nya ketat dan seksi… ala-ala barat; jauh berbeza dr ibunya. Anak2 ini tidak dapat membezakan perlakuan yang haram dan halal kerana perkara haram itu dilihat diamalkan oleh majority manusia di sekeliling mereka. Mereka membesar dengan memahami bahawa perkara haram itu diamalkan oleh semua, maka tidak salah jika mereka mengamalkannya. Bagi mereka, berpelukan lelaki perempuan, pergi ke kelab2 walaupun tidak meminum arak, pergaulan yang bebas dan pelbagai lagi perkara yang dilarang itu adalah perkara biasa dan tidak salah diamalkan.

Mungkin inilah silapnya apabila ibubapa memilih untuk berhijrah ke negara barat, mereka hanya memikirkan pendidikan terbaik untuk anak2, tetapi mereka terlupa untuk menyediakan persekitaran islamik kepada anak2 supaya mereka terbiasa dengan perkara halal dan dapat membezakannya dgn perkara haram. Tidaklah boleh disalahkan anak2 itu kerana mereka telah dibesarkan dengan memahami bahawa budaya barat itu adalah sebahagian dari hidup mereka. Budaya islam mungkin hanya tinggal sebagai sejarah buat ingatan.

Ibubapa perlu mengambil berat dlm menyediakan persekitaran islamik dalam pembesaran anak2, bukan sekadar sibuk ingin menjadikan anak2 berjaya dalam hidup semata. Kerana akhirnya, akhirat itu jua arah tujuan kita. Pada ketika itulah kita akan ditanya tentang amanah yang telah diberikan oleh Allah kpd kita. Jadi ibubapa di luar sana, mungkin tiba masanya kita check balik jenis persekitaran yang kita berikan kepada anak2 kita; tak kiralah di ceruk mana pun yg kita tinggal. Biasakanlah mereka dgn budaya dan persekitaran Islam…. Kerana itulah yang dituntut dan itulah yang terbaik bagi mereka di dunia dan akhirat!

"Sesungguhnya seorang Mukmin itu melihat dosa-dosanya
seolah-olah dia berada di kaki sebuah gunung,
dia khawatir gunung itu akan menimpanya.
Sebaliknya, orang yang durhaka melihat dosa-dosanya
seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya,
dia mengusirnya dengan tangannya –begini–, maka lalat itu terbang”.
(HR. at-Tirmidzi, no. 2497 dan dishahîhkan oleh al-Albâni rahimahullâh)

Sunday, May 15, 2011

Silence

Terlalu lama berdiam diri, menyepikan diri, menjauhkan diri dari menulis. Kerinduan untuk menulis datang kembali. Keinginan untuk menyambung menulis disuburkan kembali setelah menerima sebaris pesanan yang bertanyakan mengapa terlalu lama diri ini tidak menulis.

Salah siapa? Masa? Kerja? atau kepenatan yang tak seberapa selama setahun menjadi intern pharmacist? Huh, salahkan diri sendiri. Nak kata penat, HO lagi penat. Nak kata takde masa, duduk Sg Petani tu bukannya sibuk pun.

Hakikatnya, diri ini kehilangan semangat untuk menulis. Bukan kerana tiada idea, tapi kerana terlalu banyak yang ingin dikongsi. Intern year selama setahun memberi terlalu banyak idea untuk dikongsi, diluahkan dan dicoretkan. Mungkin bila dah terlalu banyak yang nak diceritakan, saya end up with nothing...kosong. Give up kerana terasa tak sempat nak tulis apa-apa.

Sekarang, setelah tamatnya intern year, kini semangat itu datang kembali. Ingin menulis kembali cerita-cerita sepanjang intern year, yang mungkin dapat memanfaatkan semua.

InsyaAllah, selepas ni Hanisah Azhari akan merajinkan diri menulis. Menyuburkan kembali hobi ketika di zaman sekolah dulu. Hmm.... teringat koleksi cerpen-cerpen peribadi yang ditulis sejak zaman sekolah. Huh, rasa menyesal pulak sebab dah terbuang masa pindah haritu (T-T)

Wednesday, August 25, 2010

Ke Mana Perginya Janji Manismu?

tik tok.. tik tok....


pantas masa berlalu. sedar2 sudahpun melangkah separuh masa pertama bulan Ramadhan.


Gembira nk beraya ataupun sedih Ramadhan hampir habis?


Memikirkan janji-janji yang pernah ditaburkan sebelum tibanya ramadhan... hati terasa sayu dan sedih.

Dulu......


Janji ramadhan kali ini lebih baik dr tahun lepas... (every year pn janji camni)


Nak baca quran banyak2... nk cuba khatam quran..... ( huh... skrg dh brape pages ye?)


Nak bangun sahur dan makan byk2 supaya x lose weight sbb puasa... (sebab xsuka makan sahur, suka minum susu je)


Nak bagi sadaqah kat orang2 miskin.... kesian diorang xde duit (T_T)


Nak bangun malam, qiam dan mohon pengampunan dr Allah.... (memikirkan dosa yg menggunung tinggi)


Nak bina kesabaran diri.... jangan dok asyik naik angin je....


Nak masak sedap2 utk berbuka.... (supaya x bazir beli kt bazar)


Nak buat kuih raya (eh.... termasuk dlm ibadat ke?)


Nak banyakkan mengingati mati dan lebihkan ibadah.... takut2 ini Ramadhan yg terakhir buatku....


Tapi..... tapi..... tapi....


Dh " half way through ".....


Masih terasa jauh utk mencapai semua tu.

Ya Allah.. hebatnya ujian Mu. Sesungguhnya lebih mudah utk berjanji dan merancang.... namun bila tiba masanya, nafsu kemalasan menguasai diri (xleh salahkan syaitan.... sebab diorang kene "ikat" !!! )

Astaghfirullah... ampunkan aku Ya Allah. Lalai sungguh diri ini...

Haih.... sedihnya. Terasa separuh Ramadhan dibazirkan sia2.

Tapi... ada lagi separuh. Yeay!!!!

Jangan sedih, jangan menyesal. Peluang masih ada. Masih ada 2 minggu utk merebut nikmat Ramadhan ini. Moga Allah panjangkan usia kita, kuatkan iman kita, dan tingkatkan semangat kita utk terus menambahkan amal ibadat.

" Non - believers" kata Ramadhan ni masa berlapar dan dahaga.... and of course mereka rasa kita ni seksa diri. But for us the chosen one, The Believers, Ramadhan is a month of blessings. Rugilah mereka dan untunglah kita yg berlumba2 utk beribadah.

Jom semua, kita panaskan enjin ibadah kita.... ni la masa nk memecut. Tukarkan ke minyak petrol 97, masuk gear 5, dan tekan pedal sekuatnya untuk beribadah! This is much better than 99% discounts at Jusco ( rugila sape yg "ignorance" utk beribadah )

Raise your hands and make duaa, May Allah give us the strength to be the best among the believers... ameeen


" Tepuk dada... tanyalah imaan"


Hanisah SP

Saturday, August 7, 2010

Ke mana perginya doa-doaku?




Setiap hari kita berdoa. Berdoa untuk pelbagai perkara yang kita mahukan, sama ada di dunia ataupun di akhirat.

Pelajar2 berdoa untuk berjaya dgn cemerlang.....

Ibubapa berdoa untuk kejayaan anak2...

Peniaga berdoa untuk keuntungan yang berganda....

Pesakit2 berdoa untuk cepat sembuh.....

Namun dalam pada kita berdoa dan meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah, pernahkah kita tertanya-tanya kenapa doa kita tidak dimakbulkan? Sudah penat rasanya bangun malam....dan telah banyak air mata yang membasahi dalam memohon pada-Nya. Siang malam kita berdoa.... tetapi masih belum di makbulkan. Kegagalan demi kegagalan berlaku.

Ke manakah perginya doa-doa ku Ya Allah?

Kadang2 iman yang lemah ini bertanya-tanya pada diri. Mengapa terlalu lambat rasanya doa2 ku dimakbulkan. Terlalu lamanya diri ini menunggu dan menanti, namun impian masih belum menjadi kenyataan. Ya Allah.... makbulkanlah doa-doaku.....

Bertanya-tanya pada diri, mencari jawapan di sebalik semua ini.

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will Always Be There
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will Always Be There
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way

To Allah you should turn

As HE promise HE will Always Be There… (Maher zain)



Jangan bersedih wahai hati. Walaupun doa-doamu kelihatannya tidak dimakbulkan, Allah Maha Mengetahui.

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Rendahkanlah diri ini ketika memohon kepada-Nya. Jangan meminta dlm keadaan terburu-buru, dan letakkanlah sepenuh pengharapan pada Nya.

Janganlah sekali-kali bersangka buruk kepada Allah. Sesungguhnya Allah telah berjanji terhadap setiap makhluk yg berdoa, bahawa ia akan dimakbulkan.

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

Teruskan berdoa tanpa rasa keraguan dalam hati. Kepada Allah diletakkan segala pengharapan dan pergantungan sepenuhnya.

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Kita sentiasa mengharapkan doa kita dimakbulkan dalam bentuk yang sama seperti yg kita minta. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah mungkin menggantikan doa itu dgn sesuatu yg lebih baik, memberi pengampunan dosa, memelihara kita dari keburukan atau musibah, ataupun Allah menggantikan doa itu dengan sesuatu yang lebih baik lagi di akhirat kelak.

“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih)

Alhamdulillah... subhanallah.... ada jawapan di sebalik semuanya.

Wahai hati, berhentilah bersedih. Sapulah air matamu atas sebuah kekecewaan yang tidak berasas. Teruskan berdoa, kerana itu tanda menjadi seorang hamba. Letakkan pengharapan sepenuhnya hanya pada Allah. Telah dijanjikan kebaikan yang tidak ternilai di sebalik doa-doa itu. Yakinilah dlm hati... janji Allah itu benar.

« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).

Ya Allah, ampunkan diri ini kerana terlalu gopoh dlm berdoa, terlalu pantas berputus asa dan terlupa dengan janji-janji Mu. Wallhualam.



Hanisah Azhari
Ipoh


(Olahan dari http://drmaza.com/home/index.php?s=doa+mustajab)

Thursday, June 10, 2010

Ketenangan yang hilang



Aku rindu... rindu kepada ketenangan yang dulunya milik hati ini. Rindu ketenangan yang dikurniakan Allah satu ketika dahulu....

Baru sekarang diri ini menyedari, nikmatnya memiliki sebuah ketenangan. Baru kini ku fahami, indahnya ketika dikurniakan ketenangan yang kini bukan milikku lagi.

Penatnya bekerja, lebih penat lagi mengawal mental dan emosi manusia yang pelbagai karenah. Penatnya memujuk hati menghadapi manusia yang saban hari hobinya menyakiti hati-hati insan lain. Lelahnya terasa memendam rasa hati terhadap manusia yang bongkak dan angkuh di atas pangkat dan kelebihan diri. Letihnya terasa, bila pulang ke rumah, di bawa sekali perasaan sakitnya hati pada manusia-manusia itu.



Hati ini merindui.... rindu pada ketenangan yang pernah Allah kurniakan dahulu...
Sebelum pulang ke Malaysia, hati ini tenang biarpun tinggal di negara yang majoritinya bukan muslim.

Hati ini bahagia biarpun dengan duit poket yang terpaksa dijimatkan... walaupun terpaksa berjimat cermat dengan duit yang terhad...

Biarpun terpaksa mengorbankan masa lapang untuk "part time" job..... biarpun cuti-cuti semester dihabiskan untuk mencari duit poket tambahan..... biarpun menjadi "cleaner", "shelver" mahupun meredah kesejukan untuk memetik buah-buah epal di kala hujan mahupun panas.... namun aku bahagia.

Kadang kala tertanya, mengapa lebih mudah menemui ketenangan di negara orang, namun susah mencarinya di tanah air sendiri.

Mungkinkah tempoh 5 tahun dikurniakan ketenangan itu.... adalah tempoh ujian yang di beri oleh Allah kepadaku. Untuk menguji adakah diri ini termasuk di dalam golongan manusia yang bersyukur.

Subhanallah... Allahuakbar..... Astaghfirullah ..... ampunkan diri ini ya Allah. Terleka atas nikmat ketenangan yang Kau beri. Hingga pada ketika Engkau menarik kembali nikmat itu dari hati ini, baru ku sedar betapa tinggi nilai sebuah ketenangan.

Ya Allah.. Ya Rahman.... Ya Ghaffar....
Ku mohon dengan sepenuh hati, kurniakan kepadaku hambamu yang lemah ini, kembalikan semula ketenangan yang pernah ku miliki suatu ketika dahulu. Aku tunduk sujud padamu, memohon belas kasihan darimu kerana sesungguhnya aku hamba yang lemah.

Kuatkan semangatku, tabahkan hatiku untuk menghadapi dunia yang sementara ini.

Pada-Mu ku memohon dan meletakkan sepenuh pengharapan.

" Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

Ameen... ameen ya Rabbal alamin...


Hanisah
Sg Petani, Kedah