Wednesday, June 5, 2013

ISU UBAT HALAL DI MALAYSIA





(Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman saya bekerja di KKM. Isi kandungan ini tidak mewakili KKM, JAKIM atau mana2 pharmacutical companies. Hanya pendapat peribadi dan tiada conflict of personal interest. Jika ada cadangan, teguran atau perkongsian ilmu, sila email saya di hanisahazhari@gmail.com )

Persoalan ubat berlabel halal menjadi isu hangat semenjak dua menjak ini. Kita selalu Nampak label halal pada supplements, ubat-ubatan herba, ubat tradisional, namun kita tidak jumpa tanda HALAL jakim pada mana2 kotak ubat yg dilabelkan sebagai pharmaceutical drugs.. seperti Panadol, Piriton dan sebagainya.

Asalnya, saya juga cuba memahami isu ini. Setelah menghadiri seminar/forum di PPUM pada akhir 2011/awal 2012 (lupa tarikh), di mana panel2 nya ialah wakil KKM-BPFK (www.bpfk.gov.my), wakil dari JAKIM, Mufti perlis (Dr Juanda Jaya) dan wakil pharmaceutical company – CCM pharmaceuticals. Forum ini membincangkan isu ubat halal di Malaysia.
Antara isu yang dibangkitkan ialah persoalan mengapa JAKIM tidak keluarkan tanda halal pada ubat2 di Malaysia, ini termasuklah vaksin. Kita kena faham procedure untuk dapat tanda halal JAKIM dulu.
Untuk dapat cop HALAL jakim, companies kena request kepada JAKIM. Saya tak pasti ada caj atau tidak untuk request mende ni. Kemudian, Jakim akan process dan buat inspection dan investigation. Dari masa ke semasa, Jakim juga akan buat inspection untuk memastikan companies tu mengekalkan piawaian yang ditetapkan.
Sekarang..kita tengok pharmaceutical companies pulak. Kebanyakan pharmaceutical companies kilang2 nya di luar Malaysia. Dan pemilik2 kilang ni secara logiknya takkan  kisah pun nak apply untuk dapat tanda Halal Jakim, sebab ini melibatkan JAKIM kena datang ke kilang mereka di luar Negara (saya tak pasti siapa yg perlu tanggung kos tersebut)
Kilang2 ni pasaran mereka luas, dan mereka mungkin xdela desperate sangat untuk jual di Malaysia dan takla desperate sangat untuk mendapatkan Halal Jakim tu. Tapi..kita perlukan ubat2 mereka untuk diberikan kepada pesakit kita di Malaysia. Bukan semua pharmaceutical companies di Malaysia dapat menghasilkan semua ubat2 yang ada. Kilang2 di Malaysia ada hadnya. Dan tidak dapat dinafikan, kualiti ubat2 keluaran kilang di Malaysia jauh lebih rendah berbanding keluaran luar Negara. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya terhadap ubat2 di hospital dan pengalaman bekerja di BPFK.
Saya sendiri lebih cenderung untuk memilih ubat2 keluaran luar Negara berbanding local companies sebab kualiti yg rendah (perdapat peribadi samata-mata).  Ini juga adalah isu bagi innovator drugs..iaitu pharmaceutical companies yg mula2 keluarkan/jumpa ubat tu. Contohnya…innovator bagi paracetamol ialah Panadol. Generik bagi paracetamol ialah uphamol dan juga brand2 lain yg bahan aktif adalah paracetamol.
Pengalaman bekerja di hospital juga menunjukkan doktor2 pakar akan minta bahagian farmasi untuk supply ubat dari kumpulan innovator drugs ini. Sebab mereka merasakan innovator drugs ini kualiti nya jauh lebih tinggi dan lebih berkesan berbanding generic drugs.
Jadi, jika KKM membenarkan tanda halal JAKIM diletakkan pada ubat-ubatan…. Maka most probably kita akan jumpa tanda halal ni hanya pada drugs keluaran local companies…sebab overseas companies mungkin tak bother sangat untuk apply tanda halal ni.
Masalah akan timbul bila patient start request…. Saya hanya mahu ubat yang ada tanda halal Jakim sahaja. Disebabkan akan ada limitation ubat2 yg ada tanda halal Jakim (sebab bukan semua companies akan apply), maka kemungkinan besar patients akan menolak ubat2 yg xde tanda halal sedangkan mereka memerlukan ubat2 tersebut. Patients juga akan cenderung untuk tidak makan ubat yg diberikan doctor jika tiada label halal pada ubat tersebut…dan akhirnya menyebabkan kesihatan mereka jadi taruhan.
Hal ini juga akan menimbulkan masalah dalam proses perubatan di hospital bila pesakit akan mula mempersoalkan apa yg doctor prescribe. Urusan di hospital akan menjadi chaos dan lambat kerana doctor dan pharmacist perlu menerangkan mengenai keperluan pesakit mengambil ubat yg xde tanda halal…. Sedangkan keadaan pesakit adalah darurat.
Bila ada ubat yang ada tanda Halal jakim…akan ada persepsi yang ubat yg xde cop halal tu adalah ubat yg TAK HALAL atau diragui status halal. Sedangkan hakikatnya companies tersebut memilih untuk tidak memohon status halal dari jakim dan pada masa yg sama ubat2 mereka adalah sebenarnya 100% vegetarian dan tidak perlu diragui status halal. Ini akan menimbulkan banyak masalah terutama kepada golongan yg tidak memahami science dan proses2 penghasilan ubat-ubatan. Kita takut berlaku kemudaratan lebih besar pada kesihatan pesakit yang hanya mahu mengambil ubat-ubatan yang ada cop halal JAKIM.
 Satu lagi isu ialah kandungan ethanol dalam ubat..contohnya ubat batuk dan carminative mixture. Secara general…ramai menganggap ethanol adalah arak.. dan arak adalah haram. Ada yang  tidak faham bahawa ethanol dalam ubat itu bukannya arak kerana pharmaceutical ethanol adalah berbeza dari food ethanol…iaitu arak. Menurut taklimat dari Dr juanda jaya…pengambilan ubat ialah jatuh kepada status darurat. Kita takkan suka2 nak ambil ubat..melainkan apabila kita jatuh sakit dan sakit itu memudaratkan kita utk bekerja , beribadah dan membuat kerja seharian. Maka pada masa itu, status kita adalah mudarat untuk mengambil ubat….tak kirala kita hanya batuk sahaja dan bukannya sakit yg menyebabkan kematian. Lainla jika kita ambil ubat tanpa sebarang penyakit..seperti drug addict. Darurat bukan bermakna situasi yg menyebabkan kematian sahaja… ilmu fiqh darurat dalam islam itu luas. Kerana Islam itu mudah dan memudahkan hidup manusia.
Jika tanda halal ini menjadi isu… bagaimana status ubat2 yg ada ethanol ini? Adakah bermakna ubat yg ada ethanol tidak halal?

Jadi, secara peribadinya, saya menyokong KKM melarang tanda HALAL pada mana2 pharmaceutical product demi kepentingan semua golongan rakyat. Oleh itu…adakah status halal ubat2 di Malaysia ni diragui?Boleh rujuk MIMS Malaysia untuk mengetahui detail ingredients untuk setiap ubat yang didaftarkan di Malaysia.
On top of that…. Bahagian farmasi di hospital juga akan monitor ubat2 yang mengandungi unsur haiwan/porcine sebelum diberikan kepada pesakit. Contohnya… clexane mengandungi porcine dan memang akan diberi kepada non-muslim sahaja. Bagi pesakit muslim, ada option lain yang akan diberikan.
Okay…sampai di sini sahaja pendapat saya mengenai status halal pada ubat-ubatan. Pada sahabat2 lain di dalam bidang perubatan dan dari KKM,even siapa-siapa pun…saya alu-alukan pendapat korang bagi menjelaskan isu ini kepada orang ramai. Boleh email saya bagi maklumbalas, cadangan mahupun teguran : hanisahazhari@gmail.com

Yang benar,
Hanisah
Dunedin, NZ
5/6/2013