Saturday, August 22, 2009

Pulanglah Wahai Sahabat....

Ramadhan al mubarak telahpun bermula 22 Ogos 2009. Hari pertama Ramadhan, terpaksa pula bekerja di farmasi seharian suntuk. Penat, penat berdiri dan melayan pelanggan. Hari ini ditugaskan menjaga shop dan memberi nasihat tentang ubat2 OTC (over the counter).

Gembira, kerana dapat berkongsi ilmu ubat2 dan memberi nasihat tentang memilih ubat yg terbaik. Namun, jauh di sudut hati... terasa kekurangan dan ketidak puasan yg pasti. Walaupun 'kiwis' di sini menghargai setiap nasihat yg diberi, di iringi dengan senyuman terima kasih, namun masih terasa tidak puas hati atas khidmat yg diberi.

Aku ingin pulang....

Pulang ke tanah air dan berbakti kepada rakyat sendiri.

Berbakti kepada rakyat yg telah mengorbankan wang ringgit membayar tax... untuk menanggung pengajianku yg berjumlah hampir setengah juta Rm!!

Kepuasan itu akan hadir apabila bakti itu di curahkan betul pada tempatnya... dan kepada org yang selayaknya. Sesungguhnya diri ini banyak berhutang dengan rakyat Malaysia.

Bayangkan dengan kos pengajianku ini..... berapa banyak rumah2 org miskin dapat didirikan...

Berapa banyak mulut2 yang kelaparan dapat di suapkan...

Diri ini tunduk.... tunduk syukur atas nikmat yg Allah kurniakan.

Di kala ramai lagi yg merana memerlukan wang... kami di sini di sumbangkan dengan wang rakyat... pelaburan yg besar dan mengharapkan kami pulang untuk berbakti...

Buat sahabat2 di luar sana... yang hidup gembira dengan wang tajaan negara...

Pulanglah berbakti pada rakyatmu...

Fikirkan kembali impianmu untuk bekerja dan menetap di luar negara....

Memang tidak dinafikan, berapa sangatlah kerajaan malaysia mampu bayar gaji seorang doktor di Malaysia... jika dibandingkan dengan bebanan kerja yang teruk

Memang tidak dinafikan.. jika kau menjadi doktor di luar negara... kau mampu menjadi jutawan dengan bebanan kerja yang kurang....

Namun ada hak yang kau perlu tunaikan. Hak rakyat Malaysia yang lain yang telah 'membayar' harga yang tinggi untuk pengajianmu itu.

Jangan di salahkan bebanan kerja yang teruk di Malaysia... semua itu berlaku kerana pelajar2 yang sepatutnya pulang berbakti.. memilih untuk menjauhkan diri. Kasihanilah kepada doktor2 di malaysia yang terpaksa menanggung bebanan kerja yg teruk.. kerana sikap sesetengah manusia yg memilih kepentingan diri.

Bayangkan... jika semua pelajar perubatan yg Malaysia hantar ke luar negara pulang dan berbakti, mungkin bebanan kerja doktor di Malaysia tidaklah seteruk yg di katakan.

Wahai sahabat... pulanglah secepat mungkin untuk berbakti. Hidup ini bukanlah hanya wang semata2. Tempatmu di negara mu sendiri.... pulanglah untuk berbakti buat rakyat terutamanya umat islam di Malaysia.

Janganlah terlalu taksub mengejar gaji yg tinggi, hingga melebihkan kaum2 lain di negara luar dan sanggup berbakti di negara asing. Jangan sampai "menyusukan kera di hutan, anak di rumah kelaparan".

Pulanglah wahai sahabat.... seawal pengajianmu berakhir. Kerana sesungguhnya ada hak org lain yg perlu kita tunaikan. Ada tanggungjawab terhadap negara yg tergalas di bahu.

Sesungguhnya setiap sen yg dibelanjakan untuk pengajian kita itu.... ada harga dan hak manusia lain di sebaliknya. Usahla di kejar gaji tinggi di luar sana. Biarla bergaji rendah di negara sendiri, tetapi kita berbakti benar pada tempatnya. Kerana hidup ini hanya sementara... dan kerana Allah akan bertanya di akhirat sana......

Pulanglah sahabat...


Hanisah Azhari
1130 pm
1 Ramadhan 2009
Dunedin, NZ

Thursday, August 6, 2009

Usah Mengambil Hak Orang Lain






" Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali org2 yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran, serta berpesan-pesan dengan kesabaran " ( Surah Al-Asr )


Sedih dan kecewa melihat fenomena manusia di masa ini. Di dalam solatnya, kerap kali surah ini di baca. Di dalam perbincangan agamanya, seringkali surah ini dibincangkan. Semua pun tidak putus-putus melaungkan kepentingan masa dalan kehidupan seharian.

Masa itu emas....
Jangan bazir masa....

Namun begitu, apa yang diucapkan tidak menggambarkan hakikat iman yang sebenar.

Hati ini kecewa.... kerana manusia2 ini tidak pernah mau berubah. Malahan tidak ada usaha untuk berubah.

Di awal pagi, kelihatan pelajar2 berlari-lari menuju ke 'lecture theatre'. Ada yang tak sempat bersarapan.... ada yang memakai baju tidur yang terselindung di sebalik winter coat, ada juga yang hanya sempat membasuh muka dan menggosok gigi kerana terlewat bangun. Semua ini kerana satu, kerana mengejar masa lecture yang akan bermula.

Semuanya berkejar-kejar untuk sampai tepat pada masanya. Kenapa ya? Takut lecture notes habis? Takut terlepas lecture walaupun seminit? Ataupun takut malu kerana terpaksa masuk pintu hadapan?

Apapun sebabnya, mereka tetap berusaha untuk sampai tepat pada masanya. Terbit senyuman di bibir setelah berjaya sampai tepat sebelum lecture bermula. Kagum.... kagum sekali dengan semangat pelajar2 ini.

Namun, mengapa semangat ini tidak dikekalkan pada setiap masa dan keadaan? Mereka2 yang selalu menepati masa ke lecture, group meeting ataupun tutorial, kelihatan nya susah sekali untuk menepati masa apabila benghadiri program2 agama.

Tamrin, ceramah maupun sebarang program yang berlandaskan Islam, tidak pernah diusahakan untuk "menepati masa".

Tentatif program tertulis "Majlis akan bermula pada 10 pagi". Namun.... setengah jam berlalu, masih belum nampak tanda2 majlis akan bermula. Kerusi2 masih lagi kosong. Setelah kira2 jam 11, baru peserta mula mengisi kerusi2 yang ada. Kira2 jam 1130, barulah majlis itu bermula.

Mengapa mesti begini wahai sahabat? Mengapa engkau bersungguh2 menepati masa dalam majlis2 bersama bukan muslim, tetapi majlis2 agama mesti engkau lewatkan?

Peserta, mahupun penganjur perlu sedar akan kepentingan masa. Mungkin kelihatan seperti masalah yang kecil.... "takpela, kita kan ikut jam melayu..." . Sangatla menyedihkan bila alasan ini digunakan. Seperti ayat2 dari surah Al-Asr itu tidak membawa sebarang pengertian dalam diri.

Saya sangat kecewa... kekecewaan yang telah bercambah dalam diri setelah bertahun2 lamanya. Apatah lagi selepas bertapak di bumi Aetearoa ini. Tiap kali sesuatu majlis diadakan, saya berusaha untuk datang tepat pada masanya. Mahupun terlewat 5 minit, terasa bersalah di dalam hati.

Namun, setelah tiba di majlis2 berkaitan.... kadang2 pihak penganjur pun tidak kelihatan, apatah lagi peserta2 yang lain. Akhirnya, saya juga yang terpaksa menunggu, pernah sehingga 2 jam, baru majlis bermula. Kecewa dan kesal dalam hati. Usaha saya untuk datang awal bagaikan diperkecilkan. Memang nampak seperti kecil, tetapi bayangkan dalam 2 jam itu, banyak perkara yang saya dapat lakukan. Geram juga kadang2, terasa bagaikan tertipu sendiri.

Kata orang, alah bisa tegal biasa. Walaupun setelah berkali2 perkara ini terjadi, dan bertahun2 lamanya, namun saya tetap juga berusaha muncul tepat pada masanya. Selalu juga marah pada diri sendiri, kerana terlalu berharap situasi ini akan berubah. Kadang2 hingga memaksa diri sendiri datang lewat 15 minit kerana memikirkan majlis2 ini tidak akan menepati masa. Namun, tetap majlis itu bermula lewat dari masa saya tiba.

Wahai sahabat... bilakah kau mahu berubah? Sungguh lancar bicaramu menuturkan tentang perjuangan agama dan kepentingan seorang muslim, namun mengapa kau memandang enteng dalam menepati masa? Ini hanyalah isu yang asas sebagai muslim. Bagaimana kau mahu mengaharapkan muslim lain menghormatimu, sedangkan kau gagal dalam perkara asas dalam beragama.

Wahai sahabat2 ku yang ku hormati dan ku sayangi.. berubahlah. Bukan esok, bukan lusa... tetapi saat ini jua. Seperti mana kau mampu menepati masa dalam mengahadiri lecture, meeting dan apa jua majlis lain bersama non-muslim, cubalah jua menepati masa dalam menghadiri majlis2 agama.

Buat pemimpin2 Islam di luar sana, didiklah anak buahmu untuk menepati masa. Pastikan program2 dan majlis2 mu sentiasa berlangsung tepat pada masanya. Peliharalah masa.. kerana tanggungjawab kita masih ada.

Kerana.... ada hak orang lain yang berada dalam tanganmu.

Kerana sesungguhnya, Allah telah mengingatkan kita .......

" Demi masa...sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian "




Hanisah Azhari
8.20pm
6 August 2009
Dunedin